Friday, May 31, 2013

Peristiwa Perang Mu'tah

Sinopsis;

Perang Mu'tah (Bahasa Arabمعركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir hayat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 100,000 orang tentera.
Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.
Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar syahid.
Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi menemui syahid. Apabila kesemua panglima syahid, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.
Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.
Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya... Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.
Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri-siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.


Urutan peristiwa berlakunya Perang Mu'tah.....

Perang Mu`tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun 8H bersamaan bulan Ogos atau September 629M. Mu`tah ialah ssebuah kampong yang terletak di daerah Balqa` yang berada di dalam negeri Syam. Negeri Syam ialah jajahan takluk empayar Rom yang ketika itu diperintah oleh Maharaja atau Kaisar Hercules….
Kaisar Hercules sebelum ini pernah mendapat risalah daripada Rasululullah SAW untuk memeluk Islam akan tetapi baginda menolak kerana lebih menyayangi kekuasaannya.
Hercules takut kuasanya sebagai maharaja jatuh kerana memeluk Islam walaupun mengetahui kebenaran Islam. Perang Mu’tah merupakan pertembungan pertama tentera Islam dengan tentera Rom. Ianya juga merupakan pertembungan kali pertama tentera Islam di luar negeri Hijaz (kini dikenali sebagai Arab Saudi).

PUNCA BERLAKU PEPERANGAN MU’TAH

Rasulullah SAW telah menghantar seorang utusan iaitu Al-Harith bin Umar Al-Uzdi kepada pembesar di Busra, Syam. Gabenor daerah Banu Balqa` iaitu Syurahbil bin Umar Al-Ghassani telah menangkap utusan Rasulullah SAW dan diserahkan kepada Kaisar Rom. Utusan Rasulullah SAW kemudiannya dibunuh dengan cara lehernya dipancung.
Tindakan membunuh utusan tindakan tersebut merupakan suatu jenayah dan seakan-akan pengisytiharan perang terhadap kaum Muslimin. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW telah mengerahkan tentera Islam untuk memerangi kezaliman Kaisar Rom.

KEKUATAN UMAT ISLAM

- Bilangan Tentera :
3000 orang
- Pemimpin :
Zaid bin Harithah
Jaafar bin Abi Talib
Abdullah bin Rawahah
Khalid bin Al-Walid
Qutbah bin Qutadah Al-Uzri
Ubadah bin Malik Al-Ansari
- Persenjataan :
Kurang Kelengkapan
- Kematian :
12 orang tentera

KEKUATAN MUSUH ISLAM

- Bilangan Tentera :
-100 000 tentera Rom
-100 000 tentera kabilah Arab di Syam iaitu Lakham, Juzman, Balqin, Bahra`a dan Bila
- Pemimpin :
Syurahbil bin Umar Al-Ghassani (Panglima Rom)
- Kelengkapan :
Serba lengkap
- Kematian :
Dianggarkan tinggi.

URUTAN PERISTIWA PERANG MU’TAH

1. Utusan Rasulullah SAW ke negeri Syam iaitu Al-Harith bin Umar Al-Uzdi telah dibunuh oleh Kaisar Rom
setelah ditangkap oleh Gabenor Bani Balqa`, Syurahbil bin Umar Al-Ghassani.
2. Rasulullah SAW mengerahkan kekuatan terbesar tentera Islam sejak Perang Ahzab seramai 3000 tentera
untuk berdepan dengan tentera Rom. Zaid bin Harithah, anak angkat baginda menjadi panglima perang.
2. Baginda berpesan Jaafar bin Abi Talib akan menggantikan Zaid bin Harithah jika beliau syahid. Abdullah
bin Rawahah akan menggantikan Jaafar bin Abi Talib jika beliau syahid.
3. Tentera Islam bergerak sehingga ke utara Hijaz dan singgah sebentar di Maan sebuah daerah Syam
selama 2 hari.
4. Hasil perisikan tentera Islam mendapati bahawa tentera Rom sudah berada di Maab, daerah Balqa`.
5. Kekuatan mereka dianggarkan seramai 200 000 orang. Tentera Islam mula bermesyuarat untuk mengatur strategi.
6. Cadangan untuk menunggu bantuan daripada Madinah ditolak Abdullah bin Rawahah. Beliau mencadangkan supaya tentera Islam terus mara ke barisan hadapan. Pilihannya sama ada menang dengan kemuliaan atau mati syahid. Cadangan beliau dipersetujui semua orang.
7. Tentera Islam mara ke Balqa` dan bertembung dengan segerombolan tentera Rom di Masyarif. Tenteramusuh cuba mendekati tentera Islam. Tentera Islam seterusnya menuju ke kawasan yang dikenali sebagai Mu`tah.
8. Strategi disusun. Sayap kanan tentera Islam dipimpin oleh Qutbah bin Qutadah Al-Uzri dan sayap kiri dipimpin oleh Ubadah bin Malik Al-Ansari.
9. Perang pun berlaku dengan sengit. 3000 tentera Islam merempuh 200 000 tentera Rom dengan keazaman jihad yang tinggi dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah.
10. Zaid bin Harithah yang memegang panji perang Islam syahid terkena tikaman musuh. Jaafar bin Abi Talib
menggantikan beliau.
11. Jaafar bin Abi Talib turun dari kudanya lalu membunuh kudanya untuk mengelakkan gangguan kerana rasa berat berpegang dengan kudanya. Beliau memegang panji menggantikan Zaid bin Harithah.
12. Jaafar bin Abi Talib setelah syahid terputus kedua belah tangannya. Badan beliau terdapat kesan lebih 50 tikaman pedang dari sebelah hadapan. Riwayat Ibnu Umar menyatakan 90.
13. Abdullah bin Rawahah yang menggantikan beliau juga syahid.
14. Thabit bin Arqam, seorang tentera Islam dari Banu Ijlan memegang panji Islam sambil melaungkan seseorang perlu dipilih untuk memegangnya.
15. Khalid bin Al-Walid telah dipilih oleh tentera Islam untuk menjadi panglima. Perang terus berkecamuk.
16. Perang berhenti seketika buat hari tersebut. Khalid bin Al-Walid menyusun semula strategi baru. Beliau merasakan bahawa tentera Islam yang sangat kekurangan dari segi kuantiti tentera agak sukar untuk mengalahkan tentera Rom. Oleh itu, beliau merancang untuk membuat tipu helah bagi memperdayakan musuh.
17. Keesokan harinya, selepas Subuh beliau mengarahkan barisan hadapan ke belakang dan belakang ke hadapan. Barisan ke kiri ke kanan dan barisan kanan ke kiri.
18. Tentera Rom merasa ketakutan kerana menyangka bantuan telah tiba kepada tentera Islam. Semasa pertempuran berlangsung tentera Islam berundur perlahan-lahan ke barisan belakang.
19. Tentera Rom tidak memburu tentera Islam sebaliknya berundur kerana menyangka tentera Islam telah menyediakan perangkap di padang pasir. Oleh itu, tentera Islam berjaya berundur dengan selamat dan menewaskan tentera Rom.
20. 12 tentera Islam syahid sementara korban tentera Rom tidak diketahui tetapi dianggarkan tinggi.
21. Tentera Islam pulang ke Madinah. Kedengaran suara-suara yang mengkritik bahawa kepulangan mereka sebagai suatu tanda kekalahan. Rasulullah SAW berkata bahawa mereka bukanlah orang yang lari akan tetapi mereka akan menyerang semula dengan izin Allah.
syuhada' mu'tah

HIKMAH DAN PENGAJARAN

1) Tentera Islam yang berjuang dalam Perang Mu`tah berjuang kerana menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Mereka juga bercita-cita untuk mati syahid atau mencapai kemenangan. Tentera Rom dan musyrikin Arab yang menghadapi mereka merasa ketakutan kerana mereka berhadapan dengan tentera yang bercita-cita untuk mati sedangkan mereka cintakan kehidupan dunia yang fana`.
Semangat jihad para sahabat Rasulullah SAW memang tidak diragui lagi apabila Abdullah bin Rawahah mahukan tentera Islam terus mara merempuh musuh walaupun mengetahui kekuatan musuh yang terlampau kuat. Beliau bermadah semasa perang berkecamuk :
“Duhai jiwaku aku bersumpah,
Kau pasti menghadapi kerelaan cabaran,
Kiranya sudah orang mencapainya,
Kenapa kau berlengah,
Membenci syurga Allah…”
Begitu juga dengan tentera Islam lain yang terlibat. Mereka tidak merungut dan bercadang supaya berundur atau menyerah kalah akan tetapi terus merempuh barisan hadapan. Oleh itu, dapat kita perhatikan di sini bahawa kefahaman yang sahih dan padu perlu ditanam dalam hati para pejuang Allah sebelum mara ke medan perjuangan.
Para sahabat yang terlibat dalam perang bersama Rasulullah SAW telah melalui proses tarbiyah yang baik. Tarbiyah merupakan sumber kekuatan utama para pejuang Allah. Tanpanya, pejuang Allah pasti akan merasa putus asa dan lari dari perjuangan. Tarbiyah juga memberi kefahaman mengenai matlamat para pejuang Allah.
2) Bantuan Allah pasti tiba. Allah Taala telah berfirman :
“Sesungguhnya Aku bersama-sama kamu, maka tegakkanlah pendirian orang-orang yang beriman, kelak Aku akan menjatuhkan perasaan takut ke dalam hati-hati orang kafir”. Surah Al-Anfal ayat 12.
Allah juga menjamin kekalahan orang kafir.
“Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari”. Surah Al-Qamar ayat 45
Kemenangan umat Islam adalah sesuatu yang pasti kerana ia adalah jaminan Allah. Umat Islam perlu bersabar dalam menghadapi arus cabaran yang semakin hebat.
3) Pesanan Rasulullah SAW dalam memilih pemimpin menjadi dalil bahawa seseorang khalifah atau pemimpin boleh melantik amir atau ketua dalam kumpulan mengikut tertib.
4) Umat Islam boleh berijtihad dalam memilih pemimpin. Pemilihan Khalid bin Al-Walid sebagai panglima perang merupakan ijtihad para sahabat yang terlibat sebagai tentera ketika Perang Mu’tah,
5) Rasulullah SAW menangis ketika mengetahui ada sahabat yang syahid dalam Perang Mu’tah. Baginda menangis sebagai satu tabiat kasih sayang manusia dan bukanlah menolak qada` dan qadar Allah Taala. Ini adalah baginda mengasihi para sahabat yang telah syahid.
6) Diriwayatkan bahawa Jaafar bin Abi Talib yang terputus tangannya lalu syahid. Allah telah menggantikan tangannya dengan 2 sayap yang membolehkan beliau terbang ke mana sahaja di dalam syurga Allah. Beliau digelar “Jaafar At-Tayyar” dan “Jaafar Zuljanahain”. Ganjaran kepada para syuhada` sangat besar nilainya.
7) Perang Mu’tah merupakan permulaan serbuan ke bumi Syam. Kempen pembukaan bumi Syam telah berlaku selepas kewafatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu pada zaman Saidina Umar bin Al-Khattab sebagai khalifah kedua. Beliau mengerahkan tentera Islam ke Syam, Parsi dan Mesir. Pertembungan Islam dan Rom sangat panjang dan berlaku selama beberapa abad. Rom secara rasminya ditewaskan oleh kerajaan Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh apabila baginda berjaya menawan Konstantinopel.


Saturday, May 25, 2013

Rahsia 10 beradik penghafaz Al-Qur'an

Di dalam hadis Nabi SAW bersabda: "خيركم من تعلم القرآن وعلمه" 
Bermaksud; "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".

Ambillah pengajaran daripada orang yang telah berjaya seperti yang dipaparkan di bawah. Artikel ini sekalipun ringkas, ia tetap bermakna untuk mereka yang ingin mengambil pengajaran... Semoga bermanfaat.

ArtikelOleh: setisab

"Rahsia 10 beradik penghafaz Al-Qur'an

Ayah mereka yang bernama Mutammimul Ula adalah seorang ahli Parlimen Indonesia (PKS) yang sibuk.

Ibu mereka pula, Wirianingsih adalah seorang Dekan, Fakulti Pasca Siswazah yang juga merupakan aktivis tarbiah peringkat wilayah di Indonesia.

Bagaimana mereka yang sibuk ini boleh menghasilkan 10 orang anak pengafaz al-Qur'an yang lahir daripada didikan di rumah mereka sendiri ?

Di antara rahsia ibu bapa mereka :
 

1. Bercita-cita tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata mereka penghafaz al-Qur'an.

2. Pengurusan masa yang baik dengan mengkhususkan kebanyakan masa selepas subuh dan selepas maghrib bersama anak-anak setiap hari dengan bacaan dan didikan al-Qur'an.

3. Memberikan hadiah dan galakan kepada anak-anak yang cemerlang dengan pencapaian hafazan al-Qur'an.

4. Banyak berkorban untuk agamaNya, maka Allah permudahkan urusan pendidikan anak-anak mereka.

Bagaimana dengan anak-anak kita ?


Sumber : 10 Bersaudara Bintang Al-Qur'an

Wednesday, May 22, 2013

Penyanyi Rap Wanita Perancis, Melanie Geogiades Peluk Islam

ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن ...Apa yang Allah SWT kehendaki pasti berlaku, apa yang Allah SWT tidak kehendaki berlaku tidak akan berlaku. Begitulah juga dengan hidayah-Nya kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki pasti berlaku. Persoalannya apa saham atau usaha  kita untuk menyebarkan Islam ini kepada seramai mungkin manusia di luar sana.  Rasulullah SAW bersabda:
لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خيرلك من حمر نعم
"Bahawa seseorang yang Allah berikan petunjuk dengan sebab usaha kamu lebih bermanfaat bagi kamu dari seekor unta merah".

Yang dimaksudkan dengan unta merah sebagai simbolik kepada imbalan ganjaran yang diraih oleh seseorang yang berusaha mengajak orang lain kepada Islam.

الله أكبر ولله الحمد........


Artikel
Oleh: kamal_hasan
"Diam's : Sa première apparition officielle, voiléeDi tengah-tengah rancak dan kalut nya perdebatan nasional di Perancis berkaitan dengan tudung kepala/jilbab/hijab, seorang rapper Perancis telah mengejutkan semua peminatnya dengan mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam dan memilih untuk mengenakan jilbab.

Mélanie Georgiades, yang juga terkenal dengan panggilan nama "Diam" ini, telah melakukan “transformasi lengkap”.

Sejak tahun 2009, Diam sudah mulai bersara dari aktiviti nyanyian rap, Namun baru-baru ini bekas rapper Perancis itu membuat penampilan baru di televisyen dengan citra barunya.

Diam yang muncul dalam sebuah wawancara TV eksklusif dengan stasyen TV TF1 Perancis, untuk berkongsi tentang pengalaman masa lalu nya ,mengenai keterlibatannya dengan ketagihan ubat-ubatan terlarang, narkotik, dan hingga beliau pernah di masukkan ke rumah sakit jiwa sampai lah ke tahap dia menemui ketenangan dari Islam.

Hidayah ini datang kepadanya secara tidak disengaja,kata nya,pada mula nya dia sangat tertarik ketika melihat seorang teman Muslimnya bersolat.

Diam mengatakan dia telah berkahwin selama lebih dari setahun dan sekarang dia baru sahaja menjadi ibu, dan sudah menjauh dari kehidupan yang bergantung kepada ubat-ubat penenang,ubat-ubat terlarang dan narkotik. Dalam wawancara TV-nya itu dia mengatakan dia “beralih keyakinan ke Islam adalah hasil dari keyakinan peribadinya sendiri , setelah dia memahami dan membaca Al-Quran.”

Ketika ditanya tentang pemakaian jilbab di Perancis, sebuah negara yang telah melarang jilbab itu , dia berkata: “Saya percaya bahawa saya hidup dalam masyarakat yang toleransi, dan saya tidak merasa terluka hati oleh kritikan, ataupun penghinaan dan stereotip negatif. ”

Ditanyakan oleh pewawancara-nya tentang mengapa dia memakai jilbab sementara banyak juga wanita Muslim tidak memakainya dia menjawab: “Saya melihatnya (jilbab itu) sebagai perintah Allah , ini membawa kebahagiaan di hati saya dan bagi saya ini sudah cukup. ”

Diam yang mengatakan bahawa dengan memeluk Islam dia mendapatkan ketenangan dan kedamaian dan bahawa zaman lalu nya sudah tidak sesuai dengan hidupnya lagi, yang saya tahu sekarang saya menjadi tahu apa tujuan keberadaan saya, dan mengapa saya di sini di Bumi Allah ini. ”

Membahas bagaimana hidupnya sebelum menjadi muslimah, Diam mengatakan: “Saya dahulu sangat terkenal dan saya memiliki apa yang setiap orang terkenal miliki, tapi saya selalu menangis dan meratap sendirian di rumah"

Dia menambahkan: “Saya sangat ketagihan ubat-ubatan, termasuk narkotik dan berhalusinasi dan dirawat di rumah sakit jiwa untuk pulih, tapi ini sia-sia sampai saya mendengar salah sseorang teman Muslim saya mengatakan ‘Saya mahu solat dahulu dan akan kembali , jadi saya mengatakan padanya bahawa saya ingin solat juga'.

Mengingati saat itu, Diam itu mengatakan: “itu adalah pertama kalinya saya menyentuh lantai dengan kepala (bersujud) , dan tiba-tiba saya memiliki perasaan yang kuat bahawa saya tidak pernah mengalami (kebahagiaan ini) sebelumnya, dan saya percaya sekarang bahawa berlutut dalam doa, tidak harus dilakukan kepada siapa pun selain untuk Allah. ”

Diam mengatakan bahawa dia pindah ke Mauritius untuk mempelajari Al-Quran, dan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Islam, dan toleransinya Islam.

Lain-lain artikel menarik:
Bintang all black peluk islam.
Raquel polis detroit amerika masuk Islam"
 

Sunday, May 19, 2013

Jom Gerakkan Usaha Dakwah kepada non-muslim...

Usaha dakwah memerlukan kemahiran tertentu. Methodnya biar betul, approachnya juga mesti disesuaikan dengan suasana dan keadaan. Rasulullah SAW adalah qudwah kita, dalam semua situasi baginda bijak dalam menyampaikan dakwahnya... cuma jika tidak dicuba, kita tak akan faham bagaimana nak berdakwah...orang jawa kata; 'Just do it'.......

Alhamdulilah... Pereka Fesyen Terkemuka Calvin Thoo Peluk Islam
BeritaOleh: matuse68

"

Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb.


Alhamdulillah... petang tadi jam 3 beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan.

Namun, doa saya agar saudara baru kita, Calvin Thoo sentiasa di bawah lembayung kasih sayang Allah. Welcome to our big family my dear brother.


sumber; TranungKite Online (TKO)..

Friday, May 17, 2013

RENCANA Pasca PRU13: Pemikiran kontemporari politik Islam dalam krisis?

Penulis:  Marwan Bukhari A. Hamid

Beberapa isu, peristiwa dan reaksi umat Islam terhadap beberapa wacana politik tanah air sedang memberi isyarat bahawa pemikiran politik Islam kontemporari di tanah air kita ditimpa krisis. Saya berpandangan amat wajar untuk kita merenung dan berfikir akan krisis tersebut, lebih-lebih lagi pada saat suasana politik negara kita tidak mendidik untuk berfikir, melainkan kita sendiri memaksa untuk meninjau apa yang berlaku dan benarkah yang dianggap krisis merupakan krisis?

Tentang hubungan antara agama dan politik

Mengulas tentang dunia Muslim dan pemikiran mereka tidak dapat lari daripada mengulas sumber-sumber yang menjadi rujukan mereka dalam kehidupan, selain tentang “bagaimana” mereka berinteraksi dengan dunia moden yang serba mencabar ini sambil berpegang dengan sumber-sumber (al-Quran, al-Hadis dan teks-teks tradisi) yang menjadi rujukan. Soal hubungan agama dengan politik sentiasa menjadi topik yang berlarutan, namun malangnya seringkali ia berlangsung dengan penuh mengecewakan sejak berdekad-dekad lamanya.

Ia bermula dengan kekacauan cara berfikir yang ditimbulkan oleh sebahagian yang mengaku sebagai “salafi” apabila perbincangan politik dibahaskan secara terlalu literal. Tokoh ilmuan Muslim antarabangsa, al-Qaradhawi mengulas dan mengkritik fenomena “literal dalam nas-nas berkaitan al-muamalat” tersebut dalam banyak karya beliau seperti as-Siyasah as-Shariyyah fi Dhau’ Nusus as-Shariah wa Maqasidiha dan Dirasah fi Fiqh Maqasid al-Shariah atas nama az-Zhohiriah al-Judud yang membahaskan persoalan-persoalan agama secara terasing daripada objektif-objektif Shariah. Di tangan mereka, agama seperti hanyalah halalisation dan haramisation; lantas ditolak wacana-wacana semasa dalam pemikiran politik atas alasan bidaah. Al-Qaradhawi semasa mengulas fenomena tersebut menyatakan:

“Mereka menolak petikan daripada selain kita (Muslim), menganggapnya sebagai perkara baru dalam agama dan segala perkara baru adalah bidaah, setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan balasannya neraka. Lantas mereka menganggap demokrasi seluruhnya (kemungkaran) yang wajib ditentang, sementara penerimaan pandangan majority (bidaah Barat) yang diimport.”

Demokrasi haram, penubuhan parti haram, pengehadan tempoh pemerintahan haram dan segala idea-idea baru akan dibalas haram oleh mereka dan golongan yang menuruti mereka. Kita perasan di tanah air kita fenomena halalisation dan haramisation ini berlangsung hangat terutama menjelang musim pilihanraya. Contohnya kita tidak lupa apabila ada sebahagian golongan agama yang mengharamkan pengundian calon-calon bukan Muslim khasnya yang datang dari DAP. Penulisan ini bukan ruang untuk membincangkan secara ilmiah dan mendalam persoalan tersebut, tapi sesuatu yang sungguh wajar kita banteras ialah fenomena mereka yang “menghidupkan” (mematikan!) wacana pemikiran politik Islam kontemporari dengan berkata “haram” semata-mata. ia adalah suatu krisis yang memandulkan khazanah pemikiran kita. Awalnya ia mungkin sebuah tindak-tanduk yang mengharamkan falsafah politik, akhirnya tanpa sedar ia bertukar menjadi sebuah falsafah yang mengharamkan segala pandangan yang berbeda dengan mereka, “min tahrim al-falsafah ila falsafah at-tahrim” (daripada mengharamkan falsafah kepada falsafah yang mengharamkan) sebagaimana diulas seorang penulis bernama Turki al-Hamad dalam bukunya as-Siyasah bayn al-Halal wa al-Haram.

Tentang agama dan politik, sebahagian gerakan Islamis pula masih gagal menjelaskan secara kritikal bagaimana sebenarnya hubungan antara kedua-duanya. Apabila disoal, mereka akan menjawab ringkas; “agama dan politik tidak boleh dipisahkan”. Soal kepercayaan dan pendirian kaum Muslim yang sentiasa melihat kehidupan dan isu-isunya menerusi kaca mata tradisi agama mereka, ia dihormati dan tidak disangkal. Namun wajarlah polemik hubungan antara agama dan politik ini dibincang kritis oleh mereka, contohnya soal bagaimana sebenarnya agama berinteraksi dengan politik? Soalnya juga ialah bagaimana membedakan antara pembahagian ruang dalam wacana agama dan politik? Adakah memandangkan politik berhajat kepada agama, dan mereka merupakan sebuah gerakan politik berorientasikan agama, maka segala idea dan pandangan politik mereka merupakan “agama”? Persoalan tersebut mestilah dibincang serius dan kritikal memandangkan jika tidak ia akan terus menambah kekeliruan dan campur aduk yang tidak seimbang antara dua ruang, dibimbangi akhirnya wujud unsur pemaksaan idea-idea politik atas nama agama dan autoriti khasnya dalam sebuah masharakat jamak agama dan budaya seperti Malaysia.

Demikian juga dengan persoalan antara peranan negara, komuniti, keluarga dan peribadi. Kerajaan bukan ibu bapa kita, ibu bapa kita bukan kerajaan. Komuniti ada tanggungjawabnya, kerajaan ada tanggungjawabnya. Keluarga, komuniti, sekolah, universiti dan kerajaan pasti akan mempunyai tanggungjawab yang berbeda, malah bentuk dan jenis kemungkaran yang mesti dicegah juga berbeda kuasa dan peranannya. Rasuah, salah guna kuasa, kes-kes jenayah dan sebagainya antara kemungkaran yang mesti diselesaikan kerajaan, tapi etika berpakaian, waktu keluar malam dan sebagainya pula merupakan tugas ibu bapa, atau rakan-rakan (komuniti), bukannya tugas kerajaan. Ada beberapa masalah yang memerlukan kerjasama dan tanggungjawab oleh kerajaan dan komuniti, tetapi bentuk tanggungjawab pastinya berbeda. Ada pula isu-isu yang hanya melibatkan komuniti dan ada pula yang hanya berkaitan peribadi dan komuniti. Saya melihat, wacana pembahagian tugas dan peranan antara keluarga, komuniti dan kerajaan masih tidak berlangsung dengan baik oleh mana-mana kumpulan Islam sedangkan ia mempunyai perkaitan rapat dengan persoalan hubungan antara agama dan politik.

Gerakan Islamis dan kaum cendikiawan yang memberi perhatian terhadap perbincangan ini juga haruslah sedar akan keperluan untuk memperbaharui wacana-wacana tentang hubungan agama dan politik. Pengalaman Islamis pada zaman kolonial sudah tentu tidak sama dengan apa yang mereka sedang hadapi pada zaman ini. Saya memberikan contoh apabila dibincangkan soal negara Islam dan negara sekular, kandungan perbincangannya pada hari ini mempunyai perbedaan dengan apa yang dibincangkan pada era kolonial dan awal pasca-kolonial. Teori Barat mungkin menyatakan; secularisation = freedom = religious pluralism = democracy, tapi akhirnya yang berlaku ialah secularisation = colonialism = de-Islamisation = dictatorship. Justeru apabila diajak mewacanakan soal negara Islam dan negara sekular, haruslah dinilai kembali wacana yang lalu dan disusun kembali menurut konteks hari ini dan menurut latar sesebuah negara, tanpa meninggalkan apa yang diyakini mereka. Demikian juga tidak wajar perbincangan tersebut hanya memberi kita dua pilihan sahaja iaitu sama ada hitam atau putih; sama ada negara Islam atau negara sekular.

Justeru tidak dapat tidak dalam projek pengharmonian antara agama dan politik ini, ditentukan apa itu objektif-objektif Shariah (fundamental values) di sebalik sekalian perdebatan dan wacana yang diadakan, contohnya antara objektif utama Shariah menerusi pintu politik ialah keadilan, keamanan, kemuliaan manusia dan kebebasan. Dunia yang makin kompleks dan cabaran yang makin berbeda mengkehendaki penilaian semua tentang persoalan-persoalan di atas, dengan menyediakan jawapan yang tidak lagi utopia dan simplistik, tetapi lebih realistik dan menepati objektif-objektif Shariah yang mesti dicapai.

Negara untuk kebaikan semua warganegara, bukan untuk kepentinganan golongan Muslim sahaja

Krisis dalam pemikiran kontemporari politik Islam khasnya di tanah air kita menjadi makin rumit apabila soal interaksi antara Muslim dan bukan-Muslim telah dicacatkan menerusi perbincangan yang bersifat sektarian dan penuh dengan sentiment keagamaan. Kita berada dalam kesempitan dada apabila para pemimpin jadong (iaitu jahat, bodoh dan sombong dan dibantu cita bencana) telah mengambil kesempatan realiti kepelbagaian agama untuk mengapi-apikan antara Muslim dan bukan-Muslim, sekaligus menyempitkan wacana pemikiran politik Islam, khasnya berkaitan hubungan antara agama.

Prof Dr Louay Safi, tokoh intelektual Muslim yang terkenal telah menulis satu artikel menarik bertajuk Linas’a ila bina’ dawlah madaniyyah tahmi huquq al-muwathinin, la dawlah diniyyah tar’a masolih al-mu’minin (Ke arah membina negara madani yang melindungi hak-hak warganegara, bukannya negara agama yang menjaga kepentingan orang beriman), beliau menutup tulisan itu dengan menyatakan;
“Legitimasi politik terlaksana menerusi pelaksanaan prinsip-prinsip umum yang dibawa piagam Madinah bukannya menerusi pelaksanaan hukum-hukum fiqh yang khas untuk pengikut agama Islam. Perjanjian Madinah yang mentadbir kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat tidak menyentuh pelaksanaan hukum-hakam Islam dengan gambaran sempit yang diseru oleh sebahagian golongan beragama pada hari ini. Menerusinya ia mahu menukarkan sistem politik kepada sistem diktator yang religius, bertentangan dengan jawhar agama dan ruh Islam; keadilan, kesamarataan, saling membantu, saling bermaafan, menghormati kepelbagaian agama, pilihan-pilihan manusia dan kebebasan rakyat, jauh daripada dikte-dikte pemerintahan mutlak atau negara yang diktator.”

Ternyata politik berorientasikan ketakutan dan sentimen keagamaan dan perkauman telah mengalihkan perhatian banyak pihak akan perbincangan sebenar yang wajar diangkat. Lebih memburukkan keadaan apabila segelintir pihak telah memetik beberapa teks klasik mengenai hubungan antara Muslim dan bukan-Muslim dengan keluar dari konteks yang dikehendaki. Mereka menimbulkan persoalan “kafir harbi” sedangkan sekalian rakyat sama ada penganut agama Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Atheist, Agnostik dan lain-lain merupakan warganegara yang sah, mempunyai hak-hak yang mesti diberi dan mempunyai tanggungjawab yang mesti dilaksana. Hal tersebut telah diulas oleh ramai tokoh ilmuan Muslim seperti Fahmi Huwaydi menerusi karya terkenalnya Muwathinun La Dzimmiyyun dan Prof Dr Muhammad Imarah turut menulis dalam pelbagai bukunya. 

Salah satunya ialah dalam buku Thawrah 25 Yanayir (Revolusi 25 Januari), beliau semasa mengulas tentang konsep kewarganegaraan telah menulis:

“Kesetiaan seseorang warganegara terhadap negaranya mewajibkan ia berlepas diri daripada musuh-musuh negara tersebut. Sepertimana untuk negara ada hak-hak ke atas warganegara, demikian juga sesungguhnya untuk warganegara ada hak-hak ke atas negara dan rakyatnya. Antara hak yang terpenting ialah; kesamarataan dalam persamaan peluang (equal opportunities), penafian diskriminasi dalam hak-hak politik, sosial dan ekonomi disebabkan warna kulit, kelas dan agama, sambil merealisasikan perpaduan sosial yang menjadikan rakyat jasad yang satu.”

Demikian sebagaimana tersebar dalam teks-teks klasik dan semasa politik Islam bahawa interaksi antara Muslim dan bukan-Muslim terasnya ialah konsep Lahum ma lana wa ‘alayhim ma ‘alayna iaitu soal hak dan tanggungjawab sama ada Muslim ataupun bukan Muslim adalah sama dalam sesebuah negara. Malangnya konsep ini tidak begitu diangkat ke tengah-tengah masyarakat di Malaysia gara-gara sentimen agama dan kaum yang sempit. Selagi kita tidak keluar daripada sentimen keagamaan dan perbuatan memetik teks-teks klasik politik tanpa meraikan realiti semasa, selagi itulah kita akan terus terjerumus dalam gua kejahilan dan kemunduran karena kita akan gagal memberi fokus terhadap projek pembaikian dan perobahan dalam pemikiran kontemporari politik Islam.

Al-Quran bercakap tentang kemuliaan anak-anak Adam (17:70), tiba –tiba sebahagian Muslim bercakap tentang kemuliaan dan kehormatan Muslim semata-mata, lantas mengabaikan hakikat setiap manusia mesti dimuliakan dan ada hak-haknya yang wajib ditunaikan. Al-Quran menyebut tentang konsep keadilan dalam menjatuhkan hukuman antara manusia (4:58), ada yang melupakan soal manusia selain mereka, lantas hanya bercakap soal adil dan saksama “sesama kami”, yang menganut agama kami! Al-Quran melarang kaum Muslim daripada bersikap tidak adil sekalipun terhadap kaum yang mereka benci (5:8), sebahagian Muslim pula bercakap soal lebih baik mengundi pemimpin Muslim yang jadong berbanding bukan-Muslim yang berkredibiliti dan terbukti keadilannya dalam mengurus tadbir. Apabila risalah agama merupakan kasih sayang untuk sekalian alam (21:107) bukan semata-mata untuk Muslim apatah lagi bangsa Melayu, bererti wacana negara yang mahu ditegakkan atas aspirasi dan keyakinan beragama haruslah memberi kebaikan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial.

Atas nama Islah, dari sini kita bermula

Kita tiada pilihan lain, selain keluar dari kejumudan dan jalan gelap yang sedang menimpa masharakat kita khasnya di tanah air, kita wajib menggantikan wacana politik yang berorientasikan halalisation dan haramisation kepada wacana-wacana soal etika-etika yang berada di sebalik praktikal politik. Krisis yang disebutkan mesti ditangani atas semangat perobahan (at-Taghyiir) dan pembaikian (al-Islah), lantas memerlukan kerjasama banyak pihak sama ada intelektual, ahli politik mahupun masharakat kebanyakan.

Untuk menjelaskan secara ringkas aspirasi Islah dalam pemikiran kontemporari politik Islam khasnya di tanah air kita, saya menjelaskan pandangan-pandangan di bawah secara ringkas:

Revolusi etika (Ethical revolution — at-Thawrah al-Akhlaqiyyah)

Tentang ethical revolution, saya meminjam perkataan yang digunakan oleh intelektual terkenal, Dr Jasser Auda semasa beliau memberi ucapan dalam satu majlis di Qatar pada 9 Mac 2013. Kita melihat betapa seluruh dunia sedang menghadapi krisis moral dan etika dalam segenap lapangan kehidupan termasuk politik. Ini adalah zaman di mana sistem kehakiman yang diharap bisa memberi keadilan, sistem kehakiman pula menjadi pelindung kepada pemimpin jadong dan koruptor kelas atasan. Institusi-institusi pendidikan yang asalnya sebagai tempat mendidik manusia dan tempat pembudayaan ilmu, tapi akhinya ia menjadi tempat kreativiti terhalang, kebebasan intelektual menjadi terlarang. Sementara itu, kerusi-kerusi politik bukan lagi menjadi medium melaksanakan tanggungjawab dan berbakti kepada masharakat, sebaliknya tempat mengumpul kekayaan dan harta benda.

Reaksi dan respon sebahagian masyarakat dunia terhadap sekalian kecelaruan tersebut ialah dengan turun ke jalan raya dan menjatuhkan pemimpin diktator daripada singgahsana kuasa. Itu salah satu tindakan manusia berani dan bermaruah, tapi ia tidak benar-benar cukup karena pada saat ini kita sangat berhajat kepada revolusi intelektual dan spiritual. Supaya perobahan politik dan dunia yang dicita-citakan itu berlangsung lebih baik, islah radikal pada sisi intelektual dan spiritual sangat diperlukan. Negara bukanlah matlamat akhir, sebagaimana difikirkan oleh sebahagian Islamis ataupun bukan Islamis, tetapi negara salah satu jalan penting demi mencapai kebaikan.

Untuk merealisasikan ethical revolution dalam pemikiran kontemporari politik Islam, wajarlah kita memandang politik dengan melihat “apa di sebalik apa”, dan di sebalik pemikiran kontemporari politik Islam, ‘apa di sebalik apa’ ialah objektif-objektif tertinggi Shariah (Maqasid as-Shariah).
Keadilan, amanah, kebebasan, kemuliaan insan, keamanan, kebajikan, perpaduan nasional dan pelbagai lagi nilai-nilai fundamental telah ditinggalkan daripada dibincang serius untuk dicapai dalam praktikal politik tanah air kita. Gerakan-gerakan Islamis dan ahli-ahli politik yang berada di kancah politik mestilah menjadikan sekalian nilai-nilai fundamental sebagai tujuan dan panduan dalam praktikal politik demi kepentingan negara dan warganegaranya.

Islam dan demokrasi

Kediktatoran wajib ditolak walau atas apa nama sekalipun, Abdur Rahman al-Kawakibi menulis:
“Kediktatoran merupakan musuh kebenaran, musuh kebebasan dan merupakan pembunuh kedua-duanya. Kebenaran merupakan bapa kepada manusia, sementara kebebasan pula ibu mereka. Rakyat merupakan anak-anak yatim yang tidur dan tidak mengetahui apa-apa, sementara para ilmuan pula merupakan saudara mereka yang bijaksana. Sekiranya mereka (golongan berilmu) mengejutkan rakyat, pasti rakyat akan bergerak aktif. Adapun jika para ilmuan meninggalkan mereka, mereka akan kekal sebagaimana sebelumnya, lantas akan bersambung tidur mereka (rakyat) dengan kematian.”
Satu perbincangan yang telah lama berlangsung, masih berlangsung dan berkemungkinan akan terus berlangsung ialah mengenai Islam dan demokrasi. Untuk projek al-Islah, kita mesti sentiasa mengulang bahawa jawhar-jawhar agung agama Islam tidak bertentangan dengan konsep-konsep umum yang wujud dalam demokrasi. 

Malek benNabi semasa mengulas tentang Islam dan demokrasi, ia menyebut bahawa prinsip-prinsip demokrasi mengajar manusia tentang membebaskan diri daripada diperhamba sesiapa dan daripada memperhamba orang lain, demokrasi juga antara teras utamanya ialah kemuliaan manusia karena ia projek menolak sebarang tindakan perhambaan dan kecenderungan seseorang untuk memperhamba. Justeru demokrasi menurut Malek benNabi ialah projek pendidikan karamah insaniyyah (human dignity) yang mesti bermula dengan merobah apa yang ada dalam diri manusia terlebih dahulu.

Dalam konteks tanah air kita, pendidikan nilai-nilai teras demokratik mesti terus dipergiat karena kita tidak bisa membina sebuah negara yang demokratik semata-mata dengan meletakkan perkataan demokratik dalam perlembagaan, manifesto atau nama parti, tetapi demokrasi akan berlangsung baik apabila rakyat mengetahui bahawa perjuangan menolak penipuan, korupsi dan kediktatoran ialah perjuangan yang hanya bisa didokong oleh pemilik dhamir yang menghayati nilai-nilai demokratis. Hanya manusia yang merdeka dan mengangkat kemuliaan insan bisa membina sebuah negara demokratik dan berpartisipasi dalam membentuk sebuah masharakat dan negara yang harmoni.

Perbincangan Kritikal

Untuk menjayakan aspirasi Islah dan menangani krisis pemikiran kontemporari politik Islam di tanah air kita, wacana kritikal tentang hal tersebut wajar terus dihidupkan. Tanpa menafikan kebaikan wacana antara idea, fahaman dan agama, namun wacana yang bertujuan menyelesaikan hal-hal dalaman pemikiran politik Islam tidak boleh dikesampingkan. Saya memberi contoh, pembacaan teks-teks klasik tidak wajar berlangsung literal hingga apabila ditanya sesuatu soalan, terus dikeluarkan bulat-bulat apa yang wujud dalam teks-teks klasik. Bahana sikap tersebut ialah timbulnya isu “kafir harbi”, “darul kufr”, “pembangkang khawarij”, “haram pilihanraya” dan sebagainya.

Penulis buku “Who Needs an Islamic State”, Dr Abdel Wahab el-Affendi dalam bab kedua buku itu telah menulis satu sub-topik bertajuk”Problems with the Classical Theory”. Beliau mengulas salah isu penerimaan al-Mawardi perihal penamaan (penentuan) pemimpin oleh pemimpin sebelumnya, dalam kitabnya, Ahkam Sultoniyyah:

“Al-Mawardi memetik kisah Abu Bakr melantik Umar menjadi penggantinya sebagai dalil bahawa adalah sah untuk mana-mana pemerintah memilih penggantinya. Beliau mengabaikan hakikat bahawa tindakan sedemkian adalah sah bukan kerana individu menentukannya, tetapi juga kerana tindakan itu disahkan oleh umat-umat Islam yang utama pada masa itu. Beliau turut terlepas pandang, perbezaan ketara antara perlantikan Umar oleh Abu Bakr dan paksaan melalui kekerasan Muawiyah melantik anaknya sebagai pengganti. Ini merupakan kekurangan di dalam mana-mana teori.”

Demikian juga contohnya isu ahlu adz-dimmah dan kewarganegaraan, Tariq Ramadan menulis (terjemahannya):

“Konsep kewarganegaraan (al-muwatanah) kini merupakan rujukan yang diterima umum, walaupun sesetengah fuqaha literalis atau tradisionalis ragu-ragu untuk menggunakannya atau menolaknya secara keseluruhan (hanya kerana ia bukan sebahagian daripada istilah klasik Islam)”

Khatimah

Sama ada disedari atau tidak, di tanah air kita krisis pemikiran kontemporari pemikiran Islam sememangnya berlaku, ia jelas tampak apabila kandungan perbincangan dan persoalan yang ditimbulkan masih lagi berlegar-legar pada sudut Muslim dan bukan Muslim, Islam dan demokrasi dan akhirnya menatijahkan halalisation dan haramisation oleh segelintir golongan literal. Untuk menghadapinya kita hanya ada dua pilihan iaitu; pertama, melakukan Islah dan ethical revolution. Kedua, kembali kepada yang pertama.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

ben tampol
014.311.0628

Thursday, May 16, 2013

Masih Banyak Kebaikan Pada Manusia…

Cukup menginsafkan......

Masih banyak kebaikan pada hati-hati manusia di luar sana.  Jangan putus asa dan putus harapan kepada manusia lain.  Jangan hanya kerana kita selalu dipaparkan dengan berita, gambar dan video negatif mengenai sikap manusia, maka kita menafikan kebaikan pada manusia secara umumnya.  Kebaikan masih ada.  Dan kebaikan itu sentiasa berpotensi untuk dibesarkan dalam jiwa dan hati manusia.
Berikut adalah kompilasi video yang dirakam dari dash cam pada kenderaan-kenderaan di Rusia sebagai contoh.  Menontonnya memberikan kita suatu semangat kerana sedar masih banyak kebaikan pada manusia di luar sana yang tidak kita diketahui.  Juga membenihkan semangat buat kita sama-sama mencontohinya.  Ayuh buat kebaikan.  Sebarkan kebaikan.
Ayuh tonton sebentar:
Semoga kebaikan tersebar di seluruh dunia.  Sama-samalah kita mempromosikannya dan menyebarkannya.  Tidak lain tidak bukan mesti kita mulakan kebaikan itu pada diri sendiri terlebih dahulu.  Ia hukum yang paling asas.
Dan moga-moga kebaikan hakiki iaitu menerima Islam sebagai agama dengan mentauhidkan ALLAH dan menerima Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai pesuruh ALLAH menyinggah masuk ke dalam hati setiap manusia, amin…
muzir.wordpress.com

Wednesday, May 15, 2013

Terima Kasih Cikgu Semua....


Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi, dari Abu Umamah Al-Bahili, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرضين حتى النملة في جحرها وحتى الحوت ليصلون على معلم الناس الخير

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya, juga sekalian penghuni langit dan penghuni bumi, bahkan semut di liangnya serta sebesar-besar dan sekecil-kecil ikan pun, mereka semuanya benar-benar mendoakan untuk para guru yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." 

(Al-Tirmizhi: Hadis Gharib)

A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru 
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah 
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah 
Bagai kerja menolak ombak

UsTACZ....
Selamat Hari Guru...16 Mei'13

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu

Mari kita merenung sejenak - berkata Imam Al-Banna, 'الصحة تاج المرء' .... 'Kesihatan itu adalah mahkota seseorang'....

InfoOleh: kamal_hasan

"Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

b) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

Samb:

Tanda-tanda-sakit-di-badan.


Ihsan dari artikel di web tranungkite.net

Thursday, May 9, 2013

Hari Ini Jumaat Pertama Selepas PRU13

Bersyukur alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi kehidupan buat kita hingga ke saat ini. Hari ini hari Jumaat yang pertama selepas berlalunya pertarungan sengit PRU13. Syukur kerana tiada insiden-insiden besar yang berlaku hingga menjejaskan perjalanan pengundian yang paling sengit pernah disaksikan dalam sejarah sejak negara ini mencapai kemerdekaannya pada Ogos 1957.

Marilah kita berdoa kepada Allah semoga negara tercinta ini terus aman dan rakyatnya mendapat kebebasan dan keadilan sewajarnya. Keamanan dan ketenteraman tidak hanya pada zahir yang dilihat, ia lebih dalam daripada itu. Apa ya? Ia berkait dengan ketenteraman dalaman manusia itu. Dalam istilah tasawwuf disebut sebagai hawa nafsu. Hawa nafsu ialah angin atau gelora. Dia ada pada setiap orang.

Ayuhlah kita semua membersihkan jiwa masing-masing kerana ketenteraman dan ketenangan jiwa lebih utama dijaga. Pada hari Jumaat seumpama ini adalah masa yang baik untuk kita membersihkan hati kita semua. Pada hari ini pelbagai ibadat dan jalan untuk bertaqarrub kepada Allah terbuka buat kita para mukmin mengerjakannya....semoga doa kita dimustajabkan-Nya....


Wallahu A'lam....

Akhukum,
UsTACZ

Tuesday, May 7, 2013

Ikhwah akhawat yang dikasihi sekalian… Bersabar dan Bergembiralah,Sesungguhnya Allah SWT Sentiasa Bersama Kita…



Nukilan: Sheikh Mohamed Hamed Elawa
Terjemahan: UsTACZ
الحمد لله رب العالمين ، القائل فى كتابه الكريم (إِنَّهُ مَن يَتَّقِوَيِصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِين) يوسف 90 ، والصلاةوالسلام على نبيه الأمين القائل ، فى حديث صهيب (عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِإِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ ،إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ، وَإِنْ أَصَابَتْهُضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَه) رواه مسلم  .

Bersyukur kepada Allah Tuhan Semesta Alam yang telahberfirman:

"Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuatkebaikan".

Selawat dan salam ke atas Nabi-Nya SAW yang jujur lagi amanah. Baginda telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Suhaib yang bermaksud:

"Ajaib sungguhurusan orang yang beriman. Sesungguhnya semua urusannya membawa kebaikanbaginya. Dan yang demikian itu tidak dikurniakan kecuali bagi orang mukminsahaja di mana jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baikbaginya. Jika dia diuji dengan kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baikbaginya".

Risalah ini aku titipkan daripada jantung hatiku kepadakalian semua, lantaran situasi yang telah kita lalui bersama itu. Saya secaraperibadi merasai kepahitan dan keperitannya, selepas melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan olehikhwah dan akhawat ke arah pengislahan menyeluruh tanah air tercinta ini. Kita telah berusaha mendokongkebenaran bersama-sama semua warganegara yang prihatin.

Sekalung ucapan tahniah kita hadiahkankepada semua setelah keputusan pilihan raya diumumkan bahawa Allah SWT telahmengetahui apa yang tersirat di hati kita semua, Dia maha mengetahui tentangkeikhlasan hati ini. Allah SWT melihat gerak kerja kita, lalu Dia mendapatipadanya usaha dan pengorbanan yang baik lagi mulia. Semoga AllahSWT mengurniakan ganjaran yang setimpal dan kita meyakini bahawa Allah SWTtidak sekali-kali akan mensia-siakan amalan kita di dunia dan di akhirat. AllahSWT berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا) الكهف 30 .
“Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Kamibenar-benar tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan perbuatanbaik itu”.

Di bawah ini saya titipkan beberapa nasihat dan berita yangmenggembirakan:
1. Bergembiralah….bahawa Allah sentiasa bersama kita,kerana apa yang telah kita usaha dan korbankan adalah semata-mata untukmendapat keredhaan-Nya jua. Dari sini marilah kita yakini bahawa Allah akansentiasa bersama membantu dan menolong kita. Itulah perasaan yang dialami olehNabi SAW, dikongsi dan diluahkan kepada sahabatnya di Gua Hira’ bila Nabi SAWmendapati Abu Bakar RA bersedih dan diselubungi ketakutan. 

Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar RA; Allah berfirman:


إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَكَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاتَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِوَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواالسُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (التوبة40)
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) makasesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah)mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua(sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepadasahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersamakita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (NabiMuhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengansehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi(selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

2. Bergembiralah….Sesungguhnya telah tetaplah ganjaran pahala tersebut insha Allah kerana Allahtidak menilai kita di atas hasil gerak kerja kita, akan tetapi Dia akanmenghisab kita atas apa yang kita lakukan dengan penuh ikhlas dan sabar.Firman-Nya:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ ( الزمر10)
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanyatanpa batas”. 
Firman-Nya lagi:
وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ، وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (آل عمران 57 )
“Dan adapun orang yang beriman dan melakukan kebajikan, makaDia  akan memberikan pahala kepada mereka dengan sempurna. Dan Allah tidakmenyukai orang zalim”.

Kita amat yakin bahawa semua ikhwah dan akhawat kita bekerjadengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan membantu memenangkankebenaran. Imam Al-Banna telah berwasiat kepada kita, katanya:
لا يغرنك أن يحسبك الناس عاملا ، ولكن همك أن يعلم الله منك صدق ذلك ،فإن الناس لن يغنوا عنك من الله شيئاً
“Jangan kalian tertipu oleh sangkaan manusia bahawa kalianadalah orang yang bekerja, tetapi matlamat kalian ialah agar Allah SWTmengetahui bahawa kalian bersikap benar dalam melaksanakan kerja tersebut.Sesungguhnya manusia tidak dapat memberi apa-apa kepada kalian selain AllahSWT”.

3.  Bergembiralah… maka Allah sekali-kali tidakakan mensia-siakan hak mereka yang ikhlas bekerja kerana neraca timbanganlangit adalah lebih adil dari neraca timbangan dunia. Jika hak tersebut luput di dunia,maka ia pasti tidak akan luput di sana (padang mahsyar) di hadapan Tuhan RabbulJalil. Firman-Nya:
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلاتُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَابِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ (الأنبياء 47)
Maksudnya: ”Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat padahari kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit; sekalipun hanyasebesar biji sawi, pasti Kami akan mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kamiyang membuat perhitungan.”
  
4.  Bergembiralah dan jangan kalian berputus-asa…kerana Allah-lah yang menguruskan hamba-hambaNya dan Dia Maha Mengetahui lagiMaha Mengasihani. Allah SWT berfirman:
وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْرَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (يوسف 87)
“Dan janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yangkafir”.

Firman-Nya lagi:
قَالُواْ بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلاَ تَكُن مِّنَ الْقَانِطِينَ ،قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّآلُّونَ (الحجر 55 – 56)
“Mereka (malaikat) menjawab; Kami khabarkan berita gembirabuat kamu dengan benar. Maka janganlah kamu termasuk di kalangan orang yangberputus asa. Dia (Ibrahim) berkata; tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhan-Nya, kecuali orang-orang yang sesat”.

Imam Al-Banna berkata:
لا تيأسوا فليس اليأس من أخلاق المسلمين وحقائق اليوم أحلام الأمسوأحلام اليوم حقائق الغد ولازال في الوقت متسع ولازالت عناصر السلامة قوية عظيمةفي نفوس شعوبكم المؤمنة رغم طغيان مظاهر الفساد والضعيف لا يظل ضعيفاً طول حياتهوالقوي لا تدوم قوته أبد الآبدين يقول تعالى :(وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَىالَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُالْوَارِثِينَ ، وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ).
“Jangan kalian berputus asa kerana berputus asa itu bukanakhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah mimpi-mimpi semalam dan mimpihari ini adalah hakikat yang akan berlaku esok. Masih tetap ada lagi waktu dananasir-anasir yang baik masih utuh dan kuat dalam jiwa-jiwa bangsa para mukminsekalipun kerosakan bermaharajalela. Yang lemah tidak akan selama-lamanyamenjadi lemah sepanjang hidupnya, sebaliknya yang kuat tidak akanselama-lamanya kuat sepanjang hidupnya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Kami (Allah SWT) mahu mengurniakan (kekuatan) kepadaorang-orang yang lemah di muka bumi ini dan Kami akan jadikan mereka pemimpindan pewaris kepimpinan serta Kami akan menguatkan kekuasaan mereka di atas mukabumi ini”.

5.  Bergembiralah dan bersabarlah…. Sesungguhnyabersama kesusahan itu adanya kesenangan dan bahawa kemenangan itu mengiringi bersama kesabaran. Allah berfirman:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ، إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(الشرح 5 – 6 )
Cuba perhatikan bahawa Allah telah menyebutkan di dalam ayat di atas secara‘bersama’ (المعية), Allah tidak menyebutnya secara ‘kemudian selepasitu’ (التبعية). Ia memberi ketenangan kepada hati kitabahawa kemenangan itu sebenarnya dekat dan bahawa kesenangan itu datang bersamakesusahan. Maka bergembiralah kalian semua dengan kemenangan yang amat dekatkerana waktu malam yang pekat hitamnya ialah sejurus sebelum masuknya waktufajar. Allah SWT merahmati penyair yang berkata:
إذا ضاقت بك الدنيا         ففكر في:(ألم نشرح)
          فـعسر بـينيسرين          تأمَّـــــــــل فيهما تفــــــــرح .

“Apabila kamu rasa sempitnya dunia, maka fikirkanlah pada  ألم نشرح,
Maka kesusahan itu sebenarnya berada di antara duakesenangan,
Renung-renungkanlah pada kedua-duanya itu, nescaya kamu akanrasa gembira….”

6.  Bergembiralah dan laksanakanlah dakwah ini…Kita semua adalah pembawa risalah. Kita adalah rijal pembawa dakwahyang berkesinambungan. Medan dan bidang dakwah ini pelbagai; di antaranya adalah politik.Maka sebarkanlah dakwah kamu ini di kalangan manusia. Sebarkanlah kebaikan dankelebihan dakwah ini ke segenap lapisan masyarakat. Jangan kalian terkesandengan peristiwa-peristiwa yang mendatang ini. Sebarkanlah dakwah kalian dikalangan manusia di kampung, bandar, taman, masjid, sekolah, universiti dankelab-kelab (persatuan). Kita adalah duah (pendakwah) kepada Allah dan kitamembawa kebaikan untuk manusia. Allah SWT berfirman:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَصَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلاالسَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَوَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلاالَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (فصلت 33 – 35) .
Maksudnya: “Dan siapakah yang  lebih baik perkataannyadaripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan danberkata,’Sunguh, aku termasuk orang muslim (yang berserah diri)?’ (33) Dantidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan carayang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan diaakan seperti teman yang setia. (34) Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akandianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkankecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35)”

7.  Bergembiralah dan hendaklah kalian mengambil perhatian di sepanjang jalan tarbiyah ini… Maka medan pembinaan dantarbiyah sentiasa menunggu kalian kerana sebagaimana kalian mengetahui bahawa “Tarbiyahdan Takwin merupakan jalan kita menuju kejayaan”. Maka hendaklah kalian semuamengambil berat soal-soal yang berkaitan dengan program-program tarbiyah sertapelbagai wasilahnya kerana ia adalah asas pembinaan individu dan rumah tangga.Ia juga adalah titik bermulanya ke arah pembinaan masyarakat dan daulah. AllahSWT merahmati Imam Syahid Hasan Al-Banna ketika beliau berkata:
كونوا أنفسكم تتكون بكم أمتكم
“Bentuklah jiwa-jiwa kalian, nescaya akan terbentuklah dengankalian ummah kalian”.

Ayuh-lah wahai ikhwan yang dikasihi… marilah sama-sama kitaberusaha memantapkan tarbiyah…

8.  Akhir sekali…. Yakinlah dengan Tuhan kalian,Dia-lah Allah yang sentiasa meliputi pengetahuan-Nya terhadap apa yang kalianlakukan. Sentiasalah melakukan ketaatan dan jadilah kalian semua rabbaniyyin.Kemudian yakinlah dengan jalan dakwah, kepimpinan dan manhaj kalian.Peliharalah ukhuwah kalian kerana ia adalah rahsia kekuatan dan asaskegemilangan. Kemudian teruskan bekerja dan jangan kalian berputus-asa. Tunggulahkelapangan dan kesenangan yang akan Allah kurniakan dalam masa terdekatdaripada hamba-hamba-Nya yang baik. Allah berfirman:
...وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ ،بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ، وَعْدَ اللَّهِلَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُون (الروم4 : 6 ).
Maksudnya: "...Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman (4), kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang. (5) (Itulah) janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (6)

وآخردعوانا أن الحمد لله رب العالمين
أخوكم /محمد حامد عليوة                                                                     
8/5/2013