Saturday, July 5, 2014

10 Negara Dengan Kelompok Yahudi Terbesar di Luar Israel

Di negara manakah orang-orang Yahudi di luar Israel, yang jumlahnya paling banyak? Dan bagaimana kesannya? Selama ini tidak banyak data dan peta demografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia yang diketahui umum.



Dan, nampaknya jumlah kewujudan orang-orang Yahudi itu, jumlah mereka, sebanding lurus dengan pengaruh mereka didalam pelbagai bidang kehidupan.

Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada tahap kebijakan setiap negara, yang berkaitan dengann politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan/keamanan, budaya dan ilmu pengetahuan, teknologi/informasi, dan bidang pertanian.

Semakin banyak jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek kebijakan pemerintahan di sesebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum. Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi cukup banyak, maka negara itu, sudah betul-betul berada dalam ‘genggaman’ golongan Yahudi.


Ini kerana mereka membangun jaringan yang sangat kuat, berdasarkan hubungan darah (kaum), ideologi (agama), dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan ‘tuhan’. Inilah gambaran peta dimografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia, setidaknya data ini, memuat 10 negara, yang paling banyak penduduknya orang Yahudi :

Tentu, yang pertama Israel, yang jumlah penduduknya 5.313800 juta (40% dari total populasi Yahudi dunia). 


Di luar Israel, 9 negara dengan jumlah Yahudi paling banyak adalah : 


  1. Amerika Syarikat jumlah Yahudi 5.275 juta (40% dari total populasi Yahudi dunia)
  2. Perancis jumlah Yahudi 491,000 orang  (3.8% dari total populasi Yahudi dunia)
  3. Kanada jumlah Yahudi 373,000 orang (2.9% dari total populasi Yahudi dunia)
  4. United Kingdom jumlah Yahudi 297,000 orang (2.3% dari total populasi Yahudi dunia)
  5. Rusia 228,000 orang (1.7% dari total populasi Yahudi dunia)
  6. Argentina jumlah Yahudi 184,000 orang (1.4% dari total populasi Yahudi dunia)
  7. German jumlah Yahudi 118,000 orang (0.9% dari total populasi Yahudi dunia)
  8. Australia jumlah Yahudi 103,000 orang (0.8% dari total populasi Yahudi dunia)
  9. Brazil jumlah Yahudi 96,000 orang (0.7% dari total populasi Yahudi dunia).
  10. Ukraine jumlah Yahudi 70,000 orang (0.5% dari total populasi Yahudi dunia)



Dari data ini golongan Yahudi yang paling banyak diluar Israel, berada di Amerika yang jumlahnya mencapai 5.275 juta (40% dari total populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara ‘super power’, yang mempunyai pengaruh secara global, baik dibidang ekonomi, perdagangan, petahanan/keamanan, dan berpengaruh sangat luas.

Di Amerika yang sangat terkenal budaya ‘lobby’ Yahudi, yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC, yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika. Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang banyak, dan sudah masuk dalam seluruh lembaga/ badan awam di Amerika, maka melihat kondisi seperti ini, betapa Amerika sekarang ini, para pemimpin Israel sudah mengganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Dan, Israel dengan mudah menentukan kebijakannya terhadap negara dan pemerintah Amerika.


Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu Perancis, UK dan Jerman, juga terdapat populasi Yahudi yang besar. Disamping Rusia yang sejak zaman Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia. Sebahagian pemimpin politik dan ideologi  Parti Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lainnya. Bahkan, sekarang orang terkaya kedua di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab bolasepak Chelsea, juga berketurunan Yahudi.

Semua negara Barat, yang tergabung dalam kelompok G.8 (Kelompok Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang banyak, dan umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting. Namun, semuanya yang menjadi ‘episentrum’ (pusatnya) adalah di Tel Aviv. Sedangkan, negara-negara lainnya, seperti Amerika, Perancis, Kanada, UK, Rusia, dan Jerman, mereka hanya menjadi ‘proxi’ (tangan) Israel.



sumber: http://www.atjehcyber.net

Monday, June 23, 2014

Dalam Ibadat Puasa Terdapat Bekalan _Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur

Kami telah sebutkan bahawa ‘ibadat sembahyang, puasa, zakat dan haji dianggap sebagai sumber yang penting dan dinamik untuk menjadi bekalan di jalan da’wah. Kami telah pun cuba menerangkannya pada perkara yang berkaitan dengan sembahyang. Di sini pula kami menjelaskannya perihal yang berkaitan dengan puasa. Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Orang yang berpuasa mendapat pakaian taqwa. la merupakan perisai yang mempertahankan diri daripada kejahatan dan fitnah. ‘Ibadat puasa lebih istimewa daripada ‘ibadat-’ibadat yang lain kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah. Daripada Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu:

Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: Allah ‘Azzawajalla berkata: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. la adalah untukku dan Akulahyang membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hart maka janganlah mengungkapkan perkataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya, maka kata-kanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa “Demi yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya berubahnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih baik disisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembiraan. Apabila ia berbuka, ia bergembira. Dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira denganpuasanya.”

(Muttafaqun Alaih)

Fardu puasa terikat dengan bulan Ramadan. Apabila disebut Ramadan seolah disebut syurga yang amat luas. Seorang Muslim merentasinya, seolah-olah iaberjalan di tengah-tengah padang pasir kehidupan yang bahang panasnya tidak terperi dan terpaksa menempuhi pelbagai fitnah, maka puasalah yang menjadi bekalan dan memberikan kebaikan kepadanya. Ianya difardukan pada bulan Ramadan agar bekalan dapat digandakan dan bertambahlah seri dan kebaikan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengkhususkan pada bulan Ramadan kebaikan yang banyak. Jika kita mengetahuinya nescaya kita mengimpikan agar sepanjang tahun dijadikan sebagai bulan Ramadan. Pada bulan ini Al-Qur’an diturunkan:

Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antarayang benar dengan yang salah

(Surah Al-Baqarah: Ayat 185)

Padanya terdapat malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik dan seribubulan. Pada bulan ini, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan ditambat, ganjaran amalan digandakan, dan dilakukan i’tikaf dan qiamullail. Demikianlah seorang Muslim yang benar menyambut bulan Ramadan dengan gembira. Orang mu’min gembira dengan kelebihan dan rahmat Allah. la melapangkan diri dari bebanan kehidupan. la menambah dan memperbaharui kecergasannya untuk menyambung semula perjalanan di jalan. Sesiapa pun tidak merasa keenakan kebaikan itu dan mendapat bekalannya melainkan mereka yang menjalani ‘ibadah puasa Ramadan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam.

Pada bulan Al-Qur’an, pendampingan kita terhadap Al-Qur’an juga bertambah dengan membaca, mengamal, menghafal dan menggunakannya untuk qiamullail. Lalu kita memperolehi bekalan dari sumbernya yang sebenar. Ia tidak memadamkan nur, hikmah, hidayah dan pengajaran. Bahkan mengubati apa yang di dalam dada. Itulah bekalan yang amat baik.

Pada bulan Ramadan, orang yang berpuasa melakukan qiamullail pada setiap malam selama sebulan. Padanya terdapat bekalan yang padat. Dengan cara itu, ia membiasakan diri untuk ber’ibadat dan bersabar melakukan dan merasainya. Seterusnya, menjalinkan hubungan yang berterusan, mendekatkan diri, khusyu’ dan tunduk kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Pada bulan Ramadan, disunatkan i’tikaf yang memberikan kesan tersendiri dan membentuk jiwa. Orang yang beri’tikaf menjadi tetamu Allah di rumah Allah. Ia telah meninggalkan kesibukan urusan hidup untuk menumpukan keta’atan dan taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah dengan zikir, sembahyang, do’a, munajat, membaca Al-Qur’an, istighfar, taubat, dan menangis kerana takutkan Allah. Demikianlah Allah Subhanahu wa Ta’ala memuhakan tetamunya, lalu melimpahkan nur dan hidayat ke atas mereka. Setelah itu, mereka keluar dengan berbekalkan taqwa, iman dan petunjuk. Di dalam ayat-ayat puasa engkau mendapati firman Allah:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdo ‘a apabila ia berdo ‘a kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 186)

Puasa menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana ia adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya. Ikhlas kepada Allah adalah antara bekalan terbesar dan paling perlu bagi setiap Muslim di jalan da’wah. Tiada kebaikan daripada ‘amalan atau usaha yang tiada keikhlasan kepada Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala terkaya daripada segala sekutu. Allah tidak menerima sebarang ‘amalan melainkan yang ikhlas kepadaNya.

Puasa menghasilkan mujahadah terhadap keinginan nafsu dan jasad. Ia menguatkan kemahuan Muslim. Inilah bekalan yang mesti dan daruri bagi da’i kepada Allah dan mujahid di jalanNya. Puasa menahan kemahuan nafsu syahwat dan suatu yang halal dalam satu jangka waktu, pada setiap hari, selama sebulan. Perbuatan sebegini membantu seseorang untuk me-negah diri daripada benda yang haram pada waktu-waktu yang lain.

Puasa menghasilkan kesabaran. Ia adalah suatu sifat yang sentiasa ada pada para da’i kepada Allah. Ia membantu mereka bersabar mengharungi halangan dan meneruskan perjalanan di jalan da’wah tanpa rasa hina, lemah dan ingin tunduk kepada musuh.

Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

(Surah Ali-’Imran: Ayat 146)

Sebarang gertakan atau janji buruk, ancaman, penyeksaan atau pengusiran tidak melewatkan mereka sedikit pun.

Puasa mendidik dan membendung anggota badan selama sebulan. la telah terbiasa dengannya. Puasanya tidak terbatas pada menahan syahwat perut dan kemaluan sahaja. Malahan puasa yang sebenar ialah puasa seluruh anggota dari segala apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala haramkan. Mata, telinga, lidah, tangan dan kaki juga berpuasa di samping mulut dan kemaluan. Inilah suatu bahagian tarbiyyah yang penting dalam personaliti Muslim.

Puasa membentuk budi-pekerti yang lemah-lembut terhadap orang jahil. Apabila seseorang itu mencetuskan kemarahan orang yang berpuasa dengan mencela atau memarahinya, ia menahannya dan berlemah-lembut seraya berkata: “Sesungguhnya aku berpuasa.” Para da’i kepada Allah amat memerlukan akhlaq sebegini seperti mengawal nafsu, berlapang dada dan tidak marah semata-mata kerana keinginan nafsu. Semua itu merupakan suatu impak yang baik pada kemaslahatan da’wah:

kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu

(Surah Ali-’Imran: Ayat 159)

Ia menjimatkan waktu dan tenaga untuk kemaslahatan da’wah dan penghasilan, berbanding membuang waktu dan tenaga lantaran berlaku kemarahan di dalam perdebatan, perselisihan, menentukan sesuatu danberdamai semula. Tatkala itu, da’wah dan segala sesuatu penghasilan dan gerak-kerja akan menjadi mangsa. Benarlah firman Allah yang Maha Besar:

Dan tidaklah soma (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik

(Surah Fussilat: Ayat 34)

Puasa mendidik hati mengasihani golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Ketika mana seseorang itu berasa lapar, ia bersegera menghulurkan tangan untuk membantu mereka. Justeru, disyari’atkan zakat fitrah untuk menguatkan dan mengingatkan pengertian yang sedemikian. Inilah suatu aspek tarbiyyah yang penting dan mesti ditegakkan di kalangan kaum Muslimin.

Semasa berpuasa, perut dikosongkan dan pemakanan dikurangkan. Kedudukan roh menjadi tinggi, hati menjadi jernih, seterusnya hijab dan tarikan duniawi terhindar. Kejernihan dan sinaran memancarkan cahaya kebenaran di dalam hati. Maka teranglah hati, dan nafsu pun bersedia untuk menjalani proses tazkiah dengan zikir, bacaan Al-Qur’an, istighfar, taubat dan do’a. Lahirlah kebahagiaan hakiki, keselesaan ruh dan perasaan mendekati Allah. Pengertian ini menguatkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:

Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui saluran darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar.

(Muttafaqun Alaih)

Puasa pada hari yang amat panas khususnya, dapat mempersiapkan diri Muslim dengan kesabaran dan kesanggupan mengharungi medan jihad, peperangan dan pertarungan dengan musuh atau menghadapi situasi sukar di dalam bidang da’wah. Tarikan duniawi dan tuntutan jasmani tidak menjadi penghalang atau menyukarkan untuk meneruskan perjalanan da’wah.

Puasa mengajar bagaimana seharusnya seorang mu’min bergembira dengan taufiq dan pertolongan daripada Allah untuknya melaksanakan ‘ibadat dan mengikhlaskan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengingatkan kita bahawa orang yangberpuasa mendapat dua kegembiraan: Apabila ia berbuka dan sewaktu iabertemu Allah dengan puasanya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Katakanlah (wahaiMuhammad) kedatangan Al-Qur’an itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Qur’an itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).

(Surah Yunus: Ayat 58)

Perkara ini memperbetulkan gambaran yang salah pada kebanyakan orang, mereka bergembira apabila mendapat kebendaan dunia dan bersedih ketika kehilangannya.

Puasa mengukuhkan pengertian jama’ah di dalam diri. Kaum Muslimin di seluruh dunia berpuasa pada bulan yang sama. Mereka merasai kebaikan dengan sebab puasa dan bulan Ramadan disertai bersama saudara mereka di seluruh dunia yang berlainan keturunan. Perasaan kesatuan di antara kaum Muslimin adalah perkara yang penting dan perlu khususnya mereka yang menjalankan usaha da’wah.

Oleh kerana ‘ibadah puasa mengandungi kebaikan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah “mensunatkannya” pada hari-hari yang tidak wajib kita melaksanakannya, sepanjang tahun. Baginda menggalakkan kita melakukannya lantaran kesungguhan dan kecintaannya kepada perkara yang baik.

Oleh kerana, rahmat Allah kepada kita dan Allah menyukai suatu yang baik kepada kita, dipermudahkan salat ketika kita musafir, sakit dan peperangan. Allah hanya meringankannya sedikit sehingga kita tidak meninggalkannya langsung dan tidak mendapat kebaikan dan bekalan darinya. Berpunca daripada rahmat Allah, dan supaya tidak membcban-kan kita, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan keringanan kepada mereka yang bermusafir atau sakit. Mereka dibolehkan meninggalkan puasa Dengan menggantikannya pada hari lain atau membayar fidyah.

Puasa menghubungkan Muslim dengan alam semesta yang mengandungi bulan dan bintang. Mereka memerhatikannya untuk mengetahui awal bulan dan melihatauak bulan pada awal bulan Ramadan dan bulan Syawal. Dengan cara ini, mereka mengenali penciptaan Allah yang menunjukkan kepada kebesaran dan kekuasaanNya.

Puasa membiasakan Muslim mementingkan dan menepati masa. Setiap orang yang berpuasa meneliti waktu imsak dan waktu berbuka. Mereka menghalusinya agar puasa tidak terbatal dengan sebab pengabaian atau tidak teliti. Perbuatan sebegini berulang-ulang selama sebulan sehingga boleh melengkapkan diri seseorang dengan karektor tersebut. Para da’i kepada Allah pada hari ini amat memerlukannya di dalam kehidupan dengan da’wah, perjumpaan dan pekerjaan, supaya ia tidak membantutkan perkara yang penting atau mensia-siakan masa orang lain tanpa faedah.

Di samping itu, puasa memberikan kesan kesihatan yang baik kepada jasad. Mutakhir ini, ilmu kedoktoran moden telah mendedahkan hakikat tersebut. Sebahagian rumah sakit telah menjadikan puasa sebagai cara yang berkesan untuk mengubati kebanyakan penyakit.

Semua ini adalah bekalan dan kesan tarbiyyah dari puasa. Bulan puasa senang untuk dilalui kepada sesiapa yang benar niatnya dan berpuasa sepertimana yang dikehendaki Allah dan diajar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

Apa yang kita lihat pada hari ini, sebahagian besar kaum Muslimin telah menukarkan bulan puasa kepada bulan menjamah dan membanyakkan makanan. Sepatutnya, kita perlu berlapar dan mengurangkan makanan. Bulan ‘ibadat, qiamullail dan Al-Qur’an telah bertukar menjadi bulan yang melekakan dan berjaga malam dengan perbuatan yang sia-sia. Ianya telah menjadi peluang kepada seniman dan seniwati untuk menghidupkan malam-malam bulan Ramadan dengan perkara yang buruk dan membinasakannya. Saya mengatakan bahawa perhimpunan mungkar ini telah mencemar hakikat Ramadan. Keadaan ini tidak diredai Allah dan juga RasulNya. Kita mestilah berusaha membetulkannya.

Akhir sekali, saya bermohon kepada Allah agar memanfa’atkan kita dengan Ramadan dan bekalan puasa. Apa yang telah saya sebutkan bukanlah suatu yang telah meliputi tajuk ini tetapi hanyalah sebahagian daripada aspek-aspeknya. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan manfa’at kepada kita.

Related Posts

Friday, June 13, 2014

TG Nik Aziz: Tengok bola jangan sampai lupa Ramadhan

Kesimpulan isu Istihalah Khinzir_ menarik

Posted on Friday, June 13 @ 12:46:55 MYT 

PendapatADA yang bertanya, setelah diketahui pandangan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwas and Research), Persidangan Fiqh Eropah, dan Persidangan Fikah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain.

Sementara itu, Majma’ al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jeddah pada keputusan 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar diambil?

Rumusan saya seperti berikut:

1. Pada asasnya, istihalah adalah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam fikah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali).

Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan bersih.

2. Antara dalil disebut fuqaha dalam istihalah ialah hadis Nabi Muhammad SAW: “Sebaik-baik hidangan adalah cuka.” (Riwayat Muslim)

Cuka berasal daripada arak yang berubah secara istihalah. Ada pun hadis yang melarang menjadi arak itu cuka ditakwilkan sebagai larangan di peringkat awal pengharaman arak bertujuan menghapuskan habis-habisan termasuk memecahkan bekas arak.

Pada hal bekas tersebut boleh digunakan jika dibersihkan. Namun, itu pendekatan di peringkat awal pengharaman.

Nabi  Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik wangian adalah kasturi” (Riwayat Muslim) sedangkan kasturi berasal daripada darah kijang yang bertukar menjadi wangian.

Bangkai, darah dan daging khinzir diharamkan dalam al-Quran. Namun, kasturi berasal daripada darah dibenarkan kerana bertukar sifat.

Terdapat lagi dalil lain daripada naqli (nas) dan aqli (lojik) yang dipakai dalam masalah ini.

3. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia seperti makanan, perubatan dan bahan kecantikan.
Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan berasal daripada sumber haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan

4. Fatwa tentang hal ini dikeluarkan ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Berikut kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah mengizinkan bahan berasal haram tapi berubah melalui proses. Begitu juga alkohol sedikit dalam makanan tertentu yang tiada kesan.

Hukum syariah

Fatwa (34) - Soalan: Bahan daripada sebahagian makanan mengandungi item yang ditandai huruf  "E' dan nombor. Kami diberitahu item tersebut dihasilkan daripada lemak dan tulang babi.
Jika perkara ini betul, apakah hukum syariah terhadap makanan sedemikian.

A) Item membawa huruf “E” dan rentetan nombor adalah bahan tambahan. Aditif mempunyai lebih 350 sebatian dan ia mungkin dalam bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis.

Aditif dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut sumbernya:
Pertama: Sebatian asal kimia tiruan
Kedua: Sebatian asal tanaman.
Ketiga: Sebatian asal haiwan
Keempat: Sebatian larutan dalam alkohol

Yang berkuatkuasa pada semua sebatian adalah mereka tidak menjejaskan status makanan ini menjadi halal seperti berikut:

Kumpulan pertama dan kedua adalah halal kerana ia berasal daripada bahan yang dibenarkan dan tidak membahayakan daripada menggunakan item tersebut.

Kumpulan ketiga juga halal, kerana asal haiwan tidak sama semasa proses pembuatan. Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan tulen melalui proses yang dipanggil transformasi kimia. Transformasi ini juga memberi kesan hukum mengenai bahan tersebut.

Oleh itu, jika bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia berubah kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan baru. Contohnya, jika alkohol berubah dan telah berubah kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa ketetapan baru mengikut jenis produk baru, iaitu halal.

Bagi kumpulan keempat, item ini biasanya pewarna dan digunakan dalam kuantiti yang sangat sedikit, yang larut dalam bentuk produk akhir, yang difikirkan satu perkara dimaafkan.

Oleh itu, apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi mana-mana bahan ini masih halal dan dibenarkan untuk kegunaan orang Islam.

Kita juga perlu ingat bahawa agama kita adalah agama mudah dan kita telah dilarang daripada membuat perkara yang menyusahkan.

Lebih-lebih lagi, mencari dan menyiasat perkara itu tidaklah seperti apa yang ALLAH SWT atau Rasul-Nya memerintahkan kita  untuk lakukan.

Iktiraf khilaf fikah

Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri daripada: Professor Yusuf Al-Qaradawi, Presiden  ECFR (Mesir, Qatar), Hakim Sheikh Faisal Maulawi, Naib Presiden (Lebanon),  Sheikh Hussein Mohammed Halawa, Setiausaha Agung (Ireland), Sheikh Dr Ahmad

Jaballah (Perancis), Sheikh Dr Ahmed Ali Al-Imam (Sudan), Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK), Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK) dan Sheikh Ounis Qurqah (Perancis).

Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK), Sheikh Dr Abdullah Ibn Bayya (Arab Saudi), Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Sepanyol), Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania), Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK), Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar,

Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Arab Saudi), Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Arab Saudi), Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait), Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (Perancis), Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan) dan Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar),

Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK), Sheikh Tahir Mahdi (Perancis), Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway), Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan).

Sheikh Muhammed Siddique (Jerman), Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE), Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Jerman), Sheikh Mahumoud Mujahed (Belgium), Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia), Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Jerman),

Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Arab Saudi) serta Sheikh Yusf Ibram (Switzerland).

5. Walaupun golongan ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu atau pun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak.

Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fikah masa kini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka.

Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah tadi yang terdiri daripada tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Persidangan Fiqh Eropah dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah.

Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

6. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhah -sekali pun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fikah Islam dan mengiktiraf khilaf fikah yang berasaskan hujah.

Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

7. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah.

Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhah dapat menggalakkan industri halal.

8. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna.

Kelemahan industri umat Islam adalah punca berleluasanya bahan yang syubhah dan juga mungkin haram.

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online. 

Wednesday, June 11, 2014

DNA Babi: Dr Maza Canggah Ustaz Kazim Elias_saya sokong Dr Maza

Posted on Tuesday, June 10 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Berikut status yang dimuatnaik oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin sekitar jam 1 tengahari tadi yang dijangkakan berhubungkait dengan pandangan Ustaz Kazim Elias mengenai isu gelatin dan DNA Babi.

Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara ‘janggal’ menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.
Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.

Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.
Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza’i, al-Thauri, Laith bin Sa’d, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat. Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.

Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.
Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya.
Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.
Sumber FB Rasmi Dr Asri



Sunday, June 8, 2014

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


Kesihatan
Jika selama ini andamalas untuk berjalan, fikirkan kembali. Satu kajian telah membuktikan berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit dan yang paling penting adalah proses rawatan tanpa mengeluarkan wang.

Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Ihsan dari tranungkite.net

Monday, May 26, 2014

Peristiwa Israk Mikraj_al-Banna

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
 
Kita panjatkan pujian dan syukur ke hadhrat Allah subhanahu wa ta’ala dan kita ucapkan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad saw, juga untuk seluruh keluarga dan sahabatnya, serta siapa sahaja yang menyerukan dakwahnya hingga ke hari kiamat.
 
Amma ba’du. Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
 
Kita bersyukur kepada Allah subhanahu wa ta’ala yang telah memberikan kesempatan berkumpul kepada kita dalam rangka acara peringatan agung dan tercinta, iaitu peringatan Isra’ Mi’raj.
 
Setiap tahun kita berkumpul di bulan Rajab yang mulia. Ia adalah bulan yang diberkati, waktu-waktunya merupakan kemuliaanrabbani’Barangsiapa yang berbuat baik, maka Allah akan menambah kebaikannya di dalamnya dan barangsiapa yang berbuat jahat, maka Allah akan membukakan pintu ampunan untuknya pada bulan yang diberkati ini.
 
Di sini saya tidak akan membahas kisah Isra’ dan Mi’raj secara terperinci kerana anda semua tentu sudah mendengar dan membacanya. Tetapi kita akan mengadakan ulasan singkat sahaja. 
 
Isra’ adalah perjalanan yang dilaksanakan oleh Rasulullah shalallahu ‘alayhi wa sallam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha, sedangkan Mi’raj’ adalah perjalanan samawiah’ yang dilaksanakan oleh baginda shalallahu ‘alayhi wa sallam dari Masjidil Aqsha ke langit paling tinggi.
 
Kedua-dua perjalanan ini dilaksanakan dalam satu malam dan dilaksanakan oleh Rasulullah shalallahu ‘alayhi wa sallam sebagai manusia secara utuh. Kisah ini telah disinggung oleh Al-Qur’an dalam surah Al-Isra’.
 
Ada orang yang bersikap ragu terhadap kisah Isra’ dan bertanya,
 
“Apakah kisah tersebut sesuai dengan hukum-hukum Allah yang berlaku bagi makhluknya?
 
Mungkinkah manusia yang komposisinya terdiri dari daging dan darah serta memerlukan elemen-elemen material, dapat naik ke langit, padahal kita mengetahui bahwa di tempat tertentu terdapat ruang hampagas dan pada titik ketinggian tertentu sudah tidak terdapat oksigen?”
 
Saya pernah mengatakan kepada mereka,
“Ini adalah kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu. Ia merupakan perkara yang mungkin dan tidak mustahil dalam logik kekuasaan Allah. Tetapi, perlu saya tanyakan juga, apakah kamu mengetahui seluruh ilmu Allah yang telah lalu mahupun yang akan datang?”
Ikhwan sekalian, pada kenyataannya, ilmu moden telah menyingkap rahsia itu dan bahwa manusia mempunyai unsur lain selain unsur material, iaitu unsur kejiwaan, yang disebut sebagai ‘alam ruh’ atau ‘alam kejiwaan’.
Sekalipun ilmu pengetahuan belum mampu menyingkap hakikat alam ini, tetapi ia telah sampai pada pengetahuan bahwa ruh dapat menguasai badan sehingga dapat menguasai, membatasi dan menundukkannya kepada hukum-hukumnya, bukan kepada hukum-hukum kebendaan.
Sebenarnya, beberapa kejadian boleh membuktikan perkara ini. Ada sebahagian penganut sufi di India yang mampu menguasai badannya dengan kekuatan ruhnya serta bertahan selama satu minggu. Kita juga mengenali akan adanya ‘hipnotis’, yang menjadikan ruh menguasai badan, sehingga ia berubah menjadi mata yang melihat.
Yang berlaku dalam kisah Isra’ Mi’raj adalah, bahwa Allah subhanahu wa ta’alamengurniakan kepada Nabi-Nya yang mulia ini kekuatan ruhani yang besar, sehingga menguasai badannya. Ini bukan bererti bahwa baginda diisra’kan dengan badan tanpa ruh, tetapi diisra’kan dengan ruh dan jasad.
 
Sebahagian orang bertanya-tanya, “Apakah hikmah Isra’ Mi’raj?”
 
Saya berkeyakinan bahwa Isra’ Mi’raj adalah bahan asas dalam kurikulum pentarbiyahan Ilahi. Ini adalah kerana Allah subhanahu wa ta’ala telah menyiapkan Rasul-Nya yang mulia agar menjadi penghulu para ‘murabbi’dan para pengajar. Maka baginda perlulah mempunyai kedudukan ilmu yang melebihi kedudukan-kedudukan yang dimiliki oleh manusia lainnya.
 
Oleh yang demikian, Allah mengelilingkan baginda di seluruh ceruk langit agar keimanan baginda merupakan keimanan yang berdasarkan :
 
a.      Penyaksian.
b.     Penglihatan.
 
dan tidak sekadar keimanan yang berdasarkan pada keyakinan dan teori.
 
Ada hikmah lain yang mengandungi nilai ketinggian dan kemuliaan.
 
Allah subhanahu wa ta’ala telah mewajibkan solat kepada kaum muslimin pada malam Isra’ Mi’raj. Allah tidak menghendaki kewajiban ini diperintahkan melalui wahyu sebagaimana  kewajiban-kewajiban lain, tetapi Dia mengundang Nabi-Nya yang mulia agar baginda dapat menjelaskan kepada manusia bahwa solat mempunyai nilai yang tinggi dan agung serta merupakan bahan asas dalam kurikulum pentarbiyahan Islam. Solat adalah :
 
1.     Kebersihan.
2.     Keaktifan.
3.     Kesihatan.
4.     Ilmu.
5.     Akhlak.
 
Saya kira, anda semua telah mengetahui bahwa ‘Hadits Tsulatsa’ (pertemuan selasa) kali ini mengambil tema Isra’ Mi’raj. Tema ini dibahas oleh para Ikhwan bukan sebagai kisah semata-mata, tetapi di satu sudut ia sebagai pelajaran dan di sudut yang lain sebagai pemacu kepada amal.
 
Sebagai kisah, cukuplah kita mendapatkan informasi yang dibawa oleh Al-Qur’anul Karim, 
 
“Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS Al-Isra’ : 1 )
 
Ayat ini mengandungi keterangan mengenai Isra’. Di antara makna yang dikandungnya bahwa ayat ini menyebut Masjidil Aqsha, padahal apabila ditinjau dari definisi masjid ketika itu, ia belum merupakan sebuah masjid, melainkan sekadar tempat ibadah.
Sebutan masjid yang digunakan oleh Allah dapat menjadi pembakar semangat bagi kaum muslimin untuk masjid ini iaitu :
a.      Menguasai tanah yang diberkati ini.
b.     Memperjuangkannya.
c.      Menjaganya jangan sampai terlepas dari tangan mereka.
Ini juga merupakan isyarat bahwa ia kelak menjadi masjid dan ia akan tetap demikian, sekalipun orang-orang kafir membencinya.
Semoga Allah memberikan pahala kebaikan kepada tamu Mesir yang agung, Sahibus Samahah Mufti Akbar (Amin Al Husaini) yang telah berulang kali mempertaruhkan darahnya agar Masjidil Aqsha ini tetap merupakan masjid.
Orang-orang Yahudi pernah menawarkan kepada beliau tebusan sebesar satu juta pound agar memberikan konsesi dengan menyerahkan tiga belas meter tanah di Masjidil Aqsha.
Beliau menjawab dengan keimanan mendalam :
“Demi Allah, andaikata kamu mampu mengumpulkan seluruh harta orang-orang Yahudi di dunia, niscaya aku tidak akan menyerahkan kepada kamu walaupun hanya setengah meter.”
Kenyataannya, ia merupakan salah satu mukjizat Islam dan sebab terjaganya Masjidil Aqsha, kerana Allah memudahkan orang-orang seperti Sahibus Samahah Mufti untuk mengambil sikap agung ini.
Sebagaimana yang telah disinggung tentang peristiwa Isra’, Allah juga menyinggung tentang peristiwa Mi’raj, di dalam firman-Nya, 
 
“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. (Iaitu) di Sidratul Muntaha. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal. (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.” (QS An-Najm : 13-18)
 
Yang penting kita perhatikan tentang Isra’ dan Mi’raj adalah ramai manusia menganggap bahwa Isra’ dan Mi’raj merupakan peristiwa yang bertentangan dengan hukum-hukum alam, kerana perpindahan manusia dari satu tempat ke tempat lain dengan jarak seperti ini merupakan suatu perkara yang mustahil berdasarkan kebiasaan.
Aduhai, masih cukup baik jika mereka berhenti sampai pada batas ini, namun ternyata lebih dari itu, mereka berkata,
“Baginda dinaikkan ke langit, lantas bagaimana baginda bernafas?”
Selama masa yang panjang mereka masih ragu terhadap peristiwa ini.
Para salaf pendahulu kita mempunyai jawaban atas pertanyaan ini dan jawaban mereka tetap sama iaitu :
 
“Sesungguhnya peristiwa ini adalah mukjizat yang berlaku di luar kebiasaan. Kekuasaan Allah subhanahu wa ta’ala boleh mewujudkan perkara-perkara semacam itu, dan itu merupakan sunnah-sunnah yang dikenali di kalangan orang-orang yang beriman.”
 
“Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhan kamu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang. Dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuh kamu.” (QS Al-lnfithar : 6-8)
 
Bahkan, kita katakan kepada orang-orang yang ragu tersebut :
“Mari berfikir sejenak! Apakah kamu telah mengetahui seluruh hukum yang berlaku di alam semesta?”
Kamu sendiri mengakui bahwa kamu belum mengetahui seluruh kekuatan yang tersimpan di alam semesta dan tidak mengetahui secara menyeluruh tentang hukum-hukum alam. Oleh kerana itu, anggap sahaja ini sebagai suatu perkara yang belum kamu ketahui ilmunya dan belum sampai kepada akal fikiran kamu.
“Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (QS Al-Isra’: 85)
 
Andaikata kamu memperhatikan sejarah penemuan-penemuan ilmiah, niscaya kamu ingat bagaimana setiap penemuan diikuti dengan penolakan dan pengingkaran. Kemudian akal manusia tunduk mengikuti hukum realiti setelah sebelumnya mengingkari dan menolak.
Kita juga mengatakan kepada mereka :
 
“Ilmu empirik yang kamu bergantung kepadanya telah membuktikan bahwa kekuatan kejiwaan boleh mempengaruhi jasad / fizikal, sehingga mampu memindahkannya dari satu tempat ke tempat lain dan mengangkatnya dari permukaan tanah. Jika manusia dengan kekuatan jiwanya mampu melakukan keajaiban-keajaiban itu, maka mustahilkah bagi Allah untuk memberikan kekuatan jiwa kepada Nabi-Nya, yang menguasai badan baginda yang mulia, sehingga badan tersebut berubah menjadi ruh murni dan badan ruhani ini menembusi bahan tersebut, kerana ia telah keluar dari ruang lingkup kebendaan kepada ruang lingkup ruhani.”
 
Semoga Allah merahmati ‘Asy-Syauqi’ yang mengatakan,
 
Dengan keduanya baginda diisra’kan ruh, ruhani dan cahaya.’
 
Mereka mengatakan :
 
“Sesungguhnya Musa alayhissalaam setelah selesai dari masa berbicara dengan Allah Yang Maha Tinggi, boleh mendengar rayapan semut dari jarak empat ‘farsakh’.” 
 
Maka, bagaimana pula menurut kamu jika perkara itu dalam keadaan tajalli’Bagaimana pula dengan Rasulullah shalallahu ‘alayhi wa sallamsedangkan Allah subhanahu wa ta’ala telah bertajalli’ terhadap baginda dengan keruhanian yang sempurna.
 
Mustahilkah bagi baginda untuk menembusi batas-batas kebendaan. Jadi pada malam tersebut, ruh adalah yang berkuasa atas hakikat fizikal.
 
Ada satu kajian lain yang penting bagi kita, iaitu hikmah Isra’ dan Mi’raj.
 
Sebahagian orang bertanya, “Apa hikmah Isra’ Mi’raj?”
 
Menjawab pertanyaan ini, para Salaf pendahulu kita berkata,
 
“Allah berkehendak untuk memuliakan Nabi-Nya shalallahu ‘alayhi wa sallam, kerana itu Allah memanggil baginda dan membukakan di hadapannya kerajaan langit dan bumi.”
 
Kita katakan bahwa :
 
“Isra’ Mi’raj merupakan kemestian demi pembentukan keperibadian baginda shalallahu ‘alayhi wa sallam. Ini adalah kerana Allah subhanahu wa ta’ala telah :
 
1.     Mengutus baginda sebagai penghulu bagi seluruh orang yang beriman dan guru dari segala guru.
 
2.     Menjadikan baginda sebagai mata air jernih dan pemancar cahaya, iaitu cahaya ilmu dan petunjuk untuk semua makhluk.
 
Baginda adalah ‘dinamo’ yang akan memberikan tenaga untuk dunia secara keseluruhan, maka perlu diisi dengan sebanyak mungkin dari ilmu dan iman sedangkan ilmu dan iman yang paling kuat adalah apabila muncul dari kesaksian.
Oleh kerana itu, Allah memperlihatkan kepada baginda kerajaan langit dan bumi, agar baginda termasuk dalam golongan orang-orang yang yakin, sehingga :
a.     Iman baginda adalah iman yang berdasarkan kesaksian.
b.     Ilmu baginda adalah ilmu yang berdasarkan keyakinan pula.
“Dan kerana Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurniaan Allah sangat besar atasmu.” (QS An-Nisa’ : 113)
 
Jika Allah telah memperlihatkan kerajaan langit dan bumi kepada Ibrahim, maka Allah subhanahu wa ta’ala pun memperlihatkan kepada Nabi-Nya shalallahu ‘alayhi wa sallam kerajaan langit dan bumi tersebut, agar baginda menjadi salah seorang yang yakin, dengan bentuk yang lebih nyata dan lebih sempurna daripada yang dilihat oleh Ibrahim kerana baginda adalah penutup para Nabi dan sumber petunjuk bagi seluruh manusia.
 
“Mahasuci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Qur’an) kepada hamba-Nya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (QS Al-Furqan : 1)”
 
Ini yang pertama.
Yang kedua, dalam perjalanan ini, telah diwajibkan solat. Itu sebagai pernyataan mengenai keagungan kedudukan solat.
 
Allah subhanahu wa ta’ala hendak menyedarkan baginda mengenai ketinggian nilai solat, sebab itu Allah memerintahkannya secara langsung dari langit, agar :
 
1.     Menjadi pemakluman mengenai kuat dan agungnya keutamaan kewajiban ini.
2.     Manusia melihat ketinggian nilainya.
 
Barangsiapa yang telah menegakkan kewajiban ini, bererti ia telah menegakkan agama.
 
Ada hikmah ketiga, iaitu sebagai pelajaran.
 
Allah subhanahu wa ta’ala seolah-olah mengatakan kepada umat ini,
 
“Wahai umat Islam, yang Nabinya dikehendaki oleh Allah untuk menyaksikan seluruh alam ini sebagai penghormatan baginya, janganlah kamu menjadi ekor bagi umat lain, jangan menerima kehinaan, tetapi hendaklah kamu merasa tinggi, dan janganlah kamu berprasangka bahwa meneladani Nabi shalallahu ‘alayhi wa sallam itu hanya untuk satu aspek dengan mengabaikan aspek lain, tetapi meneladani baginda mestilah dalam seluruh aspek.”
 
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasul Allah itu suri teladan yang baik bagimu.” (QS Al-Ahzab : 21)
 
Kita hanya memohon kepada Allah agar mengembalikan kemuliaan dan kejayaan untuk umat ini, kerana Dia adalah semulia-mulia Zat yang dimohon dan seutama-utama Zat yang diminta.
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammadshalallahu ‘alayhi wa sallam , juga kepada seluruh keluarga dan sahabatnya.
Peristiwa bersejarah dalam perjalanan dakwah baginda Sayyidina Rasulillah shallallahu ‘alaihi wasallam, yang berupa Isra’ Mi’raj, biasa diperingati oleh kaum muslimin pada setiap tanggal 27 Rajab. Padahal yang terpenting bahkan yang penting dari Isra’ Mi’raj dan dari setiap detik sirah yang lain, bukanlah peringatannya melainkan bagaimana dan apa yang perlu dan boleh kita ambil darinya berupa :
a.      ‘Ibrah’ (pengajaran).
b.     Hikmah.
c.      Pelajaran.
d.     Makna.
e.      Misi.
dan seumpamanya bagi keimanan, keislaman, perjuangan dakwah dan kehidupan kita secara umum.
Meskipun telah disepakati di antara seluruh ulama’ Islam sepanjang sejarah akan kebenaran dan kepastian kejadiannya, tapi pada masa yang sama telah berlaku perbezaan dan perselisihan pendapat yang sangat luas dan banyak berkait dengan penentuan waktunya.
 
Bahkan itu tidak hanya tentang hari atau tanggal dan bulannya, melainkan juga terkait dengan tahun berlakunya peristiwa agung dan luar biasa tersebut.
 
Memang semua telah berijma’ bahwa, Isra’ Mi’raj berlaku sebelum hijrah ke Madinah. Namun bila secara tepatnya sebelum hijrah itu, tidak ada yang dapat memastikannya di sini dan jarak perbezaan pandangan para ulama’ sangatlah luas sekali.
 
Mulai dari pendapat bahwa, Isra’ Mi’raj dialami oleh Nabi tercinta shallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun pertama baginda diangkat menjadi Nabi dan Rasul (pilihan Imam Ath-Thabari), sampai ada juga mazhab yang mengatakan bahwa ia berlaku satu tahun sebelum peristiwa hijrah, yakni pada bulan Rabi’ul Awwal tahun 13 Kenabian. Selebihnya ada pendapat-pendapat lain yang mentarjih bahwa Isra’ Mi’raj berlaku pada tahun ke-5 Kenabian (tarjih Imam An Nawawi dan Al Qurthubi), atau pada tanggal 27 Rajab tahun 10 Kenabian (pilihan Al Manshurfuri, ulama’ India), atau pada bulan Ramadhan tahun 12 Kenabian, atau pada Muharram tahun 13 Kenabian, atau mungkin juga masih ada pendapat-pendapat lainnya lagi.
 
Oleh kerana tidak adanya dalil ‘sahih’ (kuat) yang ‘sharih’ (tegas), maka tidak boleh dipilih secara meyakinkan mana di antara pendapat-pendapat di atas yang paling kuat melainkan mungkin hanya boleh ditarjih secara umum dan global sahaja bahwa, Isra’ Mi’raj berlaku sebelum hijrah pada akhir tahun 10 Kenabian atau sesudahnya. Ini adalah kerana Ummul Mu’minin Khadijah radhiyallahu ‘anha wafat pada bulan Ramadhan tahun 10 Kenabian, dan itu sebelum diwajibkannya solat fardhu 5 waktu. Padahal tidak ada perselisihan bahwa, perintah kewajiban solat fardhu tersebut adalah pada malam Isra’ dan Mi’raj!
Jadi sekali lagi, yang terpenting dan bahkan yang penting dari kejadian Isra’ Mi’rajBUKANLAH
1.     Penentuan tanggal, hari, bulan dan tahunnya.
2.     Perayaan dan peringatannya.
Melainkan yang penting dan terpenting adalah ibrah, hikmah, pelajaran, makna, misi dan seumpamanya, yang boleh dan perlu kita ambil darinya, bagi keimanan, keislaman, perjuangan dakwah dan juga kehidupan kita secara umum.
Maka mari kita sentiasa fokus pada aspek-aspek ini ketika menyusuri setiap bahagian peristiwa penting dan saat-saat istimewa dari sirah dan sejarah!
Isra’ Mi’raj merupakan salah satu stesen paling penting dalam sirah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan bahkan dalam perjalanan dakwah Islam sepanjang masa seluruhnya kerana tidak berselang lama selepas peristiwa Isra’ Mi’raj itulah terbentang lebar jalan kemenangan dakwah Islam, dengan berlakunya Bai’atul Aqabah I dan II dengan para pendahulu Islam dari generasi pertama sahabat Anshar, yang akhirnya berbuah kepada hijrah Islam secara total dan menyeluruh dari Makkah ke Madinah.
Isra’ Mi’raj berlaku pada saat bebanan tekanan perjuangan dakwah terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga para sahabat telah benar-benar sampai ke kemuncaknya pada zaman Makkiyyah. Khususnya dengan gugurnya dua peribadi terpenting dan terdekat bagi baginda Nabishallallahu ‘alaihi wasallam, yang sekaligus merupakan dua orang penyangga utama dakwah, iaitu isteri tercinta baginda, Ummul Mu’minin Khadijah radhiyallahu ‘anha dan bapa saudara baginda, Abu Talib sehingga tahun 10 Kenabian di ketika mana Khadijahradhiyallahu ‘anha dan Abu Talib wafat secara hampir berdekatan yang dikenali sebagai ‘amul huzn’, yakni tahun kesedihan khususnya bagi Rasul mulia shallallahu ‘alaihi wasallam dan umumnya bagi sahabat setia, radhiyallahu ‘anhum.
Maka waktu dinaikkan ke langit tujuh dan Sidratul Muntaha itu, ibaratnya Nabi tercinta kita shallallahu ‘alaihi wasallam membawa longgokan dan tumpukan seluruh bebanan persoalan kehidupan dan ujian perjuangan dakwah dari muka bumi.
Dan begitu pula baginda shallallahu ‘alaihi wasallam diturunkan kembali dari langit tertinggi ke bumi, dengan antara lain membawa syari’ah solat fardhu lima waktu, semua bebanan masalah itupun terlepaslah sudah.
Jadi hikmahnya, Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam di-Isra’ Mi’raj-kan, dengan kehendak agung Allah secara langsung bukan oleh keinginan dan rancangan Nabishallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, adalah untuk “dihibur” dan sekaligus diberi penyelesaian secara sepenuhnya di atas berbagai bebanan persoalan kehidupan dan permasalahan dakwah di muka bumi.
Maka, ketika ada masalah dan persoalan apapun dalam kehidupan ini, janganlah pernah sekali-kali berfikir untuk mencari dan menemui penyelesaiannya dari bumi semata-mata melainkan adukanlah semua bebanan masalah dan persoalan kehidupan itu kepada Zat Yang di atas dan temuilah jalan penyelesaian pada bentuk dan susunan yang diturunkan dari langit kerana kadang-kadang langkah mencari jalan penyelesaian di bumi pula tidak dapat menyelesaikannya, melainkan justeru hanya akan menambah banyak lagi masalah atau semakin merumitkannya. Soalnya, bumi ini memang dicipta, diadakan dan dikehendaki sebagai tempat berlakunya masalah sedangkan jalan penyelesaian bagi semua itu justeru ada pada apa yang bersumber dari langit, bahkan termasuk rezeki kitapun ada di langit.
Allah Ta’ala berfirman :
“Dan di langitlah terdapat rezekimu, dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang itu adalah benar seperti perkataan yang kamu ucapkan.” (QS Az Zaariyat : 22-23)
Sebagai hadiah utama dari rihlah (perjalanan) dari bumi ke langit yang penuh berkat, ibadah solat juga ibarat mi’raj bagi setiap mu’min untuk menuju, menghadap dan mengadu kepada Allah.
Boleh jadi juga kerana begitu istimewanya cara pensyariatan itulah, maka solat memiliki kedudukan yang sangat istimewa pula di antara seluruh kewajiban fardhu Islam. Di samping penempatannya di urutan kedua selepas dua kalimah syahadah, di antara lima rukun Islam, solat adalah merupakan rukun amal dan ibadah paling penting sebagai ukuran utama dan pertama bagi ketaqwaan serta kesolehan setiap muslim dan sekaligus di masa yang sama juga menjadi benteng terakhir pertahanan keislaman seseorang.
Maka Allah swt pun berfirman :
 
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai wasilah penolongmu (dalam segala kepentingan dan urusan). Sungguh solat itu berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ (baik dalam solat secara khsusus, mahupun dalam hidup secara umum).” (QS Al Baqarah : 45)
 
Sementara itu Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Kumandangkanlah iqamah wahai Bilal. Dan buatlah kita rehat dengan solat.” (HR Abu Dawud dan lain-lain)
Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda :
“Dan dijadikan penyejuk hatiku di dalam solat.” (HR An Nasaa-i dan lain-lain)
Nah, apabila rehat-nya Rasululullahshallallahu ‘alaihi wasallam dan juga ketenteraman serta kesejukan hati baginda adalah justeru di dalam solat, lalu renungannya untuk kita adalah,
“Serehat apa, setenteram apa dan sesejuk apa hati kita saat bermunajat kepada Allah Ta’ala dalam setiap solat kita?”
Sebagai penutup perenungan terhadap Isra’ Mi’raj ini, penting diingatkan bahwa, darjat makam tertinggi seorang hamba di sisi Allah, adalah makam ‘ubudiyah’secara total (penghambaan diri kepada-Nya).
Dengan yang demikianlah, ketika Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam di-Isra’ Mi’raj-kan untuk bertemu, menghadap dan berdialog secara langsung dengan Allah di langit ketujuh dan ‘Sidratul Muntaha’ itu, Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallamjusteru disebut dengan gelaran ‘abdihi’(hamba-Nya) dan tidak dengan gelaran-gelaran pemuliaan dan pengagungan yang lainnya.
Allah Ta’ala berfirman :
“Maha Suci Zat Yang telah memperjalankanHAMBA-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS Al Israa’ : 1)
Dari kuliah pendek Imam Hasan Al Banna di atas tentang Isra’ Miraj kita boleh mengambil dua poin penting.
PERTAMA adalah kembalinya Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam  ke bumi setelah selesai peristiwa tersebut.
KEDUA adalah dibekalkan kepada baginda dengan perintah solat.
Perjalanan singkat yang penuh hikmah tersebut segera berakhir dan dengan segera pula baginda kembali menuju ke alam dunia.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sungguh sedar bahwa betapapun nikmatnya berhadapan langsung dengan Yang Maha Kuasa di suatu tempat yang agung nan suci, betapa nikmat menyaksikan dan mengelilingi syurga, tapi kenyataannya baginda memiliki tanggungjawab duniawi. Untuk itu, semua kesenangan dan kenikmatan yang dirasai baginda pada malam tersebut perlu ditinggalkan untuk kembali ke dunia semula bagi meneruskan amanah perjuangan yang masih perlu dipikulnya.
Demikianlah sepatutnya semangat kerohanian seorang muslim, yang sentiasa terkait dengan dunia "atas", namun kenyataannya dunia "bawah" juga merupakan kenyataan yang mesti dilalui.
Menelusuri alam material duniawi adalah sebuah kemestian. Mencari dunia adalah, tidak sahaja tuntutan hajat kemanusiaan, tapi menjadi kewajiban agama sekaligus.
Allah Ta’ala berfirman :
"Dan bekerja keraslah untuk akhiratmu, namun jangan lupa nasibmu di dunia ini",
Bahkan Al-Qur'an, sebagaimana diperintahkan untuk sungguh-sungguh pergi mengingati Allah (fas'au ilaa dzikrillah), dan bahkan diperintahkan mengabaikan"kesibukan jual beli" (wadzarul bae'), juga segera setelah itu disusuli dengan perintah yang berlawanan : "faidzaa qudhiyatis Shalaah fantasyirru fil ardh wabtaghuu min fadhlillah".
Kedua perintah tersebut adalah datang dari Tuhan yang sama dan oleh yang demikian, mesti dihadapi secara sama pula. Ertinya, kewajiban memenuhi ajakan untuk solat Jumaat adalah 100%, memenuhi peraturan-peraturanNya juga 100%. Namun pada saat yang sama, memenuhi ajakan kedua tadi, bertebaran mencari rezeki Allah adalah juga perintah 100% dan juga perlu memenuhi peraturanNya 100%.
Inilah sikap seorang muslim. Kita dituntut untuk turun ke bumi ini dengan membawa bekalan solat yang kukuh. Solat yang berintikan "zikir", dan dengan bekalan zikir inilah kita meneruskan ayunan langkah kaki kita menelusuri lorong-lorong kehidupan menuju kepada keridhaanNya.
"Wadzkurullaha katsiira" (dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak), ini merupakan pesanan Allah kepada kita di saat kita bertebaran mencari kurniaan nikmatNya dipermukaan bumi ini persis sepertimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membawa bekalan solat 5 waktu berjalan kembali menuju bumi setelah melakukan serangkaian perjalanan suci ke atas (Mi'raj).
Ya Allah, jadikanlah amal-amal kami di muka bumi ini sebagai buah-buah yang akan memberikan hasil yang lumayan kepada kami di akhirat nanti serta jadikanlah solat kami sebagai ‘mihrab’  di bumi untuk kami meningkatkan kerohanian kami menuju ketinggian ‘samawiah’Mu.
Ameen Ya Rabbal Alameen
Ihsan drp WAS