Monday, March 31, 2014

Dakwah IM Dakwah Yang Suci dari Sifat Tamak dan Hawa Nafsu

مع الإمام الشهيد حسن البنا ( رحمه الله )
يؤكد الإمام الشهيد حسن البنا على تجرد الدعوة وإسلامية الفكرة فيقول : (فهي دعوة لا تقبل الشركة إذ أن طبيعتها الوحدة فمن استعد لذلك فقد عاش بها وعاشت به ومن ضعف عن هذا العبء فسيحرم ثواب المجاهدين ويكون مع المخلفين ويقعد مع القاعدين ويستبدل الله لدعوته به قوماً آخرين) رسالة دعوتنا
Imam Syahid Hasan al-Banna menegaskan bahawa dakwah ini suci dan fikrah secucuk dengan Islam, katanya: "Ia adalah dakwah yang tidak menerima 'persekutuan' kerana tabiat dakwahnya tunggal (berdiri sendiri). Barangsiapa yang bersedia untuk itu, maka sesungguhnya dia benar-benar hidup dengannya dan dakwah sentiasa hidup bersamanya. Barangsiapa yang lemah dari menanggung bebanan ini, maka dia dihalang dari mendapat pahala para mujahidin dan jadilah dia di kalangan mereka yang tertinggal, dia akan duduk bersama orang yang tertinggal dan Allah akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain". (Risalah Dakwatuna) 
وفى ركن التجرد يذكر رحمه الله : (وأريد بالتجرد أن تتخلص لفكرتك مما سواها من المبادئ والأشخاص؛ لأنها أسمى الفكر وأجمعها وأعلاها : ﴿صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ﴾ 138البقرة . رسالة التعاليم
Di dalam Rukun Tajarrud Imam Rahimahullah menyebutkan: "Dan yang saya maksudkan dengan tajarrud ialah bahawa kamu membebaskan fikrah kamu dari selainnya sama ada prinsip atau peribadi; kerana ia adalah sebaik-baik fikrah, mencakupi dan paling tinggi: (Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik celupannya dari Allah dan kami baginya sentiasa mengabdikan diri)". (Risalah Ta'alim)
دعوة التجرد

Thursday, March 6, 2014

Mari membaca_sehari satu buku....

Buku Mengenali Imam Asy-Syafi'i ditulis secara ringkas bagi memudahkan ia dibaca dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat.


UMAR bergambar bersama empat judul buku yang telah dihasilkannya setakat ini.


MALAYSIA merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan mazhab fiqah Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali sebagai Imam al-Syafie.

Walaupun demikian, masih ramai pengikut mazhab tersebut di negara ini masih belum mengenali beliau dengan lebih dekat.

Situasi itu menyebabkan anak kelahiran Betawi, Indonesia, Ustaz Umar Muhammad Noor, 36, terpanggil untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan imam tersebut.

"Saya mendapat ilham untuk menulis buku ini setelah mendapati ramai umat Islam di negara ini masih belum mengenali Imam al-Syafie dengan lebih mendalam," katanya ketika ditemui Kosmo! di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Buku berjudul Mengenali Imam Asy-Syafi'i itu menceritakan kisah Imam al-Syafie sejak beliau dilahirkan sehingga dibesarkan dalam dunia keilmuan dan diiktiraf sebagai seorang mujtahid mutlak.

Selain itu, buku berharga RM14 itu turut menyelitkan serba sedikit kisah isteri dan anak-anak beliau.

"Penampilan dan sifat Imam Syafi asy-Syafi'i yang penuh teladan serta kata-kata beliau yang penuh hikmah sesuai dijadikan pedoman kepada masyarakat Islam hari ini.

"Buku ini juga menceritakan kemahiran beliau dalam ilmu-ilmu keislaman, mentafsir al-Quran, hadis dan akidah," katanya sambil memaklumkan bahawa buku yang berada di pasaran sejak Mac tahun lalu itu telah disiapkan dalam tempoh empat bulan sahaja.

Tambah Umar, buku setebal 112 muka surat itu ditulis secara ringkas bagi memudahkan ia dibaca dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pengalaman

Sementara itu, bercerita mengenai bidang penulisan, Umar memaklumkan, dia mula aktif menulis ketika menuntut di Universiti Islam Omm Durman, Syria dalam bidang sunah dan hadis.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata tersebut, ketika itu karya-karya yang dihasilkan kebanyakannya berbentuk keislaman dan dimuatkan dalam majalah universiti.

"Waktu itu saya banyak menghasilkan artikel-artikel mengenai Islam dalam bahasa Arab yang merupakan bahasa pengantar di sana.

"Selepas beberapa tahun menyumbang karya, saya dilantik menjadi editor untuk majalah tersebut," katanya yang menuntut di Syria selama lebih enam tahun.

Selepas tamat pengajian pada tahun 2008, beliau berhijrah ke Singapura dan bertugas sebagai Imam Eksekutif di sebuah masjid di negara berkenaan selama tiga tahun.

Ketika di Singapura, Umar sempat berkenalan dengan Ustaz Zahzan Muhammad yang merupakan Pengarah Urusan di syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

"Hasil pengenalan tersebut saya ditawarkan jawatan sebagai Ketua Editor majalah Al-Ustaz yang merupakan salah satu penerbitan Telaga Biru.

"Disebabkan minat mendalam dalam bidang penulisan, saya menerima tawaran itu dan berhijrah ke Malaysia," ujarnya lagi.

Walaupun sibuk dengan rutin harian, Umar sempat menyiapkan empat buah buku iaitu Takwil Hadis, Komsas Umat Akhir Zaman, Rusul Mulia Umat Mulia Akhlak Mulia dan Mengenali Imam Al- Syafie.

Mengulas mengenai karya terbaharu, beliau memaklumkan sedang giat menyiapkan manuskrip sebuah buku yang akan diterbitkan pada tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2vBAzzrxc 
Hakcipta terpelihara 

Monday, March 3, 2014

Ada Hikmah Pada Setiap Taqdir ALLAH ....

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt.

Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan

. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini". 

Penasihat itu menjawab dengan tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. 

Selepas itu, si raja meneruskan hobinya. Kali ini, raja itu berseorangan. Lama beliau di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke  dalam hutan tebal. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka. Lalu, mereka menangkap raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar. 

Perencah dan rempah sudah dimasukkan. Air pun telah dimasukkan sehingga paras dadanya. Hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Batin mereka. Kata mereka,"Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?". 

Tok Batin menjawab,"Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya". Lalu, mereka memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab,"Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya". Raja itu pun dilepaskan. Dengan segera si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana. Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis. Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya,"Wahai tuanku, apakah yang telah terjadi?". 

Tuanku menceritakan segala yang terjadi. "Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka". Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku, ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi korban mereka".

Artikel asal ehsan dari website tranungkite...

 http://silverheritage.blogspot.com/

Lain2 Artikel menarik

 

Dakwah Khalid-bin Walid-ra-di-medan perang.

bagaimana-rumpun-melayu-bangun menentang penjajah?

"