Thursday, March 18, 2010
Maulidun Nabawi dan Baitul Muslim
Maulidur Rasul saw adalah kelahiran pemimpin rumahtangga muslim pertama dalam risalah terakhir, bahkan ia sebagai model terbaik, uswah hasanah kepada pemimpin dalam sebuah rumahtangga sepanjang zaman dan tempat berkaitan perkara kecil maupun besar.
Rumahtangga muslim bagi Rasulullah saw
Pernikahan Rasulullah saw adalah unik lagi unggul. Keunikannya terkandung pada kedua-dua belah pihak; matlamat, hasil dan kesannya. Kedua-dua pihak terlalu unik untuk diperkatakan. Pihak pertama ialah Muhammad bin Abdullah; makhluk terbaik, nabi dan rasul penyudah,pemimpin ummah di hari Akhirat. Pihak kedua ialah Khadijah binti Khuwailid; ummul mu'minin, daripada nasab keturunan mulia, matlamatnya ialah berbentuk 'risalah', hasilnya ialah penyebaran risalah terakhir. Dia (Rasulullah saw) adalah contoh terbaik bagi semua kaum muslimin sepanjang zaman.
Antara sifat rumahtangga Rasulullah saw
1. Mawaddah dan Rahmah:
Rasulullah saw adalah insan terbaik dalam pergaulan, kasih sayang dan rahmah ke atas isterinya."خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
"Sebaik-baik kamu ialah orang berkelakuan baik ke atas isterinya dan saya adalah yang paling baik di kalangan kamu terhadap isterinya".
Kita dapat melihat betapa kasih dan setianya baginda kepada Khadijah -radhiallahu 'anha- Pernah berlaku Rasulullah saw menyebut namanya selepas wafatnya, lalu sebutan itu dicemburui oleh Aisyah -radhiallahu 'anha- seraya berkata: "Tidaklah dia (Khadijah) malainkan seorang yang telah berusia dan Allah swt telah menggantikannya dengan yang lebih baik?" Lalu Rasulullah saw menjawab: "Tidak sekali-kali tidak, Allah swt tidak menggantikan dia orang yg lebih baik daripadanya!, dia telah beriman denganku ketika manusia kufur, dia telah membenarkan aku ketika manusia mendustaiku, dia telah mengorbankan hartanya ketika manusia loket terhadapku dan Allah swt memberi rezeki anak-anak daripadanya, tidak daripada yang lain".
2. Pergaulan yang baik (makruf):
Pergaulan Rasulullah saw dengan isterinya disulami dengan keadilan,makruf dan taqwa..وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
"Dan mereka itu (para wanita)mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang patut".(Surah Al-Baqaroh ayat 228)
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
"Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut". (Surah An-Nisa' ayat 19)
Sesungguhnya ia adalah keadilan dalam hak dan kewajipan..
تطعمها إذا طعمت، وتكسوها إذا اكتسيت، ولا تضرب الوجه ولا تقبح، ولا تهجر إلا في البيت
"Kamu memberi makan kepadanya apa yang kamu makan, memberi pakaian kepadanya sama seperti apa yang kamu pakai, jangan kamu memukul mukanya dan jangan menghinanya, jangan kamu berpisah dengannya kecuali dalam rumahnya sahaja".
Adalah Ibnu Abbas -radhiallahu 'anhuma- sentiasa berhias untuk isterinya sebagaimana dia mahu isterinya berhias untuknya.Hinggakan sifat ini semestinya dipelihara sekalipun bahtera rumahtangga ini akan berpisah, ianya mesti diakhiri dgn jalan terbaik juga.
فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلاً
Maka kemarilah agar ku berikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik..(Surah al-Ahzab ayat 28)
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
Maka apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujuklah (kembali kepada) mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. (Surah At-Tolaq ayat 2)
3. Kerjasama kedua-dua suami isteri untuk sebarkan dakwah:
Ketika Nabi saw diutus menjadi Rasul, Sayyidah Khadijah adalah orang pertama yg beriman dgn Allah dan RasulNya. Khadijah membenarkan apa yg dibawa oleh Nabi daripada tuhannya, dia telah membantu meringankan urusannya. Apabila baginda menerima penghinaan drp puak musyrikin quraish, Khadijahlah yg mententeramkannya hatta thabatlah dakwahnya, ringanlah penderitaannya dan baginda mampu berhadapan dgn kerenah jahat kaum kafir quraish. Rasulullah saw amat menggalakkan kedua-dua suami isteri bekerjasama untuk ketaatan. Sabdanya:
رحم الله رجلاً قام في الليل فصلى وأيقظ امرأته، فإن أبت نضح في وجهها الماء، ورحم الله امرأة قامت من الليل فصلت، وأيقظت زوجها، فإن أبى نضحت في وجهه الماء
Allah merahmati seorang lelaki(suami) yang bangun malam, lalu bersolat dan mengejutkan isterinya, bila si isteri enggan bangun, maka direnjiskan air ke mukanya. Allah merahmati seorang wanita (isteri)yang bangun malam, lalu bersolat dan mengejutkan si suaminya, bila si suami enggan, maka direnjiskan air ke mukanya pula..
4. Memelihara rahsia rumahtangga
Rasulullah saw menggesa agar kedua suami isteri menjaga rahsia satu sama lain (rahsia tetap rahsia)dan menegaskan ia (buka rahsia) dari amalan syaitan.
فعن أسماء بنت يزيد- رضي الله عنها- (أنها كانت عند رسول الله والرجال والنساء قعود عنده فقال: "لعل رجلاً يقول ما يفعل بأهله، ولعل امرأة تخبر بما فعلت مع زوجها"، فأزمَّ- سكت- القوم، فقلت: أي والله يا رسول الله إنهن ليقلن، وإنهم ليفعلون، قال: "فلا تفعلوا، فإنما مثل ذلك مثل الشيطان لقي شيطانة في الطريق فغشيها، والناس ينظرون" رواه أحمد
Daripada Asma' bt Yazid -radhiallahu 'anha- Bahawa ketika dia bersama para lelaki dan wanita berkumpul dalam majlis nabi, lalu baginda bersabda: "Bolehjadi seorang lelaki akan buka rahsia apa yang dilakukan kepada si isterinya, begitu pula sebaliknya". Semua berdiam diri, lalu saya berkata: "Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya yg demikian itu benar-benar berlaku". Lalu nabi bersabda: "Jangan kamu lakukan sedemikian itu! Perumpamaan kelakuan demikian samalah seperti seekor syaitan jantan bertemu dgn yg betina di jalanan, lalu dia berkelakuan tidak senonoh, sedang khalayak ramai menyaksikan perbuatan tersebut". (Riwayat Ahmad)
Rasulullah saw sebagai seorang ayah
Rasulullah saw amat bergembira dengan kelahiran anak-anak perempuannya.Bila anakandanya Fatimah RA dilahirkan, baginda memberkati dan menyambutnya, lalu menamakannya Fatimah, baginda menggelarnya dengan Az-Zahra' dan digelar juga dgn Ummu Abiha. Ummul Mukminin Khadijah bt Khuwailid RA apabila melahirkan seorang anak, dia akan mencari ibu susuan di perkampungan yg jauh bertujuan membesarkan mereka supaya memiliki lidah yg fasih dan bersikap berani seperti adat kebiasaan kaum quraish.
Petunjuk Rasulullah saw untuk membina rumahtangga muslim
Bapa bertanggungjawab mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yg sesuai (kufu)..
Kufu di sini maksudnya beragama dan berakhlak..Sabda Nabi saw:
إذا أتاكم من ترضون خلقه، ودينه فزوجوه، إن لا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
Apabila datang kepada kamu seorang yg kamu redhoi dari sudut akhlak dan agamanya, maka kahwinkanlah dia, jika tidak maka akan berlaku fitnah dan kerosakan di bumi.
(Riwayat Tirmizi)
Rasulullah saw telah mengahwinkan anak-anak perempuannya dengan para lelaki terpilih: Zainab RA dengan Abi al-As bin Rabi' (anak saudara sebelah ibunya iaitu Halah bt Khuwailid. Abu al-As adalah daripada kalangan lelaki yg terkenal; berharta,amanah dan usahawan berjaya di Mekah. Nabi saw mengahwinkannya dgn anaknya Zainab RA atas cadangan Khadijah bt Khuwailid RA kerana percayakan kebijaksanaan Khadijah, lagipun Abi al-As dianggap seperti anaknya sendiri.
Nabi saw mengahwinkan anaknya Ruqayyah dgn Othman bin Affan RA iaitu khalifah yg bersifat zuhud, kaya,pemurah dan pemalu. Akhlak paling menonjol padanya ialah 'pemalu'. Nabi saw terhadap sifat tersebut dlm sabdanya:
إن عثمان رجلٌ حييّ
Sesungguhnya Othman adalah seorang lelaki 'pemalu'.
ألا أستحي من رجل تستحي منه الملائكة
Ketahuilah bahawa aku amat malu terhadap lelaki yg terasa malu bila berhadapan dgnnya oleh para malaikat. (Riwayat Muslim)
Nabi saw amat kasih kepadanya. Apabila Roqayyah wafat -RA-, nabi mengahwinkan Othman RA dgn Ummi Kalthum RA dan apabila Ummi Kalthum wafat nabi saw bersabda:
"Kalau ada lagi anak perempuanku, nescaya aku akan kahwinkan Othman dgnnya."
Nabi saw mengahwinkan Fatimah RA dgn Ali bin Abi Talib RA, iaitu sepupunya. Dia adalah kanak-kanak pertama yg beriman dgn nabi saw. Ali RA dibesarkan di rumah nabi saw sebelum Islam. Dia tetap bersama nabi saw sehingga baginda diutus menjadi rasul.
Mas kahwin anak-anak perempuan Nabi saw
Nabi saw mengahwinkan anak-anak perempuannya dengan cara yang memudahkan -maskahwin tidak membebankan-. Selepas bersetuju untuk mengahwinkan Ali RA dgn Fatimah, Nabi saw bertanya Ali RA: "Berapa nilai maskahwin mu wahai Ali?" Ali menjawab aku tiada apa-apa untuk dijadikan belanja maskahwin. Lalu Nabi saw bertanyakan perisai yg telah dihadiahkannya kepada Ali RA dahulu. Nabi saw menyuruh Ali RA jadikannya sebagai maskahwin. Maka berkahwinlah Ali RA dgn hantaran maskahwin perisai berkenaan yg bernilai 400 dirham. (Riwayat Ibnu Sa'ad di dalam at-Tabaqat)
Itulah maskahwin anak perempuan Nabi saw yg menjadi isteri kepada khalifah ke4 khulafa' ar-Rasyidin.
Ayahanda yang pengasih
Ketika Nabi saw hendak keluar ke medan peperangan Badar, Ruqayyah RA sedang menderita sakit. Maka Nabi saw memerintahkan Othman bin Affan (suaminya) tinggal bersama Ruqayyah RA di Madinah untuk merawatnya.Bukan itu sahaja, malah Nabi saw menetapkan sebahagian dari harta ghanimah Badar kepadanya di samping pahala yg besar di Hari Qiamat.
Ujian seorang ayah melalui anak-anak
1- Anak-anaknya diceraikan kerana Islam:
Dua anak Nabi saw iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum diceraikan oleh Utbah dan Utaibah (anak Abu Lahab)secara zalim; tiada sebab lain kecuali kedua-duanya telah beriman dgn apa yg dibawa oleh Nabi saw.Bila turunnya ayat mencela Abu Lahab (Surah al-Masad), Abu Lahab lantas memerintahkan kedua anaknya menceraikan kedua-dua anak Nabi saw. Ruqayyah dan Ummi Kalthum kekal beriman dan Allah swt gantikan untuk kedua-duanya suami yang lebih baik daripada dua anak Abu Lahab tersebut.
2- Kematian anak-anak perempuannya:
Kadang-kadang berlaku seorang bapa itu diuji dengan kematian anak-anaknya. Allah swt berfirman:
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمْ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لا يُفَرِّطُونَ
Dan Dialah penguasa mutlak atas semua hambaNya, dan diutusNya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila kematiandatang kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya, dan mereka tidak melalaikan tugasnya.
(Surah al-An'am ayat 61)
Nabi saw diuji oleh Allah menghadapi ujian yg berat ini, anak-anaknya Ruqayyah dan Ummi Kalthum meninggal. Nabi saw menguruskan sendiri jenazah anak-anaknya itu.
Rumahtangga Nabi saw dan khadam (orang gaji)
فعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال "خدمت رسول الله صلى الله عليه وسلم عشر سنين والله ما قال لي أفٍ قط، ولا قال لي لشيء لم فعلت كذا؟ وهلا فعلت كذا"
Daripada Anas bin Malik RA berkata: 'Saya telah berkhidmat kepada Rasulullah saw selama 10 tahun, demi Allah! Rasulullah saw tidak pernah bercakap kasar denganku sekalipun dgn berkata 'ah', baginda tidak pernah persoalkan kenapa aku buat begini dan begitu!? Hendaklah kamu buat begini...'
Rasulullah saw adalah model terbaik bg umatnya. Sekalipun umatnya tidak mampu untuk mencapai kesempurnaan tersebut, sekurang-kurangnya mereka mampu mengukurnya..
Rumahtangga Nabi saw dan jiran tetangga
Para sahabat RA banyak mengambil pelajaran daripada Nabi saw dalam bermuamalat bersama jiran dgn cara terbaik. Ada orang menyembelih kambing lalu disedekahkan kpd Abdullah bin Amru. Abdullah RA berkata: 'Aku hadiahkan sebahagiannya kepada jiran saya yg yahudi itu'. Orang tadi bertanya kenapa kepada yahudi pun kamu hadiahkan? Lalu dia berkata yg dia pernah mendengar Nabi saw bersabda:
ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه سيورثه
'Jibril senantiasa berwasiat kepadaku tentang jiran sehingga aku menyangka dia boleh mewarisi harta-harta ku'. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Akhirnya....
Marilah kita bertanya diri kita masing-masing sejauhmana kita telah mengikuti apa yg telah dilaksanakan Nabi saw dlm rumahtangganya...
Harapan kita semoga bersempena Maulidur Rasul kali ini dpt mengembalikan rumahtangga kita semua menjadi lebih Islamik dgn syiar baru 'Rumahtanggaku berdasarkan manhaj Rumahtangga Nabi saw' -pada kasih sayang, tolong menolong,ithaar, taat, sebaran dakwah, rahmah kpd khadam, hormat kpd jiran, memudahkan tanpa menyulitkan dlm hal menentukan maskahwin, sabar dlm menghadapi ujian dan sebagainya.
Ingatlah bahawa rahsia perbezaan rumahtangga muslim terletak pada keistimewaan risalah Islam itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment