Tulisan: Dr Mohyi Hamed (Anggota Maktab Irsyad)
Terjemahan: UsTACZ
Muqaddimah:
Sesungguhnya
para pendokong dakwah mengetahui bahawa perjalanan amal dan langkah
pelaksanaannya dikira sebagai perkara asasi dan petunjuk utama dakwah Ikhwan
Muslimin (IM). Ia juga sebagai penyempurna yang penting bagi manhaj taghyir,
iaitu dengan menentukan jalan dan langkah yang sepatutnya dilalui oleh kita
sehingga mampu mencapai matlamat dan objektif yang menjadi faktor tertegaknya
dakwah IM.
Mungkin
ada orang tersalah dalam menentukan jalan untuk sampai ke matlamat tersebut.
Justeru wajiblah dipastikan dari masa ke semasa marhalah-marhalah dan
wasilah-wasilahnya yang akan menyampaikannya kepada objektif dan cita-cita yang
diharapkan itu. Para pendokong dakwah perlu sentiasa ingat tentang tiga
marhalah dakwah yang telah ditentukan oleh Imam Hasan Al-Banna rahimahullah,
iaitu: takrif, takwin dan tanfiz.
Seperti
katanya rahimahullah:
“Adapun tadarruj (beransur-ansur) dan berpegang kepada tarbiah dan kejelasan langkah sepanjang jalan IM kerana disebabkan mereka beriktikad bahawa setiap dakwah tidak boleh tidak mesti ada tiga marhalah: marhalah di’ayah (propaganda), takrif (pengenalan), tabsyir (berita gembira) dengan fikrah, dan berusaha menyampaikannya kepada segenap segmen masyarakat. Kemudian marhalah takwin (pembentukan), pemilihan pengikut, penyediaan tentera, persiapan sof dari kalangan mad’u. Kemudian datang marhalah tanfiz (pelaksanaan), amal dan produktiviti. Kebanyakan marhalah ini biasanya berjalan serentak, selaras dengan kesatuan dakwah serta keutuhan hubungan ketiga-tiga marhalah tersebut. Maka da’ie bertindak menyeru, dalam masa yang sama dia memilih dan mentarbiah, dan dalam masa yang sama juga beramal dan melaksana.” (Risalah Muktamar Khamis)
“Adapun tadarruj (beransur-ansur) dan berpegang kepada tarbiah dan kejelasan langkah sepanjang jalan IM kerana disebabkan mereka beriktikad bahawa setiap dakwah tidak boleh tidak mesti ada tiga marhalah: marhalah di’ayah (propaganda), takrif (pengenalan), tabsyir (berita gembira) dengan fikrah, dan berusaha menyampaikannya kepada segenap segmen masyarakat. Kemudian marhalah takwin (pembentukan), pemilihan pengikut, penyediaan tentera, persiapan sof dari kalangan mad’u. Kemudian datang marhalah tanfiz (pelaksanaan), amal dan produktiviti. Kebanyakan marhalah ini biasanya berjalan serentak, selaras dengan kesatuan dakwah serta keutuhan hubungan ketiga-tiga marhalah tersebut. Maka da’ie bertindak menyeru, dalam masa yang sama dia memilih dan mentarbiah, dan dalam masa yang sama juga beramal dan melaksana.” (Risalah Muktamar Khamis)
Nabi
Muhammad SAW merupakan da’ie yang sentiasa memberi amaran bagi kaumnya, baginda
juga adalah murabbi yang amat bijak serta berupaya menyaring dan memilih para
sahabatnya dan mentarbiah serta mempersiapkan mereka. Baginda juga adalah
mu’allim dan mahaguru yang sentiasa mengajar perkara berkaitan agama mereka.
Baginda juga adalah qaid (ketua) dan mujahid yang sentiasa berusaha mengangkat martabat agama ini. Di atas manhaj
nabawi inilah sahabat-sahabat radhiallahuanhum yang mulia lalui, para tabi’en
dan tabi’e at-tabi’en serta para salafu as-soleh ridhwanullah alaihim. Oleh itu
wajib bagi para pendokong dakwah meyakini bahawa tadarruj (beransur-ansur)
dalam langkah adalah usul dan fiqh kepada amal dakwah IM. Begitu juga menuruti
langkah-langkah yang telah dilalui oleh dakwah Islam yang pertama di atas jalan
kekasih kita SAW; bermula dari iklan (isytihar) dengan dakwah ini, berjuang di
sepanjang jalannya tanpa mengenal erti jemu, memilih jiwa-jiwa yang bersedia
dengan dakwah ini, mempersaudarakan sesama mereka, mentamkinkan (memantapkan)
iman di hati mereka, kemudian berjuang bermati-matian terus menerus tanpa henti
bagi meninggikan kalimah Allah di muka bumi agar agama ini berkuasa di seluruh
pelusuk alam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah yang pertama, kemudian
tertegaknya Khilafah Rasyidah, kemudian tersebarnya Hadhorah Islamiyyah Raidah
(Peneraju Tamadun Islam) yang merupakan contoh yang menarik alam seluruhnya
kepada Islam.
Kefahaman Yang Betul:
Kefahaman Yang Betul:
Sayugialah
bagi pendokong dakwah memahami ketiga-tiga marhalah ini. Ia dalam banyak keadaan berjalan serentak.
Marhalah takrif dan di’ayah adalah asas penyebaran fikrah seraya berusaha
meyakinkan orang kepadanya. Marhalah takwin dan pemilihan ansar amat penting
untuk membentuk sof yang mantap. Marhalah tanfiz merupakan usaha dan proses
mengeluarkan hasil adalah perluasan sebenar dan ia adalah hasil yang normal
berlaku setelah berlalunya marhalah sebelumnya. Justeru pendokong dakwah tidak
seharusnya mengutamakan satu sudut dengan mengabaikan sudut yang lain. Betapa
pentingnya perseimbangan ini, kerana bila sudut takrif lemah, ansar (pengikut)
tak bertambah, lalu membawa kepada berlakunya kelemahan di sudut tanfiz dan
objektif yang diharapkan akan gagal. Bila sudut tarbiah dan takwin lemah, akan
lemahlah binaan peribadi dan pembentukannya, akan membawa kepada kelemahan
pelaksanaan di sudut takrif, tanfiz, gerak kerja dan penghasilan yang akhirnya
membawa kepada lambatnya tamkin (kekuasaan) dan kemenangan. Bila sudut tanfiz
lemah, ia akan membawa kepada terlambatnya langkah dan marhalah yang memberi
saham untuk tercapainya kemenangan dan tamkin bagi agama Allah. Keadaan yang
hampir serupa boleh berlaku bila sudut tanfiz diutamakan berbanding takwin,
maka binaan menjadi lemah dan ikatan menjadi rapuh, dan dakwah ini akan
terdedah kepada bahaya. Bila sudut takwin diutamakan berbanding takrif dan
tanfiz, akan berlaku kemunduran kepada dakwah, pengaruhnya terhadap jiwa
manusia yang cinta kepada dakwah ini menjadi lemah. Perlu diketahui bahawa
manusia yang ramai sebagai penyokong dakwah penting diberi perhatian kerana
mereka adalah ‘kaedah asas’ untuk bergerak ke arah merealisasikan ‘kebangkitan
Islam’. Begitu juga bila sudut takrif diutamakan berbanding takwin dan tanfiz
membawa kepada berlakunya kelemahan pada fikrah, risalah dan dakwah kerana dakwah
pada ketika itu akan berdepan dengan fenomena kurangnya pendokong dan mereka
yang sanggup menanggung bebanannya.
Sesungguhnya
pelaksanaan yang seimbang antara tiga marhalah dakwah dan tidak memberatkan satu marhalah ke atas marhalah lain amat mustahak diberi perhatian bagi
mewujudkan kesempurnaan, kesinambungan dan keserasian yang dituntut antara
pelbagai bidang dakwah ini. Alangkah indahnya kalimat-kalimat yang diungkapkan
oleh ISHAB khususnya berkenaan keseimbangan yang dituntut, katanya: “Kekanglah
emosi yang meluap-luap dengan pandangan akal, terangilah lampu akal dengan api
kejiwaan, ikatlah khayalan dengan hakikat dan realiti sebenar, singkapilah
hakikat-hakikat itu dalam cahaya khayalan yang berkilauan. Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا
يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ
وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah
seruan Allah dan Rasul, apabila Dia menyeru-mu kepada sesuatu yang memberi
kehidupan kepada-mu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara
manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”
(Surah Al-Anfal: 24)
Dan
jangan kamu melawan undang-undang alam, sesungguhnya ia sentiasa menang, akan
tetapi berusahalah agar ia dapat kamu gunakan, alihkan arusnya, dan manfaatkan
sebahagiannya ke atas sebahagian yang lain, dan tunggulah saat kemenangan, ia
sebenarnya tidak jauh.”
