Prof Dr Toriq Syed
Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria (TACZ)
Begitu banyak peristiwa dan pendirian yang berlaku dalam hidup manusia. Kehidupan manusia itu sendiri sebenarnya terdiri dari pelbagai rangkuman peristiwa. Namun demikian sedikit sahaja di kalangan manusia yang mampu mengambil manfaat daripada peristiwa-peristiwa tersebut dalam mentarbiyah diri dari sudut pengajaran dan nasihat serta menggunakannya dalam bidang tarbiyah dan mentaujih orang lain.
Sesungguhnya tarbiyah melalui peristiwa merupakan sebaik-baik wasilah dan punyai kesan yang amat mendalam. Justeru di zaman permulaan Islam didapati banyak contoh tarbiyah yang dipraktikkan oleh Nabi saw kepada para sahabat ra. Ia boleh diperolehi dalam perbendaharaan Sunnah Nabawiyyah dengan banyaknya; tarbiyah Nabi saw kepada keluarga, para sahabat dan umatnya melalui pelbagai peristiwa dan sikap yang diambil.
Peristiwa-peristiwa yang digunakan oleh Al-Quran dalam mentarbiyah kelompok mukmin terlalu banyak, antaranya: Mentarbiyah mereka melalui peristiwa peperangan Badar, Uhud, Hunain, isu fitnah terhadap Aisyah ra dan sebagainya.
Berkata Syed Qutb rahimahullah: “Al-Quran ini datang bertujuan mentarbiyah umat, membentuk masyarakat dan menegakkan sistem. Tarbiyah perlu kepada masa tertentu, berhajat kepada keberkesanan dan tindakbalas melalui kalimah-kalimah yang diucapkan. Ia juga perlu kepada gerakan bagi menterjemahkan kesan dan respond terhadap realiti yang berlaku. Hakikatnya hati manusia tidak mungkin berubah sekaligus dalam masa sehari semalam dengan hanya membaca keseluruhan buku manhaj yang baru. Hati manusia akan terkesan hari demi hari melalui sebahagian manhaj tersebut, kemudian beransur-ansur meningkat sedikit demi sedikit. Ia akan terbiasa menanggung bebanan secara beransur dan tentunya tidak akan merasa kekok dalam mempraktiknya nanti.
Kemahuan hati itu akan bertambah subur pada setiap kali menerima santapan, maka jadilah ia pada hari berikutnya lebih bersedia untuk menerima santapan dan tentunya kelazatannya lebih terasa.
Al-Quran datang membawa manhaj yang sempurna bagi kehidupan manusia. Dalam masa yang sama Al-Quran juga membawa manhaj tarbiyah yang sesuai dengan fitrah manusia menurut ilmu Penciptanya. Kedatangannya secara beransur-ansur bersesuaian dengan keperluan hidup kelompok muslimin di masa itu sebagai jalan menuju pembentukan dan pertumbuhannya serasi dengan kesediaannya hari demi hari berdasarkan manhaj tarbawi Ilahi yang amat halus.
Al-Quran datang sebagai manhaj tarbiyah dan manhaj bagi kehidupan. Ia tidak bermaksud untuk manusia jadikannya sebagai buku pengetahuan; semata-mata dibaca untuk menikmati dan menambah ilmu. Ia datang untuk dilaksanakan segala huruf-huruf dan kalimah-kalimahnya. Ia datang agar ayat-ayatnya dijadikan ‘arahan harian’ yang diterima oleh para muslimin ketika itu juga dan dilaksanakan terus persis seorang tentera dalam kemnya atau di medan peperangan menerima ‘arahan harian’ –respond, faham dan bersemangat untuk merealisasikan – sesuai dengan tuntutannya”. "(في ظلال القرآن، الفرقان الآية 32).
Contoh-contoh yang diajar oleh Nabi saw dalam tarbiyah melalui peristiwa:
Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya daripada Hakim bin Hizam katanya: “Saya mendatangi Nabi saw lalu saya meminta sesuatu daripadanya, maka Nabi memenuhi permintaan saya. Kemudian saya meminta lagi, lalu Nabi memberinya kepada saya. Kemudian saya meminta lagi, lalu Nabi memberinya kepada saya. Kemudian Nabi saw lalu bersabda kepada saya: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini sedap dipandang dan manis rasanya, barangsiapa mengambilnya dengan hati yang suci dia akan mendapat keberkatan, sebaliknya barangsiapa yang mengambilnya dengan hati yang tamak, dia tidak akan mendapat keberkatan. Ia samalah seperti seorang yang makan tetapi tidak pernah merasai kenyang, dan tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah”. Nabi saw secara langsung menegur Hakim bila mendapati sahabat ini ada sifat tamak kepada harta pemberian. Teguran ini amat berkesan kepada Hakim, sehingga dikatakan beliau tidak pernah lagi meminta dan menerima sebarang bantuan di zaman khalifah Abu Bakar dan Umar ra.
Imam Bukhari juga meriwayatkan bahawa satu ketika seorang badawi telah kencing di dalam masjid, lalu sahabat ra ingin mencegahnya. Nabi saw bersabda kepada para sahabat ra: “Biarkan dia, ambillah setimba air dan tuangkan air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan bukan memayahkan”. Peristiwa tersebut menyemarakkan kemarahan para sahabat ra – lalu bersedia untuk mengubah kemungkaran yang besar itu kerana ia berlaku dalam masjid. Nabi saw mengambil peluang ini untuk mentarbiyah para sahabat ra dan mengajar mereka bagaimana cara yang terbaik mengubah kemungkaran; iaitu tidak boleh mengubah mungkar dengan mungkar yang lebih besar daripadanya. Si badawi tadi hanya kencing pada tempatnya yang terhad. Kalau dia dipukul maka najis kencing tadi akan berjangkit ke tempat yang lebih luas. Cegahan Nabi saw adalah supaya najis itu tidak meluas/berhamburan, dan supaya si badawi tadi tidak terkejut lalu menjauhkan dirinya sedangkan dia sebenarnya jahil terhadap hukum berkenaan. "السيرة النبوية والتربية بالأحداث، عقيل بن محمد المقطري".
Inilah di antara uslub yang digunakan oleh Nabi saw bersama para sahabatnya. Uslub yang amat berbekas kepada jiwa dan hati mereka.
Faedah-faedah tarbiyah melalui peristiwa:
- Bertukarnya kefahaman kepada harakah (pergerakan) yang amat digeruni oleh kem jahiliyah. Golongan kafir quraish tidak bermusuh dengan penganut agama tauhid sebelum pengutusan Nabi saw kerana mereka tahu bahawa fikrah mereka (penganut agama hanif) hanya perasaan peribadi yang beku. "التربية النبوية بالأحداث، د.محمد أمحزون".
- Di sana terdapat hubungan keanggotaan di antara fikrah dan praktikal. Fikrah menjadi subur dan mendorong kepada praktikal. Praktikal berperanan menyuburkan fikrah, mengubah dan menterjemahkan maknanya. Maka perkembangan pergerakan sebenarnya bermula dengan fikrah dan bertambah mantap apabila ianya dipraktikkan. Justeru praktikal dan tingkahlaku sepatutnya terpancar secara spontan daripada fikrah. Dalam hal ini pengarang kitab Raudhotaini menyifatkan Solahuddin Ayyubi: “Solahuddin sendiri berperanan mengimarahkan dinding-dinding Baitul Maqdis. Jika kamu lihat dia sendiri mengangkat batu, nescaya kamu akan yakin bahawa dia memiliki sekeping hati yang mampu menanggung bukit dengan fikrahnya”. Inilah tertib yang patut ada agar fikrah berkembang dengan betul. Berkata Imam Ibnu Qayyim: “ Asas semua teori ilmu dan praktikal ialah lintasan-lintasan dan fikrah-fikrah yang melahirkan konsep, konsep akan membawa kepada kehendak dan kehendak memastikan praktikal berlaku”.
- Menimba faedah sebanyak-banyaknya daripada Al-Quran. Dengan manhajnya dalam mentarbiyah melalui peristiwa, Al-Quran mampu membentuk jiwa-jiwa luar biasa melalui ayat-ayatnya secara konsisten lalu mempengaruhi jiwa-jiwa tersebut sedikit demi sedikit (beransur-ansur). Apabila para muslimin lupa terhadap manhaj ini, lalu menjadikan Al-Quran sekadar kitab bagi mencari kenikmatan ilmu atau kitab ibadah melalui ritual bacaan semata-mata, bukan sebagai manhaj tarbiyah untuk dituruti dan menyesuaikan jiwa dengannya, mereka tidak mendapat apa-apa faedah pun daripada Al-Quran kerana mereka telah terkeluar dari manhaj yang telah ditetapkan oleh Allah swt yang maha mengetahui. (في ظلال القرآن، الفرقان الآية33)
.
- Mempermudah dan meminimakan usaha tarbiyah secara praktikal tetapi mendatangkan hasil tarbawi yang terbaik.
- Menghubungkan jiwa dengan amalan, bukan dengan hasil. Nilai-nilai ini diambil daripada sifat ikhlas dan pembaikan niat. Sifat ini juga menghasilkan faedah yang amat besar dalam realiti kehidupan. "التربية النبوية بالأحداث، د.محمد أمحزون".
- Mengikat jiwa/perasaan dengan peristiwa memberi kesan yang amat mendalam ke dalam jiwa dan ruh. Tetap pendirian (thabat) dalam kehidupan akan memudahkan jiwa membiasakan diri melaksanakan arahan tanpa terpengaruh dengan perubahan-perubahan yang berlaku.

No comments:
Post a Comment