Thursday, February 21, 2013

Tarbiyah Siyasiyah - Kata-kata penting Imam Al-Banna:

وللإمام الشهيد في ذلك كلمات تكاد تكون محفوظة لدى جمهور الإخوان من ذلك قوله في إحدى رسائله: "إذا قيل إلام تدعون؟ 
فقولوا: نحن ندعو إلى الإسلام الذي جاء به محمد صلى الله عليه وسلم، والحكومة جزءٌ منه، والحرية فريضة من فرائضه، فإن قيل لكم هذه سياسة فقولوا هذا هو الإسلام، نحن لا نعرف هذه الأقسام" (2).

وقال رحمه الله يرد على مَن يقول إن الإخوان المسلمين قوم سياسيون ودعوتهم دعوة سياسية:
"يا قومنا.. إننا نناديكم والقرآن في يميننا والسنة في شمالنا، وعمل السلف الصالحين من أبناء هذه الأمة قدوتنا، وندعوكم إلى الإسلام وتعاليم الإسلام وأحكام الإسلام، فإن كان هذا من السياسة عندكم فهذه سياستنا، وإن كان مَن يدعوكم إلى هذه المبادئ سياسيًّا فنحن أعرق الناس- والحمد لله- في السياسة، وإن شئتم أن تسموا ذلك سياسة فقولوا ما شئتم فلن تضرنا الأسماء متى 
وضحت المسميات وانكشفت الغايات" (3)

   Bagi Imam Syahid berkenaan tajuk ini beberapa kalimat hampir telah dihafaz oleh majoriti Ikhwan, antaranya di dalam salah satu risalahnya berbunyi:

"Bila dikatakan, ke arah mana kamu menyeru? Maka katakan: Kami menyeru kepada Islam yang telah dibawa oleh Muhammad SAW, pemerintahan adalah satu bahagian darinya, kebebasan adalah satu kefardhuan dari kefardhuan yang banyak. Bila dikatakan kepada kalian, ini adalah politik. Katakan kepada mereka, inilah dia Islam, kami tidak mengenal pembahagian seumpama ini".

Imam Al-Banna Rahimahullah memberi response sebagai jawapan kepada mereka yang mengatakan Ikhwan Muslimin berpolitik dan dakwah mereka dakwah berbau politik dengan katanya: 
"Wahai kaumku sekalian, Sesungguhnya kami menyeru kalian, sedang Quran di tangan kanan kami, sunnah berada di tangan kiri kami, amalan para salafussoleh menjadi qudwah kami. Kami menyeru kalian kepada Islam dan ta'alim serta hukum hakamnya. Jika seruan ini termasuk dari urusan politik pada pandangan kalian, maka inilah dia politik di sisi kami. Jika sekiranya orang yang menyeru kalian agar kembali kepada prinsip-prinsip ini dikatakan berpolitik, maka kami 'orang lama' -alhamdulillah- dalam politik. Jika kalian mahu untuk menamakan itu sebagai politik, maka katakan semahu kalian kerana nama-nama itu tidak akan memudharatkan kami bilamana jelas apa yang dinamakan (المسميات) dan matlamatnya tersingkap".

Saturday, February 16, 2013

Taujihat Tarbawi (4)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (4)

"Kita mahu al-akh yang memiliki qudwah, berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan, bermaruah dan kuat berusaha, bersikap pemalu, halus perasaannya, amat sensitif dengan perkara baik dan buruk; bergembira dengan yang pertama dan merasa sedih dengan yang kedua, sentiasa dalam keadaan tawadhu' tanpa  menghina diri atau menyerah kalah dan tidak pula sampai mengampu".

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)

Taujihat Tarbawi (3)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (3)

"Adalah dituntut daripada semua anggota dalam soff untuk bersikap positif, sentiasa dalam keadaan sibuk dengan aktiviti dakwahnya, sentiasa berfikir padanya, sentiasa mencari peluang-peluang yang boleh mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan, sentiasa membantu qiadah melalui buah fikiran dan nasihat dengan cara paling beradab yang diajar oleh Islam yang maha suci".

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)


Friday, February 15, 2013

Taujihat Tarbawi (2)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (2)

"Bergembiralah ya akhi dan berbahagialah kalian, bilamana kalian dapati waktu kalian dipenuhi (disibukkan) dengan aktiviti (dakwah) dan keupayaan kalian difokuskan (dicurahkan) dalam medan dakwah; yang demikian itu adalah kurniaan Allah SWT jua". 
Firman Allah Ta'ala "Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”. 

Surah Yunus: ayat 58

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)

Taujihat Tarbawi (1)


Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (1)

"Kita mahu orang yang menafqahkan jiwa raganya dan hartanya di jalan Allah SWT. Kita mahu orang yang mampu bersabar, sedia berkorban, mampu bertahan (thabat) dan mampu menanggung tanggungjawab dakwah dan amal serta menghargai masuliyyah dan merasai betapa beratnya masuliyyah tersebut, berlaku amanah dan merasai betapa beratnya amanah tersebut".

(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)