Sunday, June 28, 2009

منهجنا في الإصلاح _ نستمده من حاجة الحاضر علي ضوء الماضي


MANHAJ KITA DALAM MELAKUKAN ISLAH
(mengikut keperluan semasa berpandukan sejarah silam)
Terjemahan: abu amru1208

Ini adalah ringkasan muhadhoroh yg telah diucapkan oleh Fadhilatul Ustaz Mustafa al-Sibai'e (mantan MA) Ikhwan Muslimin sempena Sambutan Maulid ar-Rasul saw....
Di dalam ucapan tersebut terdapat penerangan terhadap dasar-dasar penting bagi Manhaj IM untuk usaha pengislahan dalaman dan luaran.

Sejarah yg kekal

Maulid ar-Rasul adalah suatu yg bersifat abadi di dalam sejarah kemanusiaan. Tiada yg mengetahui keabadiannya kecuali:

* Mereka yg mengusai ilmu tentang hal ehwal bangsa arab dan dunia sebelum zaman Risalah diturunkan dan
* Mereka yg menguasai dan tahu tentang perubahan bangsa arab selepas kedatangan Islam dan kekuasaannya.

Di dalam ucapan ini saya ingin menghubungkan antara sejarah itu dan situasi kita sekarang. Sejarah-sejarah umat terdahulu mengandungi pengajaran-pengajaran yg hidup untuk ditatapi oleh generasi selepas itu. Membaca sejarah bukan utk mengetahui apa yg telah berlaku semata-mata, bahkan utk mengambil pengalaman-pengalaman orang2 tua kita sebagai nasihat pengajaran utk anak2. Sejarah kita lebih aula diambil utk tujuan tersebut.

Realiti semasa Nabi dilahirkan...

Ketika Nabi lahir, ada 3 realiti yg sedang berlaku secara ringkas:

1. Kerosakan dalaman yg parah dari segi aqidah, hubungan sesama insan, akhlak, tiada apa2 nilai dan makna umat dan negara dan rosaknya individu dan kumpulan.
2. Dunia luar dari Jazirah Arabiah mengalami kemajuan.
3. Kekosongan jiwa bangsa arab dan adanya kesediaan mereka menerima kebaikan serta menanti2 seorang pemimpin yg agung.

Bagaimana Rasulullah saw merawati realiti itu

Rasulullah saw merawat (merubah keadaan) dgn menggunakan kecerdikan akal (berfikir secara matang) dan semangat yg tinggi (berjiwa besar), diperkokohkan oleh wahyu yg merupakan tarbiah dari langit berupa bantuan ilahi sesuai sebagai Rasul akhir zaman.

Berikut adalah asas-asas terpenting yg dilalui oleh Rasulullah saw utk merawat kerosakan parah yg sedang berlaku:

Pertama: Pengislahan Dalaman

1. Membetulkan Aqidah - membebaskannya dari khurafat berhala dan kebatilan jahiliah. Ia adalah batu asas utk membina semula kebangkitan mana2 umat. Batu-batu berhala yg mereka sembah telah menjadikan mereka bodoh dan jahil. Akal, hati dan jiwa mereka dikuasai oleh batu berhala. Mereka memahat dengan tangan2 mereka sendiri kemudian mereka menyembahnya pula, bahkan meminta rezeki, hujan, kehidupan dan kebahagiaan.
Batu berhala telah membunuh kemampuan akal utk berfikir secara waras. Mereka tenggelam dan lemas di dalam kesesatan. Tidak hairanlah bagaimana nabi saw amat serius dalam menangani isu keberhalaan ini sejak dari permulaan usaha dakwahnya.

2. Tarbiah individu menjadi sempurna - mentarbiah individu menjadi sempurna; meningkatkan rohnya menaiki tangga2 kesempurnaan, mentarbiah perangai dan akhlak, menyingkirkan kelemahan dan kerosakan jiwa kemudian diisi dengan kekuatan, mengambil berat tentang kesihatan, kebersihan dan kesucian jiwa. Wudu', mandi, solat, puasa dan ibadat haji, semuanya itu merupakan ibadat yg memberi kesan langsung bagi menguatkan roh dan akhlak manusia. Pengharaman riba adalah utk menjaga jasad daripada kerosakan..... dsb

3. Membentuk masyarakat yang adil - menyusun masyarakat di atas asas keadilan yang sempurna iaitu:

a. Membetulkan asas ekonomi utk keadilan sosial antara si kaya dan miskin. Harta adalah milik Allah dan si kaya adalah pemegang amanah. Pada harta itu ada hak si fakir dan miskin.

b. Memperbaiki hubungan di antara rakyat dan kerajaan. Kerajaan berperanan menjaga rakyat; menggesa buat baik dan melarang buat kerosakan. Ketua kerajaan adalah pekerja bagi rakyat ramai; berjaga malam dan berpenat kerana berkhidmat untuk mereka. Ketua adalah salah seorang individu daripada umat yg dibebani kewajipan dan tanggungjawab.

c. Memperbaiki hubungan antara individu dalam masyarakat keseluruhannya. Mereka hendaklah saling bantu membantu utk kebaikan, bergaul dgn ma'ruf, memiliki kebebasan utk bersuara dan memberi pandangan, bekerja sekehendaknya selama mana tidak membawa kepada kemudharatan kepadanya dan masyarakat. Kerajaan berkewajipan utk memandu mereka ke arah memastikan kesejahteraan sentiasa terpelihara selepas itu. Rasulullah saw mengumpamakan individu2 di dalam masyarakat seperti suatu kaum yg menumpang sebuah kapal dlm pelayaran; mereka berkongsi byk perkara dan perlu prihatin antara satu sama lain. Perlakuan segelintir orang yg akan memudhoratkan penumpang kapal perlu ditangani dgn bijaksana oleh semua yg ada di dalam kapal. Begitulah masyarakat, masing2 berperanan memastikan kesejahteraan berpanjangan....

Kedua: Mengambil faedah dari kesediaan umat setempat

Rasulullah saw tidak mengabaikan potensi-potensi baik yg terpendam di dalam individu masyarakat. Gerakan islah yg diinginkan oleh Islam mesti mengambil kira kesediaan umat supaya sesuai dgn kehendak Allah swt. Justeru syariat diperturunkan secara beransur-ansur untuk meraikan kemampuan individu-individu terbabit. Rasulullah saw tidak menggunakan kekuatan luar seperti Parsi dan Rom; ia lebih bersifat lokal dgn mengambil kira dua unsur penting iaitu pertolongan Allah dan kesediaan umat. Inilah jalan yg menjadikan berkat gerakan islah ini dikembalikan semula kepada umat itu sendiri; tidak menjadi habuan kpd kuasa2 besar yg sentiasa mengintai peluang campurtangan dalaman negara utk penjajahan.

Ketiga: Membebaskan tanah arab dari penjajahan

Setelah memperolehi kader-kader yg mampu membawa risalah islah ini, Rasulullah saw berusaha membebaskan Jazirah Arabiah dari belenggu-belenggu penjajahan. Baginda menghantar surat-surat resmi khusus kepada ketua2 negara berkenaan utk mengajak mereka kebaikan dan bernaung di bawah panji-panji kesatuan baru. Surat-surat tersebut diutus berulangkali sehingga sebahagian mereka yakin dgn risalah itu dan mereka menunjukkan reaksi yg positif utk tunduk.

Keempat: Berusaha melakukan pengislahan dunia

Tatkalamana berlaku pertambahan sokongan umat arab dalam kefahaman risalah islah dan reaksi penerimaan jelas terlihat berdasarkan indikator2 terwujud, Rasulullah saw mula menggerakkan usaha menyingkirkan ketua2 dan raja2 yg toghut. Dari sinilah bermulanya pensyariatan perang di dalam Islam.

Kelima: Mengambil faedah dari umat-umat lain

Elok dinyatakan di akhir perbahasan ini tentang strategi Rasulullah saw dalam melakukan islah kepada orang2 arab dan dunia amnya. Di sana terserlah roh tajdid bersifat semasa (sesuai dgn situasi) dalam strategi tersebut. Rasulullah saw bukan sekadar menyinggung dan membetulkan aqidah kaum, malah baginda mengekalkan saki baki kebaikan yg ada; yang diperangi hanya yg jelik2 sahaja. Mutiara2 kebaikan berupa ilmu2 milik umat2 lain diambil faedahnya. Contohnya menggali khandak (parit) dalam perang Ahzab..

















TA'LIIFUL QULUUB (Menjinakkan hati-hati)...


“Ruh-ruh itu adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, yang telah saling mengenal maka ia (bertemu) dan bersatu, sedang yang tidak maka akan saling berselisih (dan saling mengingkari)”.
(HR. Muslim)

Inilah karektor roh dan jiwa manusia, ia adalah tentera-tentera yang selalu siap siaga, kesatuaannya adalah kunci kekuatan, sedang perselisihannya adalah sumber bencana dan kelemahan. Jiwa adalah tentera Allah yang sangat setia, ia hanya akan dapat diikat dengan kemuliaan Yang Menciptakanya. Allah berfirman yang artinya:

“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. 8:63)

Dan tiada satupun ikatan yang paling kokoh untuk mempertemukannya selain ikatan akidah dan keimanan. Imam Syahid Hasan Al Banna berkata:“Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan rohani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekokoh-kokoh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran”. (Risalah Ta’lim, 193)

Sebab itu, hanya dengan kasih mengasihi kerana Allah hati akan bertemu, hanya dengan membangun jalan ketaatan hati akan menyatu, hanya dengan meniti di jalan dakwah ia akan berpadu dan hanya dengan berjanji menegakkan kalimat Allah dalam panji-panji jihad fi sabilillah ia akan saling erat bersatu. Maka sirami taman persaudaraan ini dengan sumber mata air kehidupan sebagai berikut:

1. Sirami dengan mata Air Cinta dan Kasih sayang

Kasih sayang adalah fitrah semulajadi dalam jiwa setiap manusia, siapapun memilikinya sesungguhnya ia memiliki segenap kebaikan dan siapapun yang kehilangannya sesungguhnya ia ditimpa kerugian. Ia menghiasi yang mengenakan dan ia menistakan yang menanggalkan. Demikianlah wasiat manusia yang agung akhlaknya.Taman persaudaraan ini hanya akan subur oleh ketulusan cinta, bukan sikap bermuka-muka dan kemunafikan. Taman ini hanya akan hidup oleh kejujuran dan bukan sikap selalu membenarkan. Ia akan tumbuh berkembang oleh suasana nasihat menasihati dan bukan sikap tidak peduli, ia akan bersemi oleh sikap saling menghargai bukan sikap saling menjatuhkan, ia hanya akan mekar bunga-bunga tamannya oleh budaya menutup aib diri dan bukan saling menelanjangi. Hanya ketulusan cinta yang sanggup mengalirkan mata air kehidupan ini, maka saringlah mata airnya agar tidak bercampur dengan iri dan dengki, tidak keruh oleh hawa nafsu, egoisme dan emosi, suburkan nasihatnya dengan bahasa empati dan tumbuhkan penghargaannya dengan kejujuran dan keikhlasan diri. Maka nescaya ia akan menyejukkan pandangan mata yang menanam dan menjengkelkan hati orang-orang kafir (QS.48: 29).

2. Sinari dengan cahaya dan petunjuk jalan

Bunga-bunga tamannya hanya akan mekar merekah oleh sinar mentari petunjuk-Nya dan akan layu kerana tertutup oleh cahaya-Nya. Maka bukalah pintu hatimu agar tidak tertutup oleh sifat kesombongan, rasa kagum diri dan penyakit merasa cukup. Sebab ini adalah penyakit umat-umat yang telah Allah binasakan. Dekatkan hatimu dengan sumber segala cahaya (Al-Quran) nescaya ia akan menyedarkan hati yang terlena, mengajarkan hati yang bodoh, menyembuhkan hati yang sedang sakit dan mengalirkan energi hati yang sedang letih dan kelelahan. Hanya dengan cahaya, kegelapan akan tersibak dan kepekatan akan memudar hingga tanpak jelas kebenaran dari kesalahan, keikhlasan dari nafsu, nasihat dari menelanjangi, memahamkan dari mendikte, objektivitas dari subjektivitas, ilmu dari kebodohan dan petunjuk dari kesesatan. Sekali lagi hanya dengan sinar cahaya-Nya, jendela hati ini akan terbuka. “Maka apakah mereka tidak merenungkan Al Quran ataukah hati mereka telah terkunci”. (QS. 47:24)

3. Bersihkan dengan sikap lapang dada

Minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri) demikian tegas Hasan Al Banna. Kelapangan dada adalah modal kita dalam menyuburkan taman ini, sebab kita akan berhadapan dengan beragam orang, dan “siapapun yang mencari saudara tanpa salah dan cela maka ia tidak akan menemukan saudara” inilah pengalaman hidup para ulama kita yang terungkap dalam bahasa kata untuk menjadi pedoman dalam kehidupan. Sikap berlapang dada akan melahirkan sikap selalu memahami dan bukan minta difahami, selalu mendengar dan bukan minta didengar, selalu memperhatikan dan bukan minta perhatian, dan belumlah kita memiliki sikap berlapang dada yang benar bila kita masih selalu memposisikan orang lain seperti posisi kita, meraba perasaan orang lain dengan radar perasaan kita, menyelami logik orang lain dengan logik kita, maka berlapang dada menuntut kita untuk lebih banyak mendengar dari berbicara, dan lebih banyak berbuat dari sekadar berkata-kata. “Tidak sempurna keimanan seorang mukmin hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya”. ( HR. Bukhari Muslim)

4. Hidupkan dengan Ma’rifat

Hidupkan bunga-bunga di taman ini dengan berma’rifat kepada Allah dengan sebenar-benar ma’rifat. Ma’rifat bukanlah sekadar mengenal atau mengetahui secara teori, namun ia adalah pemahaman yang telah mengakar dalam hati kerana terasah oleh banyaknya renungan dan tadabbur, tajam oleh banyaknya zikir dan fikir, sibuk oleh aib dan kelemahan diri hingga tak ada sedikitpun waktu tersisa untuk menanggapi ucapan orang-orang yang jahil terlebih menguliti kesalahan dan aib saudaranya sendiri, tak ada satupun masa untuk menyebarkan informasi dan berita yang tidak akan menambah amal atau menyelesaikan masalah terlebih menfitnah atau menggosip orang. Hanya hati-hati yang disibukkan dengan Allah yang tidak akan dilenakan oleh Qiila Wa Qaala (banyak bercerita lagi berbicara) dan inilah ciri kedunguan seorang hamba sebagaimana yang ditegaskan Rasulullah apabila ia lebih banyak berbicara dari berbuat, lebih banyak bercerita dari beramal, lebih banyak berangan-angan dan bermimpi dari beraksi dan berkontribusi. “Di antara ciri kebaikan Keislaman seseorang adalah meninggalkan yang sia-sia”. ( HR. At Tirmidzi).

5. Tajamkan dengan cita-cita Kesyahidan

“Pasukan yang tidak punya tugas sangat berpotensi membuat kekacauan” inilah pengalaman medan para pendahulu kita untuk menjadi sendi-sendi dalam kehidupan berjamaah ini. Kerinduan akan syahid akan lebih banyak menyedut tenaga kita untuk beramal dari berpangku tangan, lebih berkompetisi dari menyerah diri, menyibukkan untuk banyak memberi dari mengoreksi, untuk banyak berfikir hal-hal yang pokok dari hal-hal yang cabang. “Dan barang siapa yang meminta kesyahidan dengan penuh kejujuran, maka Allah akan menyampaikanya walaupun ia meninggal di atas tempat tidurnya”. ( HR. Muslim)

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahay-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.

Amin…

Wednesday, June 24, 2009

Perspektif Al-FAHMU Yang Diperlukan Atas Setiap Ikhwah

Dalam Rukun Bai’ah yang sepuluh Imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukun Al-Fahmu pada urutan pertama dan menjadi asas kepada amal yang dilakukan oleh seorang ikhwah, jika al-fahmu dapat dikuasai maka seseorang ikhwah tidak akan sukar lagi untuk memahami Islam secara menyeluruh seperti yang difahami oleh gerakan Ikhwanul Muslimin dan memahami apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang ikhwah dalam berbagai langkah dan kehidupannya bersama gerakan Ikhwanul Muslimin.

Banyak pihak yang mempersoalkan mengapa Imam Syahid Hasan Al Banna mendahulukan pemahaman dalam Arkanul Bai’ah ini. Ustaz Dr. Yusuf Al Qaradhawi menjelaskan bahawa urutan yang dibuat oleh Imam Syahid Hasan Al Banna sudah tepat kerana beliau tahu betul urutan keutamaan, mendahulukan apa yang harus didahulukan.

Urutan keutamaan dalam memperjuangkan Islam amat sayugia diperhatikan. Hal ini jelas, yang hampir tidak seorangpun di antara para pemikir di kalangan umat Islam yang memperselisihkannya. Dengan menentukan apa yang utama dalam melakukan kegiatan dakwah, tarbiyah dan gerakan ini yang keseluruhannya adalah merupakan unsur utama bagi setiap usaha memenangkan Islam. Atau penghidupan kembali manhaj Islam dalam diri manusia, akan terwujudlah kebangkitan dan kebangunan di seluruh wilayah Islam sebagaimana yang kita saksikan ketika ini.

Beliau menjelaskan fungsi pemahaman, pemikiran harus mendahului gerakan, gambaran yang benar merupakan pendahuluan dari perbuatan yang lurus. Kerana ilmu merupakan bukti keimanan dan jalan menuju kebenaran. Para ahli sufi juga menentukan tertib; ilmu akan membentuk sikap, sikap akan mendorong perbuatan. Sebagaimana kenyataan pakar psikologi yang menyatakan ada kaitan rapat antara pengetahuan, emosi dan perbuatan.

Prinsip Al Fahmu dengan 20 usulnya merupakan deklarasi bahawa Islam adalah solusi. Kerana Islam adalah solusi maka kaedah-kaedah yang ada dalam Al Fahmu ini akan menjadi kaedah dasar dalam melakukan segala aktiviti. Sama halnya yang telah diterangkan pada prinsip pertama dalam rukun Al-Fahmu ini tentang Syumuliatul Islam:

“Islam adalah sistem yang syamil (menyeluruh) mencakup seluruh aspek kehidupan. Ia adalah Negara dan tanah air, pemerintahan dan umat, moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang2, ilmu pengetahuan dan hukum, material dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah, serta pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia juga aqidah yang murni dan ibadah yang benar, tidak kurang tidak lebih”

Usul pertama ini mengajarkan kepada kita bahawa aktiviti kita sehari-hari bukan hanya aktiviti semua yang tidak berlandaskan pada Islam. Setiap muslim harus menyedari, mengetahui, meyakini dan mengamalkan Islam sesuai dengan kebesaran Islam itu sendiri. Sehingga semua permasalahan kehidupan baik yang bersifat peribadi dan yang lebih besar daripada itu disandarkan pada peraturan Islam.

Tidak ada pemisahan antara agama dan negara, seperti ungkapan ,” berikanlah hak negara kepada raja, dan berikanlah, hak agama kepada Tuhan.” Tidak akan pernah ada sekularisme dan liberalisme dalam pemikiran dan aktiviti lainnya di muka bumi ini. Dan hal ini selari dengan firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk masuk ke dalam agama Islam secara menyeluruh.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah:208)

Pembahasan mengenai Rukun Al Fahmu dan 20 Usul ini sudah banyak sekali bertebaran di buku-buku yang ditulis oleh para pewaris Dakwah Imam Syahid Hasan Al Banna. Inti dari landasan Syar’i aktiviti berlandaskan Rukun Al Fahmu dapat kita ketahui di akhir rukun Al Fahmu ini Imam Syahid Hasan Al Banna menutupnya dengan kata-kata:

“Apabila saudaraku Muslim mengetahui agamanya dalam kerangka usul-usul tersebut, maka ia telah mengetahui makna dari Syi’arnya : Al Qur’an adalah undang-undang kami dan Rasul adalah Teladan kami. Artinya kerangka aktiviti hidup kita di dunia harus selalu berada dalam pedoman Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Saw.

Urgensi Al-Fahmu

Al-Fahmu dalam diri setiap ikhwah adalah suatu keniscayaan, sebab ia dapat membantu keselamatan amal, baiknya penerapan dan memelihara pelakunya dari ketergelinciran.

Umar bin Abdul Aziz berkata: “Barangsiapa yang beramal tanpa didasari ilmu, maka unsur merosaknya lebih banyak daripada maslahatnya”. [Sirah wa manaqibu Umar bin Abdul Aziz, Ibnu Al-Jauzi; 250]

Orang yang ikhlas beramal tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya mungkin akan tersesat jauh. Rasulullah saw bersabda:

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

“Satu orang faqih itu lebih berat bagi syaitan daripada seribu ahli Ibadah” [At-Tirmidzi: 5/46. Nomor:2641]

Umar bin Al-Khattab juga berkata: “Kematian seribu ahli ibadah yang selalu shalat malam dan berpuasa di waktu siang itu lebih ringan daripada kematian orang cerdas yang mengetahui hal-hal yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah”. [Jami' bayanil ilmi wal fadhlihi; Ibnu Abdul Barr: 1/26]

Rasulullah saw bersabda: “Semoga Allah memberi kecerahan pada wajah seseorang yang mendengar hadis daripadaku, lantas ia menghafalkannya hingga dapat menyampaikan kepada orang lain. Sebab kadang-kadang seseorang membawa suatu pemahaman (ilmu) kepada orang yang lebih faham. Dan kadang-kadang orang yang membawa sebuah ilmu bukan pula ulama.” [Abu Daud: 3/321. No. 3660 dan At-Tirmidzi: 5/33. No. 2656]

Allah SWT melebihkan seorang nabi yang lain kerana kedalaman pemahaman yang dianugerahkan kepadanya. Allah SWT berfirman: “Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu”. (Al-Anbiya:79)

Ibnu Abbas dimuliakan sekalipun masih muda usianya, melebihi kebanyakan tokoh-tokoh senior lainnya, kerana pemahaman yang baik yang dikurniakan Allah kepadanya. Sehingga, ia berhak menjadi anggota Majlis Syura Amirul Mukminin Umar bin Khattab di masa itu.

Oleh karena itu wahai saudaraku, berusahalah memiliki pemahaman yang benar dan cermat. Pemahaman yang mencapai dasar urusan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya, tanpa berlebih-lebihan dan tanpa meremehkan. Juga pemahaman yang jernih lagi murni. Sebab, barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah pemahaman yang benar, maka ia telah mendapatkan kurnia yang banyak, keutamaan yang besar terhindar dari ketergelinciran dan terjaga dari penyimpangan.

Ibnu Al-Qayyim berkata: “Benarnya pemahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bahkan, hamba tidak dikurnia nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dua nikmat itu merupakan dua kaki dan tulang punggung Islam. Dengan keduanya, hamba terhindar dari jalan-jalan orang-orang yang dimurkai (yaitu orang-orang yang buruk tujuannya), dan dari orang-orang yang sesat (yaitu orang-orang yang buruk pemahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat (yaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya). Merekalah orang-orang yang terbimbing di jalan yang lurus, di mana kita semua diperintahkan memohon kepada Allah dalam setiap shalat agar dibimbing ke jalan mereka.

Benar pemahaman merupakan cahaya yang disemayamkan oleh Allah dalam hati hamba-Nya. Dengannya ia dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk; yang hak dan yang batil; petunjuk dan kesesatan penyimpangan dan kelurusan..” [A'alamul Muwaqqi'in; Ibnu Al-Qayyim: 1/187]

Thursday, June 18, 2009

MANZILAH (MARTABAT) NAQIB DALAM ISLAM

منزلة النقيب فى الإسلام
بقلم : ابي عبدالله

وَلَقَدْ أَخَذَ اللّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيباً وَقَالَ اللّهُ إِنِّي مَعَكُمْ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلاَةَ وَآتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآمَنتُم بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً لَّأُكَفِّرَنَّ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ فَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاء السَّبِيلِ

“Dan sesungguhnya ALLAH telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan telah KAMI angkat di antara mereka 12 orang naqib dan ALLAH berfirman: Sesungguhnya AKU beserta kalian. Sesungguhnya jika kalian mendirikan shalat dan menunaikan zakat serta beriman kepada Rasul-rasul-KU dan kalian bantu mereka dan kalian pinjamkan kepada ALLAH pinjaman yang baik[1] Sesungguhnya AKU akan menghapuskan dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan AKU masukkan ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antara kalian sesudah itu, sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus.” (Al-Maidah, 5:12) [2]

MAKNA PADA BAHASA ( معنى اللغوي ):

(النقيب) dalam bahasa Arab sinonim dari العريف (yang lebih tahu / memahami) atas suatu kaum dan bahkan ia maknanya lebih tinggi dari itu[3] dikatakan dalam kalimat: ” ” نَقَب فلان على بني فلان فهو ينقُبُ نَقْبً او نقابة; berkata yang lainnya bahawa maknanya adalah : “الأمين الضامن على القوم” (yang amat dipercaya dan penjamin suatu kaum)[4] ; berkata sebahagian lagi bahawa maknanya ialah : “الشاهد على قومه” (saksi atas kaumnya) berdasarkan hadis dari Qatadah[5] ; berkata yang lainnya bahawa maknanya adalah كبير القوم ، القائم بأمورهم الذي ينقب عنها وعن مصالحهم فيها”" (tokoh & pemimpin kaum yang membela kepentingan a’dhanya dan membuat kemaslahatan urusan mereka)[6] ; berkata sebahagian : نقيب لانه يعلم دخيلة أمر القوم “” (disebut naqib kerana ia mengetahui selok-belok urusan kaumnya)[7].

TAFSIR AYAT ( تفسير الأية ) :

- Dan sungguh ALLAH telah mengambil perjanjian : Peringatan ALLAH SWT bahawa pada hakikatnya perjanjian tersebut adalah perjanjian dengan ALLAH SWT. Dan ALLAH SWT mengingatkan kaum mu’min agar mereka tidak melakukan sebagaimana yang telah dilakukan Bani Isra’il[8].

- Wa ba’atsna : Bahawa pengutusan & penugasan para naqib tersebut adalah juga pengutusan & penugasan dari sisi ALLAH SWT, sehingga nisbahnya adalah kepada ALLAH SWT.

- Itsna ‘asyara naqiban : Kerana demikianlah jumlah qabilah/kelompok yang ada, sehingga Bahawa setiap kelompok ada 1 naqib[9]. Iaitu : Syamun bin Zakawwan (Rubil), Syafath bin Hurriy (Syam’un), Kalib bin Yufanna (Yahwizh), Yaja’il bin Yusuf (Aten), Yusyi’ bin Nun (Afra’im), Falth bin Rafun (Benjamin), Judea bin Sudea (Zabalon), Judea bin Susa (Minsya bin Yusuf), Hamala’il bin Jaml (Daan), Satur bin Malkil (Asyar), Naha bin Wafsi (Naftali), Julail bin Mikki (Jaad)[10].

- Minhum : Bahawa para naqib tersebut diutus dari kelompok Bani Isra’il itu sendiri & bukan dari kaum yang lainnya.

- Inni ma’akum : Bahawa ALLAH SWT senantiasa bersama mereka dalam pertolongan & bantuan[11] juga pencukupan[12].

- La’in.. : Syaratnya adalah : (1) Para naqib tersebut menegakkan (bukan hanya melaksanakan) shalat, (2) Mengeluarkan zakat, (3) Beriman pada para Rasul & wahyu yang dibawanya[13], (4) Membantu para Rasul tersebut dari musuh2nya[14] & menegakkan Al-Haq[15], (5) Meminjamkan wang mereka demi kepentingan fisabiliLLAH[16] sang Rasul mereka tersebut yang sebaik-baiknya (yaitu ikhlas & halal[17]).

- La’ukaffiranna.. : Maka ganjarannya adalah : (1) Dihapuskan dosa-dosanya, (2) Dimasukkan ke dalam Jannah.

- Faman kafara ba’da dzalika : Barangsiapa yang mengingkari setelah perjanjian tersebut, maka sungguh ia telah sesat dari jalan yang benar[18] dan terjauhkan dari hidayah ALLAH SWT[19].

Berkata Asy Syahid Sayyid Quthb dalam tafsirnya[20] :

“Inni ma’akum.. Ini adalah janji yang amat besar, kerana barangsiapa yang ALLAH bersamanya maka tiada sesuatupun yang dapat mengalahkannya dan barangsiapa yang berusaha melawannya maka hakikatnya bagaikan debu yang tiada ertinya.. Dan barangsiapa yang ALLAH bersamanya maka tiada akan pernah sesat jalannya, kerana kebersamaan dengan ALLAH yang Maha Suci akan menunjukkan jalan.. Dan barangsiapa yang ALLAH bersamanya maka tiada akan pernah rosak atau celaka, kerana kedekatan kepada-NYA akan selalu mententeramkan dan membahagiakan.. Dan kesimpulannya maka barangsiapa yang ALLAH bersamanya maka akan dijamin, dicukupi & dibahagiakan, serta tiada lagi tambahan yang lebih tinggi dari kedudukan semulia ini..

Namun ALLAH – Yang Maha Suci — tidaklah menjadikan penyertaan-NYA kepada mereka begitu saja, dan IA tiada akan memberikan kemuliaan kepada seseorang tanpa memenuhi syarat-syaratnya. Syarat-syarat tersebut adalah janji Hamba untuk:

Menegakkan shalat, tiada cukup hanya dengan melakukan shalatnya saja, melainkan menegakkannya atas dasar hakikatnya iaitu hubungan yang abadi antara RABB dan ‘abd, beserta hubungan tarbiah & pendidikan sesuai dengan manhaj RABBani yang lurus, serta pemutusan dari kekotoran & kemungkaran, kerana rasa malu yang luar biasa saat berdiri di hadapan ALLAH SWT dengan membawa kekotoran & kemungkaran tersebut..

Lalu kemudian mengeluarkan zakat, sebagai pengakuan yang tulus akan nikmat-NYA dalam rezeki dan segala yang dimilikinya sebagai pemberian dari ALLAH dari berbagai benda & harta, serta ketaatan untuk mengeluarkan sebahagian dari hartanya untuk merealisasikan hak sosial sebagai salah satu dasar kehidupan masyarakat yang beriman yang ditegakkan atas dasar agar harta tidak hanya beredar di kalangan orang kaya saja..

Lalu menolong para Rasul, ternyata ia tidak hanya cukup dengan menyatakan beriman saja kepada mereka, melainkan harus ada amal nyata yang menunjukkan kebenaran iman tersebut pada mereka, iaitu dengan pembelaan kepada mereka, maka Din ALLAH tidak hanya cukup dengan i’tikad hati atau syi’ar ta’abbudi semata, melainkan manhaj yang nyata dalam kehidupan serta sistem yang mengatur seluruh hidupnya. Manhaj & sistem tersebut memerlukan pembelaan, dokongan & pengorbanan supaya ia dapat tegak, dan setelah tegak iapun perlu kepada penyeliaan dan penjagaan..

Kemudian IA – SubhanaHU wa Ta’ala — selain zakat juga menekankan adanya pinjaman yang baik, padahal IA adalah Pemilik harta kita & diri kita, tetapi IA dengan halusnya meminta pada hati-hati hamba-NYA yang amat peka & suci yang berkenan untuk menambah dari yang wajib untuk “memberikan pinjaman”, SubhanaLLAH DIA adalah Yang Maha Lembut lagi Maha Penyantun pada hamba-hamba-NYA, berbahagialah mereka yang menyambut seruan ini..”

NAQIB DALAM AS-SUNNAH ( النقيب فى السنة ) :

وعن جابر بن سمرة قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ” لا يزال الإسلام عزيزا إلى اثني عشر خليفة كلهم من قريش ” . وفي رواية : ” لا يزال أمر الناس ماضيا ما وليهم اثنا عشر رجلا كلهم من قريش ” . وفي رواية : ” لا يزال الدين قائما حتى تقوم الساعة أو يكون عليهم اثنا عشر خليفة كلهم من قريش ” . متفق عليه

Imam Bukhari & Muslim[21] menyebutkan hadits shahih dari Jabir bin Samurah – semoga ALLAH meridhoinya — berkata: “Tidak henti-hentinya Islam ini berjaya sehingga dipimpin oleh 12 orang Khalifah, seluruhnya dari Quraisy.” Dalam riwayat lain: “Tidak akan henti-hentinya urusan umat ini terbelakang sehingga mereka dipimpin oleh 12 orang. Semuanya dari Quraisy.[22]” Berkata Imam Ibnu Katsir[23] bahwa hadits ini merupakan kabar gembira tentang akan datangnya 12 orang khalifah yang shalih setelah Nabi SAW dan telah berlalu diantara mereka 5 orang, yaitu Khalifah yang empat dan Umar bin Abdul Aziz dan yang nanti keluar terakhir dari mereka adalah Al-Mahdi.

NAQIB DALAM AS-SIRAH ( النقيب فى السيرة ) :

Diriwayatkan dalam sirah bahwa saat Nabi SAW meminta perjanjian pada kaum Anshar pada hari ‘Aqabah, maka beliau SAW pun memilih 12 orang naqib, 3 orang dari kabilah ‘Aus yaitu: Usaid bin Hudhair, Sa’d bin Khaitsamah, Rifa’ah bin Abdil Mundzir; serta 9 orang dari kabilah Khazraj, yaitu : As’ad bin Zurarah, Sa’d bin Rabi’, AbduLLAH bin Rawahah, Rafi’ bin Malik, Barra’ bin Ma’rur, Ubadah bin Shamit, Sa’d bin Ubadah, AbduLLAH bin Amru dan Mundzir bin Amru[24] – semoga ALLAH SWT meridhoi mereka semua — ke-12 orang sahabat ini kemudian dikenal dengan gelar An-Naqib[25]

NAQIB DALAM ATSAR SALAFUS-SHALIH ( النقيب فى الأثر ) :

Selain para sahabat, beberapa ulama salaf juga disebut naqib, di antaranya Abul Barakat Al-Jawaniy An-Nasabah[26]; Syaikh Jamaluddin Abu AbduLLAH Muhammad bin Sulaiman Al-Maqdisiy Ibnun Naqib[27]; Abu Ja’far Muhammad bin AbduLLAH Al-’Alawy An-Naqib[28], dan yang disebut terakhir ini adalah salah seorang perawi hadis shahih riwayat Muslim berikut ini:

لا تحاسدوا ، ولا تباغضوا (1) ، ولا تناجشوا (2) ، ولا تدابروا (3) ، ولا يبع بعضكم على بيع بعض ، وكونوا عباد الله إخوانا ، المسلم أخو المسلم لا يظلمه ، ولا يخذله (4) ، ولا يحقره التقوى ههنا يشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم ، كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه.

PELAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL ( ما يستفاد منها ) :

Berdasarkan pembahasan di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa seorang naqib hendaklah :

1. Merupakan orang yang paling mengetahui & memahami para a’dha-nya (ahlinya), tidak disebut naqib jika ia tidak mengetahui secara mendalam a’dha-nya baik sifat-sifat, kebiasaan, permasalahan, kesukaan, keluarga, dsb.

2. Merupakan orang yang amat dipercaya oleh a’dha-nya, maka tidak disebut naqib jika ia merupakan seorang tidak dipercaya oleh a’dha-nya apalagi jika sampai dibenci oleh para a’dha-nya.

3. Merupakan penjamin serta penanggungjawab para a’dha-nya, maka seorang naqib hendaklah benar-benar bertanggungjawab atas para a’dha-nya, jika ia lurus maka luruslah a’dha-nya & jika ia menyimpang maka menyimpang jugalah para a’dha-nya[29].

4. Merupakan saksi atas a’dha-nya, baik di dunia maupun di yaumil qiyamah kelak, ingatlah bahwa setiap naqib akan ditanya tentang yang dipimpinnya di yaumil qiyamah kelak.

5. Merupakan pemimpin dan pemuka mereka dan orang terbaik diantara mereka[30], maka hendaklah ia benar-benar melaksanakan amanah tersebut untuk memimpin, membimbing & menunjuki mereka ke jalan yang lurus & benar serta mencintai mereka lebih dari dirinya sendiri.

6. Naqib telah melakukan perjanjian yang hakikatnya ia lakukan dengan ALLAH SWT, maka ALLAH SWT akan meminta tanggungjawab atas apa yang telah dilakukan oleh para Naqib dalam menjalankan perintah-NYA, dan jika mereka berkhianat maka mereka akan diazab sebagaimana para Naqib Bani Isra’il.

7. Bahwa ALLAH SWT senantiasa bersama para Naqib selama mereka menegakkan shalat, mengeluarkan zakat, membela para Nabi dan berinfaq.

8. Dan para Naqib yang shadiq akan diampuni & dihapuskan dosa-dosanya oleh ALLAH SWT dan dimasukkan ke dalam Jannah yang mengalir sungai-sungai dibawahnya.

9. Sementara para Naqib yang kadzib akan disesatkan dari jalan yang lurus.

الله أعلم بالصواب …

Catatan Kaki:

[1] Maksudnya ialah : Menafkahkan harta untuk menunaikan kewajiban dengan hati yang ikhlas

[2] Ternyata dari 12 orang Naqib tersebut 10 orang diantaranya berkhianat, lih. Tafsir Ahkamil Qur’an, Imam Al-Qurthubi, juz VI/112

[3] Lih. Jami’ul Bayan fi Tafsiril Qur’an, Imam At-Thabari, juz X/110

[4] Lih. Majaz Al-Qur’an, Abu Ubaidah, juz I/156

[5] Lih, Jami’ul Bayan fi Tafsiril Qur’an, Imam At-Thabari, juz X/111

[6] Lih. Tafsir Ahkamil Qur’an, Imam Al-Qurthubi, juz VI/112

[7] Lih. Tafsir Ahkamil Qur’an, Imam Al-Qurthubi, juz VI/112

[8] Lih. Tafsir Al-Wasith, Syaikh At-Thantawi, I/1202

[9] Lih. Jami’ul Bayan fi Tafsiril Qur’an, Imam At-Thabari, juz X/110

[10] Lih. Thabari X/114; Ibnu Katsir III/103; Ibnu Habib dalam Al-Mihbar hal.464; Al-Qurthubi VI/113

[11] Lih. Tafsir Ahkamil Qur’an, Imam Al-Qurthubi, juz II/282

[12] Lih. Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, Imam Ibnu Katsir, juz III/66

[13] Lih. Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, Imam Ibnu Katsir, juz III/66

[14] Lih. Tafsir Ahkamil Qur’an, Imam Al-Qurthubi, juz II/282

[15] Lih. Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, Imam Ibnu Katsir, juz III/66

[16] Lih. Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, Imam Ibnu Katsir, juz III/66

[17] Lih. Tafsir Ahkamil Qur’an, Imam Al-Qurthubi, juz II/282

[18] Lih. Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, Imam Ibnu Katsir, juz III/66

[19] Lih. Tafsir Lubab At-Ta’wil fi Ma’ani At-Tanzil, Imam Al-Khazin, juz II/249

[20] Lih. tafsir Fi Zhilalil Qur’an, Sayyid Quthb, juz II/330

[21] Lih. Misykah Al-Mashabih, Al-Khatib At-Tibrizi

[22] Demikian dalam lafzah Muslim, lih. Shahih Muslim, IX/334 no. 1822

[23] Lih. Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, Imam Ibnu Katsir, juz III/65

[24] Lih. Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, Imam Ibnu Katsir, juz III/65

[25] Lih. Sunan Ibni Majah I/21; juga As-Sunan Al-Kubra, Al-Baihaqi V/91; Al-Mustadrak ‘ala Shahihain, Al-Hakim XI/475; Syu’abul Iman, Al-Baihaqi XIX/314, Shahih Ibnu Hibban, XXX/85; Siyar A’lam Nubala’, I/230, 266, 267, 270, 301;

[26] Lih. Tafsir Al-Bahrul Muhith, Imam Ibnu Hayyan, juz III/211

[27] Lih. Tafsir Al-Bahrul Muhith, Imam Ibnu Hayyan, juz VI/224, 352

[28] Lih. Syu’abul Iman, Imam Al-Baihaqi, XIV/175

[29] Sebab menyimpangnya Bani Isra’il & menolak berperang bersama Musa as (QS Al-Maidah, 5/24), adalah karena penyimpangan sebagian besar dari para naqibnya, lih. tafsir Fathul Qadir, Imam Asy-Syaukani, juz II/282

[30] Lih. Jami’ul Bayan fi Tafsiril Qur’an, Imam At-Thabari, juz X/113

Thursday, June 11, 2009

Wal ‘Ashr: Pengurusan Masa Dalam Islam

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
  1. Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.
  2. Melaksanakan amal shalih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
  3. Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.
  4. Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.

Saya yakin para pembaca sekalian telah menghafal dan mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak dari kecil. Akan tetapi timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk melaksanakan keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah Subhanahu wa Ta'ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang disebut-Nya selepas sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan masa?

Sebenarnya apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.

Melalui tulisan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang bagaimana mengurus masa secara efisyen. Ia amat mudah, hanya terdiri dari lima langkah. Ia amat ringkas, hanya memerlukan lima belas minit dari masa anda. Akan tetapi ia amat penting, penentu sama ada anda menjadi orang yang beruntung atau rugi.

Langkah # 1: Menyedari Bahawa Masa Adalah Tetap.

Berhenti sekejap dan lihat kepada jam anda. Sama ada jam tangan, jam talifon bimbit atau jam di dinding. Sama ada jam yang menggunakan jarum atau angka digital. Terdapat pelbagai jenis jam dan pelbagai jenis reka bentuk, dengan kepelbagaian yang tidak mampu kita hitung. Akan tetapi dalam kepelbagaian tersebut, terdapat sesuatu yang sama, sesuatu yang tetap. Iaitu, 60 saat = 1 minit, 60 minit = 1 jam dan 24 jam = 1 hari.

Formula di atas tidak dapat diubah atau diperlahankan. Kita tidak boleh mengubah agar dalam satu hari ada 30 jam. Kita tidak boleh memperlahankan agar 100 saat menjadi satu minit. Ringkasnya, masa adalah sesuatu yang tetap. Lalu bagaimanakah kita hendak melebihkan masa supaya dapat mencapai keempat-empat tuntutan dari surah al-‘Ashr?

Jawapannya, kita tidak boleh melebihkan masa kerana ia adalah tetap. Sebaliknya kita boleh ubah perkara-perkara yang kita lakukan kerana ia tidak tetap. Salah satu sebab utama orang menghadapi masalah keterbatasan masa ialah kerana mereka melakukan terlalu banyak perkara. Sikap inilah yang perlu diubah, dari melakukan banyak perkara kepada melakukan hanya beberapa perkara.

Sebagai contoh, seorang pelajar pusat pengajian tinggi mungkin melakukan perkara-perkara berikut sehingga menghadapi keterbatasan masa:

  1. Belajar jurusan yang diambil.
  2. Menyertai sesi latihan Kick Boxing setiap petang, dua kali seminggu.
  3. Menyertai kelab bahasa Inggeris.
  4. Menyertai pasukan sukarelawan menziarahi rumah orang kurang upaya setiap hari Ahad.
  5. Ahli panel rekabentuk grafik untuk risalah bulanan fakulti yang diterbitkan setiap bulan.
  6. Bermain untuk pasukan badminton asrama.
  7. Menghadiri kuliah-kuliah agama yang dianjurkan oleh masjid di kampus setiap hari.
  8. Menganjurkan usrah untuk pelajar-pelajar yang baru masuk ke kampus setiap malam Jumaat.
  9. Menjadi wakil penjual kad tambah nilai talifon bimbit untuk syarikat 015-xxx xxxx.

Perkara-perkara di atas hendaklah diubah dan dikurangkan, umpama:

  1. Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
  2. Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.
  3. Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa di kampung.
  4. Menyertai hanya satu aktiviti sukarelawan di kampus.

Kenyataan saya di atas mungkin memeranjatkan. Bukankah lagi banyak yang dilakukan, lebih baik dan berjaya seseorang itu? Saya berkata, kenyataan tersebut sekali pun masyhur, perlu dipertimbangkan semula. Banyak tidak semestinya berjaya, sedikit tidak semestinya gagal.

Ingat! Masa adalah tetap. Melakukan banyak perkara dalam masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara yang dilakukan tidak mencapai kualiti yang terbaik. Malah adakalanya cukup syarat sahaja. Semua ini akhirnya melahirkan perasaan tidak puas hati, kekecewaan dan kehilangan motivasi. Sebaliknya melakukan beberapa perkara dalam masa yang tetap menyebabkan perkara-perkara yang dilakukan mencapai kualiti yang baik. Ini akhirnya melahirkan perasaan kesyukuran, puas hati dan motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.


Langkah # 2: Fokus Dan Prioriti, Bukan Rambang Dan Suka Hati.

Sebab kedua yang menyebabkan keterbatasan masa adalah sikap melakukan perkara-perkara secara rambang dan suka hati, tidak secara fokus dan berprioriti. Ditegaskan bahawa individu muslim yang berjaya bukanlah seorang yang melakukan banyak perkara, tetapi adalah seorang yang melakukan beberapa perkara dan dia melakukannya secara fokus dan berprioriti.

Fokus maksudnya memberi tumpuan kepada sesuatu perkara secara mendalam sehingga menguasainya secara luas. Prioriti maksudnya menimbang sesuatu perkara, sama ada patut didahulukan atau dikemudiankan, sama ada patut dipertamakan atau diletakkan di tangga kedua, ketiga dan seterusnya.

Sebagai contoh, menuntut ilmu agama hendaklah difokuskan kepada aqidah kerana aqidah yang sahih lagi kukuh menjamin kejayaan seorang muslim di dunia dan akhirat. Menuntut ilmu agama hendaklah diberi prioriti kerana seseorang yang memahami Islam secara benar akan menjadi individu yang berjaya, bukan sahaja dari sudut agama tetapi juga dari sudut pembelajaran, kerjaya dan motivasi diri.

Memberi fokus dan prioriti kerana ilmu agama tidak bererti mengabaikan ilmu duniawi. Seorang muslim yang memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh serta kefahaman Islam yang benar akan mengetahui bahawa Islam amat menuntut agar dia menjadi seorang yang profesional dalam urusan duniawi. Dia mengetahui firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.

Dan katakanlah: “Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia (Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” [al-Taubah 9:105]

Dia mengetahui sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ.

Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang.2

Firman Allah yang bermaksud “Beramallah kamu…” adalah fi‘il amr yang berupa satu perintah. Ini menunjukkan kewajipan untuk kita beramal. Sementara perkataan “amal” bukanlah terhad kepada solat, puasa dan zikir tetapi meliputi semua aktiviti yang selari dengan Islam termasuk menuntut ilmu duniawi dan berkerja dalam jurusan duniawi. Sesiapa yang berpendapat perkataan amal hanyalah solat, puasa dan zikir, bererti dia masih berpegang kepada kefahaman sekularisme yang memisahkan antara agama dan dunia.

Menyentuh tentang sekularisme, fahaman ini telah banyak mempengaruhi umat Islam pada masa kini. Di satu sudut kita akan temui orang yang hanya memberi tumpuan kepada agama hingga mengabaikan dunia. Di sudut yang lain kita temui pula orang yang hanya memberi tumpuan kepada dunia sehingga mengabaikan agama. Amat sedikit untuk ditemui orang yang memberi tumpuan kepada agama dan dunia sehingga mencapai kecemerlangan dalam kedua-duanya.

Seterusnya amal tersebut kita lakukan sebaik mungkin, sesempurna mungkin. Ini kerana dari sudut aqidah, kita mengetahui bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat apa yang kita lakukan. Seolah-olah, Allah dan Rasulullah hadir mengawasi apa yang sedang kita lakukan. Kemudian di Hari Akhirat kelak …(Allah) akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah amalkan.” Sudah tentu semua ini akan menyebabkan kita malu untuk melakukannya secara enteng atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya kita akan melakukannya sesempurna mungkin kerana: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang.”

Oleh itu, langkah kedua dalam mengurus masa ialah memberi fokus dan prioriti dalam beberapa perkara yang dilakukan sehingga setiap detikan saat memiliki nilai dan manfaat. Keberadaan masa yang sentiasa tetap menyebabkan kita tidak mampu untuk mensia-siakannya dengan sikap yang rambang dan suka hati.

Langkah # 3: Menyedari Bahawa Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

Sekali lagi saya ingin meminta para pembaca merenung kepada jam. Perhatikan bahawa ia sentiasa bergerak. Jika ia terhenti kerana kehabisan bateri atau kerana anda menghentikannya, jam-jam yang lain tetap bergerak. Semua ini mengarah kepada satu kesedaran yang amat penting, iaitu masa tidak menunggu sesiapa.

Saya yakin semua orang tahu akan hakikat ini. Akan tetapi kadangkala kita melakukan perkara-perkara yang memberi gambaran seolah-olah masa menunggu kita. Seolah-olah masa berhenti sementara bagi membolehkan kita melakukan perkara-perkara tersebut. Apakah perkara-perkara yang saya maksudkan itu? Berikut saya kemukakan beberapa contoh:

  1. Menyambung tidur selepas solat Subuh pada hari cuti. Jika hari Isnin hingga Jumaat bangun pukul 5.45 pagi, solat Subuh berjamaah dan terus ke kuliah atau pejabat, maka pada hari cuti bangun dilewatkan hingga pukul 8 atau 9 pagi. Ada juga yang melanjutkannya hingga siang hari.
  2. Meluangkan masa antara 1 hingga 2 jam membaca surat khabar.
  3. Menonton orang lain bersukan, seperti menonton perlawanan bola sepak, futsal, hoki, tenis dan sebagainya.
  4. Beriktikaf di hadapan kaca TV, purata antara 1 hingga 3 jam setiap hari.
  5. Keluar makan bersama rakan-rakan dengan tempoh yang lama, purata antara 1 hingga 2 jam.

Contoh-contoh di atas adalah segelintir dari sekian banyak perkara yang kita lakukan yang sebenarnya merupakan satu kesia-siaan masa. Istilah seerti baginya ialah pembaziran masa dan pembaziran, sama ada melibatkan masa, wang, kesihatan, pemikiran dan perbuatan, adalah suatu tindakan yang tidak sepatutnya menjadi ciri-ciri seorang muslim. Ini kerana:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ.

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan. [al-Isra’ 17:27]

Di sini saya tidak bermaksud untuk menyuruh para pembaca sekalian mengabaikan perkara-perkara di atas. Jika anda ingin tidur lebih untuk merehatkan minda dan tubuh pada hari cuti, lakukanlah ia pada waktu siang dan bukan pada waktu pagi. Waktu pagi adalah saat yang penuh keberkatan untuk kita lakukan aktiviti yang bermanfaat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا.

    Ya Allah! Berkatilah umat aku pada pagi hari.3

Ada pun waktu siang, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:

قِيْلُوْا، فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ لاَ تَقِيْلُ.

Tidurlah (sebentar) pada siang hari kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak tidur pada siang hari.4

Merujuk kepada surat khabar, anda sudah mendapat berita dengan hanya membaca beberapa perenggan pertama bagi setiap laporan. Kemudian jika anda membacanya dengan manhaj fokus dan prioriti, 80% dari laporan yang dikemukakan boleh diabaikan. Semua ini membolehkan anda khatam membaca surat khabar dalam masa 15 minit sahaja.

Ada pun sukan, maka Islam menganjurkan kita untuk bersukan demi kekuatan dan kesihatan. Berkenaan kekuatan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ.

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.5

Ada pun kesihatan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazim berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي.

Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau kesihatan yang baik di dunia dan akhirat. Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau keampunan dan kesihatan yang baik dalam urusan agamaku, duniaku, ahli keluargaku dan hartaku.6

Walaubagaimana pun bezakan bahawa Islam menganjurkan kita bersukan dan bukan menonton orang lain bersukan. Saya sebenarnya amat hairan memerhatikan gelagat orang yang menonton orang lain bersukan. Bukan sekadar menonton, mereka menyokong pasukan yang ditonton dengan penuh jiwa dan raga. Mereka menunggu perlawanan bermula dengan penuh debaran. Mereka memerhati perlawanan dengan penuh kekhusyukan, kekhusyukan yang mengalahkan semua nilai khusyuk solatnya dalam sehari. Jika pasukan yang disokong menang mereka melompat kegembiraan. Jika sebaliknya, mereka tunduk kesedihan mengalirkan air mata.

Kepada para penonton seumpama perenggan di atas, saya ingin bertanya beberapa soalan mudah. Jika anda sakit, adakah pasukan yang anda sokong datang untuk menziarahi anda? Jika anda menghadapi kesempitan kewangan, adakah pasukan yang anda sokong memberikan sumbangan atau pinjaman? Jika anda gagal dalam kehidupan, adakah pasukan yang anda sokong akan membantu anda mencapai kejayaan? Saya yakin jawapannya tidak. Oleh itu kenapakah anda menyerahkan segala jiwa dan raga, termasuk masa anda, kepada satu pasukan yang tidak kisah langsung tentang anda?

Ada pun menonton TV, maka tontonlah dengan manhaj fokus dan prioriti, iaitu satu dua rancangan yang memberi manfaat kepada pembangunan minda. Percayalah, kebanyakan pemilik syarikat siaran TV tidak menonton apa yang disiarkan oleh syarikatnya melainkan beberapa rancangan yang terpilih. Mereka tahu, jika mereka menonton TV saban hari, mereka tidak akan menjadi individu berjaya yang dapat memiliki sebuah syarikat siaran TV.

Akhir sekali, makan bersama-sama rakan dianjurkan oleh Islam kerana memiliki keberkatan di dalamnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:

فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ.

Berkumpullah kalian ketika makan dan sebutlah nama Allah padanya (Bismillahi Rahmani Rahim), nescaya makanan kalian akan diberkati.7 Oleh itu makan bersama adalah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi menghabiskan masa yang lama ketika makan bersama adalah pembaziran masa dan pembaziran adalah sunnah……

Langkah # 4: Di Celah-Celah Masa Ada Masa.

Sebenarnya dalam keterbatasan masa yang dihadapi, kita boleh memiliki masa yang lebih. Berikut dikemukakan beberapa tip untuk mencari masa di celah-celah masa:

  1. Berani berkata tidak. Apabila orang lain mengajak anda untuk melakukan aktiviti yang sia-sia atau minimum manfaatnya, beranikan diri berkata tidak. Tolaklah ajakan tersebut dengan sopan, umpama: “Tak mengapa silakan, saya ada kertas kerja fakulti yang belum disiapkan.” Atau yang lebih baik: “Tak mengapalah, saya ada kertas kerja fakulti yang belum disiapkan. Hmm! Alang-alang anta ada masa lapang, jom kita siapkan bersama?”
  2. Gunakan kaedah temujanji (appointment). Kaedah temujanji bukan hanya untuk orang yang sudah berjaya tetapi juga untuk orang yang ingin berjaya. Apabila ada rakan yang ingin menziarahi anda, tetapkan waktu bermula dan berakhir. Apabila ada mesyuarat persatuan, minta ditetapkan waktu mula dan akhir. Kemudian jangan anda berganjak dari waktu yang dijanjikan. Kaedah ini mungkin kurang selesa bagi rakan atau ahli-ahli persatuan anda, justeru sejak awal berilah penjelasan yang hikmah tentangnya.
  3. Manfaatkan bas dan tandas. Dua suasana yang lazim kita lalui tetapi tidak sedar bahawa masa boleh dimanfaatkan di dalamnya. Ketika dalam pengangkutan awam dan tandas, kita sebenarnya memiliki masa untuk membaca, mengkaji dan berfikir. Maka janganlah bazirkannya dengan nyanyian dan khayalan.
  4. Do Not Disturb. Peranan tanda Do not disturb please bukan saja untuk digantung pada tombol pintu bilik hotel, tetapi juga untuk digantung pada tombol pintu bilik asrama atau dileher anda. Apabila anda sedang melakukan aktiviti yang penting, cuba elakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan gangguan. Senyapkan talifon bimbit. Tutup pintu bilik asrama. Pastikan rakan perbincangan di perpustakaan adalah mereka yang benar-benar fokus dalam perbincangan.

    Ketahuilah bahawa satu gangguan akan merosakkan fokus anda pada kadar dua hingga tiga kali ganda dari tempoh gangguan itu sendiri. Sebagai contoh, anda mungkin mengambil masa 20 saat untuk membaca dan menjawab satu pesanan ringkas (SMS). Akan tetapi anda akan mengambil masa 1 minit untuk mengembalikan fokus kepada apa yang sedang anda lakukan sebelum itu. Kemudian, lazimnya SMS tersebut akan berbalas semula. Oleh kerana itulah dikatakan: A minor interruption will lead to many other interruptions.

  1. Cepat bukan jimat. Wujud satu kefahaman, bahawa sesuatu aktiviti yang dilakukan dengan cepat akan menjimatkan masa. Sebenarnya tidak. Ia bahkan membazir masa. Sebabnya:
    1. Cepat menyebabkan anda terpaksa menggunakan fikiran pada kadar yang tinggi. Ini menyebabkan ia cepat letih sehingga tidak dapat melakukan aktiviti seterusnya dengan efisyen.
    2. Cepat menyebabkan projek yang anda lakukan memiliki banyak kesilapan dan kekurangan. Akhirnya anda terpaksa melakukan semula dari awal untuk menampung kesilapan dan kekurangan tersebut demi mencapai kualiti yang memuaskan.
    3. Anda akan mudah marah dan merungut apabila berlaku gangguan yang tidak dijangkakan. Ini kerana gangguan tersebut mempengaruhi kadar kecepatan anda. Namun yang sebenarnya mengganggu ialah sikap anda yang ingin cepat sehingga mudah marah dan merungut. Satu gangguan mungkin mengambil masa 5 minit, tetapi anda akan memerlukan 15 minit untuk kembali tenang dan lapang.
    4. Anda mungkin dapat membaca buku dalam masa yang cepat (speed reading). Akan tetapi dalam kecepatan tersebut banyak poin penting yang anda tertinggal atau salah faham. Kemudian apabila ingin membuat kertas kerja, anda gagal mengemukakan maklumat yang bermanfaat dan tepat padahal semuanya sedia terkandung dalam buku-buku yang sudah anda baca sebelum itu. Akhirnya anda terpaksa merujuk semula kepada buku-buku tersebut.

    Oleh itu cepat bukanlah jimat. Sikap yang terbaik ialah dipertengahan antara cepat dan lambat. Sikap yang dimaksudkan ialah tenang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berpesan:

اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.

    Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan adalah dari syaitan.8

  1. Lakukan pelaburan masa. Pelaburan bererti menggunakan modal yang kecil untuk memperoleh manfaat yang besar di kemudian hari. Pelaburan bukan sahaja berkaitan dengan wang ringgit, tetapi juga masa. Gunakan masa yang sedikit sebagai pelaburan untuk mencapai manfaat masa yang besar di kemudian hari.

    Satu contoh mudah, saya yakin para pembaca sekalian lazim menggunakan perisian Microsoft Word untuk menyiapkan kertas kerja kuliah dan sebagainya. Saya juga menggunakannya untuk menulis risalah ini. Pada mulanya saya menggunakan perisian tersebut secara terus tanpa belajar apa-apa tentangnya. “Alaah! Microsoft Word! Siapa yang tak tahu guna?”

    Akan tetapi pada satu hari, saya mengambil keputusan untuk belajar tentangnya. Saya membeli buku The Complete Idiot’s Guide To Microsoft Word 97 oleh Daniel T. Babola yang diterbitkan oleh QUE Corporation, tahun 1996.

    Saya mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk mengkajinya. “Wah! Sungguh banyak yang mampu dilakukan oleh perisian ini. Dan semua itu dapat dilakukan dengan amat mudah.” Demikian bisik hati saya. Apa yang saya belajar dalam tiga minggu tersebut, sepuluh tahun yang lalu, dapat saya manfaatkan hingga hari ini. Tiga minggu tersebut merupakan satu pelaburan masa yang benar-benar menguntungkan. Ia, alhamdulillah, membolehkah saya melakukan pelbagai kerja dengan perisian Microsoft Word dan semuanya dapat dilakukan dengan mudah dan kemas.

    Tak dapat bayangkan apa yang saya maksudkan? Cubalah anda melaburkan masa membacanya. Carilah edisi yang terkini. Saya yakin kertas kerja kuliah dapat anda siapkan dengan kemas lagi canggih dalam masa sejam berbanding tiga jam sebelumnya.

  1. Belanjakan RM untuk masa. Ada satu kata pepatah Inggeris: Time is more valuable than money. Iyya! Masa lebih bernilai dari wang ringgit. Maka gunakanlah wang ringgit untuk memperoleh masa yang lebih. Kertas kerja kuliah anda sekali lagi saya jadikan contoh. Adakah anda terpaksa ke makmal komputer atau cybercafe untuk menaipnya? Banyak masa yang terbuang di sana, dari menunggu giliran sehinggalah kepada petunjuk di skrin yang tidak bergerak searah dengan tetikus.

    Sebagai alternatif lain, cuba beli komputer riba sendiri. Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak. Memadai komputer riba terpakai dengan kelajuan prosesan sederhana. RM1500.00 yang anda belanjakan akan dapat menjimatkan masa anda dalam jumlah yang tidak dapat dihitung.

Menyentuh berkenaan mencari masa di celah-celah masa, saya tidaklah bermaksud agar para pembaca sekalian menggunakan seluruh masa yang ada untuk bekerja keras. Islam tidak menyuruh umatnya menjadi rahib yang hanya beribadah mahu pun robot yang hanya bekerja. Sebaliknya Islam membolehkan agar ibadah dan kerja diselang-seli dengan lawak jenaka, sembang-sembang bersama rakan dan beristirehat. Ringkasnya, setiap sesuatu ada masanya, yang penting hendaklah kita membahagikannya secara adil.

Salah seorang sahabat dan juru tulis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bernama Hanzhalah al-Usaidi radhiallahu 'anh pernah menceritakan: ‘Satu hari saya berjumpa dengan Abu Bakar as-Shiddiq radhiallahu 'anh.” Abu Bakar bertanya: “Kamu apa khabar?”

Hanzalah menjawab: “Saya telah melakukan satu kemunafiqan!”

Subhanallah! Apa yang kamu cakap ni?”

“Sebentar tadi saya bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda mengingatkan kami berkenaan neraka dan syurga sehingga seolah-olah saya dapat melihat dengan mata saya sendiri. Apabila saya berangkat pulang dari sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, saya bermain-main bersama isteri dan anak-anak serta melakukan beberapa urusan sehingga saya lupa kebanyakan (dari apa yang dipelajari dari Rasulullah sebelum itu).”

“Demi Allah! Saya juga pernah mengalami hal yang sama!” ujar Abu Bakar.

Kemudian Hanzhalah dan Abu Bakar pergi berjumpa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Hanzhalah berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah menjadi seorang munafiq!”

Rasulullah bertanya: “Kenapa sedemikian?” Lalu Hanzhalah menceritakan apa yang terjadi padanya. Lalu Rasulullah bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي وَفِي الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلاَئِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي طُرُقِكُمْ وَلَكِنْ يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً (ثَلاَثَ مَرَّاتٍ).

“Demi Allah yang jiwaku berada di Tangan-Nya, kalau kalian sentiasa dalam keadaan seperti ketika bersamaku dan kalian sentiasa berzikir, nescaya para malaikat akan menemani kalian di atas tempat tidur dan juga di jalanan.

Akan tetapi wahai Hanzhalah, segala sesuatu ada masanya.” (Baginda mengulanginya tiga kali).9

Langkah # 5: Carilah Keberkatan Dalam Masa.

Sebelum ini saya ada menerangkan tentang formula masa dan pergerakan jam. Memang, ia tidak dapat diubah. Akan tetapi sebagai seorang mukmin, kita beriman kepada wujudnya sesuatu yang istimewa di sebalik formula masa dan pergerakan jam. Perkara istimewa tersebut tidak dapat diukur dengan apa-apa formula dan tidak dapat dilihat pada mana-mana jam.

Perkara istimewa tersebut ialah keberkatan yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada para hamba-Nya yang terpilih. Dengan keberkatan ini, seseorang itu mampu melakukan banyak perkara bermanfaat untuk agama, umat, manusia dan alam sekali pun dalam formula masa dan pergerakan jam yang tetap sama.

Bagaimanakah memperoleh atau mencari keberkatan dalam masa? Berikut dikemukakan dua cara:

  • Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ.

    Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.10

    Luangkanlah masa sekurang-kurang seminggu sekali untuk menalifon ibubapa atau menulis surat kepada mereka. Sebulan sekali, baliklah ke kampung menziarahi dan memperhatikan hal ehwal mereka. Dalam zaman materialisme dan individualisme masa kini, ibubapa sering diketepikan. Akan tetapi ketahuilah, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa kita. Jika ibubapa redha kepada kita, Allah juga akan redha kepada kita. Apabila Allah redha kepada kita, tidak ada perkataan yang mampu saya taip untuk menggambarkan hasilnya.11

  • Sedekahkan masa.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

    مَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ.

    Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. [al-Baqarah 2:261]

    Dalam ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan pulangan dividen harta bagi sesiapa yang sebelum itu mensedekahkan hartanya secara ikhlas untuk kebaikan agama dan umat Islam. Secara analogi, demikianlah juga dividen masa yang akan diperoleh oleh sesiapa yang mensedekahkan masanya secara ikhlas demi kebaikan agama dan umat Islam. Sedekah masa yang saya maksudkan ialah melakukan kerja-kerja sukarelawan. Kerja sukarelawan tersebut bukanlah kerana kumpulan atau persatuan, tetapi kerana agama dan umat.

    Antara kerja sukarelawan yang saya maksudkan ialah mengajar tusyen kepada pelajar-pelajar sekolah luar bandar, melawat hospital, melawat rumah orang tua, melawat rumah orang kurang upaya dan memperbaiki rumah yang rosak di kawasan kampung. Jika anda menguasai ilmu agama, lakukanlah amar ma’ruf dan nahi mungkar.12 Jika anda menguasai ilmu perbandingan agama, maka jadilah seorang pendakwah. Sesiapa yang mensedekahkan masanya demi kebaikan agama dan umat Islam, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengurniakan kepadanya kelapangan masa untuk melakukan pelbagai lagi perkara yang bermanfaat.

Dua perkara di atas, iaitu memperhatikan hal-ehwal ibubapa dan melakukan aktiviti sukarelawan telah saya senaraikan ketika mengupas langkah pengurusan masa # 1. Di sana saya senaraikan bahawa jumlah perkara yang hendak dilakukan oleh seseorang hendaklah dikurangkan kepada:

  1. Memberi tumpuan menuntut ilmu agama.
  2. Memberi tumpuan kepada jurusan yang diambil.
  3. Memberi perhatian kepada hal-ehwal ibubapa di kampung.
  4. Menyertai hanya satu aktiviti sukarelawan di kampus.

Apabila anda melakukan perkara ketiga dan keempat secara ikhlas dan sebaik-baiknya, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengurniakan keberkatan dalam masa anda sehingga anda memiliki kelapangan untuk melakukan perkara-perkara lain yang bermanfaat. Maka setelah itu, senarai empat perkara di atas boleh anda tambah menjadi lima, enam dan seterusnya. Akan tetapi ingat, hendaklah perkara yang anda tambah itu masuk dalam kategori firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3).

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]


Wednesday, June 10, 2009

Ringkasan Teknik Pengucapan Umum - mustahak bagi juru dakwah

1) Persediaan Diri

a- Ilmu.

b- Keyakinan.

c- Susunan kandungan bertulis.

d- Penghayatan kandungan yang dirancang.

e- Mengetahui latar belakang umum pendengar.

f- Mengetahui tahap formality majlis.

g- Mengetahui ruangan waktu yang diberikan.

h- Mengetahui bentuk majlis (forum, seminar, ceramah umum, ceramah masjid, khutbah, ceramah motivasi, ceramah surau di kampung-kampung, ceramah di TV& Radio, Demonstrasi Umum depan Kedutaan Amerika dll )

i- Menguatkan dalaman anda.

j- Perlu banyak membaca dan mendengar ceramah dari penceramah profesional yang digemari.

2) Persembahan

Unsur Bantuan Persekitaran.

Tempat ceramah (kerusi, meja, rostrum)

Kedudukan penceramah dari peserta.

Pakaian (cincin, warna pakaian, jenis pakaian, kebersihan, bau-bauan).

Lampu dan kipas.

Tertib Ceramah

Tahap Satu

a. Pandang dahi pendengar atau lontarkan pandangan anda ke belakang tanpa fokus kepada mana-mana individu.

b. Tarik nafas panjang dan rehatkan minda dan hati.

c. Ikhlaskan niat dan doa dalam hati agar dipermudahkan Allah SWT dalam menyampaikan mesej Islam.

d. Yakinkan diri bahawa Allah akan membantu anda hingga tahap yang terbaik.

e. Sematkan dalam diri untuk mempersembahkan isi yang terbaik…buat sungguh-sungguh, bukan sambil lewa..

f. Muqaddimah Basmalah, pujian kepada Allah SWT dan Selawat ke atas Rasul SAW.

g. Elok jika mulakan dengan ayat atau hadith.

h. Aluan individu terpilih ( Pengerusi, Presiden, Exco, pendengar).

i. Sebut tajuk ceramah yang ditaklifkan kepada anda.

j. Pastikan nada suara rendah dan sederhana di tahap ini.


Tahap Dua

a. Sebut fokus utama atau isi utama ceramah anda.

b. Mula rancakkan nada suara, tapi sekiranya anda dapati perasaan terutamanya apabila anda rasa gementar.

c. Jika gementar tidak hilang, kurangkan sedikit formality ucapan anda, kepada ucapan kurang rasmi atau ajukan persoalan ringkas pada pendengar tanpa mengharap jawapan.

d. Boleh guna atau campur dialek negeri anda jika anda merasa teramat sukar untuk berbahasa fusha Melayu. Tetapi jangan sampai tahap boleh menggelihatikan pendengar yang bukan dari negeri anda.

e. Mula masuk topik dengan memberikan takrifan ringkas, boleh juga masuk topik dengan melontarkan persoalan-persoalan yang ingin anda jawab dalam ceramah kepada pendengar.

f. Jika ada dalil, bawakan dalil beserta terjemahan, pastikan anda lancar dalil ini dan anda boleh memahami terjemahannya.

Tahap Tiga

a. Anda kini sedang di pertengahan ceramah. Pastikan anda melihat respond pendengar semasa mendengar ceramah anda.

b. Cari pendengar yang kelihatan berminat dan memberikan respond baik semasa mendengar ceramah anda. Kerana dia boleh menaikkan semangat anda untuk meneruskan ceramah dengan baik.

c. Jika terdapat pendengar yang tidur. Anda boleh melakuakn perkara berikut :-

d. - Ajukan soalan kepada orang sebelah si tidur (ini jika majlis kurang rasmi)

• - Naikkan suara dan nadanya dengan semangat.

• - Ubah intonasi ceramah kepada cakap pasar.

e. Dari masa ke semasa, bayangkan anda juga seorang pendengar ceramah anda. Lalu cuba sedaya upaya hayati ceramah anda. Jika masih gagal, berhenti sekitar 3 saat dari bercakap, mulakan dengan nada lain dan cuba menikam hati pendengar dengan ajuan soalan yang tidak perlu dijawab.

f. Timbulkan ‘rasa’ dalam diri pendengar dengan bantuan intonasi dan memek wajah.

g. Pastikan anda lancar dalam majoriti dalil yang anda sebutkan. Jika anda lupa, ajukan kepada pendegar untuk menyambungnya. Jangan malu menyatakan anda lupa sepenuhnya.

h. Anda boleh selitkan antara isi-isi yang berat dan jenaka ringan, samada secara spontan ataupun terancang. Boleh juga cerita-cerita peribadi (yang berkaitan) samada betul-betul berlaku mahupun hanya rekaan semata.

i. Amat baik jika anda mempunyai dalil-dalil qawl dari para sahabat atau tabi’en untuk mempelbagaikan ramuan rencah dalil-dalil selain al-Quran dan Al-hadith.

j. Juga amat baik jika anda mampu menghafal kisah-kisah ringkas silam yang boleh menarik minat.


Tahap Empat (akhir)

a. Apabila anda hampir tamat, jangan terganggu sangat dengan mesej kecil dari penganjur mengatakan masa dah cukup atau tinggal 5 minit lagi. Jika terganggu, fokus isi anda akan terganggu.

b. Yang penting, pilih beberapa dalil yang paling hampir dengan isu dan boleh menyentuh pendengar.

c. Jika tidak bersedia dengan dalil terakhir, pastikan anda punyai kalam terakhir yang mampu menusuk qalbu pendengar. Tidak semestinya ia dirancang sebelum ceramah, malah amat mungkin anda mampu menentukan kalam terahkir ini hasil melihat respond pendengar.

d. Tutup majlis dengan memohon maaf kiranya gagal penuhi target penganjur, dan akhirnya dengan istighfar biasa.

Tuesday, June 9, 2009

DAKWAH KAMI ADALAH RABBANIYYAH DAN 'ALAMIYYAH

Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 21-05-2009

dipetik dari al-ikhwan.net terjemahan Abu Ahmad

Dengan nama Allah, dan Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, dan shalawat dan salam semoga tercurah pada Rasulullah saw dan orang-orang yang mendukungnya hingga hari pembalasan.

Sungguh sangatlah jelas saat ini bahwa umat Islam sangat membutuhkan kepada Islam; dengan pemahaman yang komprehensif, aplikatif dan praktis yang benar, yang mampu menjamin stabilitas dan memberikan ketenangan di bawah naungan bendera Robbaniyah; karena itulah, dakwah kami bukanlah dakwah konvensional yang diatur untuk kepentingan sesaat, namun berada pada kaidah-kaidah Iman kepada Allah, yang dimulai oleh Rasulullah sejak mengawali dakwahnya, dengan mewujudkan rabbaniyah ad-dakwah dan Islamiyyah ar-risalah. Karena itu, Iman yang mendalam tidak akan sempurna kecuali dengan terlebih dahulu mengenal Allah SWT, yang diwujudkan dalam bentuk cinta kepada-Nya, cinta yang tidak dikalahkan oleh cinta lainnya:

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبّاً لِلَّهِ

“Dan orang-orang beriman sangat cinta kepada Allah”. (Al-Baqarah:165),

Dan karena itu pula Imam Al-Banna berkata: “Kami menginginkan apa yang pertama kali kami inginkan adalah membangkitkan ruh, menghidupkan hati, membuka kesadaran yang real pada perasaan dan hati nurani, kami menginginkan jiwa yang hidup, kuat dan energik (muda), hati yang baru dan fresh, perasaan yang penuh cemburu dan bergelora, ruh yang penuh ambisi, semangat dan siap bergerak, sebagaiman kami sangat membayangkan akan akhlaq yang mulia, tujuan mulia untuk melampaui seluruhnya …”.

Beriman dengan risalah dan keagungannya, bercita-cita untuk membelanya, merupakan kewajiban setiap umat:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali Imran:110)

Dan pada saat itulah Allah akan selalu bersama para pembawa dakwah ini, menolong dan mengarahkan mereka, membela dan mendukung mereka, dan bahkan membentangkan kekuatan-Nya yang tidak akan terkalahkan:

وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”. (Al-Hajj:40)

Yang kami maksud dengan Rabbaniyah adalah bahwa seluruh aktivitas dan kerja untuk melakukan perbaikan (reformasi) harus bertolak belakang pada rabbaniyah, dan menjadikan kami loyal terhadapnya. Dan di antara keistimewaan rabbaniyah dan menjadi ciri dakwah kami adalah rabbaniyah dari sisi sumbernya, dengan arti bahwa segala bentuk perintahnya bersumber dari Kitabullah dan sunnah rasul-Nya saw, dan berjalan sesuai dengan keinginan dan kehendak-Nya, dan apa yang telah diwajibkan Allah atas kita semua. Sedangkan Rabbaniyah dari sisi orientasi adalah bahwa kami selalu berusaha dalam bekerja dan beraktivitas dengan ikhlas karena Allah dan berharap mendapat keridhaan dari-Nya, dan dari sinilah kami menentukan untuk menjadikan sarana yang rabbaniyah juga; dengan tidak berjalan dalam melakukan perubahan menggunakan sarana yang tertolak dan bertentangan secara syar’i, sekalipun dalam rangka mewujudkan tujuan yang rabbani.

Dan oleh karena sesuai dengan kaidah-kaidah itulah maka:

• Para pembawa risalah harus memahami akan makna Rabbaniyah: terutama setelah memilih jalannya, menghadirkan pengorbanan untuknya, sekalipun mereka dalam kondisi yang sulit dan sempit, namun hal tersebut tetap wajib, karena itulah jalan yang telah dipilihkan Allah kepada hamba-hamba-Nya:

وَعَسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونََ

“Boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Al-Baqarah:216)

• Kemurnian hanya dimiliki oleh para pembawa dakwah rabbaniyah: bahwa diantara tanda-tanda keberhasilan dakwah adalah tumbuh dengan berbagai ujian, selalu menghadapi tantangan dari para seterunya, dan begitulah perjalanan dakwah Ikhwanul Muslimin dalam sejarahnya, namun hal tersebut dan berkat karunia Allah, hari demi hari berjalan dakwah Ikhwanul Muslimin terus bertambah soliditas dan kekuatannya, bertambah teguh para pembawa risalahnya serta bertambah mantap dan lengkap manhaj-manhajnya.

• Ketegasan yang dimiliki oleh para pembawa dakwah rabbaniyah: bahwa diantara tanda-tanda majunya dakwah adalah kerja keras, pengorbanan dan perjuangan; dengan harta dan jiwa bahkan dengan senjata, dalam membela aqidah dan umatnya, serta untuk meninggikan kemuliaan negeri mereka, bahkan untuk meningkatkan kemuliaan umat manusia secara keseluruhan; karena mereka adalah pengemban amanah risalah Islam untuk umat di seluruh dunia betapapun besar nilai yang harus dikorbankan, kemudian selalu menghadapi sunnah dakwah dan risalah berbagai tipu daya, siksa dan luka, demi untuk mengembalikan kemuliaan Islam yang telah hilang, dan mengembalikan keagungan Islam yang telah dirampas.

• Dan sesuai dengan dakwah rabbaniyah: Ikhwan berharap pada tahun ini sebagaimana yang sesuai dengan manhajnya yang merupakan bagian dari fase utama untuk menuju reformasi dan perubahan, dan mengokohkan pemahaman mereka bahwa Islam yang telah dijanjikan Allah akan selalu dijaga dan dilindung hingga hari kiamat datang, dan mereka yang telah mengorbankan harta, jiwa, keluarga dan tenaga adalah sosok yang siap bergelut untuk menguji keteguhan mereka dalam berpegang pada manhaj rabbani, membawa beban amanah yang tidak sanggup diemban oleh langit, bumi dan gunung-gunung. Dan jiwa mereka terus kokoh sehingga dapat memahami bahwa berbagai ujian dan cobaan yang dihadapi ini akan terus menambah keyakinan mereka berada di jalan yang lurus:

وَلَوْلا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلاً

“Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, niscaya kamu Hampir-hampir condong sedikit kepada mereka”. (Al-Isra:74)

Dan tetap meneguhkan langkah dakwah mereka:

فَلا تُطِعْ الْمُكَذِّبِينَ . وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

“Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)”. (Al-Qalam:8-9)

Imam Al-Banna tentang pengaruh ujian rabbaniyah berkata: “Dan ketika dikejutkan oleh berbagai ujian tersebut terhadap dakwah Ikhwan, maka mereka mampu membuka intinya dan membuat banyak perhatian umat terhadapnya, bahkan mampu mengumpulkan banyak hati manusia yang sebelumnya liar, karena itulah dakwah ini beralih ke dalam hati-hati yang beriman dan akal-akal yang cerdas, dan bahkan menjadi kaidah yang dapat diterima setelah mampu menggiring perasaan yang penuh semangat, menoleh kepadanya banyak kalangan umat bahwa hal tersebut merupakan prinsip-prinsip yang memungkinkan untuk diwujudkan dan tepat untuk diterapkan, bukan sekadar mimpi yang ada di dalam kepala atau perasaan yang ada di dalam jiwa saja”.

Wahai kaum kami:

Jika kalian menganggap bahwa reformasi kami dalam kehidupan masyarakat dan seruan kami untuk melakukan perubahan, dan berusaha menghentikan kemerosotan dalam semua bidang, hanya dapat menghilangkan kongesti dan memperlambat laju kehidupan politik, dan bahkan menganggapnya sebagai tindakan menghalangi, maka ketahuilah bahwa kalian telah keliru dalam menilai dan memberikan apresiasi yang sangat jauh dari hakikat yang sebenarnya, karena apa yang kami serukan adalah merupakan cita-cita dan keinginan umat serta merupakan harapan bangsa, dan merupakan forum pemikiran, bukan sekadar perkumpulan partai politik dan pertemuan arus dengan berbagai spektrumnya.

