Tuesday, August 27, 2013
Fatwa Tentang Demonstrasi Aman, apakah hukumnya?!
Monday, August 26, 2013
MESIR: Doktrin Islam-Politik Dicabar


Kedudukan Mesir sebagai hub intelektual dunia Islam telah menyaksikan kelahiran berbagai aliran Islam yang berupaya menguasai kelompok yang bersaing atas nama Islam.
Mendasari perkembangan di Mesir adalah pertembungan doktrin Sekular -Liberal dan Islam.
SALAFIYAH vs ISLAHIYAH
Jika kita melusuri perjuangan pemikiran Islam pasca Khilafah, kelompok Islam membentuk dua aliran antara Salafiyah yang rigid interpretasi teksnya dan Islahiyah yang agak kontemporari fahaman teksnya mengikuti perkembangan semasa. Muncul dalam kelompok Islahiyah ini individi-individu di kalangan ulamak yang mempelopori pemikiran Islam terkini dengan suntikan makna pada zaman yang dilaluinya.

Namun kemunculan seorang tokoh yang bernama Hassan Al Banna bukan sahaja meninggalkan bekas perbahasan intelektual tetapi yang lebih penting telah membentuk satu pergerakan yang mempunyai organisasi paling tersusun yang menguasai pemikiran massa di atas nama Ikhwan Al Muslimun atau Muslim Brotherhood.
SALAFIYAH
Golongan salafi yang fahaman teks Al Quran dan Hadisnya yang agak kaku tidak banyak melahirkan tokoh-tokoh besar kerana kemunculan mereka adalah merupakan status-quo kepada mainstream yang ada semasa kejatuhan Khilafah tetapi ia telah melahirkan kelompok yang anti kemodenan dan Barat lalu menjadi benih awal kepada kemunculan ekstrimism dan militan dalam perjuangan mereka.
Kelompok Gamaah Islamiyah, Hijrah Wa Takfir dan terkini Al Qaeda adalah sebenarnya manifestasi kebencian kepada Barat dan disokong dengan interpretasi totok kepada teks-teks Al Quran dan Hadis yang ada.
LIBERAL-SEKULAR
Kelompok ini mahukan Islam dalam bentuknya yang bebas dari hambatan institusi kawalan moral lantas meletakkan hak individu untuk memilih gaya dan cara hidupnya mengikut pilihannya dan tidak mahu dipaksa dan dipantau oleh polis moral.
Mereka melihat aspek syariah sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita. Mereka mahukan interpretasi Islam yang bebas dan menganggap politik dan Islam tidak boleh bersatu. Mereka tidak menolak agama, tetapi menolak parti Islam dan negara Islam yang mereka dakwa teokratik.
MENGISI REVOLUSI RAKYAT
Kekosongan period transisi regim kuku besi kepada suara rakyat menyaksikan konfrontasi Sekular-Liberal dan Islam tidak dapat dielakkan. Perkembangan rampasan kuasa tentera disokong oleh kelompok Sekular-Liberal kerana menganggap pengaruh Ikhwan melalui kemenangan Morsi akan membawa negara Mesir kepada pemerintahan agama lalu menafikan hak demokratik rakyat menentukan halatuju negara.
Golongan Sekular-Liberal mewajarkan sokongan mereka terhadap rampasan tentera tempoh hari dengan membawa doktrin anti-political-Islam. Walaupun perbahasan ini jauh dari capaian rakyat awam yang rata-ratanya kais pagi makan pagi di Mesir, namun doktrin ini cuba dipaksakan kepada rakyat Mesir bahawa Morsi mewakili Islam-Politik yang akan menghuru-harakan Mesir dan membawa Mesir ke belakang.
Biarlah ini satu dakwaan kosong sebenarnya dan Tentera yang mencipta suasana huru-hara di Mesir namun implikasi doktrin anti-Islam Politik adalah mesej yang kuat kepada seluruh dunia Islam bahawa mereka harus menentang Islam-Politik dan ini bermakna menentang parti Islam dan cita-cita politik Islam walaupun tak semestinya mereka menantang Islam sebagai agama ritual dan spiritual.
PEMIKIRAN POLITICAL-ISLAM

Oliver Roy amat berhati-hati untuk tidak melonggokkan kesalahan itu kepada Islam kerana di kalangan Islamistada yang menggarap persoalan politik melalui adaptasi kepada perkembangan di Barat dan berpandukan kepada panduan Islam yang sebenar. Menarik dalam hujah Oliver ialah beliau menganggap kelompok neo-fundamentalism adalah anti-tradisi ilmu malah cuba menentukan peranan ilmu mengikut selera mereka melalui kuasa politik yang ada kepada mereka.
Rumusan Oliver ialah kemunculan Islam-Politik adalah gambaran kepada anti Barat dan kemodenan tanpa satu program sosio-ekonomi dan rakyat yang dikuasainya akan memberontak kerana mereka tidak dapat menikmati hasil kemodenan dan pembangunan maka negara akan huru-hara. Akhirnya lahirlah pemikiran ‘kegagalan Islam-Politik’ (the failure of political Islam) sebagai tema yang diangkat.
MENCABAR TESIS INI
Di kalangan intelektual Sekular-Liberal, ide ini sudah mula didengungkan bagi mewajarkan rampasan kuasa ke atas Morsi. Persoalannya ialah, adakah Morsi mewakili konsep Islam-Politik yang dikemukakan oleh Oliver Roy?
Adakah pemikiran rasmi Ikhwan mendasari neo-fundamentalism?
Adakah pengalaman Algeria, Sudan dan Afghanistan sama dengan proses demokrasi yang dilalui oleh rakyat Mesir?
Adakah kewajaran rampasan tentera kerana Mesir di kancah perang saudara dengan kemenangan Morsi?
Jawapan kepada persoalan yang banyak ini akan membawa kita untuk mencabar teori Oliver Roy yang diaplikasikan oleh golongan Sekular-Liberal dalam meyakinkan orang ramai bahawa menjatuhkan Morsi adalah menyelamatkan Mesir dari Islam-Politik.
IMPLIKASI
Semua kelompok Islam yang bergerak di medan siyasah (politik) harus mengambil serius apa yang saya lontarkan dalam artikel ini kerana pertembungan doktrin merentasi batas geografi dan masa. Selagi Islamist di medan politik tidak membuktikan Islam adalah merentasi sekadar kuasa dan tidak menjurus kepada konsep ketamadunan yang lebih luas skopnya selagi itu tanggapan teori ‘kegagalan’ ini akan menghantui semua pihak.
Islam yang diusung dan diperjuangkan mesti memberi makna kepada keadilan sosial, erti kemanusiaan, erti kebebasan bersuara, keamanan hubungan antara agama dan erti kerajaan yang adil. Kemenangan parti Islam di medan politik bukan kemenangan anti-Barat tetapi ia kemenangan Keamanan Manusia Sejagat dan pastinya kemenangan Islamist perlu menghormati lunas-lunas demokrasi dalam melihat julat kepelbagaian yang ada.
Penegasan kepada suntikan makna Islam yang lebih luas cakupannya dan capaiannya akan menjadikan teori Oliver Roy dan pengusungnya dicabar untuk kita membentuk tesis baru iaitu “The Success of Political Islam”.
PERTEMBUNGAN BERTERUSAN
Morsi telah diharamkan haknya untuk membuktikan teori sukses ini oleh Tentera yang disokong oleh golongan Sekular-Liberal. Saya meyakini bahawa pemikiran Morsi yang didasari oleh Rahmatan Lil Alamin sesekali bukan neo-fundamentalism. Ikhwan pula terkenal dengan sikap keterbukaan mereka kepada pertembunagn Islam dan Barat.
Para ulamak dan ilmuan Ikhwan senantiasa mencari-cari titik pertemuan pembinaan tamadun dengan berdialog dan bertukar pandangan. Ikhwan juga tegas dalam soal menuntut hak dan menentang penindasan. Apa yang berlaku di dataran Nahda di Rabiah Adawiyah adalah suara menuntut Hak.
Tiada yang berani mengatakan tindakan rampas kuasa adalah wajar kecuali golongan Sekular-Liberal yang totok anti Islam-Politiknya. Mereka mendapati tentera akan memenuhi kehendak mereka kerana mereka tidak ada asas sokongan rakyat di akar umbi.
Dengan pembebasan Mubarak dari penjara dan dikenakan tahanan di rumah dan Morsi serta pimpinan Ikhwan dipenjarakan, kita hanya mampu bertanya apakah prinsip awalan ini yang hendak diasaskan dalam mengisi Revolusi Rakyat 2011 yang dahagakan kebebasan dan demokrasi?
Apakah ini kes awalan yang hendak diasaskan oleh golongan Sekular-Liberal bahawa demokrasi hanya untuk mereka dan bukan untuk gologan Islam?
Wajar bagi Islamist di medan siyasah mencabar semua prinsip ini dengan kekuatan hujah dan intelektual yang ampuh.-drmujahid.com
Sertai Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa dan Twitter @mparitbuntar
Friday, August 23, 2013
As-Sisi Menuju Episode Terakhir
Rabu, 21 Agustus 2013
Oleh Dr. Raghib Sarjani
Sejarawan Mesir
Kalau mengkaji sejarah Fir’aun, terdapat persamaan antara apa yang dilakukannya dengan yang dilakukan As-Sisi saat ini. Skenario yang mereka berdua tempuh juga sama. Setidaknya scenario tersebut bisa dibagi menjadi lima episode:
Pertama, episode kudeta. Terdapat dalam Al-Qur’an dalam surat Asy-Syu’ara: 40 “Semoga kita mengikuti ahli-ahli sihir jika mereka adalah orang-orang yang menang.” Ini sama dengan pernyataan As-Sisi yang katanya merespon tuntutan rakyat dalam demo-demo 30 Juni.
Kedua, episode pemberian mandat. Terdapat dalam ayat “Dan berkata Firaun (kepada pembesar-pembesarnya): “Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi.” [Al-Mu’min: 26]. As-Sisi meminta pendukungnya turun jalan besar-besaran untuk memberikan mandat agar bisa membubarkan demonstrasi dengan kekerasan. Katanya untuk meluruskan revolusi, karena Presiden Mursi sudah berbuat kerusakan.
Ketiga, episode ancaman pembubaran dengan paksa. Terdapat dalam ayat “(Fir’aun berkata), “Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya.” Mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja.” [Thaha: 71-72]. Berkali-kali As-Sisi dan pejabatnya mengancam pembubaran paksa. Namun para pendukung Mursi bergeming, jumlah demonstran semakin besar saja.
Keempat, episode pembantaian. Terdapat dalam ayat “Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: “Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul.” [Asy-Syu’ara: 61]. Pembantaian segera terjadi. Orang-orang yang beriman dalam jumlah yang sedikit, dan tidak bersenjata dikepung laut dan tentara Fir’aun yang murka.
Kelima, ini episode keselamatan dan kemenangan orang-orang yang beriman. Terlihat dari keyakinan seorang pemimpin berkata kepada pengikutnya, “Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.” [Asy-Syu’ara: 62]. Dibutuhkan keyakinan seperti keyakinan Musa as. kepada pertolongan Allah swt. sehingga datanglah pertolongan tersebut “Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain itu.” [Asy-Syu’ara: 66].
*Sumber: dakwatuna
Wednesday, August 21, 2013
DR. Ahmad Ar-Raisuni, pakar maqashid syari'ah mengkritik logik Syekh Azhar


Kita semua mengetahui bahawa rampasan kuasa berdarah mendapatkan sokongan dan "pemberkatan" dari Syekh Azhar; DR. Ahmad Thayyib.
"Syuhada Rabaa" Foto Pengantin Baru Paling Menyedihkan di Mesir Menurut Reuters
![]() |
Para syuhada telah menunaikan dan membuktikan janjinya dihadapan Allah, mereka hidup disisiNya dengan penuh kebahagiaan. Yang ditinggal pun tetap tegar dengan keyakinan bahwa kelak mereka akan dipertemukan kembali di jannahNYa.
Berikut, salah satu ungkapan istri syuhada, Asmaa Hussein, yang suaminya Amr Mohammed Kassem diantara ribuan syuhada Mesir. Gambarannya mirip dengan foto diatas...
Suamiku, Amr Mohamed Kassem kembali ke pangkuan Tuhannya pada usia 26 tahun.
Ia ditembak peluru tajam di dagunya hingga menembus leher. Ia gugur ketika mengikuti unjuk rasa di Alexandria, untuk menuntut keadilan bagi semua yang telah dibantai secara biadab oleh pasukan militer pada hari-hari dan pekan-pekan sebelumnya di seluruh penjuru Mesir.
Kemarin pagi aku pergi menuju ruang jenazah di rumah sakit terdekat di Alexandria untuk melihat Amr, sebelum ia dimandikan dan dimakamkan.
Ketika saya tiba di sana, banyak sekali orang menunggu di depan pintu untuk melihat anggota keluarga mereka yang juga terbunuh pada hari yang sama.
Teman-teman dan kerabat Amr juga berada di sana. Setelah menunggu beberapa lama, aku masuk ke dalam ruangan tempat Amr dibaringkan di atas meja, tertutup selimut panjang. Aku berdiri di sisinya dan membuka kain yang menutupi wajahnya, dan di sanalah ia, suamiku, kekasihku, rebah dalam dingin; padahal kurang dari 24 jam sebelumnya aku masih menyaksikan ia begitu bugar dan bahagia dan penuh senyum.
Lalu aku mencukur jambangnya, sebagiannya masih terasa lembut, sebagiannya lagi terasa kaku bersama simbah darah yang telah mengering. Hidungnya juga berdarah-darah dan ada goresan luka di sisi sebelah matanya, tapi ia begitu indah, bahkan sekalipun dalam kematian - bergeming seolah sedang tertidur. Lalu aku raba kedua bibir dan pipinya, dingin terasa.
Aku berdiri di sana agak lama, menatap wajahnya dalam-dalam, dan merasa seakan hatiku terlindas truk berulangkali. Aku tidak mau menangis keras-keras namun air mataku mengaliri pipi, dan aku lirihkan kepada kasihku
"Aku mencintaimu Amr. Aku tahu engkau selalu menginginkan gugur sebagai syahid, dan engkau telah memperoleh apa yang selalu engkau citakan, insya Allah, dan aku sangat bangga denganmu. Ya Allah ampunilah segala dosanya dan terimalah ia sebagai syuhada dan persatukanlah kami kembali di jannah-Mu kelak. Ya Allah sabarkanlah aku, karena aku tahu itulah waktu yang sudah Engkau tetapkan baginya, dan karena aku tahu bahwa dengan kehendak serta kasih sayang-Mu, ia hidup di sisi-Mu sebagai syahid."
Aku tidak beranjak seinchi-pun dari sisinya sampai aku merasa benar-benar siap. Aku bahkan tak tahu persis berapa lama aku berdiri di sana. Hingga kemudian, aku mencium pipinya dan mengatakan kepadanya bahwa aku akan bersua lagi dengannya insyaAllah, lalu aku menutup kembali wajahnya dan meninggalkan ruangan.
Dalam shalat Jenazah yang dilangsungkan setelah shalat Ashar, kulihat ada ratusan orang ikut serta - sahabat-sahabatnya, teman-temannya semasa sekolah, dan sanak famili.
Ia merupakan sosok yang dicintai banyak orang. Semuanya basah oleh air mata, kata-kata baik terungkap, dan orang-orang mengatakan syukur alhamdulillah karena Allah SWT telah menjemputnya dengan cara kematian terbaik di muka bumi ini.
Kami bersama menshalati dan mendoakannya. Kemudian aku beranjak keluar menyaksikan kerumunan ratusan orang membopong tubuhnya yang terbalut kafan menuju ke pemakaman. Para muslimah tidak ikut, kami menunggu hingga ia dimakamkan dan doa dipanjatkan. Setelah beberapa waktu, ibundanya, aku, dan kerabatnya yang perempuan berjalan hendak keluar menuju pemakaman ke tempat ia dikuburkan.
Namun tiba-tiba aku menyadari orang-orang di sekitarku berteriak kepadaku untuk pergi, lari melalui pintu samping. Aku tidak mengerti apa yang terjadi saat itu tapi seketika mulai terdengar desing keras di belakangku, batu-batu dilemparkan ke arah kami, dan orang-orang berteriak agar para perempuan segera lari.
Maka aku lari dan berlari tanpa menoleh ke belakang. Ketika berlari itu, aku terkena sebongkah batu besar di bagian pipi, tapi alhamdulillah, teman-temannya Amr melihatku dan menyuruhku untuk berlari di depan mereka sehingga mereka berada di belakangku dan menjaga agar tidak terjadi apa-apa terhadapku.
Gerombolan orang yang menyerang kami itu ialah berandalan preman yang sebelumnya mendengar kabar bahwa di sana ada pemakaman anggota Ikhwanul Muslimin (padahal suamiku bukan anggota Ikhwanul Muslimin, ia semata pria relijius yang meyakini adanya haq dan bathil). Banyak orang terluka, diantaranya terkena luka tusukan, tetapi sejauh yang saya tahu, Alhamdulilah tidak ada korban jiwa.
Sebegitu bencinya gerombolan preman itu, bahkan dalam proses pemakamanpun mereka menyerang kami.
Namun kebencian mereka tak berarti apa-apa bagiku, jika musuh Allah membenci anda, maka itu adalah tanda bahwa Allah ridho, kita di jalan yang benar.
Wahai kawan, hatiku serasa sakit dan aku tak tahu bagaimana hati ini bisa begitu sakit. Aku merindukannya setiap kali aku terjaga dan mimpi tentang dia ketika aku tertidur. Dia adalah suami terbaik dari seorang wanita. Dia tak pernah berharap banyak, dia sangat baik, murah hati, lembut dan penuh kasih, tetapi juga kuat dan berani.
Bajunya masih terpaku pada kait di kamar kami, seolah-olah dia akan berjalan melalui pintu dan mengganti bajun piama sebelum dia tidur. Temannya memberi saya dompet Amr dan ponsel, tapi hadiah pernikahan yang hilang, masih tidak tahu di mana itu.
Namun melalui semua ini, aku tidak bisa mengatakan apa-apa kecuali Innalillahi wa inna ilayhi raji'un, dan terus berdoa untuknya.
Aku menolak untuk meratap dengan dengan protes kepada-Nya "mengapa" Ia membawanya atau berpikir "kalau saja dia tidak pergi ke protes pada hari Jumat, ia akan hidup."
Tidak, itu sudah takqdir bagi Amr untuk kembali ke Allah, aku tahu bahwa di luar bayangan keraguan. Dan meskipun aku berharap aku punya lebih banyak waktu dengan dia di dunia.
Aku dengan tulus berharap untuk bersatu kembali dengannya dan menjadi istrinya, jika Allah mengijinkanku, di surga. Dalam jannah waktu tidak berakhir, tidak ada takut terpisah dari orang yang Anda cintai. Aku percaya dengan setiap inci, bahwa cinta kita benar-benar cinta yang bisa bertahan dari dunia ini ke dunia berikutnya.
Ya Allah, Engkau persatukan kembali Musa dengan ibunya setelah dia menempatkannya di sungai, ya Allah persatukan kembali Yaqoub dengan anaknya tercinta Yusuf setelah bertahun-tahun berpisah. Ya Allah Engkau lah yang mampu menyatukan hati kami kembali di akhirat nanti.
Semalam setelah kami pulang, aku menerima telepon dari seorang teman kerabat - seseorang yang telah menyaksikan pertama kali apa yang terjadi pada Amr setelah dia ditembak.
Dia mengatakan kepada kami bahwa pada kejadian itu Amr tidak langsung meninggal, dia masih hidup untuk beberapa saat. Tangan kirinya memegang dagunya di mana peluru itu masuk, dan jari telunjuk kanannya naik, dan dia berkata dengan jelas "Ashhadu anna la illaha ilAllah, wa ana ashhadu Muhammadun Rasulullah" dan ia memiliki senyum lebar di wajahnya, seolah-olah itu adalah hari pernikahannya.
Wahai kawan, kata-kata dorongan tidak begitu saja. Aku tak punya apa-apa selain cinta dan hormat untuk Anda semua, dan sekarang aku tahu jauh lebih banyak daripada sebelumnya bahwa sebagai umat Islam, meskipun kami memiliki kesalahan dalam komunitas kami, ketika kami bersama dan bersatu, kita benar-benar menjadi kekuatan yang harus diperhitungkan.
Dukungan cinta dan doa telah menyentuhku. Aku pasti akan perlu doa dan dukungan ketika aku kembali ke Kanada insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah semoga tetap dikuatkan di jalan-Nya dan tidak menyimpang dari jalan-Nya, demi aku, anak-anak dan juga demi Amr - untuk menghormati dia di jalan yang Allah yang telah meridhoinya.
Ya habibi ya Amr... Duhai kekakasihku Amr... Kuberharap bahwa sekarang jiwamu berada dalam burung hijau dan terbang ke Jannah-Nya, makan dan minum dari ketentuan dan dekat kepada Allah, di mana kau tidak akan pernah meneteskan air mata lagi atau pernah merasa rasa kehilangan atau penderitaan.
Kau adalah cintaku di dunia ini dan insyaAllah setelahnya, kau ada di hatiku selalu, Doa-doaku akan terus teriring untukmu.
Asmaa Hussein
*sumber: islamedia, dll
Syria Menangis !!!! Dalam Kita Sibuk Dengan Isu Mesir Jangan Kita Lupa Saudara Kita di Syria !!!
SYRIA 2 : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=28&highlight=syria
SYRIA 3 : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3368
SYRIA 4 : ?????
( info2 terkini ini diupdate bersama forumer2 mshade, Masa7374, SakaratulMaut, Go2Syam, abanagDLL)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده

" sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) akan dapati bahawa manusia yg paling kuat memusuhi orang2 beriman adalah orang2 yahudi DAN orang2 yg telah melakukan SYIRIK..." - ( al-Maaidah 82)
KUASA2 SYIAH TERUS TUMPAHKAN DARAH UMAT ISLAM
TERKINI: 22/08/13
HAMPIR 2000 MAUT AKIBAT SERANGAN BOM KIMIA REJIM
DAMSYIK: Serangan bom kimia dan gas beracun yang dilakukan oleh rejim Bashar laknatullah yg disokong oleh Iran/ Hizbola pada jam 3 pagi waktu tempatan tadi telah mengorbankan hampir 2000 penduduk awam..jumlah kematian dijangka akan terus meningkat memandangkan keadaan mereka yg tercedera pula begitu gawat dan kritis sekali...
Kali ini kawasan yg menjadi serangan rejim terkutuk itu adalah kawasan penduduk awam yang terletak di Ghuttah Timur. Turut dilaporkan sekurang2nya 5000 orang telah cedera.
(inilah hasil dan akibat sifat 'lurus bendul' umat islam terhadap agama syiah 'imam 12' selama ini, alangkah sedihnya melihat nasib umat islam......mengapakah antara umat ini masih ada yg mahu mempercayai lagi bahkan memberikan wala' kpd org2 syiah yg kufur dan kejam tersebut walhal sudah puluhan kali kaum syiah mengkhianati mereka sepanjang sejarah??)



Penduduk yang terselamat dari serangan menguruskan jenazah syuhada mereka..



Tuesday, August 20, 2013
Nasyid bantahan kudeta Mesir
Amanat Imam Hasan Al-Banna Menjadi Realiti Di Bumi Mesir
Imam Hassan Al-Banna pernah mengungkapkan halangan dan cabaran dakwah Ikhwan Muslimin dalam risalah yang bertajuk “Antara Semalam dan Hari Ini”. Dengan izin Allah, beliau seolah-olah mendapat gambaran apa yang akan berlaku terhadap Ikhwan Muslimin pada masa hadapan.
Kini, setiap satu persatu halangan ini terjadi dan sedang ditempuhi oleh ahli Ikhwan Muslimin dan penyokong mereka. Namun, mereka tetap teguh dengan pendirian mereka kerana meyakini bahawa kemenangan itu adalah milik Allah dan Allah akan mengurniakan kemenangan untuk mereka apabila tiba masanya. Berikut adalah petikan ungkapan tersebut:
“Kejahilan masyarakat tentang Islam yang sebenar akan menjadi halangan di sepanjang jalan kamu.
Kamu akan mendapati sebahagian tokoh agama dan ulama’ rasmi memandang asing kefahaman kamu tentang Islam dan dan mengingkari jihad kamu dalam memperjuangkan kefahaman tersebut.
Para penguasa, pemimpin, dan orang-orang yang memiliki pengaruh serta kekuasaan, akan dengki dengan kamu.
Semua kerajaan secara bersama-sama akan menentang kamu.
Setiap kerajaan akan menyekat kegiatan kamu dan mereka akan mewujudkan pelbagai sekatan di sepanjang jalan kamu.
Para perampas akan saling bekerjasama menggunakan apa sahaja cara untuk menghapuskan kamu dan melenyapkan cahaya dakwah kamu.
Mereka akan mempergunakan segala kerajaan yang lemah, golongan yang berakhlak buruk dan golongan yang (pada satu masa) menghulur tangan mengharapkan bantuan mereka dan (dalam masa yang lain) menghulur tangan menindas dan memusuhi kamu.
Semua pihak akan menimbulkan pelbagai syak wasangka dan tuduhan keji terhadap dakwah kamu.
Mereka akan berusaha mengaitkan setiap cacat cela dengan dakwah kamu dan mempamerkannya kepada masyarakat dengan seburuk-buruk gambaran. Mereka akan menggunakan segala kekuatan dan kuasa yang ada pada mereka dan juga menggunakan harta (kekayaan), pengaruh (lobi) dan media mereka.
يُرِيْدُوْنَ أَنْ يُطْفِئُوْا نُوْرَ اللهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَّ أَنْ يُتِمَّ نُوْرَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (At-Taubah: 32)
Dengan demikian, tidak diragukan lagi, kamu akan melalui era ujian dan cubaan;
(1) kamu akan dipenjara,
(2) kamu akan dibunuh,
(3) kamu akan ditahan,
(4) kamu akan diusir,
(5) harta-harta kamu akan dirampas,
(6) kerja-kerja kamu akan dinafikan (dianggap tiada)
(7) dan rumah-rumah kamu akan digeledah (serta diawasi).
Boleh jadi ujian ini akan berlaku dalam tempoh yang lama.
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوْا أَنْ يَقُوْلُوْا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُوْنَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Namun, Allah janjikan kamu kemenangan bagi mereka yang berjuang. Allah janjikan ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal.
يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيْمٍ. تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَرَسُوْلِهِ وَتُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ. يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِيْ جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ. وَأُخْرَى تُحِبُّوْنَهَا نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيْبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِيْنَ. يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُوْنُوْا أَنْصَارَ اللهِ كَمَا قَالَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّيْنَ مَنْ أَنْصَارِيْ إِلَى اللهِ قَالَ الْحَوَارِيُّوْنَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِيْ إِسْرَئِيْلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوْا ظَاهِرِيْنَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)? Mereka menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah!
(Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) Maka sepuak daripada Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As-Saff: 10-14)
Adakah kamu masih menegaskan untuk menjadi penolong (agama) Allah?”
Sumber:
1. http://www.egyptwindow.net/news_Details.aspx?Kind=1&News_ID=33286
2. Antara Semalam dan Hari Ini (Himpunan Risalah Hassan Al-Banna)
JAMAAH ISLAM QUDWAH - artikal 2009 dipaparkan semula)
Assalamualaikum wa rahmatullah!
Artikel ini berdasarkan huraian Ustaz Mustafa Masyhur dalam bukunya, "القدوة على طريق الدعوة" Al-Qudwah Ala Toriq Ad-Dakwah (Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah). Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan ke atasnya. Huraian ini tidak bertujuan untuk menimbulkan perbezaan dan persengketaan antara jemaah sedia ada, tetapi sebaliknya mengharapkan agar jemaah-jemaah tersebut kembali kepada hakikat kesatuan ummah sejagat berdasarkan prinsip-prinsip haraki Islam dan dengan izin Allah S.W.T.
Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam Contoh ialah :
1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran , kedudukan atau suka menonjolkan diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan jahilliyah seperti taa'sub kelompok, batas-batas geografi atau kenegaraan dan seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalnya dan membawa jemaah ke arah kegagalan.
2) Jemaah Islam ini hendaklah menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk di bawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya berlaku ia memberi kesan buruk kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwah.
3) Jemaah ini dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu, iaitu menegakkan agama Allah di bumi ini dengan mendirikan Negara Islam Sedunia. Manhajnya adalah berdasarkan apa yang diperlukan untuk mencapai tujuan ini, selagi menepati syariah Islam. Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam perkara-perkara juz'i dalam Islam.
4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (syumul) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah saw, dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.
5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekalian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah, bukan Negara Islam Geografi. (rujuk karangan Ust Said Hawa, 'Durus fil Amal al-Islami') .
6) Jemaah ini mestilah mengikut methodologi dan cara (manhaj dan uslub) yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan negara Islam; dengan mementingkan perkara-perkara seperti menanam Aqidah Tauhid dan Iman dalam hati, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, membina keluarga Islam dan tarbiyyah anak-anak dan lain-lain lagi. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudaratan yang besar.
7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Anggota jemaah ini hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya prodaktif dalam dakwah. (surah al-Hujurat: 11-13)
8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukanlah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.
9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki; iaitu aspek rohani, jasmani, mental dan ilmu. Dari segi politik jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti atau jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.
10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar dan jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerjasama. Hendaklah ia sentiasa berusaha ke arah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.
11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.
12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (ditarbiyyah) sepenuhnya dan membentuk sof-sof yang terpilih dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.
13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada mereka yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan.
14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mengkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan dan perkataan, kecaman, dan fitnah sewenang-wenangnya. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur langsung.
15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.
16) Sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam dan sentiasa bersabar, melakukan pengorbanan dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.
17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya sebagai sumbangan kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar.
18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharrik) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.
19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.
20) Jemaah ini sentiasa mengingatkan anggotanya bahawa keberkesanan dakwah dan natijah perjuangan tidak semestinya terlaksana semasa hayat mereka, tapi sebaliknya adalah urusan Allah swt dan dengan izinNya sahaja. Masa perjuangan yang diambil adalah diukur dengan 'umur dakwah' dan bukan umur individu anggota tersebut. Kejayaan akan menjelma bagi mereka yang beriman seperti janji Allah dalam surah an-Nur ayat 55.
Wallahu A'lam bis Sowaab..
Friday, August 16, 2013
Kenapa Mursi perlu dihapuskan - Kenyataan intelligent Isreal
Oleh Video-Kini
Satu video taklimat inteligen Israel yang beredar di Youtube. Didalam satu forum yang dihadiri orang-orang kanan dan pengawai tertinggi, seorang komandan inteligen menjelaskan sebab utama mengapa Presiden Mursi perlu disingkirkan daripada pemerintahan di Mesir.
Pertama, menurutnya, Mursi membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.
Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.
Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan.
Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura. Sebuah merupakan konsep permusyawaratan yang diakui dalam Islam.
Kedua: Strategi lebih luas yaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rezim non-demokratik pada masa demokrasi tidak bisa memadamkannya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.
Universitas Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat. Tetapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh negara.
Dua misi besar tersebut akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka. Maka partai-partai Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai peneraju utama yang bertanggung jawab. Tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh/kuat.
Jadi kudeta terhadap Ikhwan pada hakikatnya bertujuan untuk menghalangi tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir.
Sila ke
http://video-kini.blogspot.com
Monday, August 12, 2013
Strategi Ikhwan Muslimin Di Mesir - Nahar Md Nor
Dalam suasana yaang dihadapai oleh Ikhwan Muslimin di Mesir kini, ramai juga yang membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan strategi dan pendekatan yang diambil oleh Presiden Morsi semasa beliau memerintah. Ada yang menyatakan bahawa beliau terlalu mempamerkan sifat dan sikap yang terlalu Islami. Sebaliknya pandangan ini menyarankan agar Presiden Morsi harus mengambil pendekatan yang lebih bertahap seperti yang dilakukan di Turki dan Tunisia.
Satu perkara yang pasti adalah keadaan di Mesir adalah berbeza dengan keadaan di Turki dan Tunisia. Sekularisme amat mencengkam Turki dan Tunisia sementara di Mesir Islam mempunyai akar yang lebih kukuh. Jesteru itu tidak semestinya semua strategi yang berjaya di Turki dan Tunisia (itu pun sudah ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menggagalkannya) akan juga berjaya di Mesir jika formula yang sama diguna pakai.
Malah tidak mustahil, kerana pendekatan Morsi yang jelas ingin membawa agenda Islam dan keadilan semasa memerintah Mesir, maka ia menjadi antara faktor penting mengapa sokongan kepada gerakan pro-Morsi dan pro-demokrasi mendapat sambutan yang begitu luar biasa dari kalangan rakyat Mesir yang turun ke jalanraya pada masa ini.
Kini Mesir terus bergolak. Ikhwan Muslimin kali ini mengambil pendekatan yang lebih tegas dan berprinsip. Mereka tidak berkompromi dengan prinsip bahawa sebarang penyelesaian kepada krisis ini adalah dengan mengembalikan Presiden Morsi ke kedudukan asalnya sebagai presiden yang dipilih rakyat dalam pilihanraya yang adil dan bersih serta mengembalikan demokrasi di negara Mesir.
Ikuti pandangan Dr Daud Abdullah tentang strategi yang diambil oleh Ikhwan ini. Penulisan ini asalnya telah diterbitkan oleh Middle East Monitor pada 6 Ogos 2013.
http://www.middleeastmonitor.com/resources/commentary-and-analysis/6806-the-brotherhoods-change-of-strategy-could-be-the-best-yet
Perubahan strategi Ikhwan, mungkin yang terbaik buat masa ini.
Dr Daud Abdullah
![]() |
Asy Syahid Dr Abdul Qadir Audah |
![]() |
Dr Khairat al-Shater |
Terjemahan: Nahar Md Nor adalah Ahli JKP Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Diterjemah pada 5 Syawal 1434/12 Ogos 2013