Wednesday, July 24, 2013

Kata-kata Hikmah Al-Marhum Sheikh Al-Tantawi....

Tazkirah pagi...

Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi;

لَا يَلْزَمُ أَنْ تَكُوْنَ وَسِيْما لِتَكُوْنَ جَمِيْل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال
99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

 !هؤلاء هم البشر
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

Akhukum,
UsTACZ

KDN isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia menyalahi undang-undang

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata pengikut-pengikut Syiah pernah memohon untuk mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuan pertubuhan itu kepada Menteri Dalam Negeri turut ditolak pada 31 Okt 2011, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, persatuan yang tidak diluluskan ini terus bergerak aktif sehingga memudaratkan ketenteraman awam dan mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya mengikuti fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah," katanya.

Tuesday, July 23, 2013

AMERIKA DALANG DI SEBALIK RAMPASAN KUASA TENTERA


Oleh : Dr Mahmood Ghazlan
Jurucakap Rasmi Ikhwanul Muslimin

Kata Beliau, Revolusi 25 Jan 2011 telah berlaku di luar jangkaan dan kehendak Amerika dimana ia menyaksikan penggulingan rejim yg tunduk dan taat kepada kuasa politik barat; melalui peranan Mubarak yang menjadi simpanan berharga yang strategik bagi Israel.

Oleh yang demikian pihak Amerika dilihat tidak mengiktiraf Revolusi yg berlaku ketika itu kecuali apabila mereka mendapati tiada lagi jalan keluar bagi Mubarak selain daripada berundur.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas berlakunya revolusi 25 Januari, Amerika telah melancarkan beberapa percubaan untuk menggagalkan revolusi dengan menyumbang sejumlah dana yang besar berjumlah 105 juta USD yang diberikan kepada organisasi-organisasi Mesir dan luar Negara untuk mencetuskan huru-hara.

Hal ini telah diperakui oleh ahli kongres Anne Peterson dalam mesyuarat kongres dan salah seorang menteri Mesir, Faizah Abu Naja melihat bahawa dana ini bertujuan untuk menggagalkan revolusi pada awal permulaannya yang telah terbongkar dan dinamakan sebagai ‘Kes Dana Asing’. Malangnya dalang disebalik kes ini telah berjaya dilarikan dari Mesir, sebelum dihakimi di Mahkamah Jenayah Mesir.

Sejurus selepas pemilihan Muhammd Mursi sebagai Presiden Mesir Madani yang sah, Amerika telah mula membuat percaturan agar Mursi tunduk kepada kehendak politik semasa Amerika menjaga kepentingan- kepentingannya di Mesir.

Amerika terus memastikan kebersamaan Mesir bersamanya sebagai sekutu dan menginginkan Mesir agar terus lemah dan bergantung kepada Amerika sebagai pembekal ubat- ubatan, makanan dan senjata.

Mereka juga turut mendesak I.M.F (Tabung Kewangan Antarabangsa) untuk tidak memberikan pinjaman kepada Mesir.
Amerika turut memastikan penerusan keadaan Mesir yang lemah agar tidak mengancam Israel bahkan menjadi pelindung kepada Israel daripada apa-apa perubahan corak politik tanah arab yang boleh menggugat Israel.

Di samping itu, Amerika turut berasa tidak senang akan kenaikan Islamis sebagai kuasa politik baru yang memegang tampuk pemerintahan yang dahulunya dikuasai oleh sekularis barat.

Masalah timbul apabila Amerika mendapati apa yang berlaku adalah sebaliknya. Segala percaturan Amerika terhadap Mesir tidak menjadi hasil daripada tentangan kuat dari tampuk kepimpinan baru yang dikepalai oleh Dr Muhammad Mursi.

Hal ini kerana, Mursi enggan untuk tunduk menjadi sekutu bagi Amerika dan bagi beliau Mesir adalah sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat serta bebas untuk menentukan hala tujunya sendiri. Ini jelas kelihatan melalui kenyataan-kenyataan beliau yang menyentuh tentang kemampuan Mesir untuk menghasilkan produk dan sumber makanan, ubat- ubatan dan kelengkapan senjatanya sendiri.

Selain daripada itu, beliau juga turut meminimakan segala jenis perhubungan dengan Israel dan dalam masa yang sama mengukuhkan hubungan Mesir dengan Palestin serta berusaha utk memenuhi keperluan semasa rakyat Palestin.

Bukan setakat itu sahaja, malah beliau telah berusaha untuk mewujudkan kerjasama dgn negara-negara lain diseluruh dunia. Sebagai contoh, Rusia dan China di timur, Afrika selatan, Brazil, dan dengan beberapa Negara Afrika yang lain agar hubungan luar Mesir tidak hanya terbatas dengan Amerika dan Israel seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Beliau juga turut berusaha untuk menghapuskan sistem sekular barat untuk digantikan dengan sistem Islam namun usahanya ini menjadi titik permulaan bagi tercetusnya kemarahan golongan liberalis dan sekularis. Golongan-golongan ini cuba untuk menggagalkan usaha murni beliau dengan pelbagai cara antaranya demonstrasi jalanan yang penuh dengan keganasan yang ditaja oleh dana dari luar, serta disertai oleh samseng-samseng dan penjenayah untuk menggugat ekonomi Negara Mesir.

Kemudian diadakan pula sekatan terhadap ekonomi Mesir dan juga sabotaj-sabotaj melalui krisis-krisis terhadap bekalan keperluan asasi rakyat seperti bahan bakar, elektrik dan banyak lagi yang dijadikan umpan supaya rakyat bangkit menentang pemerintahan Mursi.

Rentetan daripada krisis yang meruncing ini, Amerika Syarikat menunjukkan wajahnya yang sebenar apabila mereka menuntut Dr Mursi agar melantik Dr Muhd El Baradei sebagai Perdana Menteri supaya El Baradei dapat memandu hala tuju politik Mesir seiring dengan pelan yang digaris oleh Amerika namun ianya ditolak mentah-mentah oleh Muhammad Mursi. Hal ini berlaku tatkala Mursi mengajak pihak pembangkang untuk duduk semeja berbincang dan mengadakan pencerahan yang ditolak oleh pembangkang.

Kemudian terzahirnya suara-suara yang datangnya dari pihak pembangkang; yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong demokrasi dan Negara Madani, mengizinkan dan mengalu- alukan campur tangan tentera ke dalam arena politik Mesir untuk menjatuhkan Muhammad Mursi.

El Baradei dan Saad Ad Deen yang kedua-duanya mempunyai hubungan rapat yang telah terbongkar dengan pentadbiran Amerika telah berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan rakan-rakan mereka yang lain dari parti-parti pembangkang untuk berdiri bersama menyokong kudeta.

Lalu, setelah konspirasi telah berjaya disusun, mereka telah mengajak rakyat beramai-ramai untuk turun berdemonstrasi pada 30 Jun 2013 dengan mengeksploitasi rintihan rakyat yang tertekan dengan kos kehidupan semasa yang mencekik. Namun peristiwa ini didahului sebelumnya dengan peristiwa-peristiwa serangan ganas yang mereka lancarkan yang telah menyebabkan banyak pertumpahan darah di masjid-masjid dan terbakarnya Markaz Pusat Ikhwanul Muslimin di setiap negeri.

Dan ketika ini juga Presiden Muhammad Mursi menerima berkali-kali panggilan telefon dari Barrack Obama yang mendesak beliau dan memberi isyarat bahawa sekatan ekonomi ini akan berterusan.

Di samping itu, Negara teluk turut menjanjikan kepada Mursi untuk menghentikan dana yang diberikannya untuk mencetuskan huru-hara di Mesir sekiranya Muhammad Mursi menerima apa yang ditawarkan oleh Obama. Namun Mursi tidak memberi respon selain daripada menolak segala permintaan dan desakan serta memilih untuk memelihara prinsip demokrasi dan legitimasi perlembagaan.

