الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على الهادي الأمين ، محمد بن عبد الله ، وعلى آله وأصحابه ومن والاه ، وبعد …
الّلبيبُ مَن تَغَافَلَ لا مَن غَفَل
(Orang Cerdik Ialah Orang Yang Sengaja Buat Tak Kisah, Bukan Lupa...): ia adalah suatu kata-kata hikmat dalam Fiqh Ta'amul (intraksi) dalam aspek dakwah dan tarbiah. Maksudnya bahawa di sana dalam sesetengah pendirian, isu dan perlakuan remeh temeh yang ditimbulkan tidak harus menjadikan pendokong dakwah dan tarbiah membuang masa melayan situasi tersebut. Pendokong dakwah jangan disibukkan dengannya. Dia dengan sengaja bersikap 'buat tidak kisah', bukan melupai kesannya atau mengkaji natijahnya atau berfikir untuk membetulkannya.
Sikap ini diperlukan oleh murabbi atas dua faktor:
Pertama: Melupainya dengan penuh sedar terhadap kesannya tidak akan mendatangkan kemudharatan apa pun.
Kedua: Bahawa memberi tumpuan terhadap isu itu serta memperbesarkannya walaupun ia sebenarnya kecil kadang-kadang merugikan tenaga murabbi kerana ia boleh memesongkannya dari suatu yang lebih penting.
Ini tidaklah bermakna melupai terus dari memikirkan masalah tarbawi yang remeh itu, kerana melupainya dan tidak prihatin terhadap masalah serta berusaha memberi rawatan awal kadang-kadang akan menyebabkan masalah tersebut merebak dan tidak boleh dikawal, disamping akan meninggalkan kesan yang parah dan sukar diselesaikan.
Benar.... sesungguhnya 'buat tidak kisah' yang disengajakan dalam aspek tarbawi ini pada peringkat tertentu sahaja, bukan melupainya.
اللهم لا تجعلنا من الغافلين
"Ya Allah, jangan Engkau golongkan kami di kalangan mereka yang lalai".
No comments:
Post a Comment