Saturday, July 25, 2009

NAQIB: Jantung dan Qudwah....


Dalam tanzim jamaah muslimah, naqib ibarat tiang utama dalam struktur dan bangunan jamaah.

Naqib juga merupakan jantung yang terus berdenyut yang memberi al-hayah (kehidupan), al-hayawiyah (spirit) dan al-harakah (gerakan).

Naqib adalah munaffidz (pelaksana) asasi bagi berbagai proses:


  1. Tarbawi (tarbiyah).
  2. Tanzhimi (struktur), dan
  3. Idari (management).

Pada saat yang sama, naqib ibarat nadi kepada harakah, padanya terdapat:

  1. Taujih/khithab qiyadi (pengarahan pemimpin), dan
  2. Amal tanfidzi (pelaksanaan amal).

Pada saat yang sama pula, naqib ibarat qanat (saluran) asasi antara qiyadah dan afrad. Melalui saluran inilah:

  1. Berbagai awamir (perintah) dan taujihat (pengarahan) turun, dan
  2. Berbagai berita dan iqtirahat (cadangan) naik.

Kerana inilah, sesungguhnya dengan membina naqib, membina qudrah (kemampuan)-nya dan membina berbagai karakternya, baik yang bersifat bawaan, maupun yang bersifat empiris merupakan pembinaan terhadap kemampuan berbagai marhalah jamaah dan terhadap kafa-ah-nya untuk ber-harakah dan melakukan intaj (produktiviti). Sesuai dengan kadar yang diperoleh oleh naqib, baik yang berupa sifat-sifat asasi, maupun tarbiyah yang berjaya, sesuai kadar itu pula terletak:

  1. Kekuatan bangunan tanzimi.
  2. Produktiviti ada’ idari (pelaksanaan management).
  3. Kejayaan amaliyah tarbawiyah (proses tarbiyah), dan
  4. Keberkatan ansyithah da’awiyah (berbagai aktiviti dakwah).

Mungkin posisi naqib dalam jamaah muslimah itu seperti titik pusat sebuah lingkaran, di mana posisi qiyadah berada di bahagian atas, posisi afrad berada di posisi bawah, sementara berbagai aktiviti yang berada di dalam lingkaran itu mesti melalui naqib yang menghubungkan antara qiyadah dengan afrad tadi. Tidak mungkin bahagian-bahagian dari lingkaran itu sampai kepada arah yang berlawanan, di manapun posisinya, kecuali melalui titik pusat (tengah) itu. Maksudnya: apapun arah sebuah kegiatan, baik dari qiyadah kepada afrad atau sebaliknya, maka naqib merupakan pusat kepada kegiatan itu, dan ia adalah pusat penyelaras kepada gerakan ini, dan darinyalah bertolak berbagai aktiviti.

Berikut ini adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti jamaah muslimah yang asasi -yang dalam gambaran di atas merupakan isi dari lingkaran- yang tidak boleh tidak naqib pasti menjadi pusat asasi dan pusat penghubungnya:

1. Al-‘Amaliyah At-Tarbawiyah (proses tarbiyah).

Hal ini mencakupi:

  1. Dirasah Mabadi’ Jama’ah (kajian prinsip-prinsip jamaah).
  2. Ta’allumul Fiqhid Da’awi (pembelajaran fiqih dakwah).
  3. Thuruqud Da’wah wal Ittishal (metode dakwah dan komunikasi).
  4. As-Siyasat Al-’Ammah lil Harakah (siyasat umum harakah).
  5. Lawaihul Jama’ah (undang-undang jamaah).
  6. Al-Mafahim At-Tarbawiyah (konsep-konsep tarbiyah).
  7. Al-‘Ilmu bitarikhid da’wah al-islamiyah (pengetahuan sejarah dakwah Islam).
  8. Ma’anil Badzli wat Tadh-hiyah (nilai-nilai infaq dan pengorbanan).
  9. Tahammulul Masyaq (daya tahan dalam memikul berbagai kesulitan).
  10. Membaca Al-Qur’an, dan mengkaji makna-maknanya.
    Semua itu berjalan sesuai dengan manhaj jamaah, dan ta’limat qiyadah yang tidak mungkin sampai kepada afrad kecuali melalui naqib.
  11. At-Tarbiyah bis-Suluk (tarbiyah dengan tingkah laku), dan
  12. Al-Qudwah al-‘Amaliyah (teladan amali), yang memang menjadi kewajibannya.

Pada satu sudut, seorang naqib mengambil qudwah (teladan) yang baik dari para qiyadah, pada saat yang sama ia adalah teladan bagi saudara-saudaranya di bawah.

Dengan demikian, ia menjadi pihak yang menerima kebaikan, sekaligus menjadi penyebar kebaikan tadi.

Kerana gerakan Ikhwan adalah haqiqatun shufiyah (hakikat kesufian), maka naqib merupakan asas hakikat ini.

Di depan para qiyadah ia adalah seorang murid yang belajar, mempraktikkan dan meneladani, dan di hadapan saudara-saudaranya ia adalah seorang syeikh yang menjadi teladan.

Dengan demikian, naqib merupakan inti tarbiyah sulukiyah, penukil tarbiyah ini dan tali pengait yang menyambungkan hubungan antara generasi dakwah.

Dan jamaah dengan izin Allah terbebas dari berbagai bid’ah tasawwuf, dan manhajnya yang salafi mu’tadil (salafi sederhana) sudah amat dikenal, dan hal ini telah disebutkan oleh Imam Asy-Syahid dengan jelas. Beliau meminjam istilah tasawwuf dalam rangka memberikan isyarat kepada tawajjuh tarbawi al-akhlaqi (orientasi tarbiyah akhlaqi) yang sangat memperhatikan tazkiyatul qulub wal arwah (pensucian hati dan ruhani).

***

2. Al-Ansyithah Al-Idariyah (berbagai aktiviti pengurusan).
Yang demikian ini kerana jamaah sebagai hizb dan tanzhim memiliki berbagai aktiviti yang beranika ragam:

  • Pengeluaran berbagai perintah dan penerapannya, dan
  • Pengambilan berbagai keputusan dan pelaksanaannya.

Sebagaimana lazimnya sebuah lembaga sosial kemanusiaan mempunyai pengurusan dan anggota, ada ketua dan ada anak buah, ada pimpinan dan ada pengikut. Demikian juga halnya dengan jamaah muslimah, para qiyadah-nya tercermin pada para pimpinan pengurusannya, sementara personel jamaah ibarat anggota sebuah lembaga yang menunaikan kewajiban-kewajibannya dalam menjalankan berbagai qararat (keputusan), melaksanakan berbagai rencana serta komitmen terhadap berbagai taujihat (arahan).

Mereka juga berkewajiban menyampaikan berbagai berita, mengamati berbagai fenomena dan menulis taqrir (membuat laporan).

Termasuk dalam hal ini pula bahawa masing-masing dari qiyadah dan anggota mempunyai berbagai hak dan kewajiban, di mana pihak yang satunya berkewajiban melaksanakan hak-hak itu. Adakalanya hal itu adalah kewajiban syar’i, dan boleh jadi pula hal itu adalah buah dari ibadah. Semua itu bergantung kepada berbagai kemaslahatan yang menjadi titik tujuan didirikannya tanzim yang membantu tercapainya kemaslahatan-kemaslahatan diniyah.

Dalam aktiviti idariyah ini harus ada titik tengah dan titik ordinasi yang menjadi penghubung antara pimpinan puncak dengan basis massanya. Titik tangah ini ada pada naqib yang merupakan pusat nadi mengalirnya harakah idariyah (gerakan management). Ia ibarat pengikut di hadapan qiyadah dan ia ibarat imam di hadapan afrad. Atau dengan bahasa lain, ia adalah pimpinan dan yang dipimpin sekaligus.

Masalah ini tetap akan berterusan sehingga saat nasyath idari (aktiviti pengurusan) berubah menjadi nasyath askari (aktiviti askari), atau tanfidz siyasi (pelaksanaan politik).

Jadi, Naqib adalah seorang jundi yang taat dan pada masa yang sama ia adalah qaid (pimpinan) yang mengeluarkan perintah kepada saudara-saudaranya di bawah.

