Thursday, February 21, 2013

Tarbiyah Siyasiyah - Kata-kata penting Imam Al-Banna:

وللإمام الشهيد في ذلك كلمات تكاد تكون محفوظة لدى جمهور الإخوان من ذلك قوله في إحدى رسائله: "إذا قيل إلام تدعون؟ 
فقولوا: نحن ندعو إلى الإسلام الذي جاء به محمد صلى الله عليه وسلم، والحكومة جزءٌ منه، والحرية فريضة من فرائضه، فإن قيل لكم هذه سياسة فقولوا هذا هو الإسلام، نحن لا نعرف هذه الأقسام" (2).

وقال رحمه الله يرد على مَن يقول إن الإخوان المسلمين قوم سياسيون ودعوتهم دعوة سياسية:
"يا قومنا.. إننا نناديكم والقرآن في يميننا والسنة في شمالنا، وعمل السلف الصالحين من أبناء هذه الأمة قدوتنا، وندعوكم إلى الإسلام وتعاليم الإسلام وأحكام الإسلام، فإن كان هذا من السياسة عندكم فهذه سياستنا، وإن كان مَن يدعوكم إلى هذه المبادئ سياسيًّا فنحن أعرق الناس- والحمد لله- في السياسة، وإن شئتم أن تسموا ذلك سياسة فقولوا ما شئتم فلن تضرنا الأسماء متى 
وضحت المسميات وانكشفت الغايات" (3)

   Bagi Imam Syahid berkenaan tajuk ini beberapa kalimat hampir telah dihafaz oleh majoriti Ikhwan, antaranya di dalam salah satu risalahnya berbunyi:

"Bila dikatakan, ke arah mana kamu menyeru? Maka katakan: Kami menyeru kepada Islam yang telah dibawa oleh Muhammad SAW, pemerintahan adalah satu bahagian darinya, kebebasan adalah satu kefardhuan dari kefardhuan yang banyak. Bila dikatakan kepada kalian, ini adalah politik. Katakan kepada mereka, inilah dia Islam, kami tidak mengenal pembahagian seumpama ini".

Imam Al-Banna Rahimahullah memberi response sebagai jawapan kepada mereka yang mengatakan Ikhwan Muslimin berpolitik dan dakwah mereka dakwah berbau politik dengan katanya: 
"Wahai kaumku sekalian, Sesungguhnya kami menyeru kalian, sedang Quran di tangan kanan kami, sunnah berada di tangan kiri kami, amalan para salafussoleh menjadi qudwah kami. Kami menyeru kalian kepada Islam dan ta'alim serta hukum hakamnya. Jika seruan ini termasuk dari urusan politik pada pandangan kalian, maka inilah dia politik di sisi kami. Jika sekiranya orang yang menyeru kalian agar kembali kepada prinsip-prinsip ini dikatakan berpolitik, maka kami 'orang lama' -alhamdulillah- dalam politik. Jika kalian mahu untuk menamakan itu sebagai politik, maka katakan semahu kalian kerana nama-nama itu tidak akan memudharatkan kami bilamana jelas apa yang dinamakan (المسميات) dan matlamatnya tersingkap".

Saturday, February 16, 2013

Taujihat Tarbawi (4)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (4)

"Kita mahu al-akh yang memiliki qudwah, berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan, bermaruah dan kuat berusaha, bersikap pemalu, halus perasaannya, amat sensitif dengan perkara baik dan buruk; bergembira dengan yang pertama dan merasa sedih dengan yang kedua, sentiasa dalam keadaan tawadhu' tanpa  menghina diri atau menyerah kalah dan tidak pula sampai mengampu".

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)

Taujihat Tarbawi (3)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (3)

"Adalah dituntut daripada semua anggota dalam soff untuk bersikap positif, sentiasa dalam keadaan sibuk dengan aktiviti dakwahnya, sentiasa berfikir padanya, sentiasa mencari peluang-peluang yang boleh mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan, sentiasa membantu qiadah melalui buah fikiran dan nasihat dengan cara paling beradab yang diajar oleh Islam yang maha suci".

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)


Friday, February 15, 2013

Taujihat Tarbawi (2)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (2)

"Bergembiralah ya akhi dan berbahagialah kalian, bilamana kalian dapati waktu kalian dipenuhi (disibukkan) dengan aktiviti (dakwah) dan keupayaan kalian difokuskan (dicurahkan) dalam medan dakwah; yang demikian itu adalah kurniaan Allah SWT jua". 
Firman Allah Ta'ala "Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”. 

Surah Yunus: ayat 58

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)

Taujihat Tarbawi (1)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (1)

"Kita mahu orang yang menafqahkan jiwa raganya dan hartanya di jalan Allah SWT. Kita mahu orang yang mampu bersabar, sedia berkorban, mampu bertahan (thabat) dan mampu menanggung tanggungjawab dakwah dan amal serta menghargai masuliyyah dan merasai betapa beratnya masuliyyah tersebut, berlaku amanah dan merasai betapa beratnya amanah tersebut".

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)

Tuesday, January 29, 2013

Semoga Allah SWT merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Hisyam bin Abdul Malik (sepupunya) menyifatkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz Radiallahu Anhu, katanya: "Aku tidak mengira bahawa Umar melangkah satu langkah selama-lamanya melainkan baginya ada niat yang dia lakukan". 

Justeru Khalifah Umar sempat dalam tempoh kurang dari dua tahun memperbetulkan penyelewengan yang berlaku kepada dua generasi sebelumnya; dengan demikian dia dapat menghubungkan zamannya dan zaman Khulafa' Rasyidin.

Oleh kerana itu, maka adalah menjadi tanggungjawab di atas bahu  صاحب الدعوة  hari ini agar jangan sekali-kali merasa lemah berhadapan suasana penyelewengan dan penyimpangan dari manhaj yang menimpa sebahagian umat Islam atau berputus asa dari rahmat Allah SWT dalam memenangkan agama dan dakwahNya. Kenapa? Kerana sesungguhnya apabila disertai setiap langkahnya itu dengan niat yang baik, nescaya dia pastinya akan mendapat taufiq dari Tuhannya, lalu Allah SWT pastinya membuka baginya segala penutup (kunci) hati-hati tersebut, dan Allah SWT tentunya memberkati amalnya dan menyebarkan kebaikan melalui kedua-dua tangannya.

Itu adalah seruan untuk diriku dan ikhwan sekalian di jalan dakwah ini untuk sama-sama senantiasa mengikhlaskan niat kita, merawatinya, memperbaharui akan niat tersebut berulang-ulang kali sebelum, semasa dan selepas beramal.

Marilah kita sentiasa mengingati slogan yang abadi  الله غايتنا (Allah Matlamat Kita). Dengan keikhlasan akan terlaksanalah kemenangan (pembukaan) dan akan berkuranglah kegelinciran. Benar sekali ungkapan yang mengatakan: "Hanyasanya akan tergelincirlah orang yang tidak ikhlas". 

Hasil nukilan: Sheikh Mohamed Hamid Elawa
Terjemahan: UsTACZ

Thursday, January 24, 2013

Asas Berdirinya Dakwah Ikhwan Muslimin


Telah berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna: "Wahai Ikhwan sekalian, dakwah kamu ini berdiri di atas tiga asas: 

(1) Makrifah kepada Allah (معرفة الله).
(2) Pembaikan jiwa (صلاح النفس). 
(3) Kasih sayang sesama makhluk (محبة الخلق). 

Sesungguhnya makrifah itu terlaksana bila diiringi dengan berzikir dan bermuraqobah, pembaikan jiwa terlaksana bila disertai ketaatan dan mujahadah, kasih sayang sesama makhluk terlaksana bilamana disertai dengan nasihat dan ithar. 

Perkara utama yang saya tuntut agar kamu melakukannya serta saya akan muhasabah kamu di atas nama fikrah ini, adalah seperti berikut:

1. Hendaklah kamu berusaha membaca dari ayat-ayat Al-Quran (sebahagian) dan berusaha menghafal paling kurang satu ayat sehari.

2. Hendaklah kamu berusaha muhasabah diri sebelum tidur; mengingati kembali kerja buat harian yang telah dilakukan. Jika baik, maka bersyukurlah kepada Allah SWT, sebaliknya jika tidak baik, maka hendaklah kamu berusaha memperbaikinya.

3. Hendaklah kamu memelihara solat lima waktu kamu, memperelokkan pelaksanaannya, mempelajari fiqh hukum hakam berkaitan solat dengan teliti, menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, mengelokkan dan mentadabbur bacaan Quran padanya. Jangan sekali-kali kamu mengabaikan nawafil dan rawatib (solat sunat) dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk menunaikannya di masjid bersama jemaah dan tunaikanlah solat subuh dalam waktunya (وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا).......

Terjemahan: UsTACZ
Teks Arab disediakan: Sheikh Mohamed Hamed Elawa