Hisyam bin Abdul Malik (sepupunya) menyifatkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz Radiallahu Anhu, katanya: "Aku tidak mengira bahawa Umar melangkah satu langkah selama-lamanya melainkan baginya ada niat yang dia lakukan".
Justeru Khalifah Umar sempat dalam tempoh kurang dari dua tahun memperbetulkan penyelewengan yang berlaku kepada dua generasi sebelumnya; dengan demikian dia dapat menghubungkan zamannya dan zaman Khulafa' Rasyidin.
Oleh kerana itu, maka adalah menjadi tanggungjawab di atas bahu صاحب الدعوة hari ini agar jangan sekali-kali merasa lemah berhadapan suasana penyelewengan dan penyimpangan dari manhaj yang menimpa sebahagian umat Islam atau berputus asa dari rahmat Allah SWT dalam memenangkan agama dan dakwahNya. Kenapa? Kerana sesungguhnya apabila disertai setiap langkahnya itu dengan niat yang baik, nescaya dia pastinya akan mendapat taufiq dari Tuhannya, lalu Allah SWT pastinya membuka baginya segala penutup (kunci) hati-hati tersebut, dan Allah SWT tentunya memberkati amalnya dan menyebarkan kebaikan melalui kedua-dua tangannya.
Itu adalah seruan untuk diriku dan ikhwan sekalian di jalan dakwah ini untuk sama-sama senantiasa mengikhlaskan niat kita, merawatinya, memperbaharui akan niat tersebut berulang-ulang kali sebelum, semasa dan selepas beramal.
Marilah kita sentiasa mengingati slogan yang abadi الله غايتنا (Allah Matlamat Kita). Dengan keikhlasan akan terlaksanalah kemenangan (pembukaan) dan akan berkuranglah kegelinciran. Benar sekali ungkapan yang mengatakan: "Hanyasanya akan tergelincirlah orang yang tidak ikhlas".
Hasil nukilan: Sheikh Mohamed Hamid Elawa
Terjemahan: UsTACZ

No comments:
Post a Comment