***

3. Al-Ansyithah Ats-Tsaqafiyah (berbagai aktiviti tsaqafiyah).

Jamaah muslimah sebagai harakah salafiyah (gerakan salaf) mengimani bahawa al-‘ilmu asasul ‘amal (ilmu adalah asas amal).

Jadi, di dalam usrah terdapat madrasah tsaqafiyah mutakamilah (sekolah terpadu tempat mengasah wawasan). Melalui usrah jamaah muslimah bersemangat untuk mengadakan:

  • At-tastqif asy-syar’i (pengasahan wawasan syari’ah) dengan kepelbagaiannya, seperti:
  • Belajar Al-Qur’an dan melakukan kajian terhadapnya.
  • Ilmu hadis.
  • Kajian dasar-dasar fiqih.
  • Prinsip-prinsip aqidah, dan lain-lain.
  • At-tastqif bist-tsaqafah al-‘ammah (pengasahan wawasan umum), seperti:
  • Sejarah manusia.
  • Sejarah Islam.
  • Pelbagai skill kehidupan, dan lain-lain.

‘Amaliyah tsaqafiyah (proses pengasahan wawasan) ini –walaupun masih banyak tempat-tempat yang menjadi pilihan- namun, intinya, atau minima pelurusan dan penentuan alurnya dilakukan dalam ‘amaliyah tsaqafiyah yang diselenggarakan di dalam usrah. Hal ini mendorong –mau tidak mau- bagi:

Berjalannya fungsi naqib sebagai ustaz dan mu’allim di hadapan saudara-saudaranya.

Keharusan untuk selalu mendapatkan bekalan-bekalan secara berterusan dari para qiyadah da’wah dan para pemikirnya dalam menuntut ilmu, dan jadilah dia di hadapan mereka sebagai seorang siswa yang belajar.

Dengan demikian, secara automatik naqib juga menjadi:

Markaz wa jauhar al-‘amaliyah at-tarbawiyah (center dan inti dari proses tarbiyah),

Dia adalah titik sambung antara mengambil dan memberi.

Pihak yang secara istimrar (berterusan) berkewajiban menjadi siswa yang belajar yang terus menyerap ilmu dari pihak lainnya, dan pada saat yang sama..

Ia menjadi seorang yang aktif yang mampu memberi sebagai seorang mu’allim dan ustaz.

***

Salah satu kewajiban naqib yang sangat banyak itu, di samping perananya sebagai murabbi (pendidik), munazhzhim (pengorganisasian), dan mudir (pengurus), ia juga berperanan sebagai mu’allim (guru) yang menjalankan ‘amaliyatut-ta’lim ad-da’awi wal fikri (proses pengajaran dakwah dan fikrah) dalam ruang lingkup jamaah, melalui usrah atau di luar usrah melalui berbagai ceramah, kajian rutin dan pertemuan-pertemuan. Dan dia, saat menjalankan proses ini, bererti sedang menjalankan kewajiban syar’i yang sangat besar, sesuai dengan kemampuannya. Di hadapan saudara-saudaranya, ia adalah seorang guru, walaupun yang ia sampaikan hanya satu ayat dari Al-Qur’an, bagaimana halnya kalau dia menjadi guru pertama mereka dalam ilmu-ilmu syari’ah yang beraneka ragam itu. Ditambah lagi bahawa saudara-saudaranya juga mengambil daripadanya pelajaran fikr islami untuk pertama kalinya, bahkan, darinya terambil berbagai manhaj jamaah, pokok-pokoknya, prinsip-prinsip dakwah dan tradisi-tradisi dakwah. Kerana inilah, peranan naqib sangatlah besar dalam al-‘amaliyah at-ta’limiyah (proses pengajaran) dalam jamaah muslimah.

Kerana peranannya yang besar inilah, seorang naqib memerlukan pengetahuan dan komitmen terhadap pendekatan dalam al-‘amaliyah at-ta’limiyah (proses pengajaran) ini.

Justeru itu, kita boleh saja mengambil pelajaran dari aadabul muhaddits (pendekatan seorang ahli hadis) yang layak bagi seorang murabbi atau naqib, khususnya dalam usrah.

“… Seorang muhaddis (baca: murabbi atau naqib) berkewajiban meluruskan niat, membersihkan hatinya dari tujuan-tujuan duniawi … dan jangalah ia menolak melakukan tahdis atau proses periwayatan hadis (baca: tarbiyah dalam arti proses pembinaan) kepada seseorang dengan alasan seseorang itu tidak lurus niatnya, sebab, seseorang itu boleh diharapkan –melalui tahdis (baca: tarbiyah) kelurusan niatnya, dan hendaklah ia (muhaddits, baca: murabbi) bersemangat menyebar luaskan hadis (baca: bahan tarbiyah) dengan mengharapkan besarnya pahala yang akan diperoleh … hendaklah ia (muhaddits, baca: murabbi) membuka dan menutup majlisnya dengan hamdalah, shalawat kepada nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- dan doa yang tepat, hendaklah ia menyiapkan seorang pembaca Al-Qur’an yang bagus suaranya untuk membaca sedikit ayat-ayat Al-Qur’an. Dalam meriwayatkan hadis (baca: menyampaikan bahan tarbiyah) janganlah melaluinya saja yang menyebabkan tidak difahaminya hadis (baca: bahan tarbiyah) itu atau sebahagiannya … dan hendaklah ia memohon kepada Allah -subhanahu wata’ala- agar mendapatkan taufiq (ketepatan), tasdid (pelurusan) dan taisir (kemudahan), dan hendaklah ia komitmen terhadap berbagai akhlaq dan pendekatan mulia, kemudian, hendaklah ia mengerahkan seluruh jerih payahnya dalam rangka menguasai hadis (baca: bahan tarbiyah) itu dan mengoptimumkan pemahamannya …”.

(Taqribun-Nawawi, sila rujuk pada tadribur-rawi syarah taqribun-nawawi, juz: 2 hal. 127 – 141)

Begitulah hendaknya seorang da’i dalam kapasitinya sebagai mu’allim boleh dikutip dari adabul muhaddits (pendekatan seorang ahli hadis) yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali –rahimahullah. Beliau menyebutkan bahawa adab seorang muhaddis adalah:

“… Bertujuan shidiq (benar), menjauhi dusta, meriwayatkan hadis yang masyhur serta meriwayatkan daripada orang-orang tsiqat (terpercaya) … tidak menyebutkan khilaf yang ada di antara sesama salaf, ma’rifatuz-zaman (mengenali zaman), menjaga diri agar tidak tersasul dan salah tulis, lahn (kesalahan baca ) dan tahrif (perubahan) … tetap komitmen dengan pekerti tawadhu’ dan sebahagian besar hadis yang diriwayatkannya membawa manfaat bagi kaum muslimin … dan tidak meriwayatkan hadis yang pada asalnya tidak diamalkan …”.

(Al-Adab fid-diin, karya Al Ghazali hal. 5)

Harap diperhatikan bahawa termasuk dalam pengertian al-hadis al-masyhur dalam perkataan Imam Al-Ghazali (dengan menggunakan metode qiyas (analogi) adalah segala hal yang bermanfaat dan dikenal oleh masyarakat, bukan:

  • Masalah-masalah yang pelik-pelik.
  • Hadis-hadis fitnah.
  • Mencari berita-berita yang meresahkan.

Termasuk dalam pengertian komitmen untuk tidak menyebutkan khilaf antara sesama salaf –meskipun hal ini merupakan tuntutan- adalah:

  • Menceritakan hal-hal yang masih khilaf.
  • Hadis-hadis fitnah.
  • Khilaf dan pertikaian antara sesama qiyadah da’wah.

Sedangkan yang dimaksud dengan ma’rifatuz-zaman adalah:

  • Memperhatikan al-wa’yu al-hadhari al-‘am (kesedaran peradaban umum).
  • Mengenali berbagai peristiwa yang sedang terjadi.
  • Mengikuti berbagai perkembangan berita politik dan sosial.

Seorang naqib hendaklah selalu mengingat bahawa dia adalah seorang mu’allim murabbi (guru yang mendidik) yang menjalani peranan sebagai ad-da’iyah al-qudwah (dai teladan), yang mentarbiyah dengan suluk (perilaku), sebagaimana mentarbiyah dengan kata-kata, bukan sekadar mentarbiyah dengan ilmu yang melaksanakan risalatul ‘ilmi (misi ilmu) tanpa disertai hararatur-ruh (kehangatan rohani) dan melepaskan kendali tadris (pengajaran) tanpa disertai hati.

Perlu diketahui bahawa al-’amaliyah at-tarbawiyah (proses tarbiyah) dalam jama’ah muslimah adalah ‘amaliyah tarbawiyah yang menuntut adanya iltizam biqawa’idi rabbaniyyatit-ta’lim (komitmen terhadap kaedah-kaedah ke-rabbaniyan dalam ta’lim yang di antara kandungannya adalah:

  • Ta’allumul mawazin wal qawa’id (mempelajari timbangan-timbangan dan kaedah-kaedah).
  • Al-Bidayah bil ahamm la bil ashal (memulai dengan yang terpenting, bukan yang termudah).
  • Tathbiqul mumarasat ash-shahihah wal badzli la jam’ul ma’lumat (pengamalan praktik yang benar dan semangat memberi bukan menginventasisasi informasi atau pengetahuan).
  • At-Tamassuk bil jawahir la bil qushur (berpegang teguh kepada inti bukan kulit).
  • Al-Iltizam bil auwlawiyat ‘inda tazahumidh-dharurat (komitmen dengan prioriti semasa terjadi desakan atau kepadatan berbagai keperluan semasa).
  • Daf’ul mafasid ‘ala maqadiri rutabiha (menolak kerosakan sesuai dengan tingkatannya).
  • Istihshalil mashalih hasba darajatiha (mengupayakan tercapainya berbagai kemaslahatan sesuai dengan derajatnya).
  • Mura’atul isti’dadat an-nafsiyah (memperhatikan potensi-potensi kejiwaan).
  • Akhdzul ‘ulum hasba maratibiha wa ahammiyyatuha (mengambil ilmu berdasarkan tingkatan dan urgensinya).
  • Dan lain-lain yang telah dijelaskan panjang lebar di tempat lain.

***

Tidak diragukan lagi bahawa termasuk akhlaq seorang da’i yang objektif, dalam kapasitasnya sebagai mu’allim murabbi hendaklah ia menisbahkan ilmu kepada yang memilikinya dalam rangka:

  • Menolak dugaan kesombongan.
  • Mengembalikan keutamaan kepada pemiliknya.
  • Memberikan irsyad (bimbingan) kepada para da’i untuk kembali kepada sumber-sumber ilmu.
  • Al-wafa’ (kesetiaan) kepada ahlul ‘ilmi.
  • Tatsbitul haqq (mengokohkan kebenaran), dan
  • Menolak dan menghindari bahaya hasad (irihati).

Dalam hal ini Al-Imam As-Suyuthi berkata:

“… Di antara keberkatan ilmu dan syukur kepadanya adalah menisbahkan ilmu kepada yang mengatakannya, demikianlah perkataan Al-Hafizh Abu Thahir As-Salafi … (kemudian Imam Suyuthi menukil perkataan Abu Ubaid yang mengatakan): Di antara bentuk mensyukuri ilmu adalah engkau mengambil manfaat dari sesuatu, jika ada sesuatu disebutkan kepadamu engkau berkata: “Tidak jelas bagiku masalah ini dan ini, dan saya tidak memiliki pengetahuan dalam hal ini, sehingga si fulan memberikan faedah dalam hal ini begini dan begini” inilah bentuk mensyukuri ilmu … kerana inilah engkau tidak melihat diriku menyebut sesuatu dalam tulisan-tulisan saya satu huruf pun kecuali dalam keadaan tersandarkan kepada yang mengatakannya dari para ulama’ dengan menjelaskan nama kitab yang menyebutkan hal itu …”.

(Al-Muzhir fi ‘ulumi al-lughah, karya As-Suyuthi, juz: 2 hal. 164)

Al-Imam Al-Fasi menukil sebahagian kalam ini setelah memberikan prolog demikian:

“… Tidak syak lagi bahawa termasuk dalam al-madarik al-muhimmah fi bab ast-tashnif (pemahaman penting dalam menulis kitab) adalah menisbahkan berbagai faedah dan masalah serta nukat (masalah penting yang tidak semua orang mampu melihat dan mengetahuinya) kepada para pemiliknya dalam rangka membebaskan diri dari mengakui sesuatu yang bukan miliknya dan dalam rangka menjauhkan diri dari labisi tsaubai az-zur (memakai dua baju kepalsuan) … inilah kaedah kami yang berhasil kami himpun …”.

(Qawa’id ast-tahdits, karya Al-Qasimi, hal. 40)

Kaedah atau akhlaq yang dulunya menjadi komitmen para ulama’ ini sekarang mulai meredup, dan sudah menjadi semacam kebanggaan saat seseorang menyebutkan berbagai masalah indah tanpa menisbahkannya kepada para pemiliknya, atau sudah menjadi kepelitan dan kekikiran ilmiah kepada para pemiliknya, atau umumnya kerana kebodohan terhadap kaedah ini. Kerana inilah menjadi sebuah kemestian untuk mengingatkan hal ini sebagai salah satu akhlaq murabbi (dan naqib) katika ia menjalani al-‘amaliyah at-ta’limiyah (proses pengajaran), baik ketika berbicara maupun ketika berdiskusi atau ketika menulis dan mengarang buku.

***

Sebagaimana naqib berperanan sebagai titik fokus dalam al-‘amaliyyah at-tarbawiyah, kerananya ia juga menjadi markazul ‘amaliyah at-ta’limiyah (pusat proses pengajaran) dalam jama’ah, yang bererti ia berperanan sebagai mu’allim (guru) bagi orang lainnya, pada saat yang sama, ia adalah muta’allim (siswa) bagi orang lainnya, baik yang dimaksud dengan “orang lain” ini adalah orang-orang yang berada di dalam group yang ia pimpin, ataupun orang-orang yang berada di bawah ke-amir-annya, ataupun para ulama’, da’i dan fuqaha yang sama sekali tidak ada ikatan tanzimi dengannya, bahkan mereka berasal dari luar jama’ah, dan “persiswaan” ini ada dalam salah satu cabang pengetahuan, atau salah satu bahagian dari syari’ah, bahkan sampaipun hanya dalam satu masalah tertentu saja, mengingat bahawa ijtihad memang boleh dibahagi-bahagikan. Intinya bahawa sang naqib atau murabbi belajar dalam satu bidang tertentu, atau salah satu ilmu dari orang-orang yang berada di bawah ke-amir-annya, dan tidak ada malu dalam ilmu dan semua dimudahkan kepada apa yang ia dicipta untuknya.

Di atas semua itu, sang naqib atau murabbi juga berkewajiban mencari pengetahuan dan mengambilnya manapun juga, selama ia telah yakin mampu mencegahnya dari penyimpangan pemikiran atau inhiraf aqidi (penyimpangan aqidah), atau al-iltiwa’ al-haraki (penyimpangan harakah). Bahkan, seorang naqib atau da’i yang berjaya dan kokoh, dari sela-sela belajarnya, sekaligus ia bisa menjadi guru dan murabbi terhadap guru dan syeikh-nya, atau teman-teman sebayanya, melalui:

  • Dialog konstruktif.
  • Dan diskusi yang berjaya.

Bahkan ia dapat mempengaruhi melalui perilakunya yang “beda” dan akhlaqnya yang mantap.

Ditambah lagi bahawa proses belajar dari para masyayikh dan ulama’ di luar jama’ah akan membuka kesempatan kepada para da’i untuk berinteraksi dengan mereka, mengulas fikrah mereka, bahkan menarik simpati orang lain terhadap mereka, mempengaruhi mereka dan pandangan-pandangan mereka, dan sekaligus mengambil manfaat dari majlis dan murid-murid mereka dalam hal penyebaran fiqih da’wah, penyebaran pemikiran haraki, persiapan perluasan dokongan awam kepada da’wah dan menarik simpati unsur-unsur yang mengarah ke sana.

