Tulisan: Sheikh Mohamed Hamid Eliwa
Terjemahan: UsTACZ
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله
وصحبه ومن والاه وبعد
Allah
SWT telah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang menurutku menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: “Maha
suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari
golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
(Surah
Yusuf: 108)
Ikhwan Muslimin (IM) adalah satu
pertubuhan Islamiyah yang lengkap (syumul) bekerja untuk menegakkan agama Allah
di muka bumi ini demi merealisasikan matlamat
yang dibawa oleh Islam yang maha suci. IM beriman dengan Islam sebagai
aqidah yang mengontrol mereka agar berjalan seiring sesuai dengan Islam itu
sebagai syariah (undang-undang) dan manhaj (method) yang syumul merangkumi
setiap sudut kehidupan.
Dalam situasi dakwah ini (sekarang)
diuji dengan serangan yang amat dahsyat, konspirasi yang dilakukan oleh musuh
terhadap dakwah dan pendokongnya, kita menegaskan di sini bahawa dakwah IM
adalah dakwah Islamiyah yang tulen berjalan di atas petunjuk Nabi Muhammad SAW
di sudut dakwah, islah (pemulihan) dan taghyir (perubahan).
Justeru
dakwah ini adalah kesinambungan bagi jalan asolah (tulen) yang telah dijalani
oleh golongan terdahulu yang termulia. Dakwah ini adalah suci dari ketamakan
dan hawa nafsu. Dakwah ini tertegak untuk membangun bersama ummah mengembalikan
semula keagungan Islam. Dakwah ini pasti akan mendapat kemenangan dengan izin
Allah dan musuh-musuhnya tidak sekali-kali mampu menyekat dan menghalang perjalanan
dan perkembangannya.
Allah
SWT telah berfirman:
وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
“Sedang
rancangan jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya”.
(Surah
Fathir:43)
FirmanNya
lagi:
“Sesungguhnya kami tetap membela serta mempertahankan
rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan
pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)”.
(Surah
al-Mukmin:51)
Untuk
itu, berikut adalah penerangan dan pencerahan berkenaan beberapa perkara
berkaitan dakwah serta hakikatnya seperti yang telah dinyatakan oleh Ustaz Imam
Hasan Al-Banna Rahimahullah:
Berkata
Imam Al-Banna dalam Risalah “Ikhwan Di Bawah Panji Al-Quran”:
“Wahai
IM: Bahkan wahai manusia seluruhnya, kami bukan parti politik sekalipun politik
di atas dasar Islam adalah merupakan inti kepada fikrah kami. Kami bukan
pertubuhan kebajikan pembaikan sekalipun kerja kebajikan dan pembaikan adalah
merupakan tujuan kami yang utama. Kami bukan pertubuhan riadhah (sukan)
sekalipun riadhah untuk kesihatan badan dan ruh adalah merupakan wasilah kami
yang penting. Kami bukan semua bentuk yang disebutkan itu. Sesungguhnya semua
itu mempunyai matlamat terhad dan mempunyai tempoh yang terhad. Boleh jadi ia
tidak lebih dari sekadar pertubuhan yang hanya gah pada nama sahaja. Tetapi
kami (wahai manusia) adalah: Fikrah dan Akidah, Nizam (sistem) dan manhaj
(method), tidak terhad kepada tempat tertentu dan tidak terikat dengan bangsa
tertentu, tidak terkepung oleh sempadan-sempadan geografi, tidak akan terhenti
dengan sesuatu kejayaan terhad yang dicapai sehingga Allah SWT mewariskan bumi
ini beserta pendokongnya kerana ia merupakan nizam Rabb Al-Alamin dan manhaj Rasul Al-Amin”.
Di
tempat yang lain Imam berkata pada akhir Risalah “Antara Semalam dan Hari Ini”:
“Wahai
Ikhwan… Kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan pertubuhan
yang ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang terbatas, tetapi kamu adalah ruh baru
yang mengalir dalam jantung hati ummah ini, justeru kamu mendapat panduan
dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menerangi kegelapan kebendaan
dengan makrifat Allah. Kamu juga adalah suara yang bergema tinggi, melaungkan
dakwah Rasulullah SAW”.
Kita boleh simpulkan kata-kata Imam
Al-Banna dengan beberapa faedah dan hasilan berikut:
· Bahawa
dakwah IM adalah dakwah rabbaniyyah: Kerana asas
yang berligar di atasnya tujuan kita ialah untuk membawa manusia dekat kepada
Tuhan mereka, mengikat hati-hati mereka dengan Tuhan mereka, menumpukan sepenuh
perhatian untuk agama dan dakwah mereka serta membersihkan matlamat dan usaha
semata-mata kepada Allah Tuhan Semesta Alam.
· Bahawa
dakwah IM adalah dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan kepada
Islam yang maha mulia ini dengan kesyumulan, kekamalan dan ketamamannya.
Allah SWT
berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا
“Pada hari ini
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmat Aku
kepada kamu, dan Aku telah redho akan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.
(Surah Al-Maidah: 3)
· Bahawa
dakwah IM adalah dakwah alamiyyah: Kerana ia ditujukan kepada
seluruh manusia dengan sebab manusia itu pada hukumnya adalah bersaudara; asal
usul mereka satu.
Allah SWT
berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan tiadalah
Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya
sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan
pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar), akan tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui (hakikat itu)”
(Surah Saba’:
28).
Mereka
(manusia) tidak diberi kemuliaan melainkan dengan taqwa.
FirmanNya:
“Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)”.
(Surah
Al-Hujurat: 13)
· Bahawa
dakwah IM adalah dakwah yang syumul: Ia tidak
terhad pada satu sudut dalam kehidupan ini. Maka kita tidak boleh menghadkan
gerak kerja hanya pada sudut politik iaitu pertembungan kepartian, perlumbaan
untuk memenangi pilihanraya sahaja sekalipun politik itu juga merupakan
sebahagian dari gerak kerja kita. Kita juga tidak boleh hanya menumpukan gerak
kerja dalam bidang kemasyarakatan, kecemasan serta bergaul mesra dengan anggota
masyarakat sahaja, sekalipun semua gerak kerja kebajikan tersebut sebahagian
dari tanggungjawab kita. Akan tetapi dakwah IM ini merupakan dakwah yang
syumul, merangkumi semua sudut kehidupan ini. Kesyumulan dakwah ini terjelma
dari kesyumulan agama yang maha suci ini.
· Bahawa
dakwah IM adalah dakwah tarbiyah dan takwin: Kerana
tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan (kedua-duanya) itu merupakan
tiang bagi dakwah ini dan keistimewaan yang membezakannya dengan dakwah lain.
Sesungguhnya dakwah ini telah berupaya melalui manhaj tarbiyahnya mentakwin dan
mentarbiyah soff yang mendokong dakwah dan bergerak dengannya. Ia merupakan
hasil yang terpenting kerana individu merupakan tiang pembangunan ummah.
Justeru Imam Al-Banna sentiasa berpesan kepada ikhwan: “Bentuklah diri kamu,
nescaya ummah kamu akan terbentuk (menjadi baik)”. Tarbiyah ini wajib diikuti
oleh semua anggota IM; besar, kecil, lama, baru, pimpinan dan pengikut. Tidak
ada di sana dalam IM orang yang berada di luar dari lingkaran tarbiyah dan
takwin.
· Bahawa
dakwah IM adalah dakwah yang ikhlas dan berprinsip: Dakwah ini
mentarbiyah para pengikutnya untuk meletakkan keredhaan Allah dan ganjaranNya
sebagai matlamat dalam semua gerak kerja dan kata-kata mereka, tanpa menoleh
kepada habuan, pangkat, gelaran, maju atau mundur (dalam hidup). Justeru ikhlas
dijadikan salah satu dari rukun baiah. Imam Al-Banna sentiasa berpesan kepada
ikhwan dengan katanya: “Sesungguhnya bekerja secara senyap (diam dengan tidak
menghebohkan kepada orang) di jalan ini lebih baik dari zahir”. Dakwah ini juga
suci (tidak terkesan) dengan hawa nafsu dan ketamakan, di mana individu yang
bersama dakwah ini menumpukan sepenuh perhatian kepada fikrah serta
prinsip-prinsip dakwahnya tanpa menoleh kepada prinsip, fikrah serta peribadi
tertentu kerana dakwah ini membawa sebaik-baik fikrah.
Allah SWT berfirman:
Allah SWT berfirman:
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
“(Katakanlah
wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam yang Kami telah sebati dengannya
ialah) celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak
Islam)! Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap
percayakan Allah) dan kepadaNya jualah kami beribdat.”
(Surah Al-Baqarah: 138)
Semua
keterangan di atas membuktikan bahawa dakwah IM adalah dakwah Islamiyyah yang
suci. Ia bersifat rabbaniyyah pada titik bertolak dan pada matlamatnya. Ia
bersifat muhammadiyyah pada petunjuknya. Ia bersifat islahiyyah syamilah pada
manhajnya. Ia bersifat alamiyyah yang tidak terhad pada batas-batas tertentu
atau dipisah-pisahkan oleh puak dan bangsa. Peranan dakwah ini yang paling
utama ialah seperti yang telah ditegaskan oleh Imam Al-Banna di dalam Risalah
bertajuk “Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia”: “Memimpin dunia dan menunjuk ajar
manusia seluruhnya kepada sistem-sistem Islam, pengajarannya yang berguna di
mana ia tidak mungkin dapat membahagiakan manusia dengan selainnya”. Ia adalah
ruh baru yang mengalir dalam jantung hati ummah ini dan dihidupkannya dengan
Al-Quran.
Inilah hakikat
sebenar dakwah IM. Amat dangkal dan lemahlah jika ada orang yang menyangka
bahawa dia mampu untuk menghentikan dan menghapuskan dakwah ini. Adalah rugi
dan amat meleset sekali bagi orang yang tidak mengambil pengajaran dari
sunnatullah (undang-undang ketentuan Allah) dalam dakwah ini. Barangsiapa yang
berusaha untuk menyekat dakwah Allah serta berusaha menghalang dakwah ini
sampai kepada manusia adalah seperti orang yang akhirnya berputus asa untuk
menutup sinaran matahari dari manusia.
Allah SWT berfirman:
Allah SWT berfirman:
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maksudnya: “Mereka
sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut
mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang
kafir tidak suka (akan yang demikian).”
(Surah
As-Soff: 8)
وآخر
دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
No comments:
Post a Comment