Pendirian IKRAM
Berkenaan Isu Kalimah Allah
15 Januari 2013 bersamaan 3 Rabiul Awal 1434 H
penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam di negara kita.
2. IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain
untuk menggunakan kalimah “Allah”. Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan
kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat
al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-‘Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa’ dan ayat 78
surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah “Allah” dengan makna yang
bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah,
ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.
3. IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam
bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah “Allah” oleh selain orang Islam, pintu fitnah
akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan
usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk
menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan
menghalang penggunaan kalimah “Allah” tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi
menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.
4. Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk
kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di
kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar
dihormati.
5. Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk
menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar
menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
No comments:
Post a Comment