Wednesday, November 21, 2012

Akhirnya Musuh Terpaksa Tunduk kepada Syarat Hamas untuk terima gencatan senjata.....

Hamas telah berjaya mengheret Israel -zionis- tunduk kepada syarat-syaratnya. Ini setelah letupan bas berlaku di hadapan Bangunan Kementerian Pertahanan Israel yang mengorbankan nyawa orang-orang Israel dan juga usaha berterusan Presiden Dr Morsi -presiden Mesir- yang amat prihatin dan berusaha bersungguh-sungguh mencari penyelesaian.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Akhukum, 
UsTACZ

Tuesday, November 20, 2012

Siri (1) Disiplin Tarbiah Pada Marhalah Terbuka

Tulisan: Sheikh Mohamed Hamed Elawa
Terjemahan: UsTACZ

Dengan kurnia Allah s.w.t. dakwah ini telah melangkah ke marhalah penting dalam sejarahnya, iaitu situasi kemudahan dan keterbukaan dalam amal dan harakah (dalaman dan luaran) tanpa halangan atau kekangan masa lampau. Di antara Disiplin Tarbiah dalam marhalah ini ialah:

1) Memastikan terlaksananya makna Rabbaniah, fokus kepada sudut imani dan ta'abbudi dalam tarbiah.
2) Mengambil berat tentang pembinaan dan tarbiah hingga lahirnya paksi tarbiah yang kuat dan berkesan di kalangan pendokong dakwah.
3) Meningkatkan kemampuan anggota jemaah membawa ruh tarbiah secara praktikal serta fokus kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam marhalah ini.
4) Bahawa perluasan medan pelaksanaan mewajibkan kita lebih prihatin terhadap pentarbiahan anggota secara lebih mendalam.
5) Memastikan berlaku keseimbangan di antara harakah dakwah dan takwin dalaman.
6) Perhatian serius mesti dilakukan agar berlaku proses penyempurnaan sifat tarbawiyyah anggota untuk merealisasikan qudwah secara praktikal.
7) Mengaktifkan wasilah-wasilah tarbiah dan menjaga agar ia berperanan disamping berusaha mengembangkan mekanisma dan kaedah pelaksanaannya.
8) Berusaha memantapkan lagi Manhaj Tarbiah supaya lebih berkesan dan membina; releven dengan situasi terkini yang dilalui jemaah.

Kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberi taufiq, bantuan dan tunjukajarnya kepada ikhwah dan akhawat sekalian disamping mengikat hati kita semua di atas taqwa, meneguhkan AgamaNya di bumi dan sesungguhnya DIA amat mendengar akan permohonan hamba-hambaNya....

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram...

السلام عليكم ورحمة لله وبركاته
SEMOGA DENGAN KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH MEMBERI NAFAS BARU KEPADA UMAT ISLAM SELURUHNYA.
TERLALU BANYAK PERISTIWA BERLAKU SECARA DRASTIK YANG MEMERLUKAN PENDIRIAN TEGAS UMMAH....

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Saudaramu dalam Islam,
UsTACZ
Pengerusi JK Tarbiah Ikram Pusat
1 Muharram 1434H