(Adakah
Kita Kaum Yang Bekerja).
Keseimbangan Antara Tiga Marhalah Adalah Penting:
Keseimbangan Antara Tiga Marhalah Adalah Penting:
Oleh
kerana itu, para pendokong dakwah hendaklah berusaha ke arah mewujudkan
perseimbangan di antara ke tiga-tiga marhalah dengan tidak memberatkan yang satu ke
atas yang lain atau dengan kata lain tanpa mengurangkan atau mengabaikan yang lain, kerana Allah
telah menjadikan alam ini ada undang-undang dan sunnahnya (ketentuannya). Menjadi
kewajipan ke atas pendokong dakwah mengikutnya, berusaha memanfaatkan
sesetengahnya ke atas setengah yang lain dan jangan sekali-kali bertembung
dengannya kerana sesungguhnya ia amat berkuasa. Umat yang berjuang amat
berhajat kepada pembinaan jiwa, keutuhan akhlak serta mencerakinkan pengikutnya
di atas akhlak kelelakian sebenar sehingga mampu berdiri teguh di tengah-tengah
onak duri dan badai ombak yang mengganas.
Sesungguhnya kefardhuan utama dan peranan terpenting yang
dikehendaki oleh dakwah IM ialah mentarbiah ummah supaya memiliki jiwa mulia,
berakhlak terpuji lagi tinggi, beramal untuk menyuburkan perasaan kelelakian
sebenar dalam jiwa ummah sehingga mampu mempertahankan kemuliaannya dan
berupaya mengembalikan keagungannya serta pula sanggup menanggung halangan dan
kesusahan demi mencapai matlamat yang
diharapkan. Di atas prinsip inilah terbinanya kebangkitan umat dan bangsa. Dan
agar terlaksana semua itu, maka para pendokong dakwah dikehendaki menyebarkan
fikrah umum ini ke tengah-tengah manusia dengan pelbagai pendekatan nasihat dan
tunjuk ajar, memberi khidmat untuk masyarakat awam dengan mendirikan bangunan
tertentu untuk dimanfaatkan oleh umum dan sebagainya seperti medium untuk
menyampaikan ilmu sebagai saham untuk meningkatkan keiltizaman manusia kepada
prinsip, akhlak, nilai-nilai Islam dalam bentuk amali dan pelaksanaan yang
akhirnya memberi saham untuk proses membina dan membentuk bagi anasir-anasir
soleh yang mampu menanggung bebanan dakwah tanpa syak dan teragak-agak. Semua
yang disebut di atas akhirnya akan melahirkan kerja yang berterusan, perjuangan
yang
berkesinambungan, jihad yang tidak mengenal erti penat untuk sampai ke
destinasi yang dituju.
Sesungguhnya
para pendokong dakwah berkemungkinan pada situasi tertentu berhadapan dengan
beberapa pemikiran dan dakwah yang bertentangan dengan manhaj Jemaah yang
berkat ini, khususnya melalui tiga marhalah yang berjalan secara seimbang, di
atas alasan untuk lari dari cubaan dan halangan yang dihadapi oleh dakwah. Para
pendokong dakwah hendaklah mengetahui bahawa pemikiran-pemikiran seperti ini
tidak akan dapat melakukan pengislahan syumul yang diharapkan. Pengislahan
sebenar mesti bermula dari mengislah individunya sendiri terlebih dahulu,
kemudian rumahtangga Islam, menunjuk ajar masyarakat kepada ta’alim Islam dan
ajaran-ajarannya, kemudian membebaskan tanahair, mengislah kerajaan-kerajaan
sehingga memenuhi kehendak Islam sebenar, kemudian mengembalikan entiti
antarabangsa umat Islam dan seterusnya menegakkan ustaziyyat al-alam (order
baru dunia). Semua objektif-objektif besar ini menuntut para pendokong dakwah
bergerak seiring dengan tiga marhalah tanpa mengabaikan keseimbangan kerana
kesatuan amal, pertautan antara bahagian dengan bahagian yang lain memberi
saham kepada kesinambungan kejayaan amal, kesuburan dan penyebarannya dalam
segenap sudut kehidupan.
