نحن نحكم بالظواهر والله يتولى السرائر
"Kita hanya dapat menghukum dengan yang zahir dan Allahlah yang menguruskan apa yang tersirat".
Puisi Imam Syafei ini menggambarkan sifat tawadhu'nya. Sekalipun telah terbukti dia sentiasa menjaga dari terjebak ke dalam maksiat, namun beliau tidak pernah berbangga. Beliau tetap tawadhu'.
Katanya;
أحب الصالحين ولست منهم *** لعلى أن أنال بهم شفاعة
أكره من تجارته المعاصى *** ولو كنا سواء فى البضاعة
"Aku mencintai orang-orang soleh sedang aku bukanlah tergolong di kalangan mereka,
Mudah-mudahan aku berjaya memperolehi syafaat mereka,
Aku benci orang yang perniagaannya maksiat,
Sekalipun kita sama-sama berniaga".
Cantiknya puisi ini dijawab oleh Imam Ahmad bin Hanbal kerana Imam Ahmad mengenali dengan mendalam siapa Imam Syafei. Kata Imam Ahmad dalam puisinya;
تحب الصالحين وأنت منهم *** وزدت عليهم شبرا وباعا
تكره لمن تجارته المعاصى *** وقاك الله شر البضاعة
"Kamu mencintai para solehin sedangkan kamu termasuk di kalangan mereka,
Kamu menambah ke atas mereka kemuliaan dan kemegahan,
Kamu benci orang yang perniagaannya adalah maksiat,
Semoga Allah memelihara kamu dari keburukan perniagaan itu".
Sebenarnya Imam Syafei dan Imam Ahmad berguru di antara satu sama lain. Imam Syafei berguru dengan Imam Ahmad dalam bidang periwayatan hadis, sedang Imam Ahmad berguru dengan Imam Syafei dalam bidang feqah. Kedua-duanya saling kuat menguatkan antara satu sama lain untuk mengangkat martabat ilmu yang Allah amanahkan kepada mereka. Orang yang dengan ilmunya membawanya bertaqwa kepada Allah SWT tidak akan melakukan sesuatu yang akan mencacatkan hubungannya dengan Allah SWT.
Semoga tawadhu'nya Imam Syafei menjadi qudwah buat kita yang ilmunya tidak seberapa ini. Marilah kita berdoa semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang bertaqwa kepada-Nya.
Akhukum fillah,
UsTACZ
Putrajaya
No comments:
Post a Comment