Thursday, February 20, 2014

Mutiara Termahal Yang Dimiliki Oleh IM

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين ، محمد بن عبد الله ، سيد الداعين إلى الله على بصيرة  ، والمجاهدين فيه بإحسان ، وعلى آله وأصحابه ومن والاه .. وبعد
ننإنها كلمات بليغة موجزة ، عميقة فى معانيها وإشاراتها ، إنها تبرز دور هؤلاء المخبتين العاملين لدينه ودعوته ، باخلاص وتجرد ، من غير نظر إلى مغنم أو لقب ، أو منصب أو جاه أو تقدم أو تأخر ، هم جنود هذه الدعوة الذين لا يتصدرون المجالس ويحملون أفخم الألقاب ، لكنهم يتقدمون صفوف العاملين المخلصين . بمثل هؤلاء تحفظ الجماعات ، وتتنزل الرحمات ، وبهم تنتصر الدعوات .
Sesungguhnya itulah kalimah-kalimah yang amat tepat sekalipun ringkas, amat mendalam pada makna dan isyaratnya. Sesungguhnya ia menzahirkan peranan mereka itu, yang kuat ibadatnya dan sentiasa bekerja untuk agama dan dakwahnya dengan ikhlas dan tajarrud tanpa melihat kepada ghanimah (habuan dunia) atau gelaran atau pangkat atau kedudukan, di depan atau di belakang. Mereka adalah tentera bagi dakwah ini. Mereka tidak menyerlah di majlis-majlis dan mereka tidak membawa gelaran kebesaran, tetapi mereka sentiasa berada di sof-sof amilin mukhlisin. Dengan mereka yang seumpama inilah sebenarnya jamaah akan terpelihara, rahmat akan turun dan dengan merekalah insha-Allah dakwah akan diberi pertolongan.
يقول الإمام الشهيد حسن البنا – رحمه الله :
(إن أعز ما يملك الإخوان ، هو ذلك الجندي المجهول ، الذى يبذل أقصى ما فى جهده ، وينفق أكثر ما فى جيبه ، ويضحي بأغلى وقته . فإذا حضر لم يُعرف ، وإذا غاب لم يُفتقد ، يتعمد البعد عن الشهرة والأضواء ، قليل الكلام كثير العمل ، يؤمن أن له رباً يذكره فى ملأ  هو أفضل من الأرض ومن عليها ، رب يحب من العمل ما كان خالصاً) .
Berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna - rahimahullah:
"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".
أعز ما يملك الإخوان المسلمين

Kuliah Maghrib UsTACZ di Masjid Sg Ramal pada 18 Feb 2014

Tuesday, February 18, 2014

Pemikiran Skeptis Dalam Beragama_satu penulisan yang bagus untuk renungan!!!!!

bourguiba
Habib Bourguiba
“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.
“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.

Semua naik angin.
Marah dengan Habib Bourguiba.
Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.
Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.
Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!
SINIS AGAMA
Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism, walaupun ia bukanlah sebuah Kategori.
Pemikiran skeptis atau sinis terhadap agama ini berperingkat.
Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.
Ada juga pemikiran skeptis, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.
Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptis terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.
Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.
YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN
yasminahmad
Yasmin Ahmad (1958 – 2009)

kredit foto: The Guardian
Terkini (2010 – semasa artikel ini ditulis), ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.
Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkiniTalentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptis terhadap agama.
Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.
Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?
Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkanskepticism itu semakin meruncing.
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
SISTERS IN ISLAM
zainahanwar

Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam
Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam (SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.
Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.
Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Ramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptis.
Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.
  • Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.
  • Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.
  • Menjadi mangsa kejahatan lelaki.
  • Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.
Religious Skepticism adalah reaksi. Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptis itu menguasai. Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
Sesuatu yang perlu difikirkan.
BENJAMIN STEPHEN
badrushisyam
Badrul Hisyam
Anak muda ini adalah bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah. Saya adalah senior beliau, produk sistem pendidikan dan institusi pendidikan yang sama. Biar pun pendidikan kami serupa, pengalaman peribadi masing-masing berbeza.
Bukan sedikit ilmu agamanya.
Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.
Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptis dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.
Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.
Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptis beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!
Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
KASSIM AHMAD
kassim ahmad mencari-jalan-pulang

Kassim Ahmad – Mencari Jalan Pulang

bourguiba

Habib Bourguiba

“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.

“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.



Semua naik angin.

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

SINIS AGAMA

Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism, walaupun ia bukanlah sebuah Kategori.

Pemikiran skeptis atau sinis terhadap agama ini berperingkat.

Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.

Ada juga pemikiran skeptis, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.

Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptis terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.

Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.

YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN

yasminahmad
Yasmin Ahmad (1958 – 2009)
kredit foto: The Guardian

Terkini (2010 – semasa artikel ini ditulis), ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.

Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkiniTalentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptis terhadap agama.

Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?

Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkanskepticism itu semakin meruncing.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

SISTERS IN ISLAM

zainahanwar
Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam

Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam (SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.

Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.

Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Ramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptis.

Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.

  • Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.
  • Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.
  • Menjadi mangsa kejahatan lelaki.
  • Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.

Religious Skepticism adalah reaksi. Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptis itu menguasai. Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

Sesuatu yang perlu difikirkan.

BENJAMIN STEPHEN

badrushisyam
Badrul Hisyam

Anak muda ini adalah bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah. Saya adalah senior beliau, produk sistem pendidikan dan institusi pendidikan yang sama. Biar pun pendidikan kami serupa, pengalaman peribadi masing-masing berbeza.

Bukan sedikit ilmu agamanya.

Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptis dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.

Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptis beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!

Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

KASSIM AHMAD

kassim ahmad mencari-jalan-pulang
Kassim Ahmad – Mencari Jalan Pulang

Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.

Jika didasarkan kepada karya beliau ini, Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.

Di manakah kritikan itu bermula?

Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.

Ya.

Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan. Di usia 80 tahun, semasa artikel ini saya semak semula, pemikiran skeptis Kassim Ahmad masih belum reda. Saya kira, trend beragama sekarang yang semakin romantis bersama wacana ilmiah yang semakin rencam dan kepimpinan negara yang mundur nilai intelektualnya, Kassim Ahmad lebih terpanggil untuk bersuara kembali.

Walaupun kritikannya banyak tercicir asas-asas penting pemikiran kritis dalam beragama, termasuk soal memahami pengistilahan-pengistilahan bahasa Arab. Kecacatan yang sudah ditegur datuk nenek zaman berzaman, bahawa kail yang panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Pemikiran skeptis seperti ini tidak lebih daripada sebuah keraguan yang berstruktur (structured doubt) yang berkosmetik jargon tinggi.

Namun dalam konteks muhasabah pendakwah, permasalahan ini memerlukan arah pandu fikir yang sedikit berbeza. Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIS TERHADAP AGAMA

Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.

Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.

Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptis terhadap agama ini.

Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.

Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).

“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.

“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.

Yasmin mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptis terhadap agama. Suatu kemalangan.

Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.

Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.

Pandangan skeptis terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptis orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.

Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.

Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.

Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.

PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN

Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptis terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.

Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).

Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptis terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.

kesesatan

SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA

Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.

Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.

Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?

Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.

Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!

Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?

Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.

ANALOGI

Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?

“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.

Mustahil.

Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.

Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.

“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.

Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.

Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan pada bulan Ramadhan , kita produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja. Jika kita pulang awal kerana mahu menyediakan hidangan berbuka puasa, kerja kita pada waktu pejabat harus jadi lebih kompak dan intensif, bukan lunyai atas nama puasa dan Ramadhan.

Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!

p/s: Baca juga IRSHAD MANJI: KALAULAH BOLEH BELIAU KUABAIKAN

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP
http://saifulislam.com


[BERGAMBAR] Bergemanya Sorakan Bernada Islam Di Liga Perdana Inggeris

Demba Ba scored since 15 Ramadhan”

“He prays 5 times a day”


Serangkai sorakan bertali arus dilaungkan peminat di United Kingdom, ditujukan kepada insan yang sama tetapi berbeza tempat dan juga ketika.

Demba Ba scored since 15 Ramadhan” laung penyokong Newcastle United di St. James Park melihat Demba Ba gembira meraikan jaringan ketika sedang berpuasa.

“He prays 5 times a day’ adalah ungkapan daripada sorakan khas untuk Demba Ba di Stamford Bridge ketika permainannya bersama Chelsea.

Mungkin terasa janggal kenapa perkara ini berlaku, bagaimana masyarakat di United Kingdom yang majoritinya bukan Islam menitikberatkan puasa dan solat dalam rangkap sorakan mereka seolah-olah mereka juga menjalankan kewajipan yang sama. Inilah yang kita nyatakan sebagai pengaruh.

Pengaruh cara hidup,adab,ketetapan beragama dan prinsip yang di bawa oleh pemain muslim sehingga masyarakat di sana turut mengetahuinya. Demba Ba merupakan salah seorang pemain yang boleh disandarkan untuk menjadi penyudah terbaik, biarpun tiada penampilan utama dalam pasukan Chelsea tetapi beliau tetap memainkan peranan dalam pelan jangka masa panjang Mourinho (Pengurus Chelsea).

Dalam artikel sebelum ini pastinya isu ketegasan pemain kelahiran Senegal ini dalam setiap situasi yang melibatkan hukum agama Islam dan prinsipnya menjadi hala tuju utama dan wajar untuk di contohi. Tapi kali ini kita bawakan lebih dekat pengaruh pemain muslim seperti Demba Ba mahupun pemain lain dan kesannya terhadap faktor persekitaran seperti Ultras (penyokong), pengurus antarabangsa, staf dan masyarakat mahupun penduduk setempat.

Ultras pastinya pemain kedua belas dalam setiap pasukan itulah perumpamaan yang selalu diungkapkan. Kini segalanya terbukti dengan wujudnya ‘chant’ atau ungkapan sorakan yang mengandungi unsur ibadah agama Islam yang ditujukan kepada pemain muslim seperti Demba Ba tidak kira ketika, tempat mahupun situasi.

Kepentingan ibadah yang ditonjolkan oleh Demba Ba membawa ingatan kepada penyokong mahupun peminatnya bahawa ibadah yang dilakukannya penting dalam kehidupan pemain muslim tersebut dan wajar diterapkan dalam bait-bait sorakan mereka. Ini membawa pengaruh yang positif kepada penyokong tentang agama Islam dan umatnya.


Alan Pardew contoh pengurus prihatin dan berpengalaman menguruskan pemain Muslim.

Bagi menyentuh faktor pengurusan, pemilikan dan pengaruh pemain muslim, kita mengambil contoh Alan Pardew (Pengurus Newcastle United) mengakui secara peribadi bahawa beliau mengambil kira kepentingan lapan orang pemain muslim yang menyertai pasukannya dan amat menghormati pendirian mereka setelah menimba pengalaman menguruskan pemain muslim seperti Demba Ba untuk musim dan kempen sebelumnya.

Ketika era Roberto Mancini sebagai pengurus kelab berbelanja besar Manchester City, bilangan pemain muda muslim yang direkrut bertambah seperti Abdul Razak dan Karim Rekik. Pemain-pemain ini kebanyakannya dipinjam ke kelab luar bagi memperoleh pengalaman dan mengembangkan bakat mereka.

Faktor pemilik saham terbesar di Manchester City yang berasal dari Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mansour juga memainkan peranan kerana semenjak pengambilan beliau isu keselesaan pemain muslim The Citizens lebih terjamin dan diambil kira.


Darsley Park Outdoor pusat latihan Newcastle United yang dilengkapi musolla.

Terbinanya surau di Direct Sports Arena (Newcastle United), penyediaan makanan ruji halal seperti ayam yang disembelih kepada semua pemain di Marseyside (Liverpool) demi menjamin kesihatan pemain muslim dan pemain-pemain yang lain, pemberian waktu untuk mengerjakan solat oleh kelab The Gunners (Arsenal), memberi gambaran jelas tentang hubung kait antara kepentingan pemain muslim dan pihak pengurusan kelab berpengaruh di liga Perdana Barclays.

Pegawai atau staf pasukan juga merupakan watak penting bagi perjalanan sesebuah pasukan begitu juga pasukan besar di liga Perdana Barclays. Tidak dinafikan ada juga antara pegawai mahupun staf yang berkhidmat untuk kelab-kelab ini beragama Islam. Sikap hormat terhadap larangan dalam agama bukan sahaja berlaku atau berinteraksi antara pemain malah pegawai dan staf kelab.

Pemain-pemain Liverpool menanggalkan jersi perlawanan yang terkena pancutan Champagne ketika meraikan kejohanan sebelum masuk ke bilik persalinan bagi menghormati seorang pegawai atau doktor muslim yang bertugas. Sikap ini wajar dicontohi dan diteladani oleh masyarakat yang prejudis terhadap Islam atau umat Islam sendiri sebagai peringatan menghormati agama lain.


Cara sambutan jaringan berbeza diamalkan oleh Demba Ba dan Papiss Cisse sewaktu bersama di Newcaslte United.

Terbiasnya pengaruh pemain muslim kita teruskan lagi dengan adegan atau sambutan jaringan yang biasa dilakukan pemain muslim di liga Perdana Barclays, seperti bersujud. Cara sambutan gol ini kerap dilakukan oleh Demba Ba dan rakan sepasukannya Papiss Cisse yang juga beragama Islam ketika di Newcastle United, yang akhirnya di contohi oleh kanak-kanak di kejiranan St. James Park atau Newcastle United ketika bermain futsal.

Mungkin bagi kanak-kanak ini mereka tidak tahu tujuan sujud itu dilakukan atau makna di sebalik tindakan tersebut tetapi jelas mempamerkan pengaruh budaya muslim dalam masyarakat di sekitarnya.

Pengaruh agama Islam yang dibawa oleh pemain-pemain muslim memberikan satu skop pandangan baharu terhadap Islam bagi masyarakat bukan Islam. Biarpun pengaruhnya tidaklah terlampau besar atau meluas tetapi tetap boleh di banggakan. Dengan pembawaan pengaruh budaya Islam dan interaksi dengan persekitaran yang baik, pastinya hilanglah sikap prejudis terhadap agama Islam,sikap anti-Islam dan sebagainya.

Tidak kita nafikan ini adalah antara permulaan dakwah secara dasar dan pemberian pandangan positif yang kita mahu sebagai muslim sejati. Sukan membawa banyak fadhilat di samping kesihatan fizikal,rohani dan keharmonian sejagat. Majulah sukan bersama syiar Islam, Insya Allah. saiful islam/HD

Premier League: How Muslims are changing English football culture

By Rob Cowling
BBC Religion

When the Premier League started in 1992, it included just one footballer known to be Muslim, Tottenham's Spanish midfielder Nayim. England's top division now features 40 Muslim players and they are having a significant effect on the culture of the game.

On 5 February, 2012, Newcastle United played Aston Villa at St James' Park and one moment symbolised the impact Muslim players were having on the Premier League.

After 30 minutes, Demba Ba scored for the home side. He raced to the corner flag and was joined by Senegalese compatriot Papiss Cisse. The two devout Muslims then sank to their knees in prayer.

The growing influx of Muslim players has been fuelled by the internationalisation of football.

Scouts have spread their nets wider in the search for new talent and the Premier League has become a much more diverse place.

Young men with origins in remote villages of west Africa or tough estates in Paris have become global stars.

They may have found wealth and fame playing for English clubs, but many still hold on to something that is rooted in their cultural identity, something that guides them and comforts them when the going gets tough - their Islamic faith.

When a player of the calibre of Ba, who left Newcastle last year to join Chelsea, says he is serious about his religion, some might argue clubs cannot afford not to listen.

And there is a genuine willingness, on the part of managers and clubs, to understand and accommodate the religious needs of their players.

Muslim footballers are provided with halal food, have the option to shower separately from the rest of the team and are given time and space for prayer.


Until recently, all Premier League players named man of the match were awarded a bottle of champagne.


Tottenham's Nayim was the only footballer known to be Muslim in the Premier League in 1992

Yet for Muslims, alcohol is forbidden. So when Manchester City midfielder Yaya Toure politely refused to accept his award on religious grounds during a television interview, the competition organisers were forced to sit up and take notice.

Champagne was phased out and now all players receive a small trophy instead.

When Liverpool won the League Cup final in 2012, players had the sensitivity to move the clothes of their team doctor, a devout Muslim, out of the changing rooms so that alcohol wasn't sprayed over them.

Yet there are challenges to managing Muslim players and Ramadan is a particular pressure point.

How can players who aren't eating or drinking for up to 18 hours of the day perform at the highest level over 90 minutes of a game?

Some players insist on fasting every day.
 Others may fast during training but not a match day. Clubs tend to muddle through with some kind of compromise, but it can't be an easy period for players or managers.

Arsenal midfielder Abou Diaby, 27, says: "Arsenal would prefer me to not fast, but they understand this is a special moment for me and they try to accommodate things to make me better."

Ba, 28, admits he has had some issues with managers about Ramadan, but says he has been steadfast.

"Every time I had a manager that was not happy with it, I've said: 'Listen, I'll do it. If my performance is still good, I'll keep playing; if it's bad you drop me on the bench, that's it.'"

Former Stoke striker Mamady Sidibe, 33, insists: "You have some players who are fasting on a match day and doing very well, it's no problem. I make sure that on match day I'm not fasting and not to give excuses to people."

Ramadan this year ends on 7 August, 10 days before the start of the Premier League season.

Sponsorship deals have also been a source of tension. Teams who advertise gambling and pay day loan companies on their shirts put their Muslim players in a difficult position, as it means they are being used to promote activities which contradict Islamic teaching.


Goalkeeper Ali Al-Habsi, from Oman, has played in the Premier League for Bolton and Wigan

Last month Cisse said he planned to talk to Newcastle and their new sponsors, Wonga, because he was worried his Muslim beliefs would be compromised if he were seen to promote the company.

Crewe striker Nathan Ellington, 32, who has also played for Wigan and West Brom, takes the view that he cannot affect which sponsor his club chooses.

He said: "I think that's usually out of the hands of the Muslim. Although he's not allowed to gamble, that's something you cannot affect really."

Wigan keeper Ali Al-Habsi, 31, agrees: "We are players and these are things that are coming from the football club. We can't do anything about it, we just do our job."

Fans are also getting an education in Muslim practices.

When manager Alan Pardew suggested Ba's slow start to the 2011-12 season was due to his fasting, fans picked up on it and marked every subsequent goal with a song celebrating how many goals he had scored since Ramadan, to the tune of Depeche Mode's Just Can't Get Enough.

Children playing football in the parks of Newcastle have even been spotted falling to their knees as if in prayer themselves after scoring a goal.

They may not completely understand what it means, but it's a sign that Muslim practices are becoming a more familiar part of popular British culture.
 -BBC
greenboc 

Thursday, February 13, 2014

البنا.. وفن صناعة الحياة والموت - Al-Banna..seni 'perancangan' hidup dan mati

Hassan al-Banna.jpgبقلم: إسماعيل حامد
في ذكرى استشهاد الإمام البنا يطيب لنا أن نتذاكر بعضًا من حياته ومماته لتكون لنا عبرة على الطريق (لقد كان في قصصهم عبرة لأولي الألباب) (يوسف) هي وقفات سريعة تبين لنا كيف اختار البنا حياته وكيف اختار مماته؟ ومدى نجاحه في صناعة الاثنين معًا "الحياة والممات"، في رسالة واضحة لكل أبناء الدعوة والسائرين على الدرب والمقتدين بالحبيب المصطفى أن هذا هو سبيل أصحاب الدعوات.
Bersempena memperingati syahidnya Imam Al-Banna bagus bagi kita untuk mengkaji sebahagian dari kehidupan dan kematiannya agar dapat kita jadikannya sebagai pengajaran di sepanjang jalan ini (Adalah pada kisah-kisah mereka itu menjadi ibrah (pengajaran) bagi yang memiliki akal)_surah Yusof. Itulah pemerhatian selayang pandang yang dapat memberi pencerahan buat kita; bagaimana beliau memilih kehidupan dan kematiannya? Sejauhmana beliau telah berjaya dalam pembikinannya sekaligus "kehidupan dan kematian", di dalam misi yang jelas kepada semua pendokong dakwah dan mereka yang menjalani jalan ini serta meneladani Nabi SAW bahawa inilah dia jalan أصحاب الدعوات.
لقد اختار البنا رحمه الله أن يسير على خطى الحبيب صلى الله عليه وسلم والصحب الكرام بأن جعل حياته وقفًا لله تعالى وسيرًا على منهجه وشريعته وتبليغًا لدعوته وإعادة لخلافته في الأرض وتجديدًا لدينه في نفوس الناس ونهضةً بأمته من حياة التبعية للشرق أو الغرب إلى الاستقامة على الدين لتحقيق أستاذية العالم، فحمل على كاهله مسئولية إحياء الأمة من مواتها وهدايتها من ضلالها، ونشأ الإمامُ وبداخله هذه الفكرة، وسيطرت عليه ونمت وكبرت بداخله، كتبها في موضوع الإنشاء عند تخرجه فقال: "وأعتقد أنَّ خير النفوس تلك النفوس الطيبة التي ترى سعادتها في سعادة الناس وإرشادهم، وتعد التضحية في سبيل الإصلاح العام ربحًا وغنيمة" وكررها وهو يتحدث عن أمنيته: "أنْ أكون مرشدًا معلمًا إذا قضيتُ في تعليم الأبناءِ سحابةَ النهار ومعظم العامِ قضيتُ ليلي في تعليم الآباءِ هدفَ دينهم".
Sesungguhnya Al-Banna Rahimahullah telah berjalan mengikut langkah kekasihnya SAW dan para sahabat RA di mana beliau telah mewakafkan kehidupannya untuk Allah SWT, berjalan di atas manhaj dan syariat-Nya, menyampaikan risalah-Nya, berusaha mengembalikan khilafah-Nya di bumi, memperbaharui agama-Nya di dalam jiwa manusia serta membangunkannya bersama ummah dari kelekaan menjadi pengikut timur dan barat kepada beristiqamah untuk agama ini demi meraih  أستاذية العالم (Order Baru Dunia). Maka beliau telah memikul tanggungjawab besar ini bagi menghidupkan ummah setelah mati, membawa hidayah setelah sesat. Imam Al-Banna membesar sedang dalam dirinya subur dengan fikrah ini, lalu menguasai segenap sudut kehidupannya. Imam menukilkan tajuk karangannya ketika graduasi, katanya: "Saya yakin bahawa sebaik-baik jiwa itu ialah jiwa yang melihat kebahagiaannya terletak pada kebahagiaan manusia dan menunjuk ajar mereka, jiwa yang bersedia untuk melakukan pengorbanan ke arah jalan pengislahan umum sebagai keberuntungan dan ghanimah". Beliau mengulanginya lagi ketika bercakap mengenai cita-citanya: "Bahawa saya akan menjadi مرشدًا معلمًا mursyid yang menjadi guru apabila saya menggunakan masa dalam mengajar anak-anak murid pada sianghari sepanjang tahun dan malamnya pula mengajar para bapa tentang tujuan agama mereka".  
هكذا اختار ومنذ نعومة أظفاره أن يكون شغوفًا بدعوته حريصًا عليها ساعيًا لنشرها بين الناس، ففي طفولته اشتغل بالأمر بالمعروف والنهي عن المنكر والدعوة إلى الله، فأنشأ مع زملائه بالمدرسة بالبحيرة (جمعية الأخلاق الدينية)، وبعدها (جمعية منع المحرمات) و(دعاة الصباح) و(الإخوان الحصافية) وفي القاهرة أثناء دراسته الجامعية اعتمد أسلوب الدعوة عبر المقاهي، وكذلك في الإسماعيلية بعد تخرجه، حتى أسس جماعة الإخوان المسلمين وانطلق يجوب مصر فخاطب أمته قائلاً: "إلى الأمة الحيرى على مفترق الطريق, إلى كل مسلم يؤمن بالسيادة في الدنيا والسعادة في دار القرار,أقدم رسالةَ الماضيْ القويْ الملتهبْ إلى الحاضر الفتي المضطرب، وعده الحاضر الثائر للمستقبل الزاهر"، ولا زال صدى دعوته يدوي "إن الزمان يتمخض الآن عن كثير من الحوادث الجسام، وإن الفرص سانحة للأعمال العظيمة، وإن العالم ينظر دعوتكم دعوة الهداية والفوز والسلام لتخلصه مما هو فيه من آلام، وإن الدور عليكم في قيادة الأمم وسيادة الشعوب" وطاف بدعوته القرى والنجوع وخاطب بها الأمم والشعوب وراسل بها السلاطين والأمراء والملوك فقدم لهم الإسلام بشموليته وفهمه الوسطي المعتدل " الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعًا".
Demikianlah beliau telah memilih sejak kecilnya menjadi orang yang paling cemburu terhadap dakwahnya. Amat mengambil berat tentang dakwah dan sentiasa berusaha menyebarkannya di kalangan manusia. Ketika zaman kanak-kanaknya beliau sibuk melakukan kerja amar makruf dan nahi mungkar serta berdakwah kepada Allah, lalu ditubuhkan bersama teman-temannya sebuah sekolah di Buhairah (Persatuan Akhlak Beragama), setelah itu menubuhkan Persatuan Mencegah Mungkar, Persatuan Du'at Pagi dan Persatuan Hasofiyah. Di Kaherah ketika masih menuntut di Universiti lagi beliau giat mengadakan dakwah di kedai-kedai kopi. Di Ismailyah selepas tamat belajar beliau telah menubuhkan Jamaah Ikhwan Muslimin. Dari situ beliau telah mengadakan lawatan ke seluruh Mesir, lalu berpidato ummahnya seraya berkata: "Kepada umat yang kehairanan di persimpangan jalan, kepada setiap muslim yang beriman dengan kepimpinan di dunia dan kebahagian di akhirat negeri yang kekal, saya tujukan risalah silam yang masih kuat bercahaya ke realiti sekarang yang segar bugar, zaman sekarang yang bersemangat menjanjikan masa depan yang cerah gemerlapan..."masih utuh berkemandang kuat dakwahnya". Sesungguhnya kini zaman berlakunya isu-isu besar. Sesungguhnya peluang terhidang luas untuk kerja-kerja besar. Sesungguhnya dunia sedang memerhatikan dakwah kalian sebagai dakwah yang membawa hidayah, kejayaan dan kesejahteraan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi. Dan sesungguhnya telah tiba giliran kalian untuk memimpin umat dan rakyat". Imam Al-Banna telah mengunjungi kampung-kampung dan pedalaman, berceramah kepada orang ramai, mengutus surat kepada para sultan, penguasa dan raja, mengajak mereka semua memahami kesyumulan Islam dengan kesederhaan dan berhemat" الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعًا".  
فكان يعمل أكثر من عشرين ساعة لا يتعب ولا يجهد ولا ينام إلا قليلا، كان يسعي ويطوف ويذهب إلي كل قرية وكل نجع يفتش عن الشباب، ويحدث الشيوخ ويتصل بالعظماء والعلماء، فالتف حوله شباب الأمة ورجالها ونساؤها حتى بلغ أتباعه قرابة النصف مليون بعدما زار أكثر من 4000 قرية وأسس أكثر من 2000 شعبة لجماعته في كل ربوع مصر، إضافةً إلى 50 شعبة بالسودان و18 شعبة بدول العالم، وتقاطرت علي بيته الذي ينزل فيه وفود المسلمين من إندونيسيا وسيلان والهند ومدغشقر ونيجيريا والكاميرون وإيران والأفغان تتعرف عليه، وحارب الإباحية ووقف أمام حملات التنصير وواجه الأحزاب وجابه الأنظمة الفاسدة وخاض الانتخابات مرتين وجاهد المحتل البريطاني وعصابات اليهود، كل ذلك في فترة زمنية من العمر لا تزيد عن 20 عامًا؛ مما جعل حياته تتمثل دعوة ابن سينا: "اللهم ارزقني الحياة العريضة".
Imam Al-Banna bekerja lebih dari 20 jam tanpa penat dan letih dan beliau tidak tidur melainkan sedikit sahaja. Beliau berusaha mengelilingi dan berpergian ke setiap kampung dan setiap pedalaman mencari pemuda, bercakap dengan orang-orang tua serta berhubungan dengan para pembesar dan ulamak. Maka hasilnya berhimpunlah di sekelilingnya para pemuda daripada umat ini, lelaki dan perempuannya sehingga pengikutnya telah mencapai angka setengah juta selepas beliau menziarahi lebih dari 4,000 kampung, menubuhkan lebih dari 2,000 cawangan untuk jamaahnya di seluruh pelusuk Mesir, tidak termasuk 50 cawangan di Sudan, 18 cawangan di beberapa negara seluruh dunia. Rumahnya dikunjungi oleh rombongan kaum muslimin dari Indonesia, Sri Lanka, India, Madagaska, Nigeria, Kameron, Iran dan Afghanistan yang ingin mengenalinya. Beliau berusaha memerangi pornografi, berdepan dengan propaganda kristianisasi, berdepan dengan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan yang rosak, termasuk masuk menjadi calon piliharaya sebanyak 2 kali, berjuang memerangi penjajah British dan pengganas yahudi. Semua itu dilakukan dalam tempoh umurnya tidak lebih dari 20 tahun, menjadikan hidupnya seumpama doa yang telah diungkapkan oleh Ibnu Sina: "اللهم ارزقني الحياة العريضة" Ya Allah! Rezekikan untukku kehidupan yang panjang. 
هكذا كانت صناعته للحياة وفق منهج دعوته القائم على أهداف محددة تبدأ ببناء الفرد المسلم فالبيت المسلم فالمجتمع المسلم فالحكومة الإسلامية فالدولة فالخلافة الراشدة على منهاج النبوة فأستاذية العالم، تلك الأهداف التي كان يقول غيره عنها أنها أضغاث أحلام، فكم من نفوس ضالة أرشدها ومن عقول جاهلة بصرها ومن لبس في الفهم أزاله ومن مفاهيم غائبة أوجدها ومن معان ميتة أحياها.
Demikianlah pembikinannya terhadap kehidupan ini berdasarkan manhaj dakwahnya yang berdiri di atas tujuan yang telah ditetapkan bermula dengan pembinaan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim, kerajaan Islam, negara Islamiyah, khilafah rasyidah mengikut manhaj Nubuwah sehingga ustaziyatul alam. Tujuan-tujuan yang dinyatakan itu seumpama mimpi-mimpi karut kepada orang lain. Berapa banyak jiwa yang sesat telah dapat diberi petunjuk, berapa banyak akal yang dungu/jahil dapat diberi cahaya hingga hilang kekeliruan pada kefahaman dan berapa banyak kefahaman-kefahaman yang hilang dapat dipulihkan kembali dan berapa banyak jiwa-jiwa yang mati dapat dihidupkannya..
وكما أتقن البنا صناعة الحياة أجاد أيضًا في صناعة الموت، فهو الذي قال: "إن الأمة التي تحسن صناعة الموت وتعرف كيف تموت الموتة الشريفة، يهب الله لها الحياة العزيزة فى الدنيا والنعيم الخالد فى الآخرة" ويعلمنا البنا أن صناعة الموت هي نفسها صناعة الحياة فيقول: "إذن كيف تصنع موتتك؟ أن تكون دائمًا على طاعة، أن تحسن استقبال الزائر الأخير في الدنيا، أن تجعل دنياك مزرعة لآخرتك، أن تتذكر الموت والبلى، أن تبني قبرك بالخيرات، وأن تترك دنياك على الصالحات، وأن ترضي ربك بالطاعات".
Sebagaimana Al-Banna bijak merancang untuk kehidupan, beliau juga sebenarnya bijak merancang untuk kematian. Beliau berkata: "Sesungguhnya umat yang bijak dalam merencanakan kematian dan mengetahui bagaimana untuk mati mulia, Allah akan mengurniakan untuknya kehidupan yang hebat di dunia dan kenikmatan yang kekal di akhirat". Beliau mengajar kita bahawa merencanakan kematian sama seperti perencanaan untuk kehidupan, katanya: "Kalau begitu bagaimana kalian merancang untuk saat kematian kalian sendiri? Iaitu hendaklah kalian semua sentiasa berada dalam situasi ketaatan. Hendaklah kalian membuat persediaan untuk menyambut tetamu terakhir di dunia ini (izrael). Hendaklah kalian jadikan dunia ini sebagai ladang bercucuk tanam untuk akhirat kalian. Hendaklah kalian sentiasa mengingati kematian dan saat kehancuran. Hendaklah kalian sediakan kuburan kalian dengan segala jenis kebaikan. Hendaklah kalian jadikan dunia ini dipenuhi dengan unsur kebaikan dan mencari keredhaan tuhan kalian dengan melakukan ketaatan".
بهذه الكلمات ربَّى البنا تلامذته وأتباعه في الجماعة المباركة، وصاغهم على حب الجهاد ونية الاستشهاد، وعلمهم أن هذه الدعوة لا تقبل إلا التضحيات العزيزة التي لا يحول دونها طمع ولا بخل، وأكثَر من ترديد الدعاء: "اللهم ارزقنا الموتة الطاهرة"، وسألهم: أتدرون ما الموتة الطاهرة؟ ثم قال لهم: "والله ما أراها إلا تلك.. وحزَّ بأصابع يده على رقبته، في مشهد تمثيليٍّ يجسِّد لهم الموتة الطاهرة بأنها التي تُقطع فيها الرقاب فداءً لهذا الدين، وجعل شعار الدعوة يختم بقوله " والموت في سبيل الله أسمى أمانينا".
Dengan kalimah-kalimah inilah Al-Banna mentarbiyah murid dan pengikutnya di dalam Jamaah yang berkat ini, lalu beliau cernakan kecintaan yang mendalam terhadap jihad dan memasang niat untuk mati sebagai syuhada' , dan mengajar mereka bahawa dakwah ini tidak menerima melainkan pengorbanan besar yang tidak boleh dihalang oleh perasaan tamak dan bakhil seraya sentiasa mengulangi doa: "Ya Allah kurniakan kepada kami kematian yang suci", dan bertanya mereka: "Tahukah kalian apa yang dimaksudkan dengan kematian yang suci? Lalu beliau menjawab: "Demi Allah, saya tidak melihatnya melainkan itu (syahid) .... Sambil diisyaratkan jari jemarinya ke arah lehernya sebagai gambaran betapa kematian yang suci itu yang akan memotong tengkok sebagai pengorbanan untuk agama ini....dan beliau telah menjadikan syiar dakwah diakhiri dengan ungkapan:" والموت في سبيل الله أسمى أمانينا". 
وحينما حدث إخوانه عن عدة تحقيق الأهداف قال: "وقد أعددنا لذلك إيمانا لا يتزعزع، وعملا لا يتوقف، وثقة بالله لا تضعف، وأرواحا أسعد أيامها يوم تلقى الله شهيدة في سبيله"، هكذا أعد نفسه وهكذا أراده الله، وشاءت إرادة الله أن يكون الإمام البنا أول شهيد للدعوة على أرض مصر ليعطي النموذج العملي لدعوته في فن صناعة الموت، ولقي الله شهيدا في أول شارع شهد له بأول عمل دعوي في القاهرة (شارع رمسيس- الملك نازلي سابقا)، حتى قال عنه صاحب كتاب الرجل القرآني: "كان لا بد أن يموت هذا الرجل الذي صنع التاريخ وحول مجري الطريق شهيدًا، كما مات عمر وعلي والحسين، فقد كان الرجل يقتفي خطواتهم.
Ketika beliau berucap kepada ikhwan berkenaan beberapa objektif yang digariskan, katanya: "Sesungguhnya kami telah bersedia untuk itu dengan keimanan yang tidak berbelahbagi, dengan amalan yang tidak pernah terputus, dengan penuh kethiqahan kepada Allah yang tidak akan dihinggapi kelemahan, dengan ruh-ruh yang membahagiakan hari jiwa tersebut akan bertemu Allah sebagai seorang syahid di jalanNya". Demikianlah persediaan beliau buat dirinya dan demikianlah kehendak Allah. Allah SWT dengan iradahNya telah menghendaki bahawa Imam Al-Banna adalah pendakwah pertama syahid di bumi Mesir menjadi contoh praktikal bagi dakwahnya dalam 'seni pembikinan' kematian. Beliau menemui syahid di Jalan (1) yang menyaksikan aktiviti dakwah pertama di Bandaraya Kaherah (شارع رمسيس- الملك نازلي سابقا), hingga pengarang buku 'الرجل القرآني' menulis: "Memang lelaki ini padan menerima padah kematian sebagai syuhada' (Al-Banna) kerana lelaki ini telah menempa sejarah dan mengubah perjalanannya, seperti mati Umar, Ali dan Husain. Hasan Al-Banna telah mengikuti langkah-langkah mereka itu".  
ولقد كان خليقًا بمن سلك مسلك أبي حنيفة ومالك وابن حنبل وابن تيمية مواجهةً للظلم ومعارضةً للباطل، أن تختتم حياته علي هذه الصورة الفريدة المروعة، التي من أي جانب ذهبت تستعرضها، وجدتها عجيبة مدهشة إنه كان يدهش الأجيال بختام حياته".
Adalah selayaknya bagi sesiapa yang ingin menuruti jalan yang telah dilalui oleh Abu Hanifah, Malik, Ibnu Hanbal dan Ibnu Taimiyah...dalam berdepan dengan kezaliman dan menentang kebatilan untuk berakhir hidupnya dengan cara yang sebegini unik dan hebat, cara yang walau bagaimana kalian bentangkannya, kalian akan dapati ianya amat mengkagumkan. Ianya telah mengkagumkan generasi-generasi (terdahulu) bagaimana hidupnya berakhir... 
فلما مات كان غريبًا غاية الغرابة في موته ودفنه، فبعدما قتل ونقل للمستشفى وترك ينزف حتى الموت بها، نقلوه إلى بيته في جوف الليل ومنع أهل البيت من إعلان الفاجعة، وغسله والده وحده، وخيم على القاهرة تلك الليلة كابوس مزعج كئيب، فلم يصل عليه في المسجد غير والده، وما زالت صورة جنازته ماثلة أمام العين، الرجل الذي جدد لهذه الأمة دينها، والذي وصلت دعوته إلى مشارق الأرض ومغاربها، والذي كان يتبعه نصف مليون، ورغم ذلك يحال بينه وبين أتباعه أن يشيعوه، وتسير جنازته محمولة على أعناق النساء، في مشهد يحدث لأول مرة في التاريخ، وابنته الكبرى تتقدم أخواتها في حمل النعش وتردد: "فلتقر عينك يا أبتاه.. فإنا على الدرب سائرون.. ولئن حالوا بينك وبين أتباعك أن يشيعوك.. فعزاؤنا أن أهل السماء يشيعون معنا ما عجز عنه أهل الأرض".
Bila beliau meninggal, adalah suatu yang amat pelik berlaku kepada kematian dan pengkebumiannya. Selepas ditembak dan dibawa ke hospital, dibiarkan (pendarahan) tanpa dirawat hingga meninggal, jasadnya dibawa pulang ke rumah pada malam tersebut dan keluarganya dihalang dari mengiklankan kesedihan itu. Yang memandikannya ialah bapanya sendirian. Bandaraya Kaherah diseliputi malam yang kelam lagi menakutkan. Hanya bapanya seorang sahaja yang menyembahyangkannya di masjid dan jasadnya yang mulia masih tergambar di hadapan mata. Lelaki ini yang telah mentajdidkan untuk umat ini akan agamanya di mana dakwah yang diusahakannya sampai ke timur dan barat, diikuti oleh sejumlah setengah juta manusia. Pengikutnya yang begitu ramai tidak dibenarkan menghantarnya ke kubur. Jenazahnya diusung oleh para wanita dalam situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah, anak perempuannya yang sulong mengetuai akhawatnya menguruskan jenazah dengan mengulang-ngulang: "فلتقر عينك يا أبتاه.. فإنا على الدرب سائرون.. ولئن حالوا بينك وبين أتباعك أن يشيعوك.. فعزاؤنا أن أهل السماء 
يشيعون معنا ما عجز عنه أهل الأرض".
"Berbahagialah engkau wahai ayah.. Sesungguhnya kami pasti akan mengikuti jejak langkahmu.. sekalipun mereka menghalangmu dan pengikutmu dari menghantarmu ke perkuburan.. maka cukuplah bagi kami bahawa penghuni langit bersama kami mengiringimu ke tempat persemadian, apa tidak dapat dilakukan oleh penghuni bumi".  
هكذا أتقن الإمام البنا صناعة الحياة وصناعة الموت، وهكذا تربت أجيال الدعوة الأولى، وهكذا نحن من خلفهم نستكمل مسيرة الدعوة، ملتفين حول فكرتنا بائعين الدنيا بالدين، واهبين ما بقي من عمرنا على الحق الذي تحملناه، ونتحمل التبعات والمسئوليات من أجله ونحن منتصرون، ونحن في شدتنا ونصرنا نهتف: "الله غايتنا، والرسول قدوتنا، والقرآن دستورنا، والجهاد سبيلنا، والموت في سبيل الله أسمى أمانينا".
Demikianlah betapa tekunnya Imam Al-Banna berusaha merancang kehidupan dan kematiannya. Demikian pulalah generasi-generasi pertama dakwah tersebut ditarbiyah. Demikianlah kita yang datang kemudian ini bertekad untuk menyempurnakan perjalanan dakwah ini. Dakwah ini dilingkungi dengan fikrah kita ini dengan menjual segala kepentingan dunia demi agama yang maha suci ini, seraya mengharapkan baki umur yang masih tinggal ini akan kekal bersama kebenaran yang kita tanggung. Kita sesungguhnya sentiasa bersedia untuk menunaikan tanggungjawab dan beban dakwah ini demi meraih kemenangan. Dan dalam suasana kesulitan, kesukaran dan kesakitan serta kemenangan yang kita yakini sentiasa melaungkan slogan:  
"الله غايتنا، والرسول قدوتنا، والقرآن دستورنا، والجهاد سبيلنا، والموت في سبيل الله أسمى أمانينا".
فنم قرير العين يا إمامنا فإنا على الدرب سائرون، ودعوتك ترتفع بنورها في كل مكان.
Maka tidurlah dengan nyenyak wahai Imam kami semua, sesungguhnya kami akan meneruskan perjalanan ini dan dakwah mu tetap akan terjulang tinggi dengan cahayanya menyimbahi serta menyebar ke serata tempat dengan izin Allah SWT.....