Wednesday, February 11, 2009

Berfikirlah Sejenak, kemudian bersyukurlah kamu!




Image

ه


Sayugialah anda mengingati tentang nikmat-nikmat Allah swt ke atas anda; kurniaan Allah swt itu datang kepada kita melimpah ruah.. Allah swt berfirman yang bermaksud: 'Jika anda menghitung nikmat Allah nescaya anda tidak akan terdaya menghitungnya'.

Lihatlah badan anda yang sihat, keamanan, ketenangan, makanan dan pakaian yang mencukupi, udara dan air yang lumayan, anda memiliki dunia dan kehidupan, sedang anda tidak menyedarinya dek kerana terbiasa..
Maha benar Allah swt yang menyatakan nikmat yang dilimpahkan ke atas kita semua tidak termampu oleh kita menghitungnya satu persatu

Perhatikan pula pada diri anda; anda memiliki dua biji mata, satu lidah serta dua belahan bibir, anda memiliki sepasang tangan serta sepasang kaki. Firman Allah swt yang maksudnya: 'Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan

Bayangkan pula betapa sukarnya bila berjalan tanpa kedua kaki, yang ada hanya dua tunggul betis..... Tanpa telinga atau telinga anda dipekakkan, mata anda dibutakan, kulit anda bermasalah atau sebagainya.....

Fikirkanlah secara serius semua nikmat itu dikurniakan kepada anda secara serius oleh Allah swt. Janganlah anda mempermainkan dan mengambil mudah terhadap apa yang anda perolehi sekarang kerana ia bukan milik anda. Bersyukurlah anda dengan apa anda miliki dan gunakanlah ia ke jalan yang baik dan diredhai Allah swt

Orang tua-tua kita berpantun ........

Bumi berkerikir
Langit bertemberang
Orang fakir fikir
Jadi hamba orang






No comments: