Wednesday, April 30, 2014

ISLAH Memuji Pendekatan IKRAM, ABIM dan PAS

dicopy paste dari blog ISLAH

                Malaysia penuh warna-warni dengan kepelbagaian; sama ada agama, bangsa, etnik, pemikiran, latar belakang sosial dan sebagainya. Dalam keunikan Malaysia yang pelbagai ini, saya mahu menyentuh perihal wujud kesedaran sesetengah kumpulan Islam untuk menyampai dan mengajak masharakat mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Kesedaran sebegini sudah lama, kewujudan pondok dan madrasah (sekadar dua contoh) di pelbagai negeri sekian lama menunjukkan betapa kesedaran ini menjadi antara keistimewaan Malaysia.

                Dalam konteks selepas merdeka, institusi seperti madrasah dan pondok atau secara umumnya institusi berbentuk pendidikan formal masih lagi wujud. Dalam tulisan ini, saya hanya mahu menyebut sebahagian kecil berkaitan Islam dan gerakan keIslaman di Malaysia; saya mahu memuji beberapa pertubuhan keIslaman iaitu IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan PAS (Parti Islam Se-Malaysia). Tanpa menafikan ada hal-hal yang saya kurang dan tidak bersetuju dengan mereka, tapi saya mahu memuji mereka berhubung pendekatan mereka dalam menyampaikan mesej-mesej Islam di sebuah negara yang jamak agama, bangsa dan budaya seperti Malaysia ini.

IKRAM ada masa depan yang baik dalam dunia kegerakanan di tanah air.

                Saya memuji IKRAM dan ABIM yang merupakan antara gerakan keIslaman yang terbuka, anjal dan menyahut kepentingan "engagement" dengan kumpulan-kumpulan lain; sama ada kumpulan berasaskan Islam ataupun tidak. Mereka ada prinsip, tapi terbuka. Kerana mereka terbuka dan sedia untuk engage, ada segelintir pihak menuduh mereka dengan macam-macam tuduhan dan memberi pelbagai pelabelan. Seperti juga PAS, mereka sebuah parti yang berprinsip dan berdisiplin, tapi mereka terbuka dan bersedia bekerjasam dengan pelbagai pihak, sekalipun masih ada anggota mereka yang masih mahu kekal 'eksklusif' seperti dahulu, tapi PAS tetap menunjukkan qudwah yang baik dalam dunia gerakan keIslaman di Malaysia. Mereka tidak melihat dunia aktivisme keIslaman menurut kaca mata hitam dan putih, lalu mengganggap "selain kami" sebagai musuh Islam! Tidak, mereka ada pendirian dan ada perkara yang mereka tidak persetujui dengan "pihak-pihak lain", tetapi mereka mendahulukan pertemuan, dialog dan bekerjasama khasnya dalam hal-hal melibatkan kepentingan bersama yang dikongsi dalam sebuah negara.

                Gerakan keIslaman harus sedar, dialog dan "engagement" suatu wasilah yang sangat baik dan wajar diberi penekanan, sama ada "intra" mahupun "inter". Ketiga-tiga pertubuhan di atas menunjukkan komitmen yang baik dalam hal ini, sekalipun tanpa menafikan, masih ada yang perlu diperbaiki dan diperkasa. IKRAM, ABIM dan PAS harus menjauhi budaya memperbanyak (dan mencipta) musuh, menggunakan bahasa yang kasar dan berasa hanya "kami" yang sempurna. Jelasnya, IKRAM, ABIM dan PAS memang sedang menjauhi budaya sebegitu, sebab itu sesetengah yang tidak senang dengan pendekatan mereka melakukan macam-macam tuduhan dan pelabelan. Bukanlah masalah untuk berada dalam satu forum, bekerjasama dalam satu gerakan nasional demi kepentingan negara dan meningkatkan dialog dan debat antara idea.

                Shaykh Yusuf al-Qaradawi antara tokoh yang sangat menekankan perihal dialog rentas idea dan pertubuhan. Lihatlah dalam bukunya, "Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah", khasnya di halaman 147-165 (terbitan Maktabah Wahbah, cetakan ketujuh, 2010). Al-Qaradawi menyebut tentang kepentingan dialog antara gerakan keIslaman dengan orang yang tidak bersetuju dengan mereka sama ada dengan cerdik pandai yang pro-sekularisme, intelektual di Barat, dialog pemikiran antara agama dan dialog antara ilmuan Muslim dan golongan para pengkaji tentang Islam. Bahkan pada musim panas tahun 1985, ada sebuah program bersejarah di Dar al-Hikmah, Kaherah, yang mana Shaykh Muhammad al-Ghazali rahimahullah dan al-Qaradawi mewakili kumpulan Islamis, sementara Dr Fuad Zakariya mewakili kem sekular. Suatu keanehan, adakah segelintir kumpulan yang mengaku perjuangkan Islam dan sangat fobia dengan dialog itu telah baca tulisan al-Qaradawi tersebut? Baik, kalau tidak bersetuju dengan pandangan itu pun, janganlah mereka mudah menuduh dan menggelar kumpulan sederhana seperti IKRAM, ABIM dan PAS dengan gelaran yang buruk.

PAS antara parti yang berdisiplin di tanah air.

                PAS mungkin berbeza dengan IKRAM dan ABIM, kerana PAS sebuah parti politik, namun saya menyebut juga PAS dalam tulisan ini, kerana PAS berani untuk mempunyai sikap yang tersendiri dalam dunia politik dan dakwah di Malaysia, sekalipun sekian lama dikenali berlatarbelakangkan prinsip keIslaman. PAS sejak beberapa dekad (terutama dekad terbaharu ini) mendekati bukan Muslim dengan bijaksana. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak ketinggalan menunjukkan contoh yang baik, sehingga beliau disayangi sebahagian bukan Muslim. Dr Mujahid Yusof Rawa pula semakin dikenali sebagai antara jaguh dalam dunia dialog antara agama. Beliau memasuki puluhan geraja, berdialog dan menyampaikan mesej-mesej kedamaian antara agama. Dr Mujahid selaku manusia pasti ada kelemahan, tetapi segelintir "pejuang Islam" melabel Dr Mujahid sebagai "liberal" dan sebagainya. Mungkin mereka tidak suka dengan pendekatan harmoni Dr Mujahid, kerana mereka lebih senang dengan "kalau tidak bersetuju dengan Islam dan Melayu, keluarlah dari Malaysia!" Ijtihad politik PAS menyebabkan mereka sekarang berada dalam Pakatan Rakyat (PR) yang punya pelbagai agama, kaum dan aliran pemikiran. PAS tahu realiti Malaysia menjadikan pakatan sebegitu antara pilihan yang baik dan relevan, sekalipun belum tentu yang terbaik. Politik Islam bukanlah dilihat menurut pandangan binari, sekadar halal ataupun haram, tetapi ia lebih kepada pandangan berteraskan pertimbangan maslahah dan mafsadah, tepat atau salah, menguntungkan atau merugikan dan sebaliknya. Sungguh hairan akan pihak yang ringan lidah mereka dengan perkataan "haram" dalam menilai hal ehwal kepolitikan; haram demonstrasi, haram kerjasama politik, haram itu dan haram ini. Pandangan kepolitikan sudah tentu boleh didebatkan dan atas kesediaan bersetuju untuk tidak bersetuju, tapi bukannya dengan mudah meletakkan hukum haram itu dan ini. Ia ruang pertandingan idea, pertimbangan dan penilaian yang kritikal dan praktikal yang keberpijakan.

Kekuatan ABIM lebih jelas menerusi tradisi keintelektualan mereka.

                ABIM pula sejak dahulu dikenali mempunyai sumbangan yang tinggi dalam dunia gerakan keIslaman di tanah air, khasnya berkenaan pendidikan dan keintelektualan, selain dunia dakwah. ABIM punya anggota yang pelbagai, mereka ada yang menjadi tokoh intelektual, ada yang menjadi ahli politik (sama ada kerajaan atau pembangkang) dan ada yang aktif dalam dunia aktivisme kebeliaan. ABIM kurang dikenali dengan sikap suka mencari salah gerakan-gerakan keIslaman lain, atau suka membuat kenyataan perkauman atas nama Islam, sekalipun ABIM antara kumpulan keIslaman yang memberikan perhatian dalam isu-isu keMelayuan dan keIslaman. ABIM tidak bising mahu tutup mulut bangsa itu dan ini, tapi mereka lebih menyampaikan idea-idea keIslaman menerusi pentas keilmuan; menerusi penulisan, penterjemahan dan program-program keilmuan. Mereka tahu kerencaman dunia pemikiran dan mereka ada pendirian tersendiri, tetapi tidaklah pula penglibatan mereka dalam sepak terajang dunia pemikiran menyebabkan mereka gigih ke hulu ke hilir melabel pihak lain itu dan ini! Kalau ada pun, ia mungkinkes-kes yang kecil dan terpencil.

                IKRAM yang secara rasmi didaftarkan pada 22 Oktober 2009 merupakan sebuah pertubuhan yang ada sejarah yang tersendiri dan sumbangan yang tidak kecil dalam dunia gerakan keIslaman di tanah air kita. Seperti pertubuhan-pertubuhan keIslaman lain, mereka memberi perhatian dalam dunia tarbiah, dakwah dan kebajikan, selain hal-hal keilmuan. Saya memuji IKRAM, identiti keIslaman mereka tidak menjadikan mereka cenderung melihat Malaysia secara hitam dan putih, "kami" dan "lain-lain" dan sewaktu dengannya. IKRAM ada pandangan tersendiri dalam isu-isu kepolitikan tanah air, begitu juga dengan isu-isu keagamaaan. Lihatlah pandangan mereka dalam isu-isu seperti kalimah Allah, hubungan antara Muslim dan bukan Muslim serta pandangan-pandangan mereka berhubung politik nasional. Mereka ada menyertai beberapa kerjasama dengan kumpulan-kumpulan yang pro-liberal dan hak-hak asasi manusia, termasuk dalam menganjurkan beberapa program intelektual. Hal tersebut menyebabkan ada pihak yang tidak senang, lalu menuduh mereka sebagai "bersekongkol dengan musuh Islam" dan sebagainya. Itulah lumrah segelintir pihak yang tertutup, mudah sungguh menuduh orang lain sebagai musuh, liberal dan sebagainya. Syukur, IKRAM tidak seperti sebahagian pihak, IKRAM melaksanakan misi-misi keIslaman dengan bijaksana dan bukan berwajah bengis lalu melulu atas nama "memperjuangkan Islam".

                Pandangan-pandangan di atas, sekadar beberapa contoh. Anda yang membaca, boleh bersetuju dan jika tidak, anda boleh tidak bersetuju. Saya mahu teruskan beberapa perenggan lagi. Setelah memuji, saya mahu melontarkan beberapa cadangan pesanan dan memberikan harapan. Saya sangat berharap IKRAM, ABIM dan PAS menjauhi budaya melabel dan menggelarakan pihak yang tidak bersetuju dengan mereka dengan pelabelan yang bertujuan memburukkan lawan. IKRAM, ABIM dan PAS harus meningkatkan budaya dialog dan "engagement" dengan kumpulan-kumpulan selain mereka dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan bersama dan nasional. Mereka harus bertukar-tukar buah fikiran dengan pertubuhan-pertubuhan keIslaman yang lain, ia sangat baik untuk bekerjasama membangunkan umat Islam. Tetapi mereka juga harus berdialog, berkomunikasi dan bersedia bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan di luar aliran "Islamisme", kerana akhirnya yang kita mahu ialah menyampaikan mesej Islam kepada semua pihak, bukannya Islam menjadi terpencil dan jauh daripada ruang awam atas alasan "mahu selamat".

                Selain itu, saya lebih cenderung supaya kumpulan-kumpulan keIslaman di tanah air kita lebih memberi fokus dalam memperkasa masharakat sivil menerusi aktiviti pendidikan, kebajikan dan sebagainya. Malaysia yang lebih demokratik dan utuh harus dibentuk dan diperkukuh; IKRAM, ABIM dan PAS antara yang kita boleh meletakkan harapan dalam menjayakannya berteraskan prinsip-prinsip Islam. IKRAM, ABIM dan PAS juga harus sentiasa menjadikan kepelbagaian gerakan keIslaman (ta'addud al-jamaat) sebagai peluang untuk saling melengkapi, bersaing mengerjakan kebaikan dan sebagainya. Mereka harus saling merendah diri, selain berkeyakinan tinggi, bukannya meninggi diri dan giat memperendah pihak lain sebagai "sudah cair sifat-sifat keIslamannya". Ada pihak yang sempit dadanya, mata mereka hanya melihat keburukan kumpulan yang tidak bersetuju dengan mereka, lalu akhirnya kepelbagaian gerakan seperti menatijahkan permusuhan, berbanding kebaikan yang boleh diambil. IKRAM, ABIM dan PAS juga harus terbuka dengan kritikan dan teguran, jangan sesekali mengabaikannya lantas menganggapnya sebagai "mehnah" dan "tribulasi" lalu memekakkan telinga lantaran berasa sentiasa benar. Semua manusia harus sentiasa bersedia untuk belajar; prinsip kita ialah "kita semua pelajar", bukannya "jangan ajar saya".


                Sekadar ini tulisan pendek dan pandangan ringkas saya, saya menyebut kekaguman saya terhadap IKRAM, ABIM dan PAS dalam hal-hal yang umum dan lebih memberi fokus berhubung hubungan dan sikap gerakan Islam dalam Malaysia yang amat rencam, meskipun ada juga yang saya kurang persetujui dalam beberapa hal - sambil menghormati pendekatan masing-masing. Jika ada kebaikan menerusi tulisan ini, boleh diambil pengajaran. Jika dirasakan tiada apa-apa yang bisa diambil perhatian, tulisan ini boleh diabaikan. IKRAM, ABIM dan PAS selain dekat dengan fikr al-harakah (pemikiran kegerakanan), harapnya mereka turut berperanan sebagai harakah al-fikr (gerakan pemikiran), semoga terus menyumbang!

Friday, April 18, 2014

Jawapan kepada penyelewengan anti-Hadis

Apr 15, 2014
PROF DR OMAR YAAKOB

AKHIR-AKHIR ini, masyarakat didedahkan kembali kepada pemikiran  golongan yang menolak hadis di dalam sistem perundangan Islam,  dikenali sebagai golongan “anti-hadis”.  

Walaupun pada zahirnya mereka merupakan sebuah aliran yang ‘hanya mempertikaikan kedudukan hadis sebagai sumber hukum’, mereka sebenarnya membawa satu cara pemahaman dan penafsiran baru terhadap sejarah awal umat Islam dan sumber perundangan yang harus menjadi rujukan.  

Lantas pentafsiran dan pemahaman baru ini menimbulkan satu kerangka konsep, ideologi dan cara-hidup dan berlainan dari apa yang dipegang oleh umat Islam selama ini.  

Pada zahirnya mereka menggunakan prinsip bahawa Islam memberi kebebasan kepada mereka membuat tafsiran dan berpegang kepada tafsiran yang mereka yakini,  di atas prinsip Islam membenarkan perbezaan pendapat.  

Namun, perlu diingat, perbezaan pendapat antara kita harus diasaskan kepada satu titik tolak yang dipersetujui bersama, yakni kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber pegangan yang primer dan kaedah perolehan hukum yang jelas dan sistematik.
  
Semua perselisihan dan perbezaan pendapat hanya boleh dimaafkan (dan sewajarnya dimaafkan) selagi pendapat yang bertentangan tersebut mempunyai asas di dalam kedua-dua sumber primer tadi.  Ini yang diyakini oleh umat Islam keseluruhannya masa kini dan pada hemat saya inilah juga cara yang dibawa oleh generasi Islam yang terdahulu. 

Sekiranya ada orang lain yang ingin membawa cara pentafsiran yang jauh menyimpang dan berlainan daripada asas ini, maka terkeluarlah mereka daripada definisi atau takrifan umat Islam sepanjang zaman; sebagaimana terkeluarnya Syiah dan Qadiyani/Ahmadi walaupun mereka tetap bertegas bahawa pentafsiran mereka lebih betul daripada pentafsiran kita selama ini. 

Di antara penyelewengan ketara kumpulan anti-hadis. golongan ini ialah mereka telah memperkecilkan dan meremehkan tugas Rasullullah dan para anbiya' seluruhnya.  Bagi mereka tugas Rasul tidak lain hanya sekadar alat menyampaikan al-Qur'an.  

Oleh kerana menurut pemahaman mereka peribadi, kata-kata, perbuatan dan sejarah hidup Rasulullah tidak mempunyai sebarang kaitan atau makna kepada hukum dan perundangan Islam pada masa dulu dan pada masa ini, maka tugas dan peranan Rasul tidak bermakna selain menjadi seolah-olah robot atau radio yang membacakan ayat-ayat al-Qur'an kepada umat.  

Anehnya, gambaran manusia sebagai robot sedemikian tidak juga diperolehi daripada al-Quran.  Golongan ini yang kononnya mahir tentang al-Quran seolah-olah buta terhadap kisah-kisah Nabi di dalam al-Quran.  

Kisah Nabi-nabi Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan seumpamanya jelas mebayangkan bahawa manusia-manusia ini bukan berfungsi hanya sebagai robot atau radio yang membacakan ayat-ayat Allah.  Mereka adalah pemimpin, pendakwah, pemberi hukum dan pemberi contoh.  


kenapa perlu diutus Rasul?

Di dalam Surah Mumtahanah Allah memberikan penyataan yang jelas bahawa Nabi Ibrahim ialah sebaik-baik ikutan bagi kita (umat Islam), dalam nada yang sama seperti di dalam Surah al-Ahzab Allah menyebut bahwa Nabi Muhammad adalah sebaik-baik ikutan.  

Adakah boleh mereka dijadikan ikutan sekiranya fungsi mereka hanya sebagai robot penyampai wahyu sedangkan diri, akhlak dan perbuatan mereka tidak menjadi sumber akhlak dan amalan kita?  

Jelas kepada kita bahawa gambaran Rasul sebagai robot penyampai wahyu bukan datangnya dari pemahaman keseluruhan ayat-ayat al-Quran tetapi sebaliknya andaian-andaian dan mainan hawa-nafsu golongan anti-hadis sendiri.

Sungguh menakjubkan!  Jika hanya itu tugasnya, kenapa perlu Allah membangkitkan Rasul dari kalangan manusia sedangkan Allah yang Maha Berkuasa boleh, sekiranya menghendaki, menurunkan kitab tanpa perantaraan Rasul dari kalangan manusia? 

Jika hanya itu tugas rasul, kenapa perlu diutus seorang Rasul yang terbukti berakhlak mulia sejak sebelum kenabian baginda?  

Kenapa perlu seorang Rasul yang perlu bertungkus-lumus, berlumuran darah dan bermandi keringat selama dua puluh tiga tahun?  

Kenapa perlu seorang manusia yang disokong oleh kumpulan sahabat berjiwa kental, yang berkorban jiwa raga untuk mempertahankan Rasulullah dan risalah yang dibawanya?  

Kenapa perlu seorang Rasul yang menunjukkan secara praktik cara pelaksanaan hukum-hakam yang termaktub di dalam al-Quran?

Golongan anti-hadis melihat Rasululullah hanya sebagai seorang tokoh sejarah, sama seperti mereka melihat Napoleon atau Julius Caesar; hanya sebagai tokoh yang telah mencipta sejarah, tidak lebih dari itu.  

Oleh itu mereka tidak menganggap kata-katanya maupun perbuatannya sebagai penting.  Bagi mereka kononnya yang penting ialah, Rasulullah telah berjaya melaksanakan tugasnya menyampaikan al-Quran kepada umat manusia.  Kemudian, pandai-pandailah manusia memanfaatkan al-Quran tersebut mengikut cara mereka masing-masing!   Apa yang telah dibuat oleh Rasulullah semasa hidup baginda tidak penting atau membawa apa-apa makna kepada kehidupan kita kini!

Kita sungguh sangsi dengan tanggapan golongan anti-hadis tentang kehidupan harian Rasulullah dan para sahabat baginda. Bagi mereka seolah-olah dalam sepanjang 23 tahun kenabian baginda, baginda membisu seribu bahasa, tidak menjawab segala persoalan yang pasti banyak sekali ditimbulkan oleh para sahabat baginda yang mahu melaksanakan tuntutan ibadat kepada Allah.  

Mengikut tafsiran golongan ini juga, semua perbuatan dan tingkah-laku baginda dan para sahabat hanyalah sekadar menurut 'adat dan kebiasaan orang Arab ketika itu' sahaja; lantas tidak memberi erti kepada peraturan, hukum dan perundangan kita masa kini, kecuali hanya apa yang tertera di dalam al-Quran.  Lagi sekali kehidupan Rasulullah diremehkan kepada seorang manusia `robot'. 


Menangani Penyewelengan Kumpulan Anti-Hadis

Golongan anti-hadis yang wujud di Malaysia dan peringkat antarabangsa sering menggunakan nama yang pelbagai bagi diri mereka sendiri.  Di Malaysia, mereka kadang-kadang menggunakan nama kumpulan ‘pro-al-Quran’ untuk menampakkan seolah-olah kononnya orang lain ‘anti-al-Quran’. 

Di dalam internet, mereka mempamerkan diri mereka sebagai kumpulan  ‘Muslim sebenar’ atau kumpulan ‘Submitters (yang tunduk)’.  Walau apa pun nama atau label yang digunakan, mereka tidak lari daripada ciri mereka yang paling penting yakni mempertikaikan kedudukan hadis sebagai salah satu sumber primer dalam perundangan Islam.  Bagi mereka hadis hanyalah ciptaan ulama yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam sebenar.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk membawa kumpulan ini ke pangkal jalan.  Ada yang secara keras serta perbahasan, ada yang secara diplomasi dan perbincangan.  Namun, semuanya tidak berjaya kerana masing-masing bertitik-tolak dari prinsip asas yang berbeza .   

Saya dapati perbahasan yang sering diutarakan selama ini bagi menentang aliran anti-hadis mempunyai dua kelemahan.  

Pertama, ramai pembela hadis terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh golongan anti-hadis dengan mengutarakan hadis-hadis yang menyebutkan perlunya kita berpegang kepada hadis.  Oleh kerana mereka telah menolak  hadis, maka meletakkan hadis sebagai hujjah tidak wajar.  

Kedua, ayat-ayat al-Quran yang diutarakan oleh sebahagian pembela hadis bagi menjelaskan kesesatan golongan anti-hadis walaupun qat’i thubutnya tetapi dzanni dari sudut dilalahnya.  Ini tidak mungkin berkesan  terutama dalam menghadapi golongan yang menganggap mereka berhak membuat tafsiran al-Quran sendiri mengikut hawa nafsu mereka.  Mereka tidak semestinya bersetuju dengan tafsiran yang kita buat, sama seperti tidak bersetujunya kita dengan tafsiran yang mereka buat.

Oleh itu di sini, saya mengambil pendekatan yang rasional yang saya yakin boleh menggugat  akar-umbi golongan ini. 

Pandangan (atau tesis) anti-hadis boleh disimpulkan secara mudah seperti berikut: “Apa yang ada dalam kitab hadis bukan berasal dari Rasulullah; seandainya ia betul berasal dari Rasulullah pun, ia tidak mempunyai apa-apa erti bagi agama Islam”.  

Oleh itu, dalam kita menilai atau mempertikaikan kebenaran pandangan mereka ini, kita perlu menimbang secara rasional dua persoalan asas berikut:

Adakah benar Rasulullah mengucapkan perkataan atau melakukan sesuatu seperti yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis?  Yakni adakah yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis itu fakta sejarah atau hanya sesuatu yang diada-adakan.
Jika benar kata-kata tersebut diucapkan dan perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda, apakah ia harus kita anggap sebagai hanya fakta sejarah atau ianya mempunyai kedudukan yang lebih penting daripada itu.  Adakah kata-kata tersebut mempunyai legal-standing?

Kedua-dua persoalan ini penting dipertimbangkan bagi  menjawab isu asas yang sering dibangkitkan oleh golongan anti-hadis.  Walaupun kedua-dua persoalan itu kait-mengait, soalan-soalan tersebut harus juga dalam masa yang sama dipertimbangkan secara berasingan kerana soalan yang pertama menyangkut masalah kesahihan fakta sejarah manakala soalan kedua berkaitan dengan persoalan asas perundangan. 


Tanggung jawab membuktikan terletak pada anti-hadis

Untuk menjawab soalan yang pertama, kita perlu menilai kaedah yang digunakan untuk mempersoalkan kebenaran hadis sebagai satu fakta sejarah yang sahih.  Soalan ini amat penting dijawab kerana hanya jika kita bersetuju bahawa apa yang dilaporkan sebagai ‘hadis’ di dalam kitab-kitab hadis adalah sebenarnya fakta sejarah baharulah kita boleh mempertimbangkan soalan kedua. 

Menurut golongan anti-hadis, "...Rasulullah tidak mengucapkan atau melakukan seperti mana yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis.  Rasulullah menjalani kehidupan, yang berbeza daripada laporan dalam hadis.  Hadis yang ada bukan fakta sejarah; malah ianya hanya rekaan para ulamak yang datang sesudah baginda wafat.”

Kaedah yang sepatutnya digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin mengkritik, mencabar atau mempertikaikan 'well-documented and accepted fact' adalah pihak tersebut patut mendatangkan bukti yang boleh meyakinkan bahwa fakta tersebut tidak benar.  

Seorang yang ingin mempertikaikan atau mencabar kenyataan “merokok membahayakan kesihatan” misalnya sepatutnya mendatangkan bukti dan alasan yang nyata dan objektif bagi menyokong bantahan beliau tersebut. 

Bagi fakta historis juga, sipembawa pandangan yang berbeza dari kefahaman dan pegangan umum harus mendatangkan bukti.  

Misalnya jika seseorang ingin mengatakan bahawa “orang-orang Portugis tidak pernah menakluk  Melaka” atau 'peperangan tidak pernah pernah terjadi di antara tentera Saidina Ali dan Saidina Muawwiyah' contohnya,  maka beliau mesti membawa bukti yang dapat menegakkan pandangannya yang bercanggah dengan 'well-documented and accepted historical fact' tersebut. 

Oleh itu,  tanggung-jawab membuktikan (the burden of proof) bahwa hadis tersebut ialah bukan catatan sejarah sebenarnya tertanggung pada golongan a

Sunday, April 6, 2014

رد على مفتي العسكر (علي جمعة) بقلم د. يوسف القرضاوي Sanggahan Terhadap Mufti Askar

رد على مفتي العسكر
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد،،
إنني أعجب كل العجب من وقوف بعض الناس، يزعمون أنهم يمثلون العلماء، ويتحدثون باسمهم، ويعلنون الأحكام الشرعية التي تُحل الحلال، وتُحرم الحرام. وهم يحرفون الكلم عن مواضعه، ويفترون على الله وعلى رسوله، وعلى علماء الأمة، {وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ}[آل عمران:78].
الذين من هؤلاء المحرفين الكاذبين، الشيخ أو الجنرال علي جمعة، المصري الذي دخل في علماء الأزهر، وهم يبرؤون منه، وعيَّنه حسني مبارك مفتيًا لمصر، ثم خرج غير مأسوف عليه، بعد أن أفتى فتاوى مرفوضة، لا تقوم على كتاب ولا سنة.
Sungguh saya rasa pelik terhadap sikap sesetengah orang yang mendakwa mewakili ulamak, bercakap di atas nama ulamak, mengiklankan hukum-hakam syarak, sedang dia sebenarnya memesongkan kalimah dari hakikat sebenarnya. Mereka berbohong ke atas Allah dan Rasul-Nya SAW, dan ke atas para ulamak di kalangan umat ini. (Rujuk ayat 78 Surah Ali-Imran). Di kalangan mereka yang terpesong lagi bohong itu ialah Sheikh atau General Ali Jum'ah, warganegara Mesir yang masuk ke kelompok ulamak Al-Azhar -sedang ulamak Al-Azhar berlepas diri daripadanya-, dia telah dilantik oleh Hosni Mubarak sebagai mufti Mesir, kemudian telah keluar dari kelompok itu selepas mengeluarkan beberapa fatwa yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
ثم أعاده السيسي وجماعته، غير رسمي؛ ليدعم نظامهم الفاسد، واتجاههم الكاسد، ويضفي عليهم شرعية لا يستحقونها، وقد نقضوا العهد، وأخلفوا الوعد، وخانوا الأمانة، وخطفوا الرئيس المنتخب من الشعب، بعد سنة واحدة من انتخابه، وادَّعوا أن الشعب يؤيدهم، والشعب إنما يتمثل في الصناديق التي تظهر الأغلبية الحقيقية.
Kemudian General As-Sisi dan kumpulannya telah melantiknya semula, secara tidak resmi, untuk memperkuatkan pemerintahannya yang rosak (kudeta); halatuju kabur, tidak ikut undang-undang, melanggar perjanjian, memungkiri janji, mengkhianati amanah, menculik Presiden yang terpilih secara sah oleh rakyat selepas genap setahun perlantikannya. Mereka mendakwa rakyat menyokong, sedang sokongan sebenar rakyat telah diterjemahkan melalui peti undi yang menzahirkan bahawa majoriti sebenar mereka bersama Presiden.
ووقف الشعب الحقيقي يعلن أنه مع الرئيس الذي انتخبوه، ولن يتخلوا عنه، ولن يتنازلوا عن حقهم أبدا، ولكن العسكر الذين قاموا بانقلاب عسكري، استولوا به على مقاليد الحكم، وإن لم يدعوا ذلك، أبوا إلا أن يتصدوا لكل من يعارضهم، أو يقول لهم: لا. واستخدموا قوات الجيش والشرطة ومن وراءها من البلطجية، الذين يمثلون نحو أربعمائة ألف بلطجي في جمهورية مصر. وقاموا بعدة مذابح في أنحاء مصر، أهمها ما وقع في مذبحة الحرس الجمهوري، وما حدث عند المنصة في شارع النصر، ثم ما حدث في ميدان رابعة العدوية، وميدان نهضة مصر في الجيزة، من قتل جماعي بأسلحة الجيش الثقيلة، ويعاونه الشرطة والبلطجية، وبنادق القناصة من فوق السطوح، وبالطائرات من فوق. مما أسفر هذا كله عن أربعة آلاف شهيد، وحوالي عشرين ألف جريح ومصاب، وألف مفقود، نعتقد أنهم قتلوا، ونقلوا إلى مقابر جماعية سيكشف عنها الزمن، وعسى أن يكون قريبا. ولا زال أهلوهم يبحثون عنهم، ولا يجدون إليهم سبيلا.
Rakyat berdiri menyokong Presiden yang mereka pilih. Mereka tidak sekali-kali membiarkannya begitu sahaja tanpa pembelaan. Namun askar merampas hak itu. Askar menggulingkan kerajaan pilihan rakyat, justeru rakyat bangkit menentang atau mereka dengan jelas berkata kepada tentera: "Tidak".. Kudeta menggunakan segala instrumen tentera, polis dan samseng yang dianggarkan seramai 400 ribu orang seluruh Mesir. Mereka (para samseng) melakukan penyembelihan di seluruh Mesir; yang terbesar ialah di perkarangan Istana Negara Mesir, di Manassah Jalan Nasr, Medan Raba'ah Adawiyah, Medan An-Nahdhoh di Jizah, pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata berat tentera dibantu oleh polis dan samseng, penyerang hendap menggunakan sniper di bumbung-bumbung bangunan, termasuk menggunakan helikopter....mengakibatkan lebih dari 4,000 orang terkorban (syahid), 20,000 orang tercedera, lebih dari 1,000 orang hilang (kami yakin mereka sudah mati)...dan mereka dikuburkan beramai-ramai, suatu masa akan terbongkar juga, mudah-mudahan tidak lama lagi. Sehingga sekarang kaum keluarga mereka masih mencari.....
وفي وسط هذا الضجيج الذي أحدثه الانقلابيون في قلب مصرنا العزيزة، من مجازر هائلة، لم يَر تاريخنا لها مثلا، يخرج المسمى علي جمعة في لقاء خاص كتمه الداعون، ليجتمع بالعسكريين الحاكمين، ليفتيهم فيما يجب أن يعملوه في خصومهم.
Di tengah-tengah kebisingan ini, yang dilakukan oleh pihak kudeta tentera di Kota Kaherah, dari penyembelihan terbesar, sejarah kita tidak pernah menyaksikan peristiwa seumpamanya, keluarlah manusia bernama Ali Jum'ah dalam pertemuan khas yang disembunyikan, untuk bertemu dengan pihak kudeta tentera yang memerintah bagi memberi fatwa kepada mereka apa yang patut mereka lakukan terhadap para penentang.
ولماذا يجتمع على جمعة بالعسكر مختبئين غير معلنين؟
Kenapa Ali Jum'ah bersekongkol dengan askar secara bersembunyi?
لأنه يريد أن يقول لهم كلاما لا يسمعه أهل العلم فيردوا عليه. فكلامه هذا لم تقره الأمانة العامة لدار الفتوى، ولم تقره مشيخة الأزهر، ولم تقره هيئة كبار علماء الأزهر، ولم يقره جمهور علماء الأزهر، في الجامعة، والمعاهد وسائر المؤسسات إنما يبوء به على جمعة وحده، وهو أشبه به، وكل إناء ينضح بما فيه.
Kerana dia mahu bercakap dengan bercakapan yang tidak akan didengar oleh mereka yang berilmu, lalu dia akan disanggah. Ucapannya ini tidak dipersetujui oleh Amanah Ammah, Darul Fatwa, tidak dipersetujui oleh sheikh-sheikh Al-Azhar, tidak dipersetujui oleh Institusi Ulamak Besar Al-Azhar, tidak dipersetujui oleh majoriti ulamak Al-Azhar, juga di Universiti, Ma'ahad dan semua Institusinya. Dia (Ali Jum'ah) sebenarnya bersendirian.
يقول الشيخ ويكرر: اضرب في المليان. وهي كلمة معروفة عند العسكر المصريين، أي: اضرب في المقاتل: في البطن، وفي الصدر، وفي الرقبة، وفي الرأس.
Sheikh Ali mengulang-ngulang ucapannya: "Serang habis-habisan". Iaitu ucapan yang difahami dengan jelas oleh askar Mesir, iaitu: "Serang mereka yang menentang, di perut, di dada, di tengkok dan di kepala".
وهذه لا تقال للجندي في كل حال، ولو كان يقاتل الكفار المعتدين في الأصل؛ لأنه في بعض الأحيان يجب أن يوقف القتال، ويكتفى بالأسر، كما قال تعالى في سورة محمد : {فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا } [ محمد: 4]

وفي مقابلة الصائل المسلح، الذي يهجم على بيوت الناس، يريد أن يقتلهم، أو يأخذ ما يريد من أموالهم وأمتعتهم الغالية، فلابد للناس أن يقاوموه، وقد يكون هذا الصائل فردا، وقد يكون جماعة. فهنا يقول العلماء: إنما يقاتل أولا بأخف ما يمكن أن يمنعه، فإذا استطعت أن تقبض عليه وتمنعه من الاعتداء عليك فهو الواجب، وإن أمكن أن تمنعه بالعصا فاستعمل العصا، ولا تستعمل السيف، وإن استطعت أن تضربه في رجله، فتقعده، أو في يده فتشله عن الحركة، ولا تحتاج إلى قتله، فعليك أن تفعل، وإن اضطررت إلى استخدام السيف أو الرمح أو البندقية، فافعل. المهم ألا تبدأ بالأثقل؛ بل ابدأ بالأخف أولا، فإن لم تجد، فانتقل إلى ما هو أعلى منه. هذا ما قرره الفقه الإسلامي، القائم على الشريعة الإسلامية. ولا يقول عالم شرعي يعتمد على القرآن والحديث: اضرب في المليان، واقتل في كل حال.
لكن الشيخ على جمعة لا يعتمد على ما يعتمد عليه العلماء، بل يعتمد ما يعتمده البلطجية. إنه يؤيد أهل القوة على أهل الحق، ويؤيد الجنود على العلماء، ويؤيد العسكر على الشعب. ويؤيد السيف على القلم. ويؤيد السلطان على القرآن، والدولة على الدين!
هؤلاء العسكر لم يكفهم من قتلوه، ومن حرَّقوه، ومن عذَّبوه، ومن خربوا بيته، أو محله، أو شركته، ومن سجنوا أباه أو أمه، أو امرأته، أو بنته، أو أولاده. لم يكفهم آلاف القتلى، وآلاف المعتقلين، فلا زالوا عطشى إلى المزيد من الدماء المحرمة، التي قال عنها رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لا يزال المسلم في فسحة من دينه ما لم يسفك دما حراما" رواه البخاري عن ابن عمر.
وقال: "لزوال الدنيا أهون عند الله من قتل رجل مسلم" رواه النسائي وغيره عن ابن عمر أيضًا.
وقرر القرآن مع كتب السماء: {أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا}[المائدة:32].
ومع هذا ظهر المفتي السابق علي جمعة، يقول للحاكم الجديد: (اضرب في المليان، إياك أن تضحي بجنودك وأفرادك من أجل هؤلاء الخوارج. طوبى لمن قتلهم وقتلوه. من قتلهم كان أولى بالله منهم. بل إننا يجب أن نطهر مدينتنا ومصرنا من هؤلاء الأوباش. إننا نصاب بالعار منهم. ناس نتنة (ريحتهم وحشة) في الظاهر والباطن. النبي حذرنا من هذا...).
يوصي الشيخ أو الجنرال على جمعة الجنود والعسكر بالضرب في المليان، في الصدور والبطون، والرؤوس، والظهور، لا يكون هَمُّ الجندي تعطيل الآخر، أو إيقاف حركته، ولكن قتله.
إنها الفتاوى السامة، والتعليمات المشبوهة، والأحكام المسيسة التي صدرت للجنود ممن شغل منصب الإفتاء في عصر مبارك، وانزوى عن الأضواء في عهد مرسي، ثم عاد ليطل بوجهه الأقبح، وقوله الأحمق، وفعله الأرعن، ليحث جنود مصر لا على قتال الصهاينة، فهؤلاء أصدقاؤه، الذين دخل المسجد الأقصى تحت حراستهم، وإنما ليوجهوا أسلحتهم الحارقة والخارقة، إلى صدور أبناء دينهم وعقيدتهم، وشركاء بلادهم ووطنهم، وهؤلاء عنده: (من الخوارج الذين يجب أن نطهر مصر منهم.. طوبى لمن قتلهم وقتلوه .. الأوباش .. أصحاب الرائحة النتنة .. كلاب النار .. الذين لا يستحقون مصريتنا.. الذين نصاب بالعار منهم ).
هكذا حرك مخزون الغيظ الذي اعتاد المصرييون أن يكظموه، والغل الذي دأبوا على أن يقاوموه، والحقد الذي حرصوا أن يواروه، فصار هؤلاء الجنود ومن أمامهم البلطجية، وفي ركابهم الرعاع، أتباع كل ناعق، يصوبون أسلحتهم إلى إخوانهم حتى تمزق النسيج الاجتماعي، وتهلهلت لحمة الإخاء بين أبناء الوطن.

كيف يكون الخوارج يا شيخ علي؟ وعلى من خرجوا؟ على مغتصب للحكم الشرعي؟ على مختطف للحاكم الشرعي الحقيقي؟

وكيف يكونون خوارج، ومن مقومات الخوارج أن يكون لهم سلاح، وأن يشهروه بالفعل على الحاكم الشرعي، ولم يثبت ان واحدا من الإخوان وأعوانهم طوال شهر رمضان، وما قبله، وما بعده: كان معه أي سلاح. لقد خرج الإخوان من بيوتهم إلى الميادين التي أقاموا فيها، والتي تظاهروا بها، وليس في أيديهم ولا حولهم أي قطعة سلاح، ولا أي نوع من السلاح، لا أبيض، ولا أسود، ولا مدفع، ولا بندقية، ولا مسدس، ولا خرطوش، ولا سكين ولا عصا، ولا حجر، ولا طوبة مما كان يملكه أطفال الحجارة في فلسطين.


فكيف سَمَّى الشيخ علي هؤلاء خوارج، الذين قُتلوا بغير حق إلا أن يقولوا ربنا الله!


الخوارج الحقيقيون هم الذين خرجوا على الرئيس المنتخب، الواجب إطاعته وتنفيذ أمره، كما جاء في شرع الله، وأمر به الكتاب والسنة، وإجماع الأمة، وأقوال أساطين العلماء الصادقين، الذين أوصى الله ان نكون معهم دائما: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ } [ التوبة:119].


يقول علي جمعة عن خيرة أبناء الأمة، من المشايخ، والأطباء، والمهندسين، والصيادلة، والمعلمين، والمحاسبين، والصحفيين، والصناع، والفلاحين، : إنهم أوباش، وناس ريحتهم نتنة، وصدق الله العظيم إذ قال في أمثال هذا الشيخ: { إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ * وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ * وَإِذَا انْقَلَبُوا إِلَى أَهْلِهِمُ انْقَلَبُوا فَكِهِينَ } [ المطففين:29-31].

يقول جمعة: يقولون: الشرعية. أي شرعية؟ الإمام المحجور في الفقه الإسلامي ذهبت شرعيته. كررها مرتين.. محجور عليه يعني معتقل. والمصيبة ان امره ذهب إلى القضاء، فسقطت شرعيته، إن كانت بقيت له شبهة شرعية.
الشرعية ثابتة يا جنرال علي بالانتخاب الذي أجرته الأمة، وانتخب الرئيس بأغلبية في انتخابات نزيهة مائة في المائة، وبالدستور الذي تأيد بعدة انتخابات، وبمجلس الشورى الذي أيده، وظل قائما إلى أن قام الانقلاب العسكري، الذي نكث العهود وأخلف الوعود ، وتعدى الحدود.

هذه الشرعية كالطود الأشم الراسخ، لا يستطيع عسكري ولا مدني أن يسقطها، او يزحزحها عن مكانها.
قال الجنرال الذي يزعم انه متصوف ، وهو عار على الصوفية: إنه تواترت الرؤى من قبل رسول الله ، ومن قبل أولياء الله !

من قال يا جنرال علي: إن منامك ومنام أمثالك حجة في الشرع، يحل بها ما حرم الله، ويحرم ما أحل الله!
من قال: إنك إن رأيت من زعم لك أنه رسول الله في المنام: يكون هو الرسول حقا؟! وهل لو أمر الرسول في المنامبما يخالف الشرع ينفذ؟! أو قال لك: إنه ولي الله: البدوي، أو الدسوقي، أو الرفاعي او غيرهم يكونون هم صدقا؟! وهل قول هؤلاء – وهم أناس غير معصومين- يصدق دائما؟!

ومن قال من العلماء: إن هذه الرؤى يثبت بها إباحة الدماء المحرمة، وسجن الأحرار الشرفاء، وسوق النساء الطاهرات إلى المعتقلات، في حراسة جنود لا يخشون الله، ولا يستحيون من الناس.
وإن من أفجر الفجور أن يقول الشيخ جمعة: عندما رأيت صور مسجد الفتح بالزبالة والنجاسة والرعب الذي كانوا فيه. وكأن الله أنزلها في أولئك. مسجد حرقه رسول الله، لماذا؟ لأنه لا يريد هذه اللواعة، ولا هذا المكر، ولا هذا الاثم في الظاهر، والفساد في الباطن.

كأن الشيخ جمعة يريد بهذا الكلام: أن يضفي الشرعية على ما حدث لمسجد (الفتح) بالقاهرة، من ويلات ومصائب. لقد كان المسجد أحد المساجد الكبيرة التي أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه، وحين خرج الناس منه يوم المعركة الشهيرة، ثم داهمهم الجيش والبوليس والبلطجية، رجع الناس وجاؤوا من كل جانب يلتجئون إلى المساجد، باعتبار المساجد في بلاد الإسلام، مأوى من كل ظالم وطاغية، وملاذا لمن لا ملاذ له. ودخل الناس المسجد، وأغلق عليهم، وظلوا في داخله بقية اليوم، وطوال الليل، ويريد الظلمة والبلطجية، ومن وراءهم من رجال الجيش ورجال الشرطة أن يدخلوا عليهم المسجد، ليصنعوا مجزرة من مجازرهم المعروفة بين اللحم والسكين!

وقد فتح المسجد بالليل قليلا، فخرج قليل من الناس، ومنهم من قتل، ومنهم من أصيب في ذراعة أو في رجله، أو في موضع من جسده، وصار الجنود والبلطجية يريدون العروج إلى المئذنة، وكان بابها من الخارج، ولم يجدوا من يمنعهم. ثم خرج في اليوم التالي من بقي، وقتل منهم من قتل، واعتقل منهم من اعتقل.

لم يكن في هذا اليوم مجال لايجاد الزبالة في مسجد الفتح. فقد كانوا من المصلين والمؤمنين والطاهرين، الذين يحبهم الله، وتحبهم ملائكته، ويحبهم المؤمنون، ولم يكونوا كما صورهم المزيف الكبير، من أهل النجاسة والزبالة، وما كان معهم أكل ولا شيء يقتضي ذلك.

الذين نجسوا المسجد وشوهوه هم من دخلوه بعد ذلك، من رجال الأمن، ومن معهم من القتلة والسفلة، الذين منعوا مساجد الله أن يذكر فيها اسمه، وسعوا في خرابها.

والمسجد الذي حرقه رسول الله صلى الله عليه وسلم أبعد ما يكون عن مسجد (الفتح) الذي عرفه المسلمون، وصلوا فيه سنوات، وقامت فيه الجمع والجماعات، وخرجت منه الجماعات القوية في دين الله، الآمرة بالمعروف، والناهية عن المنكر، والحافظة لحدود الله، فأين هي من (مسجد الضرار) الذي حرقه رسول الله صلى الله عليه وسلم. لأنه قام من أول يوم ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين، وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل.

الشيخ على جمعة – ولا حول ولا قوة إلا بالله- يحرف النصوص، ويتخرص على محكمات القرآن، ومستفيضات الأحاديث، ومواضع الإجماع، وما التقت عليه الأمة، ويقف ضد علماء الأزهر، وعلماء الأمة الإسلامية، ورجال السلف، وأئمة الدين، معتزا بأنه معه رجال الجيش، ولو كان هؤلاء كلهم معه، ما أغنوا عنه من الله من شيء، فكيف والذين يحضرون معه في مكان غير معروف، وزمان غير مكشوف، شرذمة قليلة، أمام الجمهور الأكبر من المصريين، ومن العرب، ومن المسلمين، ومن أحرار العالم وشرفائه. كلهم سيشهدون عليه يوم القيامة، { يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ * يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ اللَّهُ دِينَهُمُ الْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ الْمُبِينُ } [النور: 24- 25].

إن الذين يحضرون في المكان الذي يحدِّث فيه علي جمعة، ليسوا كلهم على شاكلته. فمنهم من يصفق له؛ لأنه جاهل بالشرع ومواقف الدين، ومنهم من يصفق له خوفا من ان يؤخذ عليه انه لم يشارك في التصفيق، ومنهم من يصفق بيديه ، وقلبه حزين لما يجري من حوله، إنه غاضب وآسف، ولكن لا يستطيع أن يفعل شيئا.

اللهم إن نشهدك، ونشهد أنبيائك ورسلك، ونشهد ملائكتك وحملة عرشك، على كل الذين يحرفون دينك، ويتلاعبون بكتابك، ويقولون عليك ما لا يعلمون، ويفترون عليك وعلى رسولك ما يفترون.

اللهم فافضح أمرهم، واهتك سترهم، واكشف أمرهم، وأظهرهم للناس على حقيقتهم : { يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ } [البقرة:9]

إنا ندعو المصريين كل المصريين. وندعو العرب كل العرب، وندعو المسلمين الصادقين، وندعو كل من لديه ضمير حر، وقلب مخلص للحق: أن يقفوا مع الشعب المصري المظلوم المفترى عليه، حتى ينتصر على ظالميه، { وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ } [الشعراء: 227].