Penulis: Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria (UsTACZ)
Pengerusi JK Tarbiah
Pertubuhan Ikram Malaysia
Di
antara rahmat dan kurniaan Allah kepada umat Muhammad s.a.w. ialah Dia telah menjadikan khusus untuk umat ini hari-hari dan
musim-musim untuk menambah kebaikan dan ganjaran yang berganda. Allah
s.w.t. membuka pintu-pintu dan memberi peluang bagi hamba-hambaNya mendapat
keberkatan dan rahmat.
Di antara hari-hari tersebut ialah hari-hari
sepuluh pertama dari bulan Zulhijjah sebagaimana yang telah dinyatakan Allah
dalam Surah Al-Fajr ayat 1 dan 2:
والفجر
وليال عشر
"Dan demi waktu
fajar dan malam-malam yang sepuluh".
Berkata
Ibnu Kathir: "10 Malam yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut ialah malam-malam
bulan Zulhijjah".
Ini jugalah yang disepakati oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan ramai dari kalangan ulama' salaf dan khalaf. Pendapat ini telah ditarjihkan oleh majoriti ulama' terutamanya bilamana malam-malam 10 tersebut digandingkan bersama waktu fajar kerana kebanyakan mufassirun (ahli tafsir) mengatakan ia adalah fajar hari Nahr (Hari Raya Qurban dan hari ke 11, 12 dan 13).

Telah
thabit di dalam Sahih Bukhari daripada Ibnu Abbas (hadis marfu'): "Tiada
dari hari-hari untuk beramal soleh padanya terlebih dikasihi kepada Allah
selain hari-hari 10 Zulhijjah ini".
Para sahabat bertanya: "Tidak juga berjihad di jalan Allah? Nabi
s.a.w. bersabda: "Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seorang
lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya, kemudian dia tidak lagi membawa pulang apa-apa".
Hari-hari
sepuluh ini termasuk Hari Arafah yang telah thabit di dalam Sahih Muslim darada
Abu Qatadah katanya: Rasulullah s.a.w. berkenaan puasa Hari Arafah. Sabdanya:
"Aku mengharap Allah s.w.t. akan menghapuskan dosa setahun yang lepas dan
akan datang ". Ini pendapat yang paling kuat dalam bab fadhilat Hari-hari
10 Zulhijjah.
Sesetengah
ulama' menafsirkan rahsia di sebalik kelebihan yang besar ini.
Mereka mengatakan ia berkaitan dengan Ibadat Haji dan diakhiri dengan Hari Arafah. Kelebihan hari ini amat besar, demikian juga kelebihan Hari Raya; ia adalah sebesar-besar kemuliaan di sisi Allah Ta'ala kerana padanya terdapat Haji Akbar. Demikian juga faktor-faktor yang membawa kepada kelebihan beramal padanya berkait dengan suasana keamanan di Mekah itu sebagai persediaan menyambut kedatangan bakal-bakal haji, termasuk juga mereka yang ditinggalkan oleh para hujjaj demi menyahut seruan Allah s.w.t. Semua itu demi satu tujuan iaitulah untuk menumpukan perhatian hanya kepada amal ibadat dan zikir dan ia juga peluang untuk menyibukkan diri masing-masing dengan segala jenis amal ibadat solat, puasa, sedekah dan haji.

Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari Jilid ke 2 pada muka surat
234:
"Dan yang jelas di sini bahawa sebab mengapa istimewanya 10 Hari dari bulan Zulhijjah kerana ia menjadi tempat terhimpunnya Ummahatul Ibadah padanya(أمهات العبادة), iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Semua ibadat itu tidak terhimpun pada selain bulan Zulhijjah".

Betapa
besarnya kelebihan hari-hari ini, Allah s.w.t. menjadikannya kembar kepada 10
hari-hari terakhir dari bulan Ramadhan.
Ibnu Qayyim mengambil jalan pertengahan dalam hal ini.
Di dalam kitab Zadul Ma'ad katanya:
"Maka yang benar pada masalah ini ialah: 10 malam akhir daripada Ramadhan lebih afdhal dari 10 malam akhir dari bulan Zulhijjah dan sebaliknya 10 hari dalam bulan Zulhijjah terlebih afdhal dari 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Dengan huraian ini, maka hilanglah kekeliruan. Ini menunjukkan bahawa 10 malam dari bulan Ramadhan diberi kelebihan dengan sebab adanya Lailatul Qadar -ia berlaku di waktu malam- dan 10 hari dari bulan Zulhijjah lebih afdhal disebabkan hari-harinya itu iaitu padanya terdapat Hari Nahr (Hari 10,11,12 dan 13), Hari Arafah dan Hari Tarwiyah".

Persoalannya
apakah 'amal soleh' yang dimaksudkan di dalam hadis riwayat Bukhari di atas?
Adakah ia jenis tertentu dari amal ibadat ataupun semua jenis amal ibadat yang
boleh mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla?
Terdapat
beberapa hadis yang menjelaskan persoalan di atas.
Di antaranya hadis yang telah diriwayatkan oleh At-Tobarani dengan sanad jayyid:
"Tiada hari-hari di sisi Allah dan tiada hari-hari yang paling aku sukai untuk beramal padanya selain Hari-hari 10, maka perbanyakkanlah padanya tasbih, tahmid, tahlil dan takbir".

dalam Sunan Abu Daud menyatakan bahawa adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa pada
hari-hari 10 ini, iaitu selain Hari Raya.
Kesimpulannya:
Allah
s.w.t. telah memuliakan kita semua dengan kedatangan bulan yang mulia ini, maka
marilah sama-sama kita mengambil peluang keemasan ini untuk mendekatkan diri
kepada Allah Azzawajallla. Semoga segala amalan kita diterima dan kita menjadi
hamba-hamba Allah yang bijaksana dalam usaha meraih redhoNya.
Wallahu
A'lam
No comments:
Post a Comment