Tuesday, August 28, 2012

Damai Dunia yang dicari.....


Hari ini Rabu 11 Syawal 1433 bersamaan 29 Sept 2012.....

Teringat saya tentang cerita orang yang bercita-cita memiliki sebuah rumah kediaman di bandaraya kosmopolitan. Untuk menyewa mahal, untuk memiliki tak termampu. Tersepitlah dia antara dua keadaan, antara terus menyewa atau berusaha membeli sebuah rumah yang sesuai buat berteduh dari hujan dan panas; lebih dari itu untuk mencari erti sebenar sebuah ketenangan dalam hidup berkeluarga. Ada yang berjaya, tak kurang juga yang masih gagal mendapatkannya. Solusinya sukar, lebih-lebih lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa peritnya hidup tanpa tempat untuk berteduh. Terbayang saya bagaimana situasi saudara-saudara kita di bumi Palestin yang walaupun pernah memiliki rumah, akan tetapi rumah tersebut telah dirobohkan, dibunuh atau dihalau dari kediaman milik mereka. Betapa besarnya ujian yang mereka tempoh....oh Tuhan!! Bantulah saudara-saudaraku di sana.....

Kesimpulannya rumah adalah dhoruri (amat mustahak) dalam hidup, tanpanya cacat kehidupan. Kekok dan janggal kita untuk meneruskan kehidupan tanpa adanya sebuah rumah. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia adalah juga rukun kehidupan...

Khutbah Jumaat minggu pertama bulan Syawal 1433 di Masjid Taqwa Bt6


Assalamualaikum,

Di bawah adalah link youtube... Khutbah Jumaat yang telah saya sampaikan di Masjid Taqwa, Kuala Terengganu atau dikenali sebagai Masjid Bt6. Terletak berdekatan dgn Kedai lama saya TAJUL ARIF ENTERPRISE. Semasa kontrak saya ditamatkan oleh KUSZA pada 16 Sept 2004, di sinilah antara tempat saya mencari sesuap rezeki untuk cover gaji yang tiba-tiba hilang... Alhamdulillah...Allah Maha Kaya, DIA mengurniakan rezeki kepada siapa yang DIA kehendaki dan tiada siapa yang mampu menyekatnya.

Kepada siapa yang melalui jalan lama Bt6 dari Manir akan dapat melihat signboard kedai saya itu. Kedai telah ditutup, tapi label masih kerana orang ramai nak jadikan ia kenang-kenangan....hehe

Sahabat-sahabat dan saudara2 kita di sini amat memahami........dipersilakan mendengarnya utk manafaat bersama terutama kepada yang menyampaikannya....

http://www.youtube.com/watch?v=MFTsAWH8BUs

Saturday, August 18, 2012

Maaf Zahir dan Batin....



 

Zikir Itu Cahaya dan Membawa Berkat ..




عن أبي هريرة- رضي الله عنه، إنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ما اجتمع قوم فتفرقوا عن غير ذكر الله إلا كأنما تفرقوا عن جيفة حمار، وكان ذلك المجلس عليهم ترة" (أخرجه النسائي، في عمل اليوم والليلة ص 243 



 Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya dia telah berkata: Bersabda Rasulullah SAW 
“Tidak berkumpul suatu kaum lalu merreka berpisah selepas itu tanpa berzikir kepada Allah (mengingati Allah) melainkan perpisahan diibaratkan seperti berpisah daripada bangkai
.keldai. Dan adalah majlis tersebut menjadi terkurang ia atau berdosa


 Hadis ini mengembalikan kita kepada fikrah Islamiyah sebenar yang membezakannya dengan lain-lain konsep dan fikrah. Ia telah membuka ufuk terhadap objektif pertemuan insan secara tabi’enya harus di atas kebaikan yang diredhoi Allah SWT dari mula hingga ke saat berakhirnya majlis. Ia adalah makna yang tersirat di sebalik susunan hadis dalam ‘bermaksud ‘  الأمر ’ (suruhan), menjadi penasihat kepada semua para mukmin, seolah-olah katanya: ‘Jangan kalian bertemu kemudian kalian berpisah setelah itu, melainkan dalam keadaan berzikir kepada Allah Ta’ala’… Sayugia dimaklumi bahawa perubahan uslub daripada   الأمر  kepada الإخبار adalah untuk menunjukkan ia benar-benar merupakan suruhan lebih baligh (bertenaga) daripada penggunaan uslub dengan  صيغة الأمر secara langsung. Maka الإخبار  di sini lebih luas pengaruhnya dalam menyampaikan suruhan kepada objek, sama ada yang sedang berada di hadapan maupun yang tidak ada. Di sudut lain ia juga memberi kesan kepada jiwa kerana teguran atau nasihat itu dilakukan tanpa
kehadiran objek di hadapan. Ini adalah satu uslub tarbawi

Hadis ini tidak menentukan siapa. Ini bermakna setiap kumpulan yang bertemu seharusnya diikat dengan zikir kepada Allah SWT dalam pelbagai cara; seperti pujian bagi Allah atau bersyukur kepada Allah sebagaimana difahami daripada hadis-hadis berkaitan, ataupun lain-lain zikir. Ia juga bermaksud bertemu berlandaskan syarat yang dibenarkan oleh syara’ dan 
tidak sebaliknya.

Wednesday, August 15, 2012

Presiden Mesir Bertegas agar keluarganya tunaikan Umrah dengan perbelanjaan sendiri dan menaiki pesawat awam...!!!


/08/2012
أكدت مصادر بمؤسسة الرئاسة أن الرئيس محمد مرسي اصر على سفر زوجته وولديه للمملكة العربية السعودية لأداء العمرة على نفقته الشخصية وعلى متن طائرة مصر للطيران بالرغم من وجود العديد من الأماكن الشاغرة بالطائرة الرئاسية التي تقل الرئيس اليوم للمملكة لحضور القمة الإسلامية.

واضافت أن الرئيس طلب ترتيب لقاء بينه وبين باقي أفراد أسرته في الأراضي المقدسة بمعرفة الديوان اثناء قيام الرئيس بأداء مناسك العمرة.
المصدر / موقع نافذة مصر

Dr Mohamad Morsi di masjid berdekatan apartmentnya

Ini antara qudwah yang telah ditunjukkan oleh Presiden Mesir Dr Mohamad Morsi. Gambar ini diambil di dalam masjid berdekatan rumah (apartment) beliau selepas selesai solat subuh. Untuk makluman beliau mengambil sikap berpada dengan apa yang ada dan tidak berpindah ke Istana Presiden seperti amalan biasa oleh presiden-presiden terdahulu.

Bersikap wara' dan mesra dengan semua jiran amat disenangi oleh semua. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir seorang presiden atau ketua negara berakhlak mulia seperti ini. Gambar ini menghairankan musuh-musuh Islam kerana mereka amat faham bahawa Islam akan nampak kecantikannya dengan akhlak pemimpin dan penganutnya. Semoga المستقبل لهذا الدين (Masa Depan Adalah Bagi Agama Ini) menjadi kenyataan sebagaimana yang telah ditulis oleh Syahid Syed Qutb.....

Allahu Akbar Walillahil Hamd....