MANHAJ KITA DALAM MELAKUKAN ISLAH
(mengikut keperluan semasa berpandukan sejarah silam)
Terjemahan: abu amru1208
Terjemahan: abu amru1208
Ini adalah ringkasan muhadhoroh yg telah diucapkan oleh Fadhilatul Ustaz Mustafa al-Sibai'e (mantan MA) Ikhwan Muslimin sempena Sambutan Maulid ar-Rasul saw....
Di dalam ucapan tersebut terdapat penerangan terhadap dasar-dasar penting bagi Manhaj IM untuk usaha pengislahan dalaman dan luaran.
Sejarah yg kekal
Maulid ar-Rasul adalah suatu yg bersifat abadi di dalam sejarah kemanusiaan. Tiada yg mengetahui keabadiannya kecuali:
* Mereka yg mengusai ilmu tentang hal ehwal bangsa arab dan dunia sebelum zaman Risalah diturunkan dan
* Mereka yg menguasai dan tahu tentang perubahan bangsa arab selepas kedatangan Islam dan kekuasaannya.
Di dalam ucapan ini saya ingin menghubungkan antara sejarah itu dan situasi kita sekarang. Sejarah-sejarah umat terdahulu mengandungi pengajaran-pengajaran yg hidup untuk ditatapi oleh generasi selepas itu. Membaca sejarah bukan utk mengetahui apa yg telah berlaku semata-mata, bahkan utk mengambil pengalaman-pengalaman orang2 tua kita sebagai nasihat pengajaran utk anak2. Sejarah kita lebih aula diambil utk tujuan tersebut.
Realiti semasa Nabi dilahirkan...
Ketika Nabi lahir, ada 3 realiti yg sedang berlaku secara ringkas:
1. Kerosakan dalaman yg parah dari segi aqidah, hubungan sesama insan, akhlak, tiada apa2 nilai dan makna umat dan negara dan rosaknya individu dan kumpulan.
2. Dunia luar dari Jazirah Arabiah mengalami kemajuan.
3. Kekosongan jiwa bangsa arab dan adanya kesediaan mereka menerima kebaikan serta menanti2 seorang pemimpin yg agung.
Bagaimana Rasulullah saw merawati realiti itu
Rasulullah saw merawat (merubah keadaan) dgn menggunakan kecerdikan akal (berfikir secara matang) dan semangat yg tinggi (berjiwa besar), diperkokohkan oleh wahyu yg merupakan tarbiah dari langit berupa bantuan ilahi sesuai sebagai Rasul akhir zaman.
Berikut adalah asas-asas terpenting yg dilalui oleh Rasulullah saw utk merawat kerosakan parah yg sedang berlaku:
Pertama: Pengislahan Dalaman
1. Membetulkan Aqidah - membebaskannya dari khurafat berhala dan kebatilan jahiliah. Ia adalah batu asas utk membina semula kebangkitan mana2 umat. Batu-batu berhala yg mereka sembah telah menjadikan mereka bodoh dan jahil. Akal, hati dan jiwa mereka dikuasai oleh batu berhala. Mereka memahat dengan tangan2 mereka sendiri kemudian mereka menyembahnya pula, bahkan meminta rezeki, hujan, kehidupan dan kebahagiaan.
Batu berhala telah membunuh kemampuan akal utk berfikir secara waras. Mereka tenggelam dan lemas di dalam kesesatan. Tidak hairanlah bagaimana nabi saw amat serius dalam menangani isu keberhalaan ini sejak dari permulaan usaha dakwahnya.
2. Tarbiah individu menjadi sempurna - mentarbiah individu menjadi sempurna; meningkatkan rohnya menaiki tangga2 kesempurnaan, mentarbiah perangai dan akhlak, menyingkirkan kelemahan dan kerosakan jiwa kemudian diisi dengan kekuatan, mengambil berat tentang kesihatan, kebersihan dan kesucian jiwa. Wudu', mandi, solat, puasa dan ibadat haji, semuanya itu merupakan ibadat yg memberi kesan langsung bagi menguatkan roh dan akhlak manusia. Pengharaman riba adalah utk menjaga jasad daripada kerosakan..... dsb
3. Membentuk masyarakat yang adil - menyusun masyarakat di atas asas keadilan yang sempurna iaitu:
a. Membetulkan asas ekonomi utk keadilan sosial antara si kaya dan miskin. Harta adalah milik Allah dan si kaya adalah pemegang amanah. Pada harta itu ada hak si fakir dan miskin.
b. Memperbaiki hubungan di antara rakyat dan kerajaan. Kerajaan berperanan menjaga rakyat; menggesa buat baik dan melarang buat kerosakan. Ketua kerajaan adalah pekerja bagi rakyat ramai; berjaga malam dan berpenat kerana berkhidmat untuk mereka. Ketua adalah salah seorang individu daripada umat yg dibebani kewajipan dan tanggungjawab.
c. Memperbaiki hubungan antara individu dalam masyarakat keseluruhannya. Mereka hendaklah saling bantu membantu utk kebaikan, bergaul dgn ma'ruf, memiliki kebebasan utk bersuara dan memberi pandangan, bekerja sekehendaknya selama mana tidak membawa kepada kemudharatan kepadanya dan masyarakat. Kerajaan berkewajipan utk memandu mereka ke arah memastikan kesejahteraan sentiasa terpelihara selepas itu. Rasulullah saw mengumpamakan individu2 di dalam masyarakat seperti suatu kaum yg menumpang sebuah kapal dlm pelayaran; mereka berkongsi byk perkara dan perlu prihatin antara satu sama lain. Perlakuan segelintir orang yg akan memudhoratkan penumpang kapal perlu ditangani dgn bijaksana oleh semua yg ada di dalam kapal. Begitulah masyarakat, masing2 berperanan memastikan kesejahteraan berpanjangan....
Kedua: Mengambil faedah dari kesediaan umat setempat
Rasulullah saw tidak mengabaikan potensi-potensi baik yg terpendam di dalam individu masyarakat. Gerakan islah yg diinginkan oleh Islam mesti mengambil kira kesediaan umat supaya sesuai dgn kehendak Allah swt. Justeru syariat diperturunkan secara beransur-ansur untuk meraikan kemampuan individu-individu terbabit. Rasulullah saw tidak menggunakan kekuatan luar seperti Parsi dan Rom; ia lebih bersifat lokal dgn mengambil kira dua unsur penting iaitu pertolongan Allah dan kesediaan umat. Inilah jalan yg menjadikan berkat gerakan islah ini dikembalikan semula kepada umat itu sendiri; tidak menjadi habuan kpd kuasa2 besar yg sentiasa mengintai peluang campurtangan dalaman negara utk penjajahan.
Ketiga: Membebaskan tanah arab dari penjajahan
Setelah memperolehi kader-kader yg mampu membawa risalah islah ini, Rasulullah saw berusaha membebaskan Jazirah Arabiah dari belenggu-belenggu penjajahan. Baginda menghantar surat-surat resmi khusus kepada ketua2 negara berkenaan utk mengajak mereka kebaikan dan bernaung di bawah panji-panji kesatuan baru. Surat-surat tersebut diutus berulangkali sehingga sebahagian mereka yakin dgn risalah itu dan mereka menunjukkan reaksi yg positif utk tunduk.
Keempat: Berusaha melakukan pengislahan dunia
Tatkalamana berlaku pertambahan sokongan umat arab dalam kefahaman risalah islah dan reaksi penerimaan jelas terlihat berdasarkan indikator2 terwujud, Rasulullah saw mula menggerakkan usaha menyingkirkan ketua2 dan raja2 yg toghut. Dari sinilah bermulanya pensyariatan perang di dalam Islam.
Kelima: Mengambil faedah dari umat-umat lain
Elok dinyatakan di akhir perbahasan ini tentang strategi Rasulullah saw dalam melakukan islah kepada orang2 arab dan dunia amnya. Di sana terserlah roh tajdid bersifat semasa (sesuai dgn situasi) dalam strategi tersebut. Rasulullah saw bukan sekadar menyinggung dan membetulkan aqidah kaum, malah baginda mengekalkan saki baki kebaikan yg ada; yang diperangi hanya yg jelik2 sahaja. Mutiara2 kebaikan berupa ilmu2 milik umat2 lain diambil faedahnya. Contohnya menggali khandak (parit) dalam perang Ahzab..

No comments:
Post a Comment