Akhirnya tiada lagi jalan bagi pihak pembangkang melainkan memberi lampu hijau kepada pihak tentera utk melaksanakan rampasan kuasa atau apa yg diistilahkan sebagai "الإنقلاب"; menggulingkan serta menculik Presiden Pertama Mesir yang dipilih melalui sistem pilihanraya yang bebas dan bersih secara demokrasi, serta memansuhkan Perlembagaan dan Dewan Syura.

Walaupun apa yang berlaku di Mesir ini sangat jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hak asasi manusia serta hak rakyat mesir untuk menentukan hala tuju negaranya sendiri, namun Amerika Syarikat masih lagi mampu menimbulkan persoalan; Apakah yang berlaku di Mesir itu benar-benar rampasan kuasa atau sebaliknya.

Kemudian pihak tentera pula telah membuat kenyataan melalui ketuanya bahawa tentera akan membuat campur tangan dengan meletakkan pelan tindakan bagi hala tuju Mesir dan akan menyelia perlaksanaannya. Ini bermaksud bahawa tentera akan memansuhkan legitimasi perlembagaan sedia ada, berlawanan dengan kehendak rakyat yang telah pun memilih presiden dan ahli dewan syura mereka serta perlembagaan yang telah dipersetujui bersama. Di sini jelas konspirasi yang telah didalangi oleh dua pihak ini, Tentera dan Amerika Syarikat.

Sesungguhnya inilah topeng kemunafiqan Amerika Syarikat dan pembelotan serta campur tangan secara keganasan terhadap hal ehwal dalaman Negara Mesir .

Oleh itu sebenarnya rampasan kuasa ini dilakukan oleh Amerika Syarikat kerana tanpa persetujuannya nescaya puak-puak kudeta tidak berani untuk melaksanakannya.

Dengan ini Amerika Syarikat sekali lagi telah mengulangi jenayahnya bukan sahaja terhadap Negara kami Mesir malahan terhadap negara-negara lain dan selamanya tidak akan mereka perolehi melainkan murka, kebencian, dan laknat dari kami rakyat Mesir, dari seluruh negara-negara Islam arab, negara-negara dunia ketiga dan individu-individu yang merdeka di seluruh dunia.

Dan selamanya rakyat Mesir tidak akan mengaku kalah apatah lagi menyerah diri kepada si kudeta pembelot, dan akan senantiasa menentang dan yakin akan menghapuskan kudeta demi mengembalikan kebebasan, kemuliaan dan maruah rakyat.

Pada ketika itu, seluruh rakyat akan menghukum setiap pihak dan individu yang bersekongkol dengan kudeta ini. Kerana tiada maaf bagi pembelot-pembelot dan tiada tolak ansur bagi mereka yg mencabuli kehormatan dan hak rakyat.

Dan kami yakin bahawa Allah lah pemberi kemenangan bagi rakyat yang beriman ini, dan kami yakin dengan kewujudan cerdik pandai di Amerika Syarikat yang akan memandu kembali politik semasa Amerika ke jalan yg betul.

Sumber : IkhwanOnline
#mesirkini

Monday, July 22, 2013

Ikhwan Muslimin: Duduk Bantah Hingga Presiden Morsi Dikembalikan Ke Jawatan Asalnya!


Gehad El Haddad, spokesperson of the Muslim Brotherhood (Photo by Aaron T. Rose/DNE)


Ikhwan Muslimin menegaskan bahawa tindakan duduk bantah di Medan Rabiatul Adawiah (Rabaa) dan di seluruh negara Mesir akan diteruskan sehingga Mesir kembali kepada sebuah negara berperlembagaan yang sah di mana ini termasuklah mengembalikan semula jawatan Presiden Morsi, Perlembagaan Negara dan Majlis Syura.
Demikian pendirian Ikhwan yang disampaikan oleh jurucakapnya, Gehad El-Hadad dalam temuramah dengan Daily News Egypt yang disiarkan pada Ahad, 21 Julai 2013.

Versi asal, dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di sini:

http://www.dailynewsegypt.com/2013/07/19/interview-gehad-el-haddad-this-is-a-police-state-back-in-full-brute-force/

Penulis berpandangan temuramah ini harus diteliti dan difahami oleh semua pihak kerana ia megandungi perkembengan-perkembangan terkini di Mesir serta pendirian-pendirian  rasmi Ikhwan Muslimin dalam banyak perkara pada masa yang sangat kritikal ini.

Oleh itu penulis telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan temuramah tersebut agar ia dapat dibaca dan diteliti oleh lebih ramai pembaca.

Sila ikuti keseluruhan temuramah tersebut:
Temuramah: Gehad El-Haddad: “Ini adalah negara polis, kembali dengan kuasa yang ganas dan kejam”

Gehad El Haddad, jurucakap Ikhwan Muslimin (Foto oleh Aaron T. Rose/DNE)
Sebagai permulaan, bolehkah anda mula dengan menjelaskan laporan yang mendakwa bahawa Ikhwan Muslimin bersedia untuk berunding dengan pihak tentera dengan Kesatuan Eropah (EU) bertindak sebagai orang tengah?
Saya rasa Reuters telah membesar-besarkan perkara ini. Fakta yang sebenar adalah bahawa EU memohon mengadakan pertemuan dengan Ikhwan. Mereka mahu memahami pendirian kami dan apakah yang akan membawa kami ke meja perundingan dengan pihak tentera.

Jawapan kami adalah, secara rasmi dan tidak rasmi; kita memberitahu [Catherine] Ashton (Ketua Dasar Luar EU: penterjemah) bahawa tiga perkara berikut perlu dipenuhi:

Pertama, menolak rampasan kuasa tentera dan mengembalikan kepada keadaan sebelumnya, mengembalikan semula negara Mesir kepada negara berperlembagaan yang sah, termasuk mengembalikan semula jawatan Presiden Morsi, Perlembagaan Negara dan Majlis Syura.

Kedua, mengutuk rampasan kuasa tentera. Menyatakan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa tentera dan mengutuk negara-negara yang mengiktiraf rampasan kuasa tentera tersebut.

Ketiga, mengutuk pencabulan hak asasi manusia, pencabulan dan jenayah yang dilakukan oleh rejim rampasan kuasa.

Ini adalah permintaan kami. Jika anda ingin meletakkan semua ini dalam konteks apa yang mereka maksudkan dari segi perbincangan dan rundingan, ini adalah seperti pra-syarat sebelum bermulanya apa sahaja. Selepas itu, segala-galanya adalah di atas meja perunding perdamaian nasional. Ini termasuk pindaan perlembagaan, pilihan raya parlimen, pilihan raya presiden; keseluruhan hala tuju (road map) yang dinyatakan oleh Presiden dua hari sebelum rampasan kuasa dan hala tuju yang yang sama itulah yang disebut oleh Menteri Pertahanan sekarang, [Abdul Fatah] Al-Sisi. Itu semua adalah perkara yang sama dari satu segi, perbezaannya adalah satu berasaskan kesahihan perlembagaan manakala satu lagi berasaskan kereta kebal tentera.
Anda mengatakan ada pra-syarat untuk rundingan, tetapi pada masa Mohamed Morsi menjadi Presiden, beliau tidak menerima pra-syarat untuk datang ke meja rundingan untuk perdamaian nasional.
Jadi, sekarang kita membandingkan seorang Presiden dipilih dengan kereta kebal tentera?
Tidak, tetapi ia mungkin sukar untuk membawa orang ke meja dengan adanya pra-syarat.

Sudah tentu, kita tidak berminat untuk membawa tentera kepada mana-mana meja perundingan. Malah, apabila saya berkata dialog kebangsaan dan perdamaian, ia tidak melibatkan pihak tentera. Tentera bukan golongan yang harus terlibat dengan politik dan mereka perlu memahami perkara ini. Peranan tentera adalah di berek-berek dan mereka perlu ditolak kembali ke berek dan tidak dibenarkan pada bila-bila masa untuk mempunyai apa-apa peranan dalam dunia politik di Mesir. Kami telah mengalami penderitaan sebanyak  dua kali dengan membenarkan tentera untuk mengambil peranan politik di Mesir. Sebelum ini adalah pada tahun 1954 apabila kami, dengan penuh kenaifan dan kejahilan, telah memberi kepercayan kepada pihak tentera untuk melaksanakan pilihan raya secara demokratik. Malangnya mereka tidak pernah laksanakan. mereka perlu ditolak kembali ke berek. Ahli-ahli politik dan rakyat Mesir perlu mengembalikan negara Mesir ke tangan mereka, dan mereka telah lakukannya selepas revolusi 25 Januari. Kami laksanakan pilihanraya Presiden, pilihan raya Parlimen, dua pindaan perlembagaan dan satu referendum perlembagaan. Tetapi selepas itu semuanya dimusnahkan oleh tentera. Adakah terdapat apa-apa jaminan mereka tidak akan lakukan sekali lagi?
Kita telah membincangkan apa yang tidak boleh dirunding dan apa yang boleh dirunding?
Segala-galanya. Apabila kita wujudkan kesinambungan perlembagaan, segala-galanya boleh dirunding. Mengikut logik, Ikhwan Muslimin sekarang berada di paras yang rendah dari segi populariti di kalangan pengundi. Mengapa tidak diadakan pilihan raya parlimen? Akan wujud nanti wakil rakyat yang sah; mereka akan dapat mengesahkan pindaan perlembagaan dan seterusnya boleh melakukan referendum, meminta agar Presiden meletak jawatan, mengadakan pilihan raya presiden yang lebih awal atau mengadakan referendum bagi menentukan samada presiden harus terus memegang jawatan tersebut. Mereka akan menjadi wakil rakyat yang sah. Bukan seperti sekarang di mana tentera memilih pihak yang membantah kerana ia lebih menarik kepada mereka daripada pihak yang lain dan tentera membuat keputusan untuk memihak kepada golongan tersebut, kerana tentera tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, sekurang-kurangnya, ia tidak patut melakukannya.
Satu laporan dari Guardian minggu lalu menyebut bahawa ahli Ikhwan Muslimin Mohamed Ali Bishr, mendakwa bahawa dia telah bertemu dengan tentera untuk mengadakan rundingan. Adakah sesiapa dari Ikhwan atau National Coalition for Legitimacy mempunyai sebarang hubungan dengan tentera atau kerajaan interim?

Dengan tentera? Ya.

Mohamed Ali Bishr memang ada melakukan pertemuan, tetapi ia bukan rundingan. Kami tidak pernah menutup pintu kepada komunikasi kerana ia membolehkan pihak lain untuk memahami pendirian pihak yang lagi satu, dan itulah apa yang berlaku. Mereka bertanya kepada kami apakah pendirian kami dan kami berkata, "anda fikir anda menjemput kami untuk apa-apa jenis dialog dengan menghantar peluru hidup, membunuh penunjuk perasaan kami, menutup pejabat kita, merampas harta, menutup saluran television, menutup akhbar dan memenjarakan pemimpin-pemimpin kami sewenang-wenangnya? 'Adakah itu bentuk mesej  bagi menjemput sesiapa ke meja perundingan? Sudah tentu tidak.

Kami memaklumkan keengganan kami, serta menyatakan bahawa ini adalah rampasan kuasa tentera; kami tidak akan mengesahkannya dan hakikatnya ialah bahawa setiap keputusan yang mereka buat adalah tidak sah. Ia dapat disanggah pada bila-bila masa dan saya membayangkan bahawa gerakan anti-rampasan kuasa ini akan mengambil masa kira-kira setahun, selepas itu, selepas ia menang, dan ia akan menang, dan itu adalah kehendak rakyat. Tidak ada cara lain selain daripada itu. Pada abad ke-21, satu rampasan kuasa tentera tidak akan dapat menguasai negara. Apabila tentera merampas kuasa, setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan rampasan kuasa tentera, (Presiden mereka yang dilantik, Perdana Menteri mereka yang dilantik, apa-apa perjanjian Tabung Kewangan Antarabangsa atau pinjaman, atau keputusan pelantikan atau perubahan undang-undang) semua itu akan terpadam dalam sekelip mata kerana semuanya itu dilakukan tanpa asas yang sah.
Terdapat banyak kekeliruan berkaitan dengan siapa yang telah dipenjarakan dan untuk berapa lama. Siapakah pimpinan utama Ikhwan Muslimin yang kini berada di dalam penjara?

Bilangannya semakin bertambah, terdapat dua kumpulan. Yang pertama adalah pasukan presiden; terdapat sepuluh orang yang ditahan dengan Presiden. Untuk rekod, Pakinam Sharkawy tidak pernah menjadi salah seorang daripada mereka, dia dibenarkan untuk beredar lebih awal, sejurus selepas ucapan rampasan kuasa oleh Al-Sisi. Selepas itu mereka berada dalam tahanan, tidak dibenarkan berkomunikasi, tiada komunikasi atau interaksi dalam bentuk apa sekalipun.

Terdapat juga ahli-ahli Ikhwan Muslimin yang ditangkap, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan ahli-ahli kumpulan yang lain, bukan hanya kami. Pada asasnya, mana-mana kumpulan yang berdiri di hadapan rampasan kuasa tentera. Mereka bermula dengan menangkap Mahdi Akef, mantan Murshidul Am Ikhwan, berusia 88 tahun, Khairat El-Shater Naib Murshidul Am, Dr [Rashad] Bayoumi seorang lagi Naib, Dr (Saad) Al-Katatni, mantan speaker parlimen yang juga Presiden FJP, Abdel Moneim Maqsoud, seorang peguam FJP yang pergi untuk menyiasat mengapa Al-Katatni berada di penjara, dan mereka berkata, “baik, kami akan tangkap anda juga”. Ini adalah negara polis, kembali dengan penuh kekuasan yang keras dan ganas.
Anda berkata tidak ada komunikasi sama sekali. Salah seorang daripada mereka yang ditahan dengan pasukan presiden adalah bapa anda Essam El-Haddad. Adakah anda mempunyai apa-apa komunikasi dengan dia?

Tiada interaksi, tiada komunikasi. Salah seorang daripada ahli pasukan Presiden telah menelefon salah seorang ahli keluarga beliau dan berkata, "Kami ok". Itu sahaja. Pihak tentera hanya memaklumkan satu perkara sahaja, iaitu mereka ditahan di satu tempat yang dirahsiakan.
Apakah yang anda tahu tentang Mohamed Morsi, ada apa-apa maklumat mengenai lokasi atau keadaan beliau?

Tidak ada sama sekali. Sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Beliau adalah Presiden yang diculik dengan pasukannya, secara literalnya. Setakat yang kita faham, pasukannya ada bersamanya, kita tidak mempunyai bukti sebaliknya tetapi kita menjangkakan mereka berada bersama-sama.
Ikhwan telah menolak untuk bertemu dengan Timbalan Setiausaha (Amerika Syarikat) William Burns, tetapi bertemu dengan Catherine Ashton dari EU, mengapa terjadi begini?

Kami tidak menolak; ada permintaan untuk bermesyuarat. Kami berkata mari kita bermesyuarat, ia hanya tidak pernah berlaku kerana masalah logistik bagi menganjurkannya. Kami tidak pernah menutup pintu untuk mengadakan dialog dengan sesiapa sahaja. Akhirnya, kami mahu  menjelaskan pendirian kami supaya orang memahami apakah pendirian kami, apa yang sedang kami lakukan dan apa yang kami ingin lakukan. Ini adalah apa yang Ikhwan Muslimin lakukan dan apa yang National Coalition for Legitimacy dan Gerakan Anti-Rampasan Kuasa lakukan. Kami telah lakukan ini dengan Ashton dan kami bersedia untuk melakukannya dengan sesiapa sahaja. Akhirnya, seluruh dunia perlu memahami ia adalah satu rampasan kuasa tentera, dan tidak kelihatan bodoh dengan cuba untuk tidak menggunakan perkataan 'rampasan kuasa tentera'. Semua tindakan ini hanya akan meningkatkan ketidakpercayaan kepada sikap kepura-puraan dan hipokrasi Barat: cuba untuk menganjurkan demokrasi selama beberapa dekad dan dalam ujian pertama ini mereka telah gagal.
Adakah anda merasakan bahawa Amerika Syarikat telah berpihak dengan tentera dan kerajaan interim dengan apa-apa cara?

Ia adalah salah satu daripada dua perkara berikut: sama ada Amerika Syarikat bersubahat dalam konspirasi rampasan kuasa tentera, atau Amerika Syarikat benar-benar mengalu-alukannya. Tidak ada yang yang lain, tidak ada pilihan ketiga di sini dan ini adalah kerana kedudukan kepimpinan yang Amerika Syarikat telah letakkan dirinya, itulah juga kenapa dunia kini berada dalam keadaan yang bercelaru pada masa ini. Negara utama yang telah menganjurkan demokrasi di seluruh dunia adalah yang negara paling hipokrit kerana menyebelahi kepentingan sendiri, atau dilihat sebagai kepentingan sendiri dan bukannya berasaskannnya prinsip.

Maka tidak hairanlah jika Amerika Syarikat adalah negara yang paling dibenci di kedua-dua pihak itu sekarang, kerana mereka cuba untuk berjalan di atas garisan yang tidak wujud. Anda perlu memilih salah satu, adakah anda bersama dengan prinsip demokrasi atau adakah anda berdiri dengan apa yang dilihat sebagai kepentingan sendiri. Adalah satu kenaifan jika anda berfikir bahawa kepentingan anda adalah bersama tentera, sedangkan untuk pertama kalinya kami mempunyai peluang untuk membina sebuah negara demokrasi yang baru muncul di Mesir yang boleh berjaya dalam sekelip mata. Ia adalah satu proses yang sangat panjang dan memerlukan banyak penyertaan dan sokongan, dalam dan luar Mesir, tetapi anda telah membenarkan negara-negara jiran untuk menjejaskan kestabilan pentadbiran Morsi.
Antara negara-negara jiran yang anda rujuk?

Negara-negara Teluk, mereka yang mengiktiraf rampasan kuasa, negara-negara yang sabotaj bantuan kepada Mesir lebih daripada sekali. Negara-negara yang kini, apabila rampasan kuasa berlaku, bergegas untuk mengiktirafnya; tiba-tiba Mesir menjadi rakan mereka yang terbaik dan mereka lambakkan banyak wang, $12billion, ke dalamnya. Demokrasi akan mengubah rantau ini jika ia dibenarkan berlaku kerana rakyat bercita-cita untuk mempunyai kebebasan untuk memilih pemimpin mereka sendiri, tetapi jika anda menutup jalan untuk pemindahan kuasa secara aman melalui cara demokratik, anda telah mengurangkan keupayaan orang-orang bijaksana untuk menundukkan hujah yang menggalakkan keganasan. Sekarang hujah kami terima daripada mereka adalah  “kami dah katakan. Demokrasi adalah untuk semua orang kecuali kepada parti Islam '.
Ramai yang mengatakan bahawa semasa pemerintahan Morsi, beliau melaksanakan amalan yang tidak demokratik: sebagai contoh, pengisytiharan perlembagaan November 2012, pelantikan Talaat Abdallah sebagai pendakwa umum dan cara perlaksanaan referendum perlembagaan secara tergesa-gesa.
Cara anda bertanya soalan telah memberi indikasi di mana letaknya masalah tersebut. Anda berkata bahawa perlembagaan telah dilaksanakan secara tergesa-gesa. Itu tidak benar, ia mengambil masa enam bulan, kini kerajaan interim mengumumkan perlembagaan dalam tempoh empat bulan. Ia mengambil masa enam bulan, bukan kerana Morsi memilih itu tetapi sebenarnya kerana Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) telah meminda perlembagaan pada tahun 2011 dan mengunci pelan tindakan dan menuntut masa selama enam bulan untuk menulis perlembagaan. Kebanyakan pilihan tindakan yang kita ada semuanya tersekat oleh proses interim, yang ditentukan oleh SCAF pada masa itu. Malah kemusnahan Parlimen adalah juga melalui cara yang sama.

Mari kita tetapkan dua peraturan di sini. Pertama, tiada siapa yang mempunyai hak, walaupun Jabatan Negara (Amerika Syarikat), untuk mengatakan bahawa pemerintahan Morsi adalah tidak demokratik. Ia bukan hak anda untuk berkata demikian. Satu-satunya orang yang boleh berkata demikian adalah rakyat Mesir. Kedua, rakyat Mesir tidak bercakap melalui rancangan “talk show” di television atau melalui akaun Twitter atau pemimpin yang tidak dilantik yang tidak boleh bercakap mewakili rakyat Mesir. Rakyat Mesir bercakap melalui dua cara: sama ada secara langsung melalui peti undi atau melalui badan-badan perwakilan mereka.

Terdapat dua badan-badan perwakilan di Mesir: Presiden dan Majlis Syura. Bagi yang lain, ia adalah pendapat dan tidak dikira kecuali apabila ia diletakkan ke dalam konteks proses demokrasi. Dalam konteks itu, apa yang kami beritahu kepada semua orang adalah 'mari kita adakan pilihan raya parlimen”. Sekurang-kurangnya, maka anda akan mempunyai Ahli Parlimen yang mempunyai legitimasi untuk bercakap bagi pihak rakyat, dan mereka akan mempunyai suara untuk bercakap tentang sama ada presiden ini adalah demokratik, jika dia telah melakukan yang terbaik. Mereka akan menyuarakan pendapat mereka sama ada kita perlu mengadakan ada pilihan raya presiden lebih awal atau referendum bagi menentukan presiden harus terus menjawat jawatan tersebut, namun ia perlu melalui proses demokrasi. Bukannya berakhir dengan calon presiden yang gagal yang sentiasa menjauhkan diri dari setiap pilihan raya dan kemudiannya pergi merengek kepada tentera, dan kemudiannya diletakkan sebagai kepimpinan negara secara paksaan kerana tentera fikir dia cukup comel untuk jawatan tersebut.
Siapa yang anda maksudkan?

Dr [Mohamed] ElBaradei
Akhbar Daily News Egypt baru-baru menemubual jurucakap tentera. Dia menuduh Ikhwan menggunakan senjata dan menyifatkan taktik Ikhwan sebagai "peperangan propaganda". Adakah anda mempunyai respon terhadap kenyataan tersebut?

Saya fikir mereka pada dasarnya menerangkan taktik mereka sendiri, kerana bukti-buktinya jelas. Tentera masih mempunyai kenaifan untuk berfikir bahawa kita masih berada pada tahun 1954 dan 1956 kerana mereka merencanakan perkara yang sama sebelum ini. Tetapi ini adalah era digital, ini adalah era di mana semua orang dengan iPhone atau kamera boleh merakam apa yang sedang berlaku. Beberapa jam selepas persidangan akhbar mereka berates-ratus video muncul di YouTube menunjukkan pembunuhan beramai-ramai dari setiap sudut dan ia benar-benar menyokong kisah di pihak kami, dan tentera terus malu untuk mendedahkannya lagi. Mereka perlu mengakui hakikat bahawa mereka menggunakan peluru hidup tanpa amaran, membunuh penunjuk perasaan pada waktu subuh semasa mereka solat. Maksud saya, apakah kebodohan yang mempengaruhi mereka, apa kezaliman yang menguasai sehingga mereka membunuh rakyat mereka sendiri dengan peluru mereka sendiri, gaji mereka dibayar oleh oleh pembayar-pembayar cukai Mesir?

86 meninggal dunia pada satu pagi atas arahan tentera. Kita tidak boleh membenarkan ini berterusan, dan tidak kira apa sahaja yang mereka katakan ia adalah sebuah negara polis, kembali dengan kuasa yang zalim. Mereka sendiri yang membunuh rakyat Mesir secara beramai-ramai, mereka merekacipta bukti dan keterangan dan mereka memotong dan mengedit rakaman video dari adegan yang berbeza dan cuba untuk mempersembahkannya sebagai bukti. Pasukan polis mereka-reka cerita-cerita yang diperlukan, badan kehakiman bersubahat menerima keterangan dan media menjual kepada orang ramai dan anda mempunyai kes.
Perkara yang sama juga telah berlaku dari pihak anda juga; terdapat gambar dua orang kanak-kanak Syria yang didakwa terbunuh di luar ibu pejabat Pengawal Republikan.

Salah satu laman web yang berkaitan dengan Ikhwan Muslimin adalah sebuah laman web tidak rasmi. Akhirnya, terdapat beberapa wartawan yang berbeza yang menulis artikel tersebut dan menggunakan gambar-gambar mereka sendiri, sudah tentu mereka akan membuat kesilapan. Kami mempunyai maklumat tentang apa yang berlaku di tiga buah hospital, dan pusat perubatan Rabaa, dan kami mempunyai laporan yang soheh oleh mereka yang  menyaksikan kejadian serta rakaman video tentang apa yang berlaku di sana. Ia adalah satu bantahan secara aman yang dilakukan oleh lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kematian kini direkodkan dan semua orang mempunyai salinan-salinannya.

Jumlahnya 51 orang dan selebihnya masih dalam proses pengesahan. Human Rights Watch dan Amnesty International menerbitkan laporan mereka berdasarkan laporan saksi. Malangnya kebanyakan orang-orang yang meninggal dunia daripada 86 orang, tidak mati kerana tembakan peluru terus ke kepala tetapi akibat daripada ditinggalkan berjam-jam dalam keadaan cedera di tempat kejadian.

Mereka tidak boleh dibawa ke hospital kerana tentera terus menembak. Ia adalah pertumpahan darah yang berlangsung selama berjam-jam, bahkan orang-orang yang melarikan diri dari tempat kejadian dikejar, ditangkap malah ada yang ditembak dalam keadaan mereka telah cedera. Kita telah melihat rakaman video yang seolah-olah telah berlaku beberapa jam selepas itu di mana pihak polis sebenarnya menembak mereka yang telah cedera. Ia sebenarnya adalah pertumpahan darah dan pembunuhan beramai-ramai. Dan siapa boleh percaya bahawa pihak rejim rampasan kuasa tentera boleh melakukan sebarang jenis penyiasatan bebas?

Penyelaras bantahan aman itu, sebaik sahaja mereka tiba di lokasi Pengawal Republikan malam sebelumnya, menghubungi pejabat utama kelab Pengawal Republikan dan mewujudkan saluran komunikasi supaya jika apa-apa yang tidak kena ada saluran komunikasi. 'Apa yang berlaku? Apa yang berlaku di sini? Adakah anda ingin kami bergerak beberapa blok? 'Terdapat penyelarasan, ia merupakan satu bantahan secara aman, dan tidak ada alasan yang sah atau keperluan untuk menembak secara terbuka terhadap peserta bantahan aman. Siapakah yang mengeluarkan arahan tersebut itu?
Sejauh mana pentingnya untuk anda terus berada di Rabaa dan apa yang anda fikir tentang reaksi penduduk tempatan, ada yang mengatakan bahawa mereka telah mula bosan dengan tindakan duduk bantah ini?
Saya boleh memahami rungutan mereka terhadap perserta-peserta bantahan aman ini. Terdapat beratus-ratus ribu orang berkumpul berhampiran dengan tempat tinggal mereka dan ini memberi kesan kepada kehidupan mereka. Ada yang memahami keperluan dan kesahihan tindakan ini dan bersedia untuk bersabar dengan kami namun ada yang tidak. Namun pada masa ini, kita tidak punya pilihan.

Secara literalnya ini adalah Tahrir 2.0. Satu-satunya sebab mengapa ia tidak berlaku di Tahrir adalah kerana ia kini dipenuhi dengan molotov koktil dan samseng, itulah sebabnya kami memutuskan untuk tidak melakukan sebarang konfrontasi kerana pada akhirnya, apa yang kami sedang lakukan adalah untuk memastikan bahawa bantahan ini adalah bantahan aman dan non-violent. Perjuangan kita adalah adil dan tiada siapa yang mempunyai apa-apa tuntutan yang lain selain daripada itu. Kami berdiri bagi menentang satu rampasan kuasa tentera yang mengambil alih negara kita secara kekerasan.

Kami bekerjasama dengan ramai rakyat Rabaa. Terdapat satu jawatankuasa penyelaras yang telah ditubuhkan untuk menangani secara langsung peraturan berkaitan bangunan. Mereka yang berurusan dengan isu-isu seperti sampah tidak dikutip dengan segera, atau beberapa orang yang tidur di taman-taman dalam bangunan itu sendiri. Kami menubuhkan jawatankuasa penyelaras untuk memastikan agar, seboleh mungkin, tidak berlaku tekanan ke atas penduduk di kawasan tersebut.

Bagi kami, ini adalah tidak lebih daripada satu lokasi pusat seperti Tahrir semasa revolusi 25 Januari  tetapi perarakan yang berlaku sekitar Kaherah dan kawasan-kawasan di seluruh Mesir yang semakin meningkat bilangan dan saiz sejak kami mulakan gerakan ini. Kami lakukan duduk bantah ini selama 21 hari, ia adalah yang paling lama dan ia telah mendapat pengiktirafan daripada rakyat dan mereka telah merasakan ada ikatan dan hubungan dengan gerakan ini serta makin ramai yang turut serta untuk bersama-sama.

Malam ini (Khamis) dan esok (Jumaat) bilangannya akan semakin bertambah. Esok adalah hari Sejuta Lelaki Berarak (Million Man March) yang akan berkumpul di satu lokasi, yang akan dimaklumkan pada  pagi Jumaat. Jadi gerakan berkaitan duduk bantah ini adalah sangat penting kerana di situlah berlaku perhubungan dan penglibatan rakyat.
Terdapat laporan yang mengatakan bahawa orang-orang di Rabaa telah dihalang daripada meninggalkan kawasan tersebut serta rakyat yang menyertai bantahan ini telah dibayar. Saya ingin mendengar reaksi anda.
Anda boleh berjalan di sekeliling Rabaa dan bertanya kepada sesiapa sahaja yang anda mahu. Semuanya berlaku secara terbuka, kita telah menerima diplomat dari seluruh dunia serta orang-orang Mesir dari kedua-dua belah pihak, malah mereka yang dari kem anti-Morsi juga telah datang. Rakyat berada di sini dengan pilihan sendiri, mereka berada di sini untuk mempertahankan keputusan pilihanraya yang telah mereka lakukan melalui peti undi, untuk memilih pemimpin bagi negara mereka dan mereka tidak akan membenarkan tentera untuk mengambil alih hak tersebut , dan mereka memutuskan untuk meningkatkan usaha bagi mempertahankan hak tersebut.
Ikhwan telah gagal untuk mengutuk tindakan keganasan terhadap Kristian di seluruh negara.

Mari kita berterus-terang di sini. Sentiasa ada [mengutuk keganasan tersebut]. Kami tidak pernah mengesahkan keganasan di bawah mana-mana keadaan. Satu-satunya masa yang pernah kita mengesahkan keganasan adalah ketika kami berada di bawah penjajahan British, cuba untuk menghalau penjajah keluar daripada negara kami. Selain daripada itu kami tidak mengiktiraf keganasan sebagai cara untuk melakukan perubahan.

Di laman web Bahasa Arab rasmi Ikhwan, Ikhwan Online, minggu ini ada satu artikel yang mendakwa bahawa Sheikh Al-Azhar bersubahat dengan Gereja Coptic untuk menggulingkan Morsi. Tidakkah anda fikir bahawa ini adalah satu kenyataan yang bertujuan menimbulkan kemarahan?

Ia bukan laman web rasmi Bahasa Arab. Ia adalah sebuah laman web yang memaparkan pandangan ahli-ahli Ikhwan Muslimin dan para penulis. Ia mewakili pandangan orang ramai, dan sesiapa yang berpendapat bahawa sesuatu pandangan itu tidak berasaskan fakta yang tepat, maka mereka perlu berbincang dengan mereka yang menulis itu.

Ikhwan Muslimin menyatakan kedudukan rasmi dengan dua cara: sama ada melalui jurucakap rasmi (terdapat tiga daripada mereka,) atau melalui kenyataan rasminya.
Apakah respon anda kepada kemunculan kumpulan Ahrar yang mendakwa menjadi ahli Ikhwan yang menyeru kepada perubahan kepimpinan Ikhwan, termasuk untuk mengganti Murshidul Am?

Ia adalah melucukan kerana mereka diketuai oleh Parti Demokratik Kebangsaan. Itulah jawapan saya.

Adakah terdapat apa-apa kebimbangan dalam Ikhwan di mana rakyat akan sampai ke tahap di mana mereka akan berfikir bahawa telah tiba masa untuk berunding tanpa Morsi dikembalikan ke jawatan Presiden?

Ikhwan Muslimin adalah sebuah organisasi melalui pilihan sendiri; malah anda membayar 10% daripada pendapatan anda kepada Ikhwan untuk menyokong pergerakan itu sendiri. Ia adalah dengan pilihan sendiri, jika anda tidak mahu ia, anda boleh meninggalkannya.

Sesiapa sahaja boleh berbuat demikian tetapi pendirian Ikhwan, kita mengatakan, tidak. Kami berhak untuk mempunyai pendirian kami sendiri. Itu sahaja yang kami katakan, kami mempunyai pendirian kami sendiri. Sesiapa sahaja yang bersetuju dengan pendirian kami adalah dengan kami dan di kem ini.

Jika seseorang anggota Ikhwan Muslimin memutuskan untuk berunding tanpa Morsi dikembalikan sebagai Presiden, adakah dia akan kekal sebagai ahli Ikhwan?

Mereka boleh pergi dan berbincang dengan tentera secara sendirian, tetapi Ikhwan mengambil keputusan secara demokratik melalui mekanisme membuat keputusannya, bukan dengan mengikut sesuka hati ahli.
Terjemahan:
Hj Nahar Md Nor
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sunday, July 21, 2013

Kenyataan Ikhwan Muslimin sempena Ulangtahun 10 Ramadan


Selepas bencana 1967, Mesir dan dunia Arab telah melalui tempoh yang suram dan penuh dengan kesusahan, di mana impaknya masih boleh dirasai pada hari ini. Dalam peperangan tersebut, tentera Mesir menjadi mangsa kepimpinan yang menyimpang dari peranannya, terlibat dalam politik, terganggu dengan kehendak hati dan keinginan, dan mengabaikan tanggungjawab ketenteraannya yang sebenar.

Pada 1973, setelah diterajui oleh kepimpinan tentera baru yang fokus akan misinya, meletakkan prinsip dan etika di tempat yang selayaknya dan tidak melibatkan diri dalam kancah politik, pihak tentera telah berperang dengan penuh bermaruah di dalam bulan Ramadan yang mulia bersama askar-askar yang melaungkan 'Allah Maha Besar', menyeberangi Terusan Suez, mengalahkan musuh mereka, memadam perasaan malu silam dan mencapai kejayaan terbesar pada zaman moden ini.

Sambil kita mengingati detik-detik agung itu, Mesir sekarang ini sedang mengalami satu mimpi buruk, satu ancaman serius terhadap keselamatan negaranya, iaitu ancaman peperangan saudara atau perselisihan yang membinasakan di antara rakyat dan tentera yang mereka cintai dan sokongi, atau satu pengkhianatan di dalam barisan tentera sebagai kesan kemunculan semula satu kumpulan komander tentera yang terlibat dalam kancah politik, keinginan mereka untuk mengkuasai kerajaan dan kepimpinan melalui rampasan kuasa terhadap legitimasi perlembangan, menculik Presiden yang merupakan orang awam terpilih, menggantung Perlembangaan yang disahkan oleh pungutan suara orang ramai, membubarkan Parlimen yang dipilih secara demokratik, melakukan pembunuhan beramai-ramai yang telah mengambil nyawa lebih dari seratus orang dan mencederakan lebih seribu pembantah aman apabila mereka turun untuk sujud semasa solat Subuh dan menahan lebih lapan ratus penduduk Mesir.

Kumpulan komander perampas kuasa ini telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan sumpah yang mereka angkat apabila mereka mencabul legitimasi perlembagaan, menculik Komander Tentera Tertinggi - Presiden yang dipilih secara sah, menahan beliau daripada berkomunikasi dan di tempat yang tidak diketahui, melepaskan tembakan peluru hidup ke kepala dan dada penunjuk perasaan orang awam yang tidak bersenjata serta tidak melindungi mereka dari bahaya dan keganasan, dan ini merupakan tindakan meninggalkan semangat patriotik ketenteraan yang unggul dan maruah tentera Mesir yang tidak pernah lagi berlaku sebelum ini.

Rakyat Mesir yang telah membanjiri semua kawasan awam dan jalanan di dalam perhimpunan besar-besaran dan duduk membantah selama tiga minggu ini, tidak akan mengaku kalah akan keinginan mereka untuk mengembalikan legitimasi dan menghapuskan semua perintah, tindakan, dan proses perampasan kuasa dengan menggunakan cara yang aman, walau apa saja kesannya.

Kami menghormati tentera kami yang berani, yang melindungi kami dan mempertahankan tanah air. Mereka ialah saudara lelaki dan anak-anak lelaki kami. Jika ada sebarang parti atau individu yang cuba menanam hasutan atau kecelakaan di antara kami sebagai rakyat dan pihak tentera, tolak mereka dengan segera.

Ucapan tahniah kami kepada penduduk Mesir dan tenteranya sempena ulangtahun peristiwa besar ini tercemar oleh ancaman semasa apabila pengkhianat perampas kuasa ini menolak Mesir ke dalam sebuah terowong gelap menuju jurang yang tidak dapat dibayangkan.

Kami menegaskan bahawa penduduk Mesir bertekad untuk mengembalikan revolusi mereka, kedaulatan dan hak kekuasaan mereka dan mencapai kejayaan dengan kuasa mereka sebagai rakyat jelata, dan yakin pihak tentera tidak akan bersetuju dengan perampasan kuasa yang jahat dan perebutan kuasa yang keji.

Justeru, kita mesti menjadikan Jumaat ini, Ramadan kesepuluh, mencapai kemenangan besar dengan keluar beramai-ramai untuk perhimpunan besar-besaran, yang akan memekakkan telinga komander perampas kuasa dan konco-konconya, dan menghapuskan mereka dari akar umbi.

"Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan." (An-Nahl 16:91)

Ikhwan Muslimin Kaherah - 18 Julai 2013 

Thursday, July 11, 2013

Fatwa Dr Yusof Qardhawi (7 Julai 2013)




Sumber : Ikhwan Online
Terjemahan: Ustaz Munawwar Mohamed

Fatwa Dr Yusof Al-Qardhawi , Pengerusi Kesatuan Ulama Antarabangsa mengenai kewajiban memberi sokongan kepada Presiden Mesir yang dipilih Dr Mohamed Morsy, mengekalkan dan melaksanakan perlembagaan, menyeru General As-Sisi dan pengikutnya untuk berundur demi memelihara perundangan dan demokrasi di Mesir..

Nas Fatwa :

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas pemimpin dan imam kita Nabi Muhamad s.a.w., dan seluruh saudara-saudaranya di kalangan para nabi dan Rasul, kepada keluarga dan sahabat baginda dan seluruh yang mengikuti perjuangan dan jejak langkah baginda sehingga hari qiamat.

Ini adalah fatwa yang aku keluarkan untuk semua rakyat Mesir , siapa yang beriman dan bertuhankan Allah, beragamakan Islam , menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan apabila berlaku kekeliruan, yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai rasul dan nabi  dan menjadikan syariat Islam dengan segala kesyumulan , kesempurnaan dan keseimbangannya sebagai ikutan. Ketika berlaku masalah-masalah, dan manusia penyelesaian dari kiri dan kanan, mereka pasti mendapat penyelesaian terbaik dan paling suci dari kitab Allah dan sunnah rasulNya. 

“Siapa yang Allah tidak jadikan kepadanya cahaya, maka dia tidak akan beroleh cahaja petunjuk".

Rumusan fatwa saya ini, yang juga dibantu oleh ramai ulama’ al-Azhar, ulama seluruh dunia arab dan sunni Islam, dan juga ulama’ dari kesatuan Ulama Antarabangsa yang mana saya selaku pengerusinya:

Rakyat mesir semenjak 30 tahun (juga boleh dikatakan 60 tahun ) lalu tidak pernah berpeluang untuk memilih Presiden Negara mereka sendiri sehinggalah Allah memberi peluang tersebut lalu mereka dengan kehendak dan pilihan sendiri telah memilih Presiden Muhammad Morsy sebagai Presiden mereka. Mereka telah memberikan akujanji dan ikrar untuk mendengar dan mentaati dalam keadaan susah atau senang, dalam perkara yang mereka sukai ataupun tidak. Semua kelompok penduduk sama ada masyarakat awam atau tentera, pemerintah mahupun rakyat termasuklah General Abd Fataah as-Siisi yang merupakan Menteri Pertahanan dan Produksi Perang dalam kementerian yang diketuai oleh PM , Dr Hisham Qandil, telah bersumpah dan berbaiah di hadapan mata kita semua untuk mendengar dan mentaati Presiden Morsy. Dia telah melaksanakan ketaatannya itu sehinggalah kita melihat dia berubah dari seorang menteri tiba-tiba menjadi seorang yang mempunyai kuasa tertinggi yang dengannya menjadi alasan untuk memecat Presidennya sendiri. Dia telah melanggar baiahnya dan memihak kepada satu pihak menentang satu pihak yang lain dengan mendakwa kononnya dia memihak kepada majoriti rakyat Mesir.

General As-Siisi dan mereka yang sepertinya ini telah melakukan kesilapan sama ada dari aspek perlembagaan dan juga aspek syariat.

Dari aspek perlembagaan, Presiden sah yang terpilih melalui pilihanraya yang demokratik , tanpa syak dan ragu perlu meneruskan kerja-kerja dan portfolionya sepanjang masa mandat Presiden iaitu selama 4 tahun, selagimana dia berupaya meneruskan kerjanya, dan tidak mengalami sesuatu yang mencacatkan kerjanya. Sekiranya dia ada salah, dia sendiri telah mengakuinya. Dengan itu, rakyat, dan kuasa politik yang pelbagai boleh membaiki kesilapannya itu, menasihatinya dengan sabar. Namun dia masih tetap Presiden kepada semua rakyat Mesir.

Namun , jika satu kelompok rakyat keluar dari mentaati Presidennya, dan memberikan kuasa kepada diri mereka untuk menguasai rakyat, memecat presiden dan membatalkan perlembagaan negara mereka sendiri, seterusnya melantik Presiden yang lain, dan perlembagaan yang lain; semuanya ini adalah kerja-kerja batil. Ini kerana mereka telah mencipta kekuasaan yang tidak bersumberkan kepada rakyat, bahkan mereka telah melanggar janji mereka dengan Allah dan melanggar janji mereka dengan rakyat. Mereka juga telah membatalkan pencapaian revolusi rakyat Mesir yang hebat itu, yang mana dengan revolusi tersebut, rakyat berjaya membangunkan Negara demokrasi yang telah lama diimpikan, mereka sanggup berkorban selama puluhan tahun sehingga mereka berjaya mendapatkannya. Oleh itu perlembagaan Mesir dan system demokrasi menolak segala proses dan decree yang tidak menurut prinsip undang-undang dan perlembagaan.

Manakala dari aspek syariat pula; Syariat islam yang diingini oleh penduduk Mesir adalah menjadi sumber rujukan mereka untuk mendirikan Negara Madani , bukannya Negara agama teokratik. Oleh itu wajib kepada siapa sahaja yang beriman dan merujuk kepada syariat Islam ini untuk mentaati Presiden mereka yang sah , melaksanakan arahannya dan menerima segala nasihat dan taklimatnya dalam dalam semua aspek kehidupan dengan 2 syarat:

Syarat Pertama: Dia secara terang-terangan tidak menyuruh rakyatnya melakukan maksiat kepada Allah. Inilah yang ditunjukkan oleh banyak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain perawi. Antaranya:

"اسمعوا وأطيعوا وإن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه زبيبة" عن أنس بن مالك.
Maksudnya: “Dengar dan taatlah walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba habasyi yang kepalanya hitam seperti buah zabib.  

 "من رأى من أميره شيئا يكرهه، فليصبر، فإنه ليس أحد يفارق الجماعة شبرا، فيموت، إلا مات ميتة جاهلية" عن ابن عباس.
Maksudnya: Siapa yang melihat ketuanya perkara-perkara yang tidak disenanginya, maka hendaklah dia bersabar kerana setiap orang yang meninggal jamaah muslimin walaupun satu hasta lalu dia mati, matinya itu adalah dalam keadaan mati seorang jahiliyah.

السمع والطاعة حق على المرء المسلم، فيما أحب وكره، مالم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية، فلا سمع ولا طاعة" عن ابن عمر.
Maksudnya: Dengar dan taat adalah hak wajib ke atas seorang muslim samada dalam perkara yang dia suka ataupun benci, selagi mana tidak diperintahkan mengerjakan maksud. Jika dia diperintah mengerjakan maksiat, tiada lagi kewajiban dengar dan taat.

Rasulullah berkata kepada Ali (ra): “Sesungguhnya taat itu dalam perkara makruf”.

Inilah juga perkara yang ditunjukkan oleh al-Quran mengenai Baiah an-Nisaa’ di Aqabah dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan kamu jangan menderhakainya dalam perkara makruf”.

Kita tidak pernah lihat dari Dr Muhamad Morsy apa yang boleh disabitkan sebagai arahan maksiat secara terang-terangan darinya. Bahkan apa yang dikatakan dan emosi beliau dalam demonstrasi di Dataran Tahrir sebelum ini adalah kebaikan dan kelebihannya , bukan kekurangannya.

Syarat kedua: Dia tidak mengeluarkan arahan-arahan yang boleh mengeluarkan rakyatnya dari agama mereka dan menjadi kafir yang nyata tanpa ragu. Inilah yang dinyatakan dalam hadir Ubadah (ra) : Kami berbaiah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan sudah dan senang, kecuali jika dilihat kekufuran yang nyata buktinya dari Allah. Hadis muttafaq alaih. Satu athar lagi berkata: “Kita tidak merebut sesuatu dari empunyanya”.

Dari sini dapatlah kita yakini bahawa PresidenMursy adalah presiden Mesir yang sah, tidak pernah menyuruh maksiat dan tidak pernah melakukan kekufuran nyata. Bahkan sebalinya, dia merupakan seorang lelaki yang berpuasa, dan mendirikan malamnya beribadah kepada Allah, prihatin untuk mentaati Allah.  Oleh itu menjadi kewajiban untuk dia dikekalkan sebagai Presiden dan tidak boleh sesiapapun untuk mendakwa dia mempunyai kuasa untuk memecat beliau dari jawatannya itu.

Dakwaah General as-Siisi bahawa kononnya dia melakukan perkara tersebut untuk kepentingan rakyat dan mencegah dari perpecahan rakyak kepada dua puak, sebenarnya tidak boleh menjadi alasan untuk dia menyebelahi satu pihak menentang pihak yang lain.

Individu-individu yang menolong usaha jahat as-Siisi ini sebenarnya tidak mewakili majority rakyat Mesir. Imam Besar Dr Ahmad at-Toyyib, pengerusi Kesatuan Ulama’-ulamak Senior Al-Azhar (saya salah seorang ahlinya) tidak pernah meminta pandangan kami sebelum dia bercakap mewakili kami. Dia telah silap dalam tindakannya menyokong pemecatan Presiden yang sah. Dengan itu dia telah melawan Ijmak umat ini. Pendiriannya tidak disandarkan kepada al-Quran dan Sunnah, bahkan seluruh isi kandungan al-Quran dan Sunah bersama dengan Presiden Mursy. At-Toyyib juga telah membelakai ulama’ umat Islam yang tidak akan menyebelahi mana-mana peribadi dengan menggadaikan ilmu mereka. Alasan yang dinyatakan oleh at-Toyyib adalah kerana mengambil mudarat yang ringan (dengan menyokong pemecatan Mursy).  Siapa yang kata bahawa memecat presiden yang sah, menolak perlembagaan yang disokong dua pertiga rakyat, menimbulkan kerosakan teruk dalam masyarakat mesir bagi tempoh yang hanya diketahui oleh Allah, sebagai mudarat yang lebih ringan? Siapa yang kata sedemikan? Bahkan ia adalah mudarat terbesar yang telah diberikan ancaman mengenainya oleh al-Quran dan as-Sunnah dan semua pendapat para ulama’.

Alangkah baiknya jika Dr At-Toyyib berinteraksi terhadap Dr Mursy sama dengan interaksinya dengan Husni Mubarak dahulu. Kenapa dia menimbang sesuatu dengan dua penimbang yang berbeza? Ini mendatangkan kemusnahan kepada penanan al-Azhar yang sentiasa bersama rakyat dan bukan pemerintah yang zalim dan diktator.

Baba Teotrous juga tidak mewakili kesemua masyarakat Qibti untuk bercakap bagi pihak mereka. Bahkan ramai di antara mereka yang bersama Parti FJP dan parti-parti Islam yang lain. Begitu juga al-Baradaei yang tidak mewakili keseluruhan parti Jabhah Inqaz. Hanya segelintir ahli partinya yang bersekongkol dengannya dan ia tidak mewakili goloongan penentang kepada Mursy.

Mereka yang dikatakan mewakili Parti An-Nur , hanyalah segelintir dari kalangan mereka yang telah dikenali sedangkan semua para pendokong salaf dan jamaah Islamiyah, parti-parti kebangsaan, indivisu yang bermaruah semuanya menentang arus pemberontakan tersebut. Pemberontakan inilah yang hamper membawa Negara ini paa kesudahan yang tidak diingini.

Saya menyeru General as-Siisi dan siapa sahaja yang bersamanya dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, kepada semua parti-parti, kuasa-kuasa politik di Mesir, menyeru saudara-saudaraku dari kalangan ulama’ di seluruh dunia, semua pencinta kebebasan, maruah dan keadilan, agar bersama untuk mempertahankan kebenaran, dan mengembalikan Presiden Mursy ke tempatnya yang sah, berterusan menasihatinya, dan meletakkan perancangan dan strategi untuk memelihara kebebasan dan demokrasi yang kita perolehinya dengan darah-darak kita sendiri. Kita tidak akan membiarkannya tumpah dengan sia-sia.

Husni Mubarak selama 30 tahun telah merosakkan Negara, menghina rakyat, mencuri harta Negara dan melarikannya keluar Negara. Dia juga telah mengupah samseng-samseng untuk melindungi para pengikutnya dan dia juga melakukan pelbagai lagi kerja-kerja kerosakan dan melampau. Dia telah menyerahkan Negara ini dalam dalam keadaan totally punah ranah. Ini semua berlaku dan pihak tentera tidak pun mengambil inisiatif untuk memecatnya, tetapi dia (Mubarak) telah mewakilkan tentera memastikan penggantinya juga sealiran dengannya. Adakah kita boleh bersabar selama 30 tahun dengan Mubarak tetapi tidak boleh bersabar walau satu tahun dengan Dr Mursy? Keaiban di sini bukannya kepada system demokrasi, tetapi kepada orang yang melaksanakannya. Untuk membaikinya, kita perlu merealisasikannya, bukan meruntuhkannya. 

Haram untuk Mesir melakukan semua ini: Untuk merosakkan perlembagaannya, untuk membiarkan Presiden sahnya dipecat, dan untuk mencuaikan syariat tuhannya. Semuanya akan mendatangkan kemurkaan dan pembalasan dari Allah. Jangan kamu sangka Allah cuai berkenaan apa sahaja yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim.

Saya menyaru dari dalam hati saya kepada seluruh rakyat mesir yang saya cintai dan sanggup berkorban untuknya. Saya tidak inginkan ganjaran ataupun pujian. Saya hanya inginkan keredhaan Allah yang satu. ASaya menyeru seluruh rakyat Mesir samada di pendalaman (as-Sooied) atau di kawasan pantai (Wajhu Bahri), dikota dan desa, di padang pasir, kampong, saya menyeru kesemua lelaki dan perempuan, tua dan muda, kaya dan miskin, pegawai atau buruh, muslimin , kristian, libralis untuk sama-sama berdiri dalam satu saf demi memelihara hasil utama revolusi kita iaitu Kebebasan dan demokrasi, dan bebas dari cengkaman diktator. Kita tidak akan lepaskannya kepada pemerintah  yang juga diltator samada dari kalangan sivil mahupun tentera. Inilah yang terjadi kepada beberapa Negara yang lain, hilang kebebadannya dan hanya memperolehinya selepas jangkamasa yang lama. Tiada usaha dan upaya melainkan dengan izin Allah.



Ya Allah jagalah Mesir kami, peliharalah rakyat kami dan janganlah Kamu binasakan kami dengan perbuatan golongan-golongan yang bodoh di kalangan kami. Amiin.