Rabbaniyah adalah jalan kami dalam menuju reformasi

Bahwa rabbaniyah adalah usaha melakukan reformasi diri dan masyarakat, maka dari itu para rabbaniyun selalu memelihara Kitab Allah, dan mereka akan bertanggung jawab di hadapan kepada Allah terhadap pemeliharaan syariah, mentransfernya dan mengajarkannya kepada hamba-hamba Allah:

بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ

“Disebabkan mereka diperintahkan memelihara Kitab-Kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya”. (Al-Maidah:44)

Sosok yang rabbani adalah seseorang yang merasakan bahwa Allah akan meminta pertanggungjawaban tentang Syariah semuanya, dan bahkan seluruh manusia. Karena itu langkah utama menghilangkan dunia dari berbagai kondisi yang dialaminya adalah mengikuti seruan untuk kembali kepada rabbaniyah yang sesungguhnya dan realistis dan kerja dengan sungguh-sungguh untuk membela Islam dan mengangkat kembali kemuliaannya. Dan dari sini setiap orang yang memiliki kecemburuan dan keikhlasan terhadap Islam hendaknya harus segera menyambutnya dan segera kembali kepada Allah; sebagaimana yang difirmankan:

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ

“Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu”. (Ad-dzariyat:50)

Dan menjadikan syiar hidupnya:

وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَى

“Dan aku bersegera kepada-Mu. Ya Tuhanku, agar supaya Engkau ridha (kepadaku)”. (Toha:84)

Sungguh imam Al-Banna telah menunjukkan kepada kita bahwa jikakita melihat berbagai rintangan yang membentang di jalan, maka kita harus tetap mengingat bahwa disampingnya pasti ada kesuksesan yang akann mampu diperoleh walau harus menghadang berbagai rintangan apapun, karena kita memahami:

• Sedang menyeru kepada Allah yang merupakan dakwah paling mulia, dan kita menyeru pada ideologi Islam yang merupakan ideologi paling logis dan realistis, menghadirkan kepada manusia syariat Allah yang merupakan syariat paling adil dari syariat lainnya.

• Bahwa dunia seluruhnya sangat membutuhkan dakwah ini dan seluruh yang ada di dalamnya berharap dan menunggunya.

• Bahwa kita, -dengan memuji kepada Allah-, bebas dari berbagai ketamakan individu dan jauh dari kepentingan pribadi, tidak bermaksud lain dalam berdakwah kecuali ikhlas karena Allah dan untuk kebaikan manusia, serta kita tidak berjuang kecuali hanya berharap ridha Allah.

• Bahwa kami yakin selalu dikawal oleh dukungan dan pertolongan Allah , dan barangsiapa yang ditolong Allah maka tidak ada seorang pun mampu mengalahkannya, karena itu oleh adanya kekuatan dakwah kami, adanya kebutuhan dunia akan dakwah ini serta kesucian misi dan tujuan dakwah ini, serta adanya dukungan Allah kepada kami; menjadi sarana dan faktor penting dalam meraih keberhasilan yang tidak mampu dikalahkan oleh siapapun walau berbagai rintangan terus menghalanginya.

Wahai umat kami

Bahwa para duat yang mulia yang terus menghadapi berbagai konspirasi dan penangkapan dan adanya problema rekayasa dan penipuan; mereka betul-betul mengetahui dan menyadari bahwa dengan keteguhan mereka akan mampu mengalahkan konspirasi tersebut, dan yakin akan mampu menghapus berbagai syubhat:

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

“Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan”. (Al-Ahzab:22)

Tidak ada yang mampu menempuh keberhasilan dakwah kecuali melalui jalan ini, oleh karena itu, para duat yang rabbani adalah meraka yang berhasil menghadapi rintangan dan ujian ini dan tidak menyandarkan diri mereka kecuali kepada Allah dan tidak menundukkan kepala mereka selain kepada-Nya.

Rabbaniyah jalan kami menuju kebebasan

Siapakah di antara kita yang tidak menginginkan hidup bebas dan merdeka: baik dalam harta, berekspresi, mengeluarkan pendapat, mengekplorasi keinginan, bebas pada pilihan-pilihannya, dan dalam berbagai hal?

Bahwa kemerdekaan dan kebebasan merupakan kehidupan hakiki yang selalu didambakan oleh manusia, dan jalan menuju kemerdekaan dan kebebasan merupakan jaminan satu-satunya untuk menggapai kebebasan dan menikmatinya, dan saya tidak mendapatkan cara untuk menggapai kemerdekaan dan kebebasan kecuali melalui jalan rabbaniyah. Dan yang dimaksud dengan rabbani adalah yang menisbatkan dirinya kepada Tuhannya. Dan apakah ada intisab yang paling mulia dan lebih indah dari intisab kepada Allah SWT? Dan apa manfaat berintisab kepada selain Allah? Bahwa seluruh yang mereka telah capai dan dapatkan dari bentuk harta, jabatan, popularitas, kenikmatan, kesejahteraan atau yang lainnya, tidaklah sama sedikitpun dengan karunia Allah SWT; dan karena itu intisab kepada Allah merupakan intisab yang hakiki terhadap kesempurnaan Allah; sehingga memiliki ilmu kepada Allah, ciri khas dalam akhlaq dan teladan bagi seluruh manusia:

وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

“Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya”. (Ali Imran:79)

لَوْلا يَنْهَاهُمُ الرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ عَنْ قَوْلِهِمُ الْأِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ

“Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan Perkataan bohong dan memakan yang haram?” (Al-Maidah:63)

Dan dengan merenungkan ayat-ayat di atas maka kita mendapatkan inti sari bahwa rabbani adalah seorang yang alim yang memiliki kesadaran penuh, hamba yang taat, dai yang murabbi, dan soso yang memiliki kesungguhan dalam menghadap wajahnya kepada Allah sebagaimana ia memiliki kesungguhan saat berada di tengah masyarakatnya, dan dalam ayat disebutkan dua tempat yang mengarah pada ungkapan rabbani, intinya adalah:

Terhadap perbuatan dan ucapan dosa: seperti yang terjadi pada hari ini seperti yang dilakukan barat oleh adanya peran informasi dan media yang sesat dand yang selalu menebar syubhat, mengumbar syahwat dengan berbagai macam bentuknya; visual, audio visual dan bacaan.

Terhadap makanan haram: seperti yang terjadi pada hari ini dan banyak kita saksikan dari berbagai model perampasan yang sistematis, pencurian yang super canggih, kerusakan yang terorganisir, kepemilikan yang sedikit dari harta negara. Dan tidak ada cara lain untuk membebaskannya kecuali rabbaniyah lah yang mampu melakukannya.

Imam Al-Banna berkata: “Salah satu ciri khas dari karakteristik dakwah kami adalah rabbaniyah dan alamiyah (universal), karena itu pondasi yang menjadi tujuan kami seluruhnya adalah mengarahkan manusia untuk mengenal Tuhan mereka, memperkokoh sandaran diri mereka pada hubungan spiritual yang mulia yang mampu meningkatkan nilai kemuliaan dari kejumudan material yang buta dan dari kekufuran kepada kesucian insaniyah yang memiliki kesempurnaan dan keindahan, kami –Ikhwanul Muslimin- selalu terpatri dalam setiap hati kami slogan : “Allah adalah tujuan kami”.

Adapun disebut universal karena dakwah ini berhadapan dengan seluruh manusia di dunia ini; karena manusia pada hakikatnya ikhwah, dan kami tidak percaya dengan rasialisme, dan kami tidak mendorong pada fanatisme kebangsaan dan warna kulit, namun kami selalu mengajak dan menyeru pada ukhuwah yang adil di tengah umat manusia seluruhnya”.

Wahai para duat rabbani:

Adapun sisi positif yang terjadi pada hari ini; bahwa para duat yang rabbani pada hari ini telah memiliki pemahaman yang dalam, dan memahami bahwa sebaik-baik perbuatan dalam menghadapi ujian dan cobaan adalah kerja yang berkesinambungan, berpegang teguh pada manhaj reformasi dan perubahan, dan tidak merasa hina dalam rangka meraih kebangkitan dan peningkatan umat kami dan bangsa Mesir secara khusus.

Karena itu berbanggalah dengan kemesiran kalian: karena Mesir merupakan simbol dakwah rabbaniyah; kedudukannya dan haknya dalam berjuang dan bekerja sungguh-sungguh, dan kami sadar bahwa negeri kita adalah Mesir, merupakan negeri yang dimuliakan, yang mana kita tumbuh dan berkembang di dalamnya, imam Al-Banna berkata tentang negeri Mesir: “Sungguh telah berakhir adanya hukum kondisional yang banyak membentuk pembinaan ideologi Islam dan melakukan apa yang menjadi kewajibannya, bagaimana mungkin kita tidak melakukan pekerjaan untuk Mesir dan untuk kebaikan Mesir? Dan bagaimana kita tidak mendukung Mesir dengan segala apa yang kita mampu, dan bagaimana dapat dikatakan bahwa iman kepada Mesir tidak sesuai dengan apa yang harus diseru kepadanya oleh seseorang yang menyeru kepada Islam dan mengajak kepada Islam! Bahwa kita adalah bangsa memiliki keikhlasan untuk negeritercinta ini, bergerak untuknya dengan sungguh-sungguh di jalan kebaikannya, dan berharap akan terus begitu selama kita masih hidup dengan penuh keyakinan bahwa ini merupakan fase pertama dalam rangkaian kebangkitan yang dicita-citakan, dan sesungguhnya yang demikian merupakan bagian dari negeri Arab secara umum, dan saat kita ketika bekerja untuk Kebaikan Mesir maka kita bekerja untuk Eropa, Timur dan Islam.
Berbanggalah dengan universalnya dakwah rabbaniyah ini; imam Al-Banna berkata: “Adapun universalitas atau insaniyah adalah tujuan kami yang mulia dan misi terbesar kami, dan akhir dari halaqah adalah dalam rangkaian reformasi, dan niscaya dunia akan tegak berdiri untuknya, yaitu sebagai langkah-langkah sekalipun masa berjalan lambat hal tersebut harus terjadi, dan cukuplah itu semua menjadi misi kami, dan meletakkannya di hadapan manusia sebagai teladan, sekalipun tidak semua mampu menyempurnakan pembangunannya, karena setiap ajal pasti ada batasnya”.

Berbuat baiklah dalam berinteraksi dengan sunnah rabbaniyah:

وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللهِ تَحْوِيلاً

“Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu”. (Fathiir:43)

Yaitu merupakan sunnah masa lalu, dan akan terus berulang kembali terjadi kepada seluruh manusia, karena itu seorang rabbani harus memahami dan berlaku baik dalam berinteraksi dengannya dan bekerja untuk kebaikan dirinya dan umatnya.

إِنَّ اللهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak merubah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’d:11)

Dan cukuplah bagi kita firman Allah:

فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ إِنَّكَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ . وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَكَ وَلِقَوْمِكَ وَسَوْفَ تُسْأَلونَ

“Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan Sesungguhnya Al Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab”. (Az-Zukhruf:43-44)

فَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ إِنَّكَ عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ

“Sebab itu bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata”. (An-Naml:79)

Karena itu rabbaniyah adalah rahasia untuk tetap berada dalam dakwah ini sekalipun angin topan begitu keras menghantam (cobaan dan rintangan), bahkan ia merupakan rahasia untuk dapat merambah dunia yang dimulai melalui rabbaniyah ini, sekiranya musuh-musuh tahu akan hal tersebut maka mereka akan mengerahkan tenaga mereka yang telah hilang, harta yang telah binasa oleh karena satu alasan; rabbaniyah

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللهِ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan”. (Al-Nafal:36)

Bahwa dakwah ini sangat membutuhkan akan sosok yang rabbani, mengikuti langkah dan jalan yang telah di gariskan oleh Nabi Muhammad saw, dan sebagaimana yang telah dilakukan imam Al-Banna, dengan menyeru manusia untuk berjalan menuju Tuhan mereka, bersandar pada indahnya berkomunikasi dengan kekuatan spiritual, sehingga mampu menghadapi berbagai problematika, musibah dan krisis. Karena itu pondasi misi dakwah ini adalah rabbaniyah, mengingatkan manusia untuk menjalin komunikasi dan hubungan yang erat kepada Allah SWT.

Dan akhir dari seruan kami adalah bahwa segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam.

Allah Maha besar dan segala puji hanya milik Allah.