Monday, September 30, 2013

Sebahagian dari Pesanan Dr Arif dari penjara

Berikut adalah point-point taushiyah DR. Ahmad Arif; juru bicara Jama’ah Ikhwanul Muslimin dari dalam penjaranya.

Taushiyah ini disampaikannya kepada istrinya, agar sang istri menyampaikannya kepada semua orang yang tulus ikhlas untuk agama dan bangsanya:

1.       Hendaklah kita selalu memperbaiki hubungan dengan Allah SWT (husnush-shilah billah), sebab pertolongan Allah SWT tidak turun berdasarkan tingkat kebejatan para pengkhianat Negara, akan tetapi pertolongan Allah SWT akan turun sesuai dengan tingkat respon orang-orang shalih dalam mentaati Allah SWT, taat yang dilakukan dalam keadaan sendirian maupun saat berada di hadapan banyak orang, dan sunnatullah terhadap orang-orang beriman menunjukkan bahwa dosa orang beriman jauh lebih berbahaya dan lebih mematikan daripada kejahatan orang-orang zhalim dan para thaghut.

2.       Kita perlu menunjukkan tingkat iftiqar (rasa perlu) kita kepada Allah SWT, Dzat yang Maha kaya, dan jangan sekali-kali kita ‘ujub (takjub) dengan diri sendiri, sebab membanggakan diri atas tsabat (keteguhan dan ketegaran) yang kita miliki merupakan penyakit berbahaya yang bisa saja menghinggapi hati mereka-mereka yang menyuarakan kebenaran dan keadilan.

3.       Allah SWT itu Maha Lmbut dan mencintai kelembutan, oleh karena itu, bersikap lembutlah terhadap keluarga atau teman atau sahabat yang belum satu haluan dengan kita dan belum melihat kebenaran atas apa yang terjadi yang sebenarnya, karena maker yang ada memang dahsyat, tipu dayanya juga luar biasa, sehingga, bisa saja orang-orang yang baik-baik bisa terpeleset dan ikut-ikutan menyebar luaskan kebohongan besar atas apa yang terjadi, meskipun kebohongan itu begitu nyata.

Sumber:

http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=163653&SecID=211

Tuesday, September 24, 2013

HAKIKAT DAKWAH KITA

Tulisan: Sheikh Mohamed Hamid Eliwa
Terjemahan: UsTACZ

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد

Allah SWT telah berfirman:
    قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: “Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
(Surah Yusuf: 108)

Ikhwan Muslimin (IM) adalah satu pertubuhan Islamiyah yang lengkap (syumul) bekerja untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini demi merealisasikan matlamat  yang dibawa oleh Islam yang maha suci. IM beriman dengan Islam sebagai aqidah yang mengontrol mereka agar berjalan seiring sesuai dengan Islam itu sebagai syariah (undang-undang) dan manhaj (method) yang syumul merangkumi setiap sudut kehidupan.

Dalam situasi dakwah ini (sekarang) diuji dengan serangan yang amat dahsyat, konspirasi yang dilakukan oleh musuh terhadap dakwah dan pendokongnya, kita menegaskan di sini bahawa dakwah IM adalah dakwah Islamiyah yang tulen berjalan di atas petunjuk Nabi Muhammad SAW di sudut dakwah, islah (pemulihan) dan taghyir (perubahan).

Justeru dakwah ini adalah kesinambungan bagi jalan asolah (tulen) yang telah dijalani oleh golongan terdahulu yang termulia. Dakwah ini adalah suci dari ketamakan dan hawa nafsu. Dakwah ini tertegak untuk membangun bersama ummah mengembalikan semula keagungan Islam. Dakwah ini pasti akan mendapat kemenangan dengan izin Allah dan musuh-musuhnya tidak sekali-kali mampu menyekat dan menghalang perjalanan dan perkembangannya.  

Allah SWT telah berfirman:
وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
“Sedang rancangan jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya”.
(Surah Fathir:43)

FirmanNya lagi:
  إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
“Sesungguhnya kami tetap membela serta mempertahankan rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)”.
(Surah al-Mukmin:51)

Untuk itu, berikut adalah penerangan dan pencerahan berkenaan beberapa perkara berkaitan dakwah serta hakikatnya seperti yang telah dinyatakan oleh Ustaz Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah:

Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah “Ikhwan Di Bawah Panji Al-Quran”:
“Wahai IM: Bahkan wahai manusia seluruhnya, kami bukan parti politik sekalipun politik di atas dasar Islam adalah merupakan inti kepada fikrah kami. Kami bukan pertubuhan kebajikan pembaikan sekalipun kerja kebajikan dan pembaikan adalah merupakan tujuan kami yang utama. Kami bukan pertubuhan riadhah (sukan) sekalipun riadhah untuk kesihatan badan dan ruh adalah merupakan wasilah kami yang penting. Kami bukan semua bentuk yang disebutkan itu. Sesungguhnya semua itu mempunyai matlamat terhad dan mempunyai tempoh yang terhad. Boleh jadi ia tidak lebih dari sekadar pertubuhan yang hanya gah pada nama sahaja. Tetapi kami (wahai manusia) adalah: Fikrah dan Akidah, Nizam (sistem) dan manhaj (method), tidak terhad kepada tempat tertentu dan tidak terikat dengan bangsa tertentu, tidak terkepung oleh sempadan-sempadan geografi, tidak akan terhenti dengan sesuatu kejayaan terhad yang dicapai sehingga Allah SWT mewariskan bumi ini beserta pendokongnya kerana ia merupakan nizam Rabb  Al-Alamin dan manhaj Rasul Al-Amin”.

Di tempat yang lain Imam berkata pada akhir Risalah “Antara Semalam dan Hari Ini”:

“Wahai Ikhwan… Kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan pertubuhan yang ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang terbatas, tetapi kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam jantung hati ummah ini, justeru kamu mendapat panduan dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menerangi kegelapan kebendaan dengan makrifat Allah. Kamu juga adalah suara yang bergema tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah SAW”.

Kita boleh simpulkan kata-kata Imam Al-Banna dengan beberapa faedah dan hasilan berikut:

·       Bahawa dakwah IM adalah dakwah rabbaniyyah: Kerana asas yang berligar di atasnya tujuan kita ialah untuk membawa manusia dekat kepada Tuhan mereka, mengikat hati-hati mereka dengan Tuhan mereka, menumpukan sepenuh perhatian untuk agama dan dakwah mereka serta membersihkan matlamat dan usaha semata-mata kepada Allah Tuhan Semesta Alam.
·       Bahawa dakwah IM adalah dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan kepada Islam yang maha mulia ini dengan kesyumulan, kekamalan dan ketamamannya.
Allah SWT berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan 
Aku telah cukupkan nikmat Aku kepada kamu, dan Aku telah redho   akan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah Al-Maidah: 3)
·       Bahawa dakwah IM adalah dakwah alamiyyah: Kerana ia ditujukan kepada seluruh manusia dengan sebab manusia itu pada hukumnya adalah bersaudara; asal usul mereka satu.
Allah SWT berfirman:
   
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”
(Surah Saba’: 28).

Mereka (manusia) tidak diberi kemuliaan melainkan dengan taqwa.

FirmanNya:
   إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)”.
(Surah Al-Hujurat: 13)


·       Bahawa dakwah IM adalah dakwah yang syumul: Ia tidak terhad pada satu sudut dalam kehidupan ini. Maka kita tidak boleh menghadkan gerak kerja hanya pada sudut politik iaitu pertembungan kepartian, perlumbaan untuk memenangi pilihanraya sahaja sekalipun politik itu juga merupakan sebahagian dari gerak kerja kita. Kita juga tidak boleh hanya menumpukan gerak kerja dalam bidang kemasyarakatan, kecemasan serta bergaul mesra dengan anggota masyarakat sahaja, sekalipun semua gerak kerja kebajikan tersebut sebahagian dari tanggungjawab kita. Akan tetapi dakwah IM ini merupakan dakwah yang syumul, merangkumi semua sudut kehidupan ini. Kesyumulan dakwah ini terjelma dari kesyumulan agama yang maha suci ini.
·       Bahawa dakwah IM adalah dakwah tarbiyah dan takwin: Kerana tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan (kedua-duanya) itu merupakan tiang bagi dakwah ini dan keistimewaan yang membezakannya dengan dakwah lain. Sesungguhnya dakwah ini telah berupaya melalui manhaj tarbiyahnya mentakwin dan mentarbiyah soff yang mendokong dakwah dan bergerak dengannya. Ia merupakan hasil yang terpenting kerana individu merupakan tiang pembangunan ummah. Justeru Imam Al-Banna sentiasa berpesan kepada ikhwan: “Bentuklah diri kamu, nescaya ummah kamu akan terbentuk (menjadi baik)”. Tarbiyah ini wajib diikuti oleh semua anggota IM; besar, kecil, lama, baru, pimpinan dan pengikut. Tidak ada di sana dalam IM orang yang berada di luar dari lingkaran tarbiyah dan takwin.
·       Bahawa dakwah IM adalah dakwah yang ikhlas dan berprinsip: Dakwah ini mentarbiyah para pengikutnya untuk meletakkan keredhaan Allah dan ganjaranNya sebagai matlamat dalam semua gerak kerja dan kata-kata mereka, tanpa menoleh kepada habuan, pangkat, gelaran, maju atau mundur (dalam hidup). Justeru ikhlas dijadikan salah satu dari rukun baiah. Imam Al-Banna sentiasa berpesan kepada ikhwan dengan katanya: “Sesungguhnya bekerja secara senyap (diam dengan tidak menghebohkan kepada orang) di jalan ini lebih baik dari zahir”. Dakwah ini juga suci (tidak terkesan) dengan hawa nafsu dan ketamakan, di mana individu yang bersama dakwah ini menumpukan sepenuh perhatian kepada fikrah serta prinsip-prinsip dakwahnya tanpa menoleh kepada prinsip, fikrah serta peribadi tertentu kerana dakwah ini membawa sebaik-baik fikrah. 
   Allah SWT berfirman: 
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
  “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam yang Kami telah sebati dengannya ialah) celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam)! Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNya jualah kami beribdat.”
   (Surah Al-Baqarah: 138)

Semua keterangan di atas membuktikan bahawa dakwah IM adalah dakwah Islamiyyah yang suci. Ia bersifat rabbaniyyah pada titik bertolak dan pada matlamatnya. Ia bersifat muhammadiyyah pada petunjuknya. Ia bersifat islahiyyah syamilah pada manhajnya. Ia bersifat alamiyyah yang tidak terhad pada batas-batas tertentu atau dipisah-pisahkan oleh puak dan bangsa. Peranan dakwah ini yang paling utama ialah seperti yang telah ditegaskan oleh Imam Al-Banna di dalam Risalah bertajuk “Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia”: “Memimpin dunia dan menunjuk ajar manusia seluruhnya kepada sistem-sistem Islam, pengajarannya yang berguna di mana ia tidak mungkin dapat membahagiakan manusia dengan selainnya”. Ia adalah ruh baru yang mengalir dalam jantung hati ummah ini dan dihidupkannya dengan Al-Quran.


Inilah hakikat sebenar dakwah IM. Amat dangkal dan lemahlah jika ada orang yang menyangka bahawa dia mampu untuk menghentikan dan menghapuskan dakwah ini. Adalah rugi dan amat meleset sekali bagi orang yang tidak mengambil pengajaran dari sunnatullah (undang-undang ketentuan Allah) dalam dakwah ini. Barangsiapa yang berusaha untuk menyekat dakwah Allah serta berusaha menghalang dakwah ini sampai kepada manusia adalah seperti orang yang akhirnya berputus asa untuk menutup sinaran matahari dari manusia.

 Allah SWT berfirman:
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”
(Surah As-Soff: 8)
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين





Sunday, September 22, 2013

Min Aqwal Imam Al-Banna (Kata-kata Imam Al-Banna)

من أقوال حسن البنا – رحمه الله - :
يَقُوْلُ حَسَنٌ اَلْبَنَّا – رَحِمَهُ اللهُ - : «وَلَقَدْ كُنْتُ، وَمَا زِلْتُ أَقُوْلُ لِلْإِخْوَانِ فِيْ كُلِّ مُنَاسَبَةٍ : أَنَّكُمْ لَنْ تُغْلَبُوْا أَبَدًا مِنْ :
Hasan Al-Banna – rahimahullah – berkata:
“Semenjak dulu, dan sampai sekarang, saya selalu katakan kepada Ikhwan, dalam setiap momentum: Bahwa kalian selamanya tidak akan terkalahkan karena:
1-              قِلَّةِ عَدَدِكُمْ،
2-              وَلَا مِنْ ضَعْفِ وَسَائِلِكُمْ،
3-              وَلَا مِنْ كَثْرَةِ خُصُوْمِكُمْ،
4-              وَلَا مِنْ تَآلُبِ الْأَعْدَاءِ عَلَيْكُمْ، وَلَوْ تُجْمِعُ أَهْلُ الْأَرْضِ جَمِيْعًا، مَا اسْتَطَاعُوْا أَنْ يَنَالُوْا مِنْكُمْ إِلَّا مَا كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ.
1.      Sedikitnya jumlah kalian,
2.      Lemahnya sarana kalian,
3.      Banyaknya musuh kalian,
4.      Konspirasi para musuh kalian, dan seandainya seluruh penghuni bumi seluruhnya bersepakat, mereka tidak akan mampu menimpakan apa pun kepada kalian kecuali yang telah ditetapkan Allah SWT
وَلَكِنَّكُمْ تُغْلَبُوْنَ أَشْنَعَ الْغَلَبِ، وَتَفْقِدُوْنَ كُلَّ مَا يَتَّصِلُ بِالنَّصْرِ، بِسَبَبِ إِذَا:
Namun, kalian terkahalahkan dengan seburuk-buruk kekalahan, dan kalian kehilangan segala yang berhubungan dengan kemenangan, disebabkan jika:
1-              فَسَدَتْ قُلُوْبُكُمْ،
2-              وَلَمْ يُصْلِحِ اللهُ أَعْمَالَكُمْ،
3-              أَوْ إِذَا تَفَرَّقَتْ كَلِمَتُكُمْ، وَاخْتَلَفَتْ آرَاؤُكُمْ.
1.      Hati kalian telah rusak,
2.      Allah SWT tidak lagi memperbaiki amal kalian,
3.      Atau kalimat kalian telah terpecah belah, dan pandangan kalian telah saling berselisih
أَمَّا مَا دُمْتُمْ :
Adapun jika kalian selalu
1-  عَلَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ،
2-  مُتَّجَهٍ إِلَى اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى،
3-  آَخِذٍ فِيْ سَبِيْلِ طَاعَتِهِ،
4-  سَائِرٍ عَلَى نَهْجِ مَرْضَاتِهِ،
1.      Satu hati,
2.      Berorientasi kepada Allah SWT
3.      Berjalan pada jalan ketaatan kepada-Nya,
4.      Berjalan di atas manhaj meraih ridha-Nya
فَلَا تَهِنُوْا أَبَدًا، وَلَا تَحْزَنُوْا أَبَدًا، وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ شَاءَ اللهُ، {وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ} [محمد: 35]»
Maka, kalian tidaklah menjadi hina selamanya, tidaklah menjadi sedih selamnya, dan kalian selalu berada pada posisi tertinggi insyaAllah, dan Allah SWT akan selalu bersama kalian, “dan sama sekali Dia tidaklah akan mengurangi pahala kalian” (Muhammad: 35)
المصدر: كتاب منهج الإصلاح والتغيير، ص 35.
Sumber:
Kitab Manhaj Ishlah wat-taghyir, hal. 35.

Friday, September 6, 2013

Pandangan Tokoh Salafi Mesir Terhadap Jamaah Ikhwanul Muslimin

Pandangan Tokoh Salafi Mesir Terhadap Jamaah Ikhwanul Muslimin
Syaikh Ihab Syaihah, pemimpin Partai Ashalah Mesir yang juga berafiliasi pada komunitas Salafi selain Partai An Nur, menyampaikan pernyataan dan pandangannya tentang Ikhwanul Muslimin Mesir. Ia mengaku memiliki beberapa pandangan yang berbeda dengan Ikhwanul Muslimin, namun juga mengakui kelebihan Ikhwanul Muslimin.
“Aku tidak pernah melihat anak-anak dibina dengan doktrin bahwa menolong agama Allah adalah menjadi falsafah dan tujuan hidup mereka seperti anak-anak didik Ikhwanul Muslimin. Walaupun harus kuakui aku berbeda pendapat dalambeberapa hal dengan mereka. Kekagumanku pada Ikhwan ini sampai-sampai menggiringku dan istriku berniat untuk menggabungkan anak-anak kami agar dibina ditengah-tengah tarbiyah (pendidikan) pembinaan Ikhwanul Muslimin. Hal ini karena kami kaum Salafi merasa telah kehilangan manhaj tarbiyah (pedoman pendidikan) dalam pembinaan yang selama ini hanya kami batasi dalam kesalafian saja,” ujarnya.
Selain itu, ia juga kagum pada kepribadian DR Muhammad Al Baltaji, juru bicara Ikhwanul Muslimin yang keras dan tegas terhadap rezim junta militer Mesir.
“Sering kukatakan kepada saudaraku tercinta al akh DR Muhammad Al Baltaji dari Ikhwanul Muslimin bahwa jika seandainya jamah Ikhwan punya sepuluh orang saja seperti beliau pasti keadaan Ikhwan akan jauh lebih baik lagi tentunya dari sekarang. Itu menurutku. Pasti arus suara Ikhwan yang revolusionis akan melengkapi suara-suara yang bertahan dan pasif,” kata anggota Koalisi Nasional untuk Legitimasi ini.
Akhi Al Baltaji, engkau memang orang yang luar biasa!” pujinya kepada tokoh Ikhwan yang putrinya ditembak sniper rezim junta dan kini ia  sendiri berada di penjara rezim.
Syaikh DR Ihab Syihah juga menyatakan penyesalannya di masa lalu yang selalu mengkritik keras kepemimpinan presiden terpilih DR Muhammad Mursi.
“Dulu aku sering mengkritik keputusan-keputusan presiden Mursi dengan sangat pedas, mudah-mudahan Allah segera membebaskan beliau,, akan tetapi beliau selalu merangkul kami menerima kami, walaupun kata-kata kasar selalu terlontar terhadap beliau. Sekarang setelah segala pengkhianatan militer ini dan semakin jelasnya kenyataan bahwa kejadian ini semua telah diskenariokan jauh-jauh hari atas beliau (setelah pelengseran husni Mubarak), maka wajib hukumnya atasku untuk memohon maaf kepada presiden Mursi atas semua sikapku pada beliau,” katanya.
Ia juga memuji keteguhan Ikhwan dalam menghadapi rayuan rezim junta militer sekaligus kezhaliman mereka atas jamaah Ikhwan.
“Sejak dibentuknya Koalisi Nasional Untuk Mendukung Pemerintahan Konstitusional (pro Mursi), semua anggotanya – aku termasuk salah satunya- sempat merasa sangat khawatir bahwa Ikhwanul Muslimin akan memilih sikap menyetujui atau bersedia berunding dan menerima kesepakatan dengan kaum pengkudeta, walapun kesepakatan tersebut mungkin dibawah standar tuntutan-tuntutan kami. Kami pernah bersikeras untuk duduk bersama memastikan bahwa tidak berhak satu pihak pun dalam Koalisi Nasional untuk melakukan kesepakatan atau melakukan pertemuan dengan pihak manapun kecuali dengan kesepakatan anggota Koalisi ini. Namun setelah semua kejadian ini nampak dengan nyata bagi kami bahwa Ikhwanul Muslimin tidak bergeming dan menyalahi sejengkalpun kesepakatan yang sudah kami buat bersama, walaupun kami tahu bahwa merekalah yang paling merasakan kepedihan dan intimidasi setelah kudeta terjadi, dengan banyaknya para syuhada, orang-orang yang terluka dan yang tertangkap yang berasal dari kalangan mereka.”

Redaktur: Shabra Syatila