Thursday, March 19, 2015

Di antara Kefahaman dan Pelaksanaan (Sudut Pandang Parti Kebebasan dan Keadilan FJP – Mesir)



Oleh: ‘Isom Ali (Anggota Perwakilan Utama FJP dan Anggota Dewan Pengintelektualan Negeri Buhayra, Mesir)

Di sana terdengar laungan semasa yang lantang ke arah pelaksanaan Syari’ah Islamiyyah di Mesir khususnya berikutan kemenangan golongan Islamis lebih kurang 70% kerusi parlimen lantas memiliki kata putus untuk memilih panel pengasas perlembagaan baru. Sementara itu di pihak yang lain, terdapat juga kebimbangan terhadap laungan pelaksanaan Syari’ah itu.

Dalam masa yang sama terdapat salah faham terhadap konsep Syari’ah Islamiyyah itu dan kebolehlaksanaannya, juga salah faham terhadap kesyumulan dan keanjalan (flexibility) hukum-hakamnya yang menjadikannya sesuai bagi setiap tempat dan masa, serta ketekalannya pada perkara-perkara yang tetap (al-Thawaabit). Syari’ah meletakkan sempadan umum yang memelihara asas-asasnya, tetapi dalam masa yang sama ia juga amat responsif terhadap perubahan setiap zaman berdasarkan setakat mana kompleksnya hubungan di zaman itu, berdasarkan mekanisme yang berubah-ubah disebabkan perbezaan kawasan dan berdasarkan kepantasan mobiliti zaman itu. Ia menerima perubahan selagi tidak menjejaskan asas-asas agama yang tetap.

Sesetengah orang percaya bahawa Syari’ah ialah hukum hudud seperti rejam, sebat, potong tangan dan seumpamanya. Di situlah kesilapan mereka apabila memperkenalkan hukum hudud sebelum hukum-hukum lain dalam Syari’ah Islam. Ini telah menyebabkan masyarakat lari dan gerun terhadap Syari’ah yang hanya dikenali sebagai perundangan sebat, bunuh, potong tangan dan kaki. Maha suci Allah yang telah menurunkan syari’atNya sebagai rahmat untuk sekalian alam. “...dan tidaklah Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam” (Surah al-Anbiyaa: 107)

Di sini kami ingin menegaskan bahawa hukum hudud adalah sebahagian daripada Syari’ah dan pelaksanaannya adalah wajib, namun ia bukanlah keseluruhan Syari’ah. Hukum hudud adalah penjaga atau pengawal bagi Syari’ah itu sendiri. Mana mungkin saya menggaji pengawal bangunan sebelum saya membina bangunan itu? Oleh itu, menjadi satu kemestian untuk kita memahami Syari’ah itu sebagai ‘seluruh suruhan dan larangan yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah serta ijma’ umat Islam sejak zaman dahulu’. Kita juga wajib memahami bahawa Syari’ah hanyalah didatangkan untuk memudahkan manusia, memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Sebagaimana kata-kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyya: “Di mana sahaja ada kemaslahatan manusia, maka di situlah syari’at Allah”.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memahami betul-betul beberapa hakikat yang akan kami sebutkan ini:

Syari’ah memerangi kemiskinan, iaitu ibu penyakit dalam masyarakat, lalu menjadikan ibadat zakat untuk merawatnya. Allah SWT menggabungkan ibadat solat dengan zakat pada 28 tempat di dalam al-Quran kerana zakat menjamin penghapusan kemiskinan. Kegagalan pengurusan zakat adalah kegagalan yang amat mengecewakan. Syari’ah juga menyeru ke arah merealisasikan prinsip keadilan sosial yang merupakan slogan utama Revolusi Mesir (Kehidupan – Kebebasan – Keadilan Sosial) di samping keamanan masyarakat yang didambakan. Zakat dalam Islam bukan sekadar sumbangan beberapa Pound kepada orang-orang miskin supaya mereka datang meminta lagi selepas beberapa hari, sebaliknya ia adalah satu usaha untuk menukar asnaf penerima zakat yang miskin itu menjadikannya orang kaya yang membayar zakat pula. Kami dalam Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) menyeru supaya zakat dihimpunkan dalam satu badan yang mensasarkan 60 bilion Pound setahun untuk melindungi orang-orang faqir miskin dan anak-anak jalanan yang menjadi bom jangka yang akan meletup di muka kita suatu hari nanti.

Syari’ah Islam menekankan prinsip keadilan sesama manusia. Oleh yang demikian kebebasan institusi kehakiman adalah keperluan yang menjadi hak masyarakat supaya setiap warga negara boleh mendapatkan haknya dan tidak melakukan tindakan yang merosakkan. Sebab itu Parti FJP berusaha keras untuk g institusi kehakiman dalam persidangan parlimen kali ini dengan mengambil kira keseimbangan di antara hak-hak para hakim dan tanggung jawab mereka.

Syari’ah memberikan hak yang jelas kepada orang-orang bukan Islam yang berbeza kepercayaan. Ia mengisytiharkan di dalam perlembagaan al-Quran hak mereka untuk memilih dan mengamalkan kepercayaan mereka. “Tiada paksaan dalam memilih agama, sesungguhnya telah nyata perbezaan di antara kebijaksanaan dan kesesatan...” (Surah al-Baqarah: 256). “...maka sesiapa yang mahu beriman maka hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahukan kekufuran hendaklah dia menjadi kafir...” (Surah al-Kahf: 29). Rasulullah SAW mengiktiraf hak dan tanggungjawab mereka yang sama dengan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam. Kerana itu, walaupun Islam telah masuk ke Mesir pada tahun 20 Hijrah, negara ini tidak menjadi negara majoriti muslim pun sehinggalah tahun 250 Hijrah. Demikian juga Syari’ah memberikan hak kepada orang-orang bukan Islam untuk berhukum dengan perundangan agama mereka dalam hal ehwal rumah tangga mereka melainkan mereka sendiri meminta selainnya.

Kebebasan pula adalah hak wajib yang diiktiraf oleh Islam. Selagi manusia bebas memilih kepercayaannya, maka dia akan bebas dalam memilih perkara-perkara lain. Namun kebebasan itu tidak bermakna dia bebas menceroboh kebebasan pihak lain. Hak manusia untuk memilih pemimpin dan timbalannya juga adalah hak yang asas dalam Syari’at Islam. Demikian juga hak mereka untuk menukar pemimpin (yang makan gaji daripada wang rakyat). Mekanisme untuk memilih pemimpin dan timbalannya yang mewakili majoriti rakyat boleh berubah-ubah mengikut perkembangan teknologi maklumat dan kemajuan dalam bidang komunikasi, tetapi memanipulasi atau menipu kehendak rakyat dan kediktatoran atas nama agama adalah satu amalan teokratik yang tidak diajar oleh Islam dan Islam tidak mengiktirafnya. Oleh yang demikian, parti FJP menginginkan acuan negara moden yang baru dengan rujukan Islam, maka tiada dalam Islam istilah negara teokratik (Dawlah Diniyyah).

Wanita dalam Islam mempunyai peranan yang sangat penting. Mereka adalah gandingan lelaki sebagaimana yang ditegaskan oleh hadis. Peranan mereka dalam masyarakat telah dinyatakan dengan jelas dan tidak harus membebankan mereka atas nama Syari’ah. Ummul Mukminin ‘Aisyah RA telah menyertai peperangan. Berdasarkan hal itu, maka penyertaan mereka dalam hal yang lebih ringan daripada itu adalah amat munasabah. Wanita di zaman Nabi SAW memasuki masjid melalui pintu yang sama dengan lelaki sehinggalah sampai waktu bilangan sahabat yang datang bersolat bertambah ramai, maka baginda mengkhususkan satu pintu untuk wanita dengan sabdanya yang bermaksud: “Bolehlah kiranya kamu tinggalkan pintu ini untuk wanita”(Maksud hadis riwayat Abu Dawud dan dinilai sahih oleh al-Albani). Penyertaan wanita dalam urusan awam adalah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan dan penglibatan mereka dalam parlimen bukanlah termasuk dalam bab kepimpinan tertinggi. Menyekat penglibatan wanita Islam dan memberi ruang kepada aliran yang tidak Islamik boleh mendedahkan negara kepada resolusi yang khusus untuk wanita yang menyalahi syari’at Allah SWT atas dakwaan pembebasan wanita dan menolak dasar peminggiran wanita. Kami di FJP memahami hal itu dan mengiktirafkan penglibatan wanita dalam urusan awam tanpa menongkah Syari’ah dan tidak mengabaikan peranan mereka sebagai isteri dan ibu “Cukuplah dosa seseorang dengan mengabaikan orang-orang di bawah tanggungannya..” (Maksud hadis riwayat Abu Dawud dan Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh al-Dzahabi dan al-Nawawi dalam Riyadhus Solihin)

Keputusan syura di sisi kami adalah wajib dipatuhi dalam perkara yang bukan prerogatif orang perseorangan untuk membuat keputusan dan kuasa membuat semakan selepas itu adalah kekal. Syura bukan setakat slogan politik, bahkan dalam syari’at ia adalah landasan kehidupan yang Allah SWT memerintahkan rasulNya mengaku kalah di depan pendapat para sahabat pemuda yang menyalahi pendapat baginda (dalam soal strategi perang –penterjemah). Maka syura adalah manhaj kehidupan manusia.membentangkan rang undang-undang g institusi kehakiman dalam persidangan parlimen kali ini dengan mengambil kira keseimbangan di antara hak-hak para hakim dan tanggung jawab mereka.

Syari’ah memberikan hak yang jelas kepada orang-orang bukan Islam yang berbeza kepercayaan. Ia mengisytiharkan di dalam perlembagaan al-Quran hak mereka untuk memilih dan mengamalkan kepercayaan mereka. “Tiada paksaan dalam memilih agama, sesungguhnya telah nyata perbezaan di antara kebijaksanaan dan kesesatan...” (Surah al-Baqarah: 256). “...maka sesiapa yang mahu beriman maka hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahukan kekufuran hendaklah dia menjadi kafir...” (Surah al-Kahf: 29). Rasulullah SAW mengiktiraf hak dan tanggungjawab mereka yang sama dengan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam. Kerana itu, walaupun Islam telah masuk ke Mesir pada tahun 20 Hijrah, negara ini tidak menjadi negara majoriti muslim pun sehinggalah tahun 250 Hijrah. Demikian juga Syari’ah memberikan hak kepada orang-orang bukan Islam untuk berhukum dengan perundangan agama mereka dalam hal ehwal rumah tangga mereka melainkan mereka sendiri meminta selainnya.

Kebebasan pula adalah hak wajib yang diiktiraf oleh Islam. Selagi manusia bebas memilih kepercayaannya, maka dia akan bebas dalam memilih perkara-perkara lain. Namun kebebasan itu tidak bermakna dia bebas menceroboh kebebasan pihak lain. Hak manusia untuk memilih pemimpin dan timbalannya juga adalah hak yang asas dalam Syari’at Islam. Demikian juga hak mereka untuk menukar pemimpin (yang makan gaji daripada wang rakyat). Mekanisme untuk memilih pemimpin dan timbalannya yang mewakili majoriti rakyat boleh berubah-ubah mengikut perkembangan teknologi maklumat dan kemajuan dalam bidang komunikasi, tetapi memanipulasi atau menipu kehendak rakyat dan kediktatoran atas nama agama adalah satu amalan teokratik yang tidak diajar oleh Islam dan Islam tidak mengiktirafnya. Oleh yang demikian, parti FJP menginginkan acuan negara moden yang baru dengan rujukan Islam, maka tiada dalam Islam istilah negara teokratik (Dawlah Diniyyah).

Wanita dalam Islam mempunyai peranan yang sangat penting. Mereka adalah gandingan lelaki sebagaimana yang ditegaskan oleh hadis. Peranan mereka dalam masyarakat telah dinyatakan dengan jelas dan tidak harus membebankan mereka atas nama Syari’ah. Ummul Mukminin ‘Aisyah RA telah menyertai peperangan. Berdasarkan hal itu, maka penyertaan mereka dalam hal yang lebih ringan daripada itu adalah amat munasabah. Wanita di zaman Nabi SAW memasuki masjid melalui pintu yang sama dengan lelaki sehinggalah sampai waktu bilangan sahabat yang datang bersolat bertambah ramai, maka baginda mengkhususkan satu pintu untuk wanita dengan sabdanya yang bermaksud: “Bolehlah kiranya kamu tinggalkan pintu ini untuk wanita”(Maksud hadis riwayat Abu Dawud dan dinilai sahih oleh al-Albani). Penyertaan wanita dalam urusan awam adalah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan dan penglibatan mereka dalam parlimen bukanlah termasuk dalam bab kepimpinan tertinggi. Menyekat penglibatan wanita Islam dan memberi ruang kepada aliran yang tidak Islamik boleh mendedahkan negara kepada resolusi yang khusus untuk wanita yang menyalahi syari’at Allah SWT atas dakwaan pembebasan wanita dan menolak dasar peminggiran wanita. Kami di FJP memahami hal itu dan mengiktirafkan penglibatan wanita dalam urusan awam tanpa menongkah Syari’ah dan tidak mengabaikan peranan mereka sebagai isteri dan ibu “Cukuplah dosa seseorang dengan mengabaikan orang-orang di bawah tanggungannya..” (Maksud hadis riwayat Abu Dawud dan Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh al-Dzahabi dan al-Nawawi dalam Riyadhus Solihin)

Keputusan syura di sisi kami adalah wajib dipatuhi dalam perkara yang bukan prerogatif orang perseorangan untuk membuat keputusan dan kuasa membuat semakan selepas itu adalah kekal. Syura bukan setakat slogan politik, bahkan dalam syari’at ia adalah landasan kehidupan yang Allah SWT memerintahkan rasulNya mengaku kalah di depan pendapat para sahabat pemuda yang menyalahi pendapat baginda (dalam soal strategi perang –penterjemah). Maka syura adalah manhaj kehidupan manusia.

Allah SWT memerintahkan supaya bermesyuarat atau berbincang di antara suami dan isteri dalam perkara urusan penyusuan bayi, apatah lagi dalam perkara yang lebih besar daripada itu?

Syari’ah amat menitikberatkan penyediaan alternatif bagi manusia apabila ia mengharamkan sesuatu. Ia menggalakkan perkahwinan, memudahkan syarat-syaratnya dan menjanjikan pahala perkahwinan kerana ia telah mengharamkan zina. Ia juga menyeru manusia berniaga secara halal kerana ia telah mengharamkan riba. Menyediakan alternatif yang sepatutnya adalah kewajipan pemerintah supaya rakyat mampu menjauhi perkara yang haram dan menyalahi peraturan. Oleh kerana itu sebaik sahaja sampai di Madinah, Rasulullah SAW menyegerakan pembukaan pasar untuk umat Islam berniaga dan tidak menutup pasar milik Yahudi, sebaliknya menyediakan alternatif. Kita yakin kepada mata wang yang berkualiti mampu mengalahkan mata wang yang rendah nilainya. Kerana itu, kami dalam FJP berusaha untuk memperluaskan perbankan Islam dan menggalakkan seni berkualiti yang tidak bercanggah dengan syari’at, akhlak dan adat setempat.

Syari’at Islam mengharamkan monopoli dan “orang yang memonopoli pasaran adalah terlaknat” (Maksud hadis dinilai sahih oleh al-Suyuti dan hasan li ghayrihi oleh al-Albani pada lafaz yang lain -penterjemah). Kerana itu kami berpendapat menjadi keperluan wajib untuk mewujudkan undang-undang melarang monopoli sebagaimana kami tunjukkan di dalam Dewan Perwakilan Rakyat.

Syari’at Islam juga bermatlamatkan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Sebab itu Rib’i bin ‘Aamir berkata tentang umat nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada menyembah manusia lain kepada menyembah Tuhan manusia, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”. Maka objektif syari’at ialah merealisasikan kesejahteraan dan kebahagiaan manusia. Oleh sebab itu Rasulullah SAW bersabda “Rumah yang lapang, kenderaan yang selesa dan isteri yang solehah adalah di antara kebahagiaan hidup dunia” (Maksud hadis dinilai sahih oleh al-Suyuti dan hasan oleh al-Albani). Menikmati nikmat-nikmat Allah adalah suruhan agama “Sesungguhnya Allah suka melihat kesan-kesan nikmatNya pada hambaNya” (Maksud hadis dinilai hasan oleh al-Hafidz Ibn Hajar). Manakala al-Quran pula menyeru manusia menikmati kecantikan haiwan ternakan “Dan bagi kamu pada haiwan itu ada kecantikan yang menawan hati ketika kamu pulang untuk berehat dan ketika kamu keluar” (Surah al-Nahl: 6) Maka kesimpulannya syari’at bermatlamatkan setiap warga negara berada di dalam kelapangan hidup. Untuk merealisasikannya maka pendapatan perkapita mesti bertambah dan kualiti kesihatan mesti terjamin dengan memperluaskan perlindungan kesihatan sehingga melindungi setiap warga negara. Tegasnya, apa yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib.

Syari’at mengangkat beban yang tidak tertanggung oleh manusia. Maka ia memperuntukkan satu bahagian zakat untuk orang yang tidak mampu membayar hutang yang terpaksa (al-Gharimin). Rasulullah SAW memberi jaminan pembayaran hutang bagi orang yang mati dan meninggalkan hutang. Manakala orang yang mati meninggalkan harta, maka hartanya itu diwarisi oleh para pewarisnya sebagai mana ditegaskan dalam hadis. Syari’ah juga mengiktiraf hak-hak pekerja dan menggalakkan supaya upah kerja dibayar sebelum kering peluhnya. Jika demikianlah hak-hak individu, cuba anda bayangkan bagaimana besarnya tanggung jawab sebuah negara.

Syari’ah memerangi kejahilan. Allah SWT memulakan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW dengan menuntut umat ini menjadi celik huruf. Kerana umat yang dipertanggungjawabkan membebaskan akal manusia tidak patut menjadi jahil. Maka menuntut ilmu menjadi kewajipan orang Islam lelaki dan wanita. Syari’ah juga menuntut sekalian manusia supaya menggunakan akal untuk sampai kepada hakikat segala hakikat, iaitu keimanan yang utuh dan tidak goyah apabila tenaga akal dibebaskan ketika berfikir dan berimaginasi. Cuma dengan satu syarat iaitu tidak melanggar walau satu nas yang jelas maknanya dan sahih (qat’iy al-thubut wa qat’iy al-dalaalah). Maka syari’ah Allah SWT menuntut kita mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Ini tidak mungkin berlaku dengan berpaut dan menempel pada ijtihad orang-orang zaman dahulu yang telah berkhidmat untuk zaman mereka yang berbeza sama sekali dengan zaman kita. Mereka layak mendapat penghormatan dan sanjungan, tetapi umat ini tidak dihimpunkan untuk menuruti ijtihad-ijtihad itu. Maka tidak menjadi kesalahan bagi ahli ilmu selepas mereka untuk mengkaji semula fatwa-fatwa mereka khususnya dalam persoalan yang tiada nas yang jelas dan qat’iy. Berkata al-Amir Syakib Arsalan “Agama ini hanya dimusnahkan di antara dua golongan iaitu golongan jumud dan golongan ingkar. Yang ini menjauhkan manusia dengan kejumudannya manakala yang itu menyesatkan manusia dengan keingkarannya”. Maka pengembangan bidang pendidikan dan penyelidikan ilmiah adalah satu kemestian untuk bangkit dan memimpin umat ini demi merealisasikan tuntutan ayat al-Quran yang pertama tadi.

Usaha kerja ke arah memenuhi hajat dan keperluan manusia adalah satu ibadat yang lebih utama daripada beriktikaf di dalam Masjid Nabawi sebagai mana tersebut dalam hadis. Kerana itu, di antara kewajipan kita ialah mereformasi undang-undang kerajaan tempatan. Itulah yang diusahakan oleh Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) demi memberi ruang kepada rakyat bersuara terhadap pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan dengan tugas menyelesaikan urusan orang ramai.

Apa yang kami sebutkan ini hanyalah sebahagian daripada Syari’ah yang mulia, hukum-hakamnya dan maqasid (objektif pensyariatan)nya dan ruangan ini tidak mampu membahaskannya secara terperinci. Namun hanya konsep Syari’ah yang menyeluruh mampu mengemudi bahtera sebuah negara ke arah destinasi kesejahteraan. Tetapi kami dalam parti FJP memahami Syari’ah menerusi pengajian Seerah yang kami lalui (kerana melalui Seerah kami mampu meletakkan nas-nas syarak di alam realiti), kami memahami makna tadarruj (beransur-ansur) dalam pelaksanaan serta mewujudkan alternatif dalam lapangan seni, ekonomi, kesusateraan dan pelancongan selagi tidak bercanggah dengan Syari’ah. Menampilkan wajah Syari’ah dalam bentuk yang cantik dan menyeluruh kepada orang ramai tanpa dijuzuk-juzukkan mampu menghilangkan rasa takut mereka. Ia juga mampu menamam rasa cinta kepada agama, berusaha memahaminya, mempertahankannya dan turut berdakwah untuk melaksanakan Syari’ah itu, iaitu satu-satunya perundangan yang menjamin kehidupan yang mulia dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sumber: egyptwindow.net
Terjemahan: Ali Muda

No comments: