Tuesday, July 24, 2012

الليل أحلى Malam Itu Manis Rasanya…..




بقلم: د. خالد أبو شادي
Tulisan: Dr Khalid Abu Shadi
Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "مَن نام عن حزبه أو عن شيء منه، فقرأه ما بين صلاة الفجر وصلاة الظهر كتب له كأنه قرأه من الليل"(1).
Berkata Omar RA: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang tidur tanpa membaca satu hizib (Quran) atau sesuatu daripadanya (ayat Quran), lalu dia menggantikannya pada waktu di antara solat fajar dan solat zohor, nescaya dituliskan baginya seolah dia membacanya pada waktu malam”.
وفي هذا دلالة على أن الأفضل في قراءة ورد القرآن قراءته بالليل، وكأن القرآن تعهَّد أن لا يبوح لأحد بما بين دفتيه من أسرار إلا على ضوء النجوم حين تنفتح الحقائق في غيبة الأهواء الدنيوية والأشغال المعيشية والسموم الشيطانية في أحضان سجدة أو سحابة عبرة أو سريان رجفة من خشية الله تعالى!!
Daripada dalil di atas menunjukkan bahawa bacaan Quran paling afdhal ialah pada waktu malam. Seolah-olah Quran telah berikrar bahawa ia tidak akan mendedahkan rahsia antara kedua-dua muka suratnya melainkan di bawah kerdipan bintang-bintang bilamana ia membuka hakikat-hakikat di waktu tiadanya keinginan duniawi, kosong daripada kesibukan bekerja mencari nafkah, hilangnya racun-racun syaitan dalam dakapan sujud atau lintasan pengajaran sejenak lantaran ketakutan kepada Allah Ta’ala.
قال النووي: "وإنما رجحت صلاة الليل وقراءته لكونها أجمع للقلب وأبعد عن الشاغلات والملهيات والتصرف في الحاجات وأصون عن الرياء وغيره من المحبطات مع ما جاء الشرع به من إيجاد الخيرات في الليل، فإن الإسراء برسول الله صلى الله عليه وسلم كان ليلاًً".
Berkata Imam Nawawi: “Bahawasanya diberatkan daun neraca solat malam dan bacaannya lantaran ia lebih memantapkan hati dan jauh dari gangguan,terhindar dari sebab yang melalaikan, jauh dari urusan memburu keperluan-keperluan hidup, terpelihara dari perasaan riya’ dsb yang membinasakan. Sedangkan syariat datang dengan membawa kebaikan yang melimpah bagi malam, sesungguhnya Rasulullah SAW telah di-Isra’kan pada waktu malam”.

ويزيدك ابن الجوزي وهو يدبج عبارة من عبارات المحبين فيقول: "ظلمة الليل للتواصل أهنأ من ضياء النهار عند المحب، وصلهم سرهم، وما أحوج السر إلى سره بسحب الحجب"(2).
Ibnul Jauzi menambah lagi dengan menggunakan ungkapan Muhibbin (orang yg sayangkan Allah) dengan katanya: “Kegelapan malam bagi tujuan berhubungan dengan Allah lebih hebat terasa kemanisannya berbanding sinaran cahaya pada sianghari bagi pencintanya, Allah SWT menyampaikan ke maqam rahsia mereka dan alangkah berhajatnya kita kepada rahsiaNya yang tiada lagi terhijab”.  


----------
* الهوامش:
(1) صحيح: انظر حديث رقم 1343 في صحيح ابن ماجه وأخرجه مسلم
(2) شرح النووي لمسلم 1/28

Tambahan daripada penterjemah:
هذا الكلام للإمام بن الجوزي ، ورد فى شرح صحيح مسلم لللإ مام النووي والمقصود به :
Perkataan ini dinasabkan kepada Imam Ibnu Jauzi telah disyarahkan oleh Imam Nawawi di dalam Kitab Syarah Sahih Muslim seperti di bawah:

1.       ظلمة الليل للتواصل أهنأ من ضياء النهار عند المحب توضح فضل صلاة الليل وأن الليل وقت مناسب لمناجاة المحبين فلا شواغل ولا صوارف . بل هي أوقات صافية وهي أحب وأهنأ بين المحبين من أوقات النهار .
Menerangkan tentang kelebihan solat malam. Malam adalah waktu paling sesuai untuk bermunajat bagi kekasih Allah SWT kerana tiada gangguan maupun kesibukan, bahkan ia merupakan waktu-waktu suci bersih dan lebih tenang dari waktu-waktu siang.

2.       وصلهم سرهم : يعنى أن كل منهم يبوح بسره للآخر وهنا يكون السر بينهما هو سبيل الصلة والوصال  فى هذه الأوقات .
Yakni rahsia antara satu sama lain tiada terhalang lagi bermaksud rahsia antara kedua-duanya menjadi jalan perhubungan dan sentiasa berhubungan di saat-saat seperti ini.

3.       وما أحوج السر الى سره بسحب الحجب  أن أسرار المحبين حين تتناقل بينهما فهى أحوج الى إزالة الحجب والحواجز من بينهما ، وهذا منتهى التواصل بين المحبين حين لاتقف حجب وحواجز بين أسرارهم وهذا من عظيم الصلة ومتين الرابطة.
Bahawa rahsia-rahsia kekasih ketikamana saling berpindah antara kedua-duanya pastinya tiada penghalang lagi. Inilah kemuncak kepada perhubungan kedua-dua kekasih iaitu bilamana tiada lagi penghalang antara rahsia-rahsia mereka dan ini jugalah yang dikatakan sebagai kehebatan perhubungan dan kemantapan ikatan.
    
جعلنا الله وإياكم من أهل الليل .
Semoga Allah SWT menjadikan kamu (dan kita semua) dari kalangan pencinta malam.

No comments: