Tuesday, June 25, 2013

3 Kejadian Yang Amat Menginsafkan Saya

Assalamualaikum wrt. wbt.

Semoga semua berada dalam keceriaan dan mendapat rahmat daripada Allah Azzawajalla.....

Hari ini Rabu 17 Sya'aban 1434 bersamaan 26 Jun 2013. Hari-hari berikutnya membawa kita semua mendekati bulan Ramadhan Mubarak. 

Pada pagi yang berbahagia ini, suka saya menyentuh 3 perkara yang amat menyentuh perasaan saya lantas membawa kep ada seribu keinsafan.

Pertama; Jerebu yang sampai ke saat ini belum selesai walaupun sedikit cerah pada pagi ini, namun di kebanyakan tempat masih dalam situasi tidak benar-benar sihat.

Kedua; Kematian akibat kanser selama hampir 6 tahun. Kelmarin hari Selasa jam 9.40 pagi, saya menerima berita kematian sepupu kepada isteri saya. Menyedihkan kerana keluarga ini agak rapat dengan keluarga kami. Kerap berziarah dan banyak memberi nasihat sekadar termampu. Bagaimana nasihatpun kita berikan, namun orang menanggung lebih merasai keperitannya berbanding kita yang melihat, kata orang "Berat mata melihat, berat lagi mahu yang memikul". Apapun saya kagum kerana keluarga ini memiliki sifat kesabaran luar biasa. Saya lihat, dengar dan kadang-kadang sampai menghayati dan hampir merasai penderitaan mereka sekeluarga kerana kerap berziarah. Keluar masuk hospital sudah menjadi rutin biasa, dialisis harian dan lain-lain yang lemah saya untuk menggambarkan dengan bahasa dan tulisan. Yang sakit bersabar, suami pun sabar menemani dan menyantuni isteri tercinta, anak-anaknya sabar juga menyantuni si ibu yang sering kesakitan tidak mampu melelapkan mata walau seketika lantaran kesakitannya yang amat sangat. Akhirnya setelah lebih 6 tahun dia pergi jua menemui penciptanya yang maha mengasihani lagi maha penyayang. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para solehin di Syurga sana... Ameen...

Ketiga; Anak-anak Istimewa. Saya diundang menyampaikan ceramah Israk Mikraj sekalipun agak terlewat kerana sekarang sudah masuk pertengahan bulan Sya'aban. Ceramah ini sebenarnya program tertangguh kerana saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab di luar kawalan. Ustaz yang menghubungi saya adalah teman lama semasa belajar di Univ Al-Azhar pada tahun-tahun 90an dulu. Lama kami tak jumpa, laman facebook menemukan saya dengan dia. Kebetulan Penolong Kanan di situ pula ialah senior saya semasa belajar di KIK pada tahun-tahun 80an dulu, namanya Dr Hamdi bin Ishak. Orangnya masih segak dan bermotivasi sekali. Saya pun rasa bersemangat lihat gelagatnya bercerita tentang anak-anak istimewa dengan penuh keceriaan. Dia tidak merungut walaupun saya tahu tidak mudah untuk menyantuni anak-anak istimewa.

Sebenarnya saya tidak berapa jelas daripada awal bahawa ceramah ini adalah untuk anak-anak istimewa. Mungkin kalau saya tahu dari awal, saya tidak akan terima kerana tidak biasa berceramah di suasana itu. Ada hikmat juga tahu sejurus sahaja sebelum saya ke sana. Saya tanya Ustaz Azmi yang jemput saya, alamat penuh SMK anta ni apa ya? Dia jawab SM Pendidikan Khas Vokasional, Syeksyen 17 Shah Alam. Tak sukar mencari kerana ia bersebelahan dengan INTEC yang menempatkan pelajar-pelajar persediaan ke luar negara yang kebetulan anak saya yang keempat sedang belajar di situ. Dia lepasan SPM berjaya mendapat tajaan MARA dalam bidang Ekonomi dan akan ke Univ di Jordan pada bulan September 2013 nanti insyallah.

Diringkaskan cerita, setelah sampai dan berdepan dengan anak-anak itu hati saya menjadi sayu dan hampir-hampir menitiskan airmata. Kalau tidak kerana sedikit segan berdepan guru-guru dan teman-teman yang puluhan tahun tidak berjumpa, saya akan menangis kerana terharu dengan suasana itu. Saudara disarankan untuk berziarah ke sana untuk memahami situasi. Ia tidak akan dapat difahami kecuali oleh mereka yang mengalaminya sendiri.

Apa yang mengisafkan saya ialah keadaan fizikal dan mental mereka yang istimewa itu. Mereka ditakdirkan Allah dilahirkan begitu. Tiada siapa yang meminta dilahirkan demikian, tapi Allah SWT yang menentukan demikian dan tentunya ada hikmat di sebaliknya yang terlindung daripada sesetengah orang. Kita yang sempurna ini harus bersyukur kerana telah mendapat nikmat yang begini besar. Sebenarnya tidak terbalas oleh kita jika mahu dihitung semua nikmat-NYA kepada kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Jika sekiranya kamu menghitung nikmat Allah kepada kamu, nescaya kamu tidak akan terdaya menghitungnya".....

Justeru bersyukurlah kepada Allah SWT yang telah memberi kepada kita tanpa meminta balasan, akan tetapi yang dituntut daripada kita hanyalah pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada-NYA semata-mata buat selamanya selagi hayat dikandung badan.

Sekian,

Akhukum fillah,
UsTACZ
PUTRAJAYA


Sunday, June 23, 2013

Puisi Imam Syafei Rahimahullah...

Imam Syafei Rahimahullah memiliki sebilangan puisi yang cukup indah untuk direnung. Bait-bait puisinya cukup menginsafkan bagi mereka yang merenung dan berfikir. Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripadanya. Benarlah ungkapan yang mengatakan jika kamu ingin mengambil iktibar, maka ambillah daripada mereka yang telah meninggal kerana pengakhirannya telah terbukti sama ada baik atau sebaliknya. Yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan. Jangan dicela yang tidak baik itu kerana dia telah meninggal. Kita tidak tahu boleh jadi Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu. Kita hanya melihat yang zahir, yang batin kita tidak tahu. Allah sahaja yang Maha Mengetahui kedudukan hamba-Nya. Pepatah Arab mengatakan;
نحن نحكم بالظواهر والله يتولى السرائر
"Kita hanya dapat menghukum dengan yang zahir  dan Allahlah yang menguruskan apa yang tersirat".

Puisi Imam Syafei ini menggambarkan sifat tawadhu'nya. Sekalipun telah terbukti dia sentiasa menjaga dari terjebak ke dalam maksiat, namun beliau tidak pernah berbangga. Beliau tetap tawadhu'.

Katanya;
أحب الصالحين ولست منهم    ***   لعلى أن أنال بهم شفاعة

أكره من تجارته المعاصى *** ولو كنا سواء فى البضاعة

"Aku mencintai orang-orang soleh sedang aku bukanlah tergolong di kalangan mereka,
Mudah-mudahan aku berjaya memperolehi syafaat mereka,
Aku benci orang yang perniagaannya maksiat,
Sekalipun kita sama-sama berniaga".

Cantiknya puisi ini dijawab oleh Imam Ahmad bin Hanbal kerana Imam Ahmad mengenali dengan mendalam siapa Imam Syafei. Kata Imam Ahmad dalam puisinya;

تحب الصالحين وأنت منهم *** وزدت عليهم شبرا وباعا

تكره لمن تجارته المعاصى *** وقاك الله شر البضاعة

"Kamu mencintai para solehin sedangkan kamu termasuk di kalangan mereka,
Kamu menambah ke atas mereka kemuliaan dan kemegahan,
Kamu benci orang yang perniagaannya adalah maksiat,
Semoga Allah memelihara kamu dari keburukan perniagaan itu".

Sebenarnya Imam Syafei dan Imam Ahmad berguru di antara satu sama lain. Imam Syafei berguru dengan Imam Ahmad dalam bidang periwayatan hadis, sedang Imam Ahmad berguru dengan Imam Syafei dalam bidang feqah. Kedua-duanya saling kuat menguatkan antara satu sama lain untuk mengangkat martabat ilmu yang Allah amanahkan kepada mereka. Orang yang dengan ilmunya membawanya bertaqwa kepada Allah SWT tidak akan melakukan sesuatu yang akan mencacatkan hubungannya dengan Allah SWT. 

Semoga tawadhu'nya Imam Syafei menjadi qudwah buat kita yang ilmunya tidak seberapa ini. Marilah kita berdoa semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang bertaqwa kepada-Nya.

Akhukum fillah,
UsTACZ
Putrajaya

Thursday, June 13, 2013

Mumia Firaun Yang Mengejar Nabi Musa Menyebabkan Keajaiban_Islamnya doktor bedah dan autopsi Perancis

Mumia Firaun(Ramses II)



Mumia Ramesses II Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. 
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. 
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. 




Prof. Dr. Maurice Bucaille Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. 
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. 
Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu. hasilnya sangat mengejutkan. 
Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk. 
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. 
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. 
Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!” 
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih. 
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telah pun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu. 
Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. 
“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian. 
Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah
Dr.Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. 
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. 
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus: 92) 
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran. 
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. 
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

ihsan dari; http://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/06/mumia-firaun-yang-mengejar-nabi-musa.html

Wednesday, June 12, 2013

بيان الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين يندد فيه بمجزرة القصير التي ارتكبها النظام السوري والإيراني ومليشيات حزب الله

ويدعو جامعة الدول العربية ومنظمة التعاون الإسلامي والأمم المتحدة إلى التدخل العاجل لحماية الشعب السوري من الإبادة الجماعية
ويدعو الشارع الإسلامي إلى التظاهر يوم الجمعة 7 يونيو 2013 استنكار للهجمة المنظمة ضد الشعب السوري من النظام الأسدي وحلفائه وإدانة التواطؤ الغربي وصمته
 
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه.. وبعد:
فإن الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين تابع بقلق شديد، تطور الأحداث في الساحة السورية وبخاصة ما وقع في مدينة القصير التي تعرضت للإبادة والتخريب من طرف الجيش السوري، بدعم إيران وأذنابها من مليشيات "حزب الله" اللبناني، مما يكشف الوجه الحقيقي لهذا الثلاثي بعد سقوط القناع عنه، حيث استعمل هذا الثلاثي الجبان كل إمكاناته العسكرية المتطورة، البرية منها والجوية، مما أدى إلى سقوط العديد من القتلى، وهدم المنازل على أصحابها، والسيطرة على المدينة بعدما أصبحت خرابا، نتيجة القصف الجوي المتتالي عليها.
وأمام هذا الوضع الخطير فإن الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين يدعو ويؤكد ما يلي:
أولاً: يدين الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين بأقصى عبارات الإدانة الجرائم البشعة، والممارسات الوحشية، التي ارتكبها النظام السوري ضد شعبه، بدعم النظام الإيراني وأذنابه في لبنان، وبخاصة في بلدة القصير، ويعتبر هذا التواطؤ إعلانا للحرب ضد كل المسلمين في العالم الإسلامي وليس في سوريا.
ثانياً: يدعو الاتحاد الأمة الإسلامية إلى القيام بواجب النصرة تجاه إخوانهم في سوريا، الذين يخوضون اليوم معركة من أشرس المعارك، ويتعرضون لحرب إبادة منظمة، بالتعاون مع القوى الصفوية الدموية والمتوحشة، فالله الله أيها المسلمون: عربا وعجما، شرقا وغربا، لا تتقاعسوا في نصرة إخوانكم، وقد قال الله تعالى: {وَإِنْ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمْ النَّصْرُ} [الأنفال:82]، وأن الفئة الباغية الظالمة قد تميزت وبانت وانكشفت، فلا تترددوا في قتالها حتى تفيء إلى أمر ربها، وتعود إلى رشدها.
ثالثاً: يدعو الاتحاد علماء الأمة ومفكريها وسياسييها، وأحزابها إلى جعل يوم الجمعة 14/06/2013م يوم غضب ونصرة الشعب السوري، من خلال المظاهرات وخطب المنابر، والاعتصامات السلمية، والدعاء وكل الوسائل المتاحة لاستنكار الهجمة الشرسة، التي يقودها النظام السوري والإيراني وأذنابه في لبنان ضد الشعب السوري الأعزل.
{وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ} [الشعراء:227]، وحسبنا الله ونعم الوكيل.
 
أ.د علي القره داغي                                            أ.د يوسف القرضاوي
 
الأمين العام                                                        رئيس الاتحاد

Imam Syahid Hasan Al-Banna menyeru kalian!!!!

يا أخى …
Tulisan Imam Syahid Hasan Al-Banna Rahimahullah:
Terjemahan: UsTACZuntitled
1 - Hendaklah kalian sentiasa ingat bahawa Islam merupakan prinsip, aqidah, kemuliaan, ibadah, tasyri' dan jihad.
2 - Bahawa setiap jengkal bumi yang didapati padanya jiwa Islam yang berulang-alik ke situ, ia merupakan sebahagian dari tanahair Islam yang maha mulia ini.
3 - Hendaklah kalian ingat bahawa kalian punya matlamat (ghoyah). Matlamat kalian ialah agar Tasyri' Islami akan memerintah di bumi ini.
4 - Bahawa kalian punya cita-cita. Cita-cita kalian paling tinggi ialah mati sebagai pejuang yang syahid di jalan Allah.
5 - Siapakah yang akan menjadi teman seperjuangan yang akan membantu kalian menggapai matlamat kalian? Maka kalian hendaklah berusaha sedaya mungkin mencintai ikhwah kalian sedalam-dalamnya.
6 - Ingatlah bahawa orang yang tidak mampu mengekang kehendak nafsunya sendiri tidak akan mampu memberi nasihat kepada orang lain. Maka hendaklah kalian menyucikan jiwa kalian terlebih dahulu.
7 - Bahawa ilmu adalah lampu mereka yang berjalan, maka jangan sekali-kali kalian berjalan di bumi tanpa lampu (panduan).
8 - Ingatlah bahawa satu sen yang kalian miliki adalah sebahagian dari kekayaan ummah kalian, maka hendaklah kalian prihatin dari mana ia diperolehi dan ke mana ia dihabiskan...
9 - Ingatlah bahawa agama kalian ini bersifat toleransi (bertolak-ansur) kepada semua mereka yang membuat perjanjian. Agama ini sentiasa memberi keadilan kepada mereka itu. Namun agama ini juga bersifat tegas kepada mereka yang bermusuh dan melakukan penentangan secara terang-terangan ke atasnya (ke atas agama Islam ini).
10 - Akhirnya hendaklah kalian ingat bahawa kaum muslimin adalah kaum yang bersatupadu. Mereka wajib berusaha ke arah merealisasikan kesatuan itu hingga kekuatan mereka dapat dirasai di setiap inci bumi ini.
————————————–
المصدر : أحد توجيهات الإمام حسن البنا ، الذى نشرته جريده الإخوان المسلمون ، فى عددها رقم (46) ، فى السنة الثانية ، بتاريخ 18 ذو القعدة 1363 هـ – الموافق 4 نوفمبر 1944 م ، صفحة (10) .

Friday, June 7, 2013

Keindahan Masjid Cordoba yang kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba

Oleh: setisab

"Masjid Cardoba, Sepanyol. 
Andalusien, Lissabon 182 Córdoba, Mezquita

Masjid Cardoba, Sepanyol

Masjid Cardoba, Sepanyol. Dari Kerajaan Rakyat; credit foto -
Flickr atas nama asal; Andalusien, Lissabon 182 Córdoba, Mezquita.

Salah satu daya tarikan di Cordoba ialah Masjid Cordoba atau kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba. Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787. Pada 1994, Masjid Cordoba telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Di dalam masjid ini terdapat lebih kurang 850 tiang yang tersusun rapi yang menopang kemegahan masjid tersebut. Tiang-tiang itu berbaris sehingga membentuk seperti lorong yang panjang.

Masjid Cordoba dikatakan boleh menempatkan sekitar 20,000 jemaah untuk solat Jumaat ketika pemerintahan khalifah Islam ketika itu.

Masjid Cordoba, Minaret tower in Mezquita de Cordoba
Masjid Cordoba, Sepanyol. Minaret tower in Mezquita de Cordoba.

Dari Kerajaan Rakyat; credit foto - Wikipedia and Google, Creative Commons License

Setelah penaklukan Sepanyol oleh Raja Leon Alfonso VII, Masjid Cordoba berubah fungsinya menjadi sebuah gereja. Beberapa tiang di bahagian tengah masjid kemudian dirobohkan dan diberi penambahan katedral gothik sementara menara masjid itu pula diubah menjadi menara loceng gereja.

Masjid Cordoba Sepanyol, Mihrab of the Mezquita, Cordoba, Spain
Masjid Cordoba Sepanyol, Mihrab of the Mezquita, Cordoba, Spain.

Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons

Posting ini ayah tujukan khas buat anak-anak ayah. Semoga menjadi pemangkin kepada kekuatan iman kalian. Sesungguhnya ayah tidak pernah sunyi dari mendoakan kesejahteraan buat kalian, wahai anak-anakku. Kini Masjid Cordoba yang suatu ketika menjadi kebanggaan umat Islam, diberi nama Cathedral Mezquita (Katedral Masjid). Masjid Cordoba paling terkenal dengan lengkungan gerbang raksasa yang menghubungkan tiang-tiang masjid.

Masjid Cordoba, Moschee La Mozquita, Kuppel
Masjid Cordoba, Sepanyol. Moschee La Mozquita, Kuppel

Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons

Masjid Cardoba, Sepanyol. A chapel within la Mezquita, Cordoba.
Masjid Cardoba, Sepanyol. A chapel within la Mezquita, Cordoba.

Dari Kerajaan Rakyat; credit gambar - Wikimedia Commons

Masjid Cordoba, Sepanyol. Mezquita de Córdoba, exterior del muro de la quibla.
Masjid Cordoba, Sepanyol. Mezquita de Córdoba, exterior del muro de la quibla.

Dari Kerajaan Rakyat; Ccredit gambar - Wikimedia Commons"