Sesungguhnya, proses belajarnya sang naqib dan sebahagian da’i kepada para masyayikh dan ulama’ sangatlah penting, bukan saja kerana adanya:

  • Faedah-faedah ilmiah, dan
  • Interaksi dengan orang ramai, bahkan hal ini juga merupakan....

Bermanfaat untuk simpanan tenaga besar jamaah dalam proses ilmiah. Sebab, biasanya, para masyayikh itu lebih banyak mempunyai waktu, terlebih lagi bahawa mereka lebih itqan terhadap sebahagian ilmu, misalnya: tajwid, tafsir, fiqih, hadis dan ilmu-ilmu bahasa, yang boleh jadi itqan seperti itu tidak dimiliki oleh personel jama’ah. Dan jika ada sebahagian personel jama’ah yang menguasainya secara itqan, namun, kewajibannya yang sangat banyak akan menghalanginya untuk melakukan proses pengajaran.

Belajar kepada masyayikh di luar jama’ah juga akan berdampak kepada kasbuts-tsiqah (menggapai tsiqah) mereka secara pribadi dari satu sisi dan pada sisi lain, jama’ah juga akan mendapatkan shibghah ijtima’iyah yang akan mencegah terselewengnya jama’ah serta menjauhnya masyarakat umum dari jama’ah.

Belajar kepada masyayikh di luar jama’ah juga berdampak kepada adanya dukungan para masyayikh dan ulama’ itu kepada jama’ah, bahkan boleh jadi mereka juga akan bergabung dengan jama’ah yang bererti akan semakin menambah kokohnya jama’ah itu, serta mampu menolak berbagai isu dan syubhat, dan pada saat yang sama akan mencegah ekploitasi gerakan-gerakan bid’ah, dan tasawuf yang menyimpang atau salafi yang berlebihan untuk kepentingan dan tujuan mereka yang kemungkinan tidak sesuai dengan tujuan-tujuan amal islami yang lurus.

***

Akan tetapi, di sini ada sejumlah adab yang menjadi kewajiban para da’i untuk komitmen dengannya ketika ia duduk di hadapan orang-orang yang memberikan pengajaran kepadanya.

“… Hendaklah ia mengagungkan gurunya dan orang-orang yang ia mendengar darinya, sebab hal ini termasuk pengagungan terhadap ilmu dan sebab-sebab mendapatkan manfaat dari ilmu, hendaklah ia meyakini keagungan dan keunggulan gurunya, berusaha meraih ridhanya, dan janganlah berlama-lama dengannya yang sekiranya menjadikannya tidak enak hati. Hendaklah ia berkonsultasi dengannya dalam berbagai urusan dan kesibukannya dan bagaimana cara mengoptimalnya berbagai hal tadi. Dan jika ia mendengar satu hadits, hendaklah ia membertahukan orang lain, sebab, menyembunyikan hal itu adalah sifat tercela, yang tidak terjerumus kepadanya selain para penuntut ilmu yang bodoh, dan jika menyembunyikan ilmu dikhawatirkan menjadi ilmu yang tidak bermanfaat, sebab, termasuk keberkahan sebuah hadits adalah jika ia disampaikan kepada orang lain, dan mempublikasikannya adalah keberkahan. Dan berhati-hatilah jangan sampai rasa malu dan rasa besar menghalanginya untuk berupaya secara maksimal dalam belajar dan mengambil ilmu dari orang yang lebih rendah darinya, baik dalam hal nasab maupun usia maupun dalam hal lainnya. Hendaklah ia bersabar atas kekasaran urusan. Hendaklah ia memperhatikan yang penting dan janganlah menyia-nyiakan waktu dalam memperbanyak guru hanya sekedar memperbanyak saja…”.

(At-Taqrib, karya Imam An-Nawawi, silahkan periksa Tadrib Ar-Rawi fi Syarh Taqrib An-Nawawi juz: 2 hal. 145)

Demikian.

(Terjemahan Majalah Al-‘Ain, juz: 2, hal. 166- 172)

No comments: