Mumia Firaun(Ramses II)
Mumia Ramesses II Pada
pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir
bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun,
Ramasses II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati
tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan
ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut
dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan
para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa
lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi
Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya
oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh
doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Prof. Dr. Maurice
Bucaille Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang
dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di
bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar
di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.
Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar
Sadat.
Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat
sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan
pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir
kuno itu. hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad
mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat
tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut,
‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.
Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada
laut? Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai
penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah
Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan
tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam
Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran Namun seorang rakan sempat membisikkan
kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang
baru. “Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui
tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara
sehingga ke hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau
menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang
berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan
perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila
diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam
telah pun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh
akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan
al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.
Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di
hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat
menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak
ribuan tahun lalu.
“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap
Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal
kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,”
kata hatinya sendirian.
Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun
tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak
diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan
dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan
yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda,
pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun
yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat
menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah
Dr.Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai
apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan
semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia
itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam
mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel
meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di
belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran
berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh.
Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk
maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan
dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan
beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran
dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan
mengkaji seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh
dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada
tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr.
Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini
kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik
tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai
fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran
benar-benar kalam Allah.
ihsan dari; http://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/06/mumia-firaun-yang-mengejar-nabi-musa.html
No comments:
Post a Comment