Para pendokong dakwah hendaklah mengetahui kewajipan-kewajipan
asasi yang dituntut daripadanya untuk memastikan wujudnya keseimbangan,
kesempurnaan antara tiga marhalah tersebut, antaranya:
Pertama: Marhalah
Takrif
- Memahami serta menguasai prinsip-prinsip Islam dan melaksanakannya secara amali.
- Menyediakan mengikut situasi yang sesuai untuk melayakkan prinsip-prinsip, nilaian dan amalan agar dihayati oleh individu masyarakat di semua tempat dan lapisannya.
- Menggunakan bahasa yang sesuai untuk menyampaikan mesej dakwah ini agar sesuai dengan masyarakat awam berkenaan kefahaman Islam sebenar dan syumul, tanpa unsur melampau atau jumud bagi menyajikan kefahaman Islam wasati kepada seluruh umat Islam.
- Memperbaharui dan kreatif pada wasilah dan teknik yang efektif, berkesan dan sesuai bagi setiap lapisan masyarakat.
- Mewujudkan pelbagai takungan untuk menampung mereka yang bersimpati dengan dakwah Islam ini.
- Sentiasa berusaha mewujudkan penyelarasan dan kerjasama bersama para pekerja di medan dakwah Islamiah, berusaha ke arah menyatukan potensi berkhidmat untuk Islam.
Kedua: Marhalah
Takwin
- Menjadi qudwah secara amali untuk mengislah jiwa serta melakukan peningkatan.
- Melakukan pemilihan dan penapisan anasir-anasir soleh untuk membawa dakwah ini.
- Mempersiapkan dan membentuk murabbi yang berjaya sebagai orang yang memiliki pengalaman dan pengaruh. Murabbi begini mampu untuk melakukan peningkatan, merubah tabiat berpandukan manhaj dan wasilah tertentu.
- Menggunakan wasilah dan pelbagai teknik tarbiah ikut kesesuaian dan berkesan untuk semua segmen masyarakat.
- Mengupayakan manhaj tarbiah bukan hanya sekadar ilmu dan teori, tetapi dipindahkan ke bentuk praktikal, akhlak dan kemahiran.
- Membentuk biah (suasana) tarbawi yang sesuai dan berkesan dalam membina sahsiah serta membentuknya.
Ketiga: Marhalah
Tanfiz
- Membuat perancangan rapi untuk mencapai objektif dan cita-cita yang diharapkan dalam pelbagai medan dakwah.
- Mengagihkan kerja berdasarkan potensi dan pelbagai kelebihan dalam semua aktiviti dakwah.
- Mempelbagai dan memperbaharui secara berterusan dalam metode dan mekanisme amal dakwah, sesuai dengan situasi yang dilalui.
- Melahirkan qiadah berkesan untuk memimpin dan memandu masyarakat kepada Islam.
- Bekerja berterusan tanpa henti atau berundur atau berkendur.
- Perjuangan secara aman, usaha yang berterusan, jihad yang bersungguh untuk merealisasikan cita-cita yang ditetapkan untuk pendokong dakwah ini.
Adapun selepas itu.. Maka sesungguhnya perjalanan yang seimbang
antara tiga marhalah; takrif, takwin dan tanfiz adalah jalan yang akan membawa
terlaksananya objektif-objektif yang diharapkan sekalipun memakan masa yang
lama atau dirintangi pelbagai halangan kerana para pendokong dakwah mengetahui
bahawa Daulah Islamiyah yang telah menghadapi faktor-faktor kejatuhan berkurun
dulu tidak logik dapat dibangunkan dalam masa beberapa tahun. Perjuangan ini
perlu kepada kesabaran, thabat dan taqwa kepada Allah SWT seperti firmanNya:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai
orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu tetaplah
bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu
beruntung”.
(Surah Ali-Imran: 200)
نسأل الله التوفيق
والسداد والرشاد.. اللهم آمين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment