Saturday, February 20, 2010

Teringat saya di waktu duulu....

Alhamdulillah setelah lama tidak berkesempatan menulis di blog ini, hari ini ada sedikit ruang. Sedikit sahaja perkongsian dengan para pembaca sekalian bagi menggambarkan betapa jauhnya sebahagian masyarakat kita daripada kefahaman Islam yang sebenar sehingga Islam itu diletakkan pada sudut yang amat jauh terpisah dari mafhum sebenar.

Kata orang tempat jatuh lagi dikenang. Saya berkhidmat dengan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dari tahun 1997 hingga 16 September 2004. Sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan negeri Terengganu, banyak pengalaman manis dan pahit yang dirasai. Di sini saya tidak mahu sentuh yang manis. Hanya sedikit sahaja dari yang pahit untuk dikongsi bersama pembaca, diharap memadai untuk diambil pengajaran dalam kita berdepan dengan pelbagai ragam manusia di luar sana.

Di awal tahun 2000 pihak KUSZA di bawah pentadbiran yang baru selepas pilihanraya 1999, telah mengadakan bengkel halatuju yang baru di Pupuk Semangat, Kemaman. Oleh kerana saya pada masa itu sebagai imam masjid (Pegawai Hal Ehwal Agama) diletakkan secara langsung di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), maka imam-imam ini dikelaskan bersama bengkel pentadbiran KUSZA; bersama saya dalam bengkel itu ialah pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pendaftar dan beberapa orang ahli majlis KUSZA yang di antara mereka berpangkat prof.Terasa juga janggalnya... Bagi saya ok je sebab semua yang ada dalam bengkel itu rapat dengan saya. Antara yang paling rapat ialah pengarah KUSZA ketika itu Ustaz Ismail bin Abdul Halim. Dia sering menjadi makmum saya dan kami biasa bergurau senda, berborak-borak dan selalu minum bersama bila ada kelapangan. Yang lain seperti seperti Ustaz Adam, Ustaz Wan Yaakob dan beberapa orang lagi juga ada hubungan istimewa dengan saya dan Ustaz Hj Suhaimi Mohamad (Imam).

Sedikit latarbelakang saya dan rakan sejawat saya Ustaz Suhaimi sebagai pegawai di bawah pentadbiran KUSZA. Status kami adalah sebagai pegawai kontrak. Setiap 2 tahun kontrak kami akan diperbaharui. Ustaz Suhaimi lagi senior daripada saya. Kami seringkali bertanya bila status kontrak ini akan diubah menjadi tetap dan berpencen? Jawapan yang diberi standard saja, kena tunggu kelulusan JPA. Katanya setiap negeri hanya seorang sahaja imam yang diserap menjadi tetap iaitu Imam Besar saja. Di hati kami rasa terkilan juga kerana walaupun ada ijazah daripada universiti Al-Azhar, pos untuk kami hanyalah kontrak saja...dalam masa sama pegawai bawahan yang berkelulusan SPM dan diploma diupgrade-kan jadi tetap. Malah yang menjadi tukang kebun di taman sekitar masjid yang berkelulusan SRP pun tetap dan berpencen..alhamdulillah....

Berbalik kepada kisah perbincangan dalam bengkel halatuju tadi.... Perbincangan berjalan dengan baik. Masing-masing ada saja idea untuk diketengahkan, sekali-sekala ada saja bahan lucu dan gurau tawa yang sedikit sebanyak meringankan bebanan perbincangan. Sekurang-kurangnya hilang sedikit tekanan. Maklumlah tajuknya berat....'halatuju'....

Selesai sesi perbincangan...pengerusi bengkel pindah agenda hal-hal lain, kalau ada persoalan selain yang telah dipersetujui bersama. Saya memandang ke arah Ustaz Suhaimi kalau-kalau dia nak bertanya persoalan status kontrak kami...payah nak cari situasi semua yang berkenaan ada bersama termasuk beberapa orang ahli majlis KUSZA.

Akhirnya saya memberanikan diri bertanya soalan... Boleh saya tahu sampai bila status kontrak kami ini akan diubah menjadi tetap dan berpencen?? Adakah di sana usaha-usaha dari pihak pentadbiran membuat permohonan khusus kepada JPA sebab yang mewujudkan jawatan itu ialah KUSZA, kemudian diangkat ke sana....??

Bila soalan ini saya ajukan, masing-masing memandang antara satu sama lain. Semua mendiamkan diri dan masing-masing soalah-olah mengharapkan akan ada yang tolong menjawab bagi pihaknya. Lama menunggu akhirnya prof (ahli majlis) pun membuka mulut. Kata dia, "Kalau imam nak jadi kaya, awak boleh pergi minta kerja di KL. Di sana ada masjid-masjid yang dibiaya oleh ahli-ahli koperat. Saya tak suka tengok antara ustaz-ustaz di M'sia ni yang bila dapat duit upah satu tempat agak lumayan, dia tak akan pergi ke tempat upah sedikit. Imam ni pahala je....bla bla bla".....tah apa2 lagi diborakkan... semasa dia bercakap tu saya mencelah, tak setuju dengan apa yang disebut...saya kata yang prof sebut tu tiada kaitan dengan persoalan saya.. soalan saya terfokus kepada status saja, minta jawab yang tu saja....jangan dikaitkan dengan yang lain-lain !!!!

Suasana tenang menjadi sedikit panas... saya yang tadinya cool aje pun dah naik hot juga. Saya tanya, "prof dah habis cakap?? Kalau dah habis saya nak cakap pulak, minta dengar baik-baik..."

Saya kata, "Kalau prof kata kerja jadi imam ni paling mustahaknya pahala saja, maka semua yang ada ni -sambil tuding jari kepada semua yang ada dalam bengkel- rugi kerana tak jadi imam. Bila imam je maka dikaitkan dengan pahala, apahal yang tak jadi imam?" Saya kata semua orang dengar apa yang prof cakap tadi.....

Mendengar jawapan panas saya, Ustaz Wan Yaakob pun jadi bersemangat untuk bercakap menyokong apa yang saya sebutkan dan minta soalan dijawab dengan tindakan kerana jawatan-jawatan di KUSZA ini kita yang wujudkan. Yang menjadi masalah katanya tiada usaha bersungguh dari pihak pentadbiran berusaha ke arah itu.....dia bercakap semakin panas kerana mengungkit perkara-perkara yang telah berlaku dalam pentadbiran -saya tak berhajat menyebutnya di sini- kesimpulannya dia bersimpati dgn nasib kami para imam...

Inilah nasib Islam apabila ia diuruskan dan diletakkan di dalam pejabat atau jabatan. Islam tidak mentadbir atau dijadikan teras dan dasar di dalam pentadbiran. Pada saya masalah ini timbul hasil dari kefahaman yang salah terhadap peranan Islam dalam kehidupan manusia.

Sekian.......

1 comment:

Anonymous said...

MENARIK cerita pengalaman anta...semoga anta berjaya ...skrg ni.,anta pindah kl ker? by che hadira bin che mansor