بسم الله الرحمن الرحيم
رسالة القسم
من معين التربية
Rampasan Kuasa di Mesir; Apa yang tersirat?
(Tulisan ini ditujukan untuk ‘murabithin’ rakyat
seluruh Mesir…)
Terjemahan: UsTACZ
Allah SWT berfirman:
“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang kepada
mereka bahawa “kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi
kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”.
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka, lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan DIA sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami.
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka, lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan DIA sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami.
Setelah (pergi mengejar musuh) mereka kembali dengan
mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh
sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan (ingatlah)
Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
"Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah
syaitan, yang (bertujuan) manakutkan (kamu terhadap) pengikutnya (kaum kafir
musyrik). Oleh itu,janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu
(jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
(Surah Ali Imran :
173-175)
Segala puji bagi Allah, DIA selayaknya mendapat pujian,
pujian bagi Allah sepenuh tujuh petala bumi dan langit, pujian bagi Allah dalam
senang dan susah, dengan kedua-duanya DIA menguji, DIA membezakan antara yang
baik dan buruk, dengan ujian melahirkan anasir pilihan. Selawat dan salam ke
atas sebaik-baik penunjuk iaitu Muhammad SAW yang mengambil pendirian setia
dengan janji. Tidaklah memanggil seseorang dengan suatu panggilan dan tidaklah
berdoa seseorang dengan suatu doa melainkan Allah menyahutnya. Itulah jalan
engkau wahai anak Adam.
Tabiat Jalan
Dakwah
Inilah jalan engkau seperti yang telah diajar Allah kepada Rasul pilihan-Nya SAW. Rasulullah SAW pembela engkau pada hari mahsyar dan Baginda SAW merupakan penunjuk di atas jalan ini. Rasulullah SAW bersabda:
“Aku bersama mereka yang mengikuti aku”.
Engkau adalah pewaris bagi penghulu para Nabi. Engkau juga pemegang amanah di antara manusia untuk menegakkan Agama ini dengan arahan dari langit.
Tidaklah pelik apa yang sedang berlaku itu, ia juga
bukan suatu yang janggal bagi orang yang melalui jalan (dakwah) ini dan bersedia
menanggung bebanan berat ini:
“Oleh sebab itu jika sekiranya engkau (wahai Muhammad)
merasa ragu-ragu tentang apa yang kami turunkan pada kamu, maka bertanyalah
kepada orang-orang yang membaca kita-kitab yang diturunkan sebelummu (kerana
mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran
dari tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang
ragu-ragu”.
(Surah Yunus: 94)
Tiada yang lain dalam hidup ini selain dua perkara. Ia
adalah dua jalan yang akan memisahkan hamba Allah kepada dua puak. Allah SWT berfirman:
“Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh
Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian
lagi (yang engkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka
sendiri) kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah, serta mereka pula menyangka
bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah”.
(Surah al-A’raf : 30)
Sebab Berlaku
Kesesatan
Tidaklah seseorang itu bertukar menjadi sesat, dan tidak akan terpesong seseorang itu kecuali dengan suatu yang dia musuhi sebelumnya, dan dendam kesumat yang membuak-buak terhadap kaum muslimin (golongan yang mendapat hidayah). Cukuplah baginya (siksaan Allah) yang bakal diperolehinya kerana kesilapannya memilih:
“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang
nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan
yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa
untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) kami
akan memasukkannya ke dalam neraka jahannam dan neraka jahannam itu
seburuk-buruk tempat kembali”.
(Surah An-Nisa’:115)
Kita merasai kepedihan terhadap apa yang berlaku, kita
merasai keperitan yang amat dahsyat terrhadap perbuatan orang yang telah
mengkhianati amanah. Kita merasa pelik tahap api kemarahan yang terpendam dalam
hati mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Mereka berpakat memerangi,
menyisih dan menghapuskan kamu dari pentas dunia dengan apa harga
sekalipun:
“Dan ingatlah (wahai Muhammad) tatkala orang-oran kafir
musyrik (Mekah) menjalankan tipudaya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu
atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipudaya dan Allah menggagalkan tipudaya
(mereka) kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipudaya”.
(Surah Al-Anfal: 30)
Rampasan Kuasa
(kudeta tentera)
Rampasan kuasa ke atas kerajaan pilihan rakyat di Mesir adalah konspirasi kuasa kuffar tajaan Amerika dan Zionis serta mendapat restu Negara-Negara Sekutu Eropah (EU)…diikuti oleh…
Pelaksanaan Negara yang menjadi boneka barat di kalangan
Negara-Negara Arab yang bertindak menghalang proses perubahan yang sedang berlaku.
Mereka begitu terdesak menghulur bantuan atas nama penyelamatan.Mereka ini
begitu biadap dan jahat melaksanakan langkah ke belakang. Semua usaha jahat ini
dilakukan melalui propaganda global yang dengki, menggunakan kekuatan melalui
pengaruh iklan yang keji dan bodoh, ditambah oleh pembohongan ahli politik
licik menyeret institusi kehakiman dan menjerumuskan mereka ke lembah kegelapan
pak turut dikuasai oleh pemerintah yang berwajah hodoh.
Barat mempromosikan pasarnya,
Di sekelilingnya tentera yang perkasa,
Barang dagangannya pelaris untuk jualan,
Tempat jualannya bayangan arasy dan mahkota..
Ketahuilah wahai ikhwah bahawa musuh Islam tidak memiliki
prinsip, mereka tiada maruah dan tidak mampu berdepan dengan kamu secara
gentleman (anak jantan).
Seperti kebiasaan, puak penentang kebenaran menuduh puak
islah dengan pembohongan; melalui akhbar, menipu manusia dengan menuduh kamu
sebagai boneka dan punya hubungan dengan anasir luar sama seperti yang
pernah diperlakukan ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW:
“Dan
orang-orang kafir berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh dia
(Muhammad), dibantu oleh orang-orang lain. Sungguh mereka telah berbuat zalim
dan dusta yang besar”.
(Surah Al-Furqan: 4)
Mereka
sebenarnya berjiwa penjajah dan orang upahan zionis!!
Sesungguhnya
lahir dengan jelas bahawa yang dikehendaki
dari tipudaya demokrasi di
lokaliti tersebut ialah agar pemerintah kuku besi dan orang upahan barat tetap berkuasa. Mereka
ini adalah lanun perompak kuasa dan
harta dengan memperkudakan demokrasi ala
moden, bertindak menenangkan keadaan dalaman negara, membendung aliran
pemikiran politik, menundukkan ketegangan rakyat dan kekal berperanan sebagai pelaksana bagi agenda barat sebelah sini sebagai jaminan bagi keselamatan strategi Israel….
Juga untuk
menguasai kekayaan dan keupayaan:
Permatanya
(barat) adalah kemegahan yang menipu
Demi
mengaut keuntungan wang dan menjual maruah
Bekas
wangian kasturi berada di pasarayanya
Tapi
sayangnya ia hasil dari anjing bukan rusa…
Saudara
yang dikasihi, kamu sekarang berada di
jalan Allah, sedang di sekeliling kamu manusia ganas, serigala sesat
menyalak di wajah kamu, sihir-sihir mereka menyebabkan kamu terasa takjub.
Jangan Bersedih
Tiada ruang
untuk merasa kecewa, putus asa atau putus harapan. Tidak bermakna apa-apa untuk
merasai ragu tentang halatuju dan keadilan isu ini, jangan ada niat untuk
berundur atau berhenti . Walaupun di sana mungkin ada keperluan untuk dinilai
semula, namun ia mesti dilakukan dengan berhati-hati dan cekap agar operasi yang
sedang berjalan tidak terbantut di pertengahan jalan. Ia akan terus berlangsung
hingga ke akhir, sekalipun kita terpaksa membayar dengan harga yang amat mahal
(harta dan jiwa raga).
Betapa
besarnya ujian yang dilalui oleh
kekasih Allah, baginda Nabi SAW (qudwah
kita semua) dan para sahabatnya sepanjang jalan dakwah ini, namun mereka tidak
menjadi lemah, keyakinan mereka tidak pernah berubah, mereka tidak menjadi
lemah dan berhenti dari bangun melaksanakan kewajipan mereka, mereka tidak
pernah menyalahkan diri mereka dalam situasi tersebut.
Dunia
pernah menjadi sempit bagi Nabi SAW tatkala baginda pulang dari perjalanan
Israk Mikraj sehingga baginda pernah bersabda:
فظِعتُ بأمري
“Aku rasa sempit dada dengan urusan ini…”
Kerana Nabi SAW tahu dia akan dibohongi; di kalangan mereka
ada yang bertepuk tangan, ada yang meletakkan tangan di atas kepalanya untuk
menggambarkan betapa takjubnya mereka dengan cerita pelik itu,
sehinggalah Allah menzahirkan kebenaran Nabi dan membatalkan tipu daya dan
muslihat jahat mereka (musyrikin)!!
Dalam peristiwa Bikru Ma’unah dan Rajik seramai 76 orang
sahabat dibunuh (syahid) tanpa pembelaan. Ia berlaku lantaran ketetapan Nabi
SAW mengirim mereka demi melihat kepada maslahat dakwah untuk menyebarkan Agama
Allah. Kedua-dua peristiwa ini berlaku pada bulan yang sama (bulan Safar tahun
ke 4 Hijrah) !!!
Tahukah ikhwah sekalian bahawa Sariyah Bashir ibn Saad
Al-Ansari yang dikirim kepada Bani Murrah pada bulan Sya’aban tahun ke 7 Hijrah
kerana memenuhi permintaan mereka; apa yang berlaku ialah semua sahabat dibunuh
kecuali Saad….
Peristiwa sedih itu tidak menghalang Nabi SAW menghantar 300
orang sahabat lagi ke sana pada bulan Syawal pada tahun yang sama!!!!
Tahukah ikhwah bahawa Nabi SAW pernah menghantar Kaab ibn
Umair Al-Ansari pada tahun ke 7 Hijrah, iaitu dalam kumpulan yang digelar
Sariyyah juga kepada Bani Qudho’ah, para sahabat tersebut dihujani dengan panah
sehingga semuanya syahid kecuali seorang yang tercedera parah!!!
Ya akhi! Bagaimana keadaan kamu bila kamu berhadapan dengan
dunia yang batil ini seorang diri, namun kamu amat yakin berada di pihak yang
benar; tiada yang bersama kamu melainkan ALLAH dan para mukminin yang
solehin?!!
Berapa banyak anggota dan berapa banyak negara dan benua
mengerumuni kalian!!!? Betapa ramainya musuh yang menipu dan melakukan
konspirasi terhadap kalian!!? Mereka daripada puak-puak berbeza bersatu
mengkhianati kalian semua!!?
Wahai anak didikan dakwah dan suara kebenaran dan pembawa
hakikat kebenaran!!
Jangan sampai kebatilan menggugat kalian, jangan sampai
kejahatan mereka yang menekan menyebabkan kalian berputus asa. Ketahuilah
bahawa giliran kalian akan datang juga. Kalian pastinya menang dan dibantu oleh
Allah Azzawajalla. Kenapa tidak…. sedangkan kalian telah menyaksikan sendiri
betapa terdesaknya mereka yang memusuhi kalian, langkah dan rancangan mereka
serba tidak menjadi dan mereka telah kehilangan nilai harga diri serta
adab-adab manusiawi berdepan dengan kalian…..
Jangan kalian rasa hairan wahai ikhwah! Kalian adalah tiupan
angin musim bunga yang indah, nafas kebaikan yang telah tersebar.
Mereka (musuh) tahu bahawa tiada jalan untuk
menghentikan kebanjiran bunga-bungaan tersebut melainkan dengan jalan mencekik
dan berusaha mendiamkan suara kalian kerana jika mereka benar-benar mampu
mendiamkan kalian atau paling tidak menjadikan kalian berputus asa, nescaya
mereka akan tenang dan segera menghentikan semua operasi itu dan
akan berpada dengan harta ghanimah yang dirampas.
Thabatlah ya akhi ! Tanpamu tiada yang akan memimpin di
medan; mengarah, menyusun dan mengerah serta mengingatkan.
Tiada Pilihan
Melainkan Thabat (teguh)
Thabatlah ! sekalipun akhi seorang diri. Perhatikanlah
kepada si penipu itu, nescaya kalian akan rasa ketenangan bilamana pemilik
ketenangan memiliki kemuliaan sekalipun tidak ramai yang menyokong. Musuh
kebenaran dan kebebasan akan berkorban apa saja untuk hentikan kemaraan kamu,
menghentikan thaurah ini. Mereka akan menggunakan semua jalan kotor untuk
mematikan kemaraan ini. Dalam masa yang sama kalian tidak akan menggunakan jalan
seumpama itu, sebab kalian adalah orang-orang yang qudus dan suci dan ia (jalan
kotor itu) janggal dengan prinsip dan neraca yang kalian imani. Secara
prinsipnya kalian tidak sekali-kali akan mengambil jalan kotor tersebut.
Justeru itu mereka (musuh Islam) merekacipta pembohongan,
menyebarkan kesesatan untuk mematahkan semangat juang kalian dengan pelbagai
cara untuk memecahbelahkan perpaduan soff Ikhwan. Mereka menuduh bahawa IM
adalah Gerakan Pemberontakan, alat kepada perisikan bertujuan menjadikannya
alas an untuk serangan ketenteraan ke atas Jemaah serta mengharubirukan dalam
IM…
Allah berfirman:
“Dan
Tuhanmu tidak akan lengah dari apa yang mereka itu kerjakan”..
(Surah Hud:
123)
Ya, mereka (musuh Islam) akan berusaha sedaya upaya melakukan tipudaya mereka dan telah mereka lakukan.
Mereka telah
berpadu untuk menggagalkan agenda kebangkitan ini, mereka berusaha untuk
melambatkan kejayaan agenda mulia ini. Mereka tidak akan membenarkan tangan bercahaya kalian dan tongkat kebenaran di
tangan kanan kalian (spt yang diperolehi Nabi Musa alaihissalam). Mereka tidak akan
membenarkan kalian menunggu ketentuan Allah datang – tanda kemenangan itu-
ialah apabila kalian boleh berhadapan dengan perlakuan jahat mereka seperti
firman Allah kepada Nabi Musa alaihissalam:
“Apa
yang mereka buat itu hanyalah tipudaya tukang sihir belaka. Dan tukang sihir
sekali-kali tidak akan menang, walau bagaimanapun ia datang”.
(Surah
Taha: 69)
Inilah yang
sedang mereka (musuh Islam) lakukan; mereka mengumpulkan saksi-saksi bohong,
menyebarkan pendustaan besar, menyebarkan cerita lucah yang diada-adakan. Allah
pasti akan membongkar perbuatan jahat mereka itu dengan menzahirkan segala
kejahatan dan pembohongan tersebut. Allah membongkar rahsia-rahsia tentera
mereka yang selama ini tersembunyi. Majoriti rakyat akan lari daripada mereka
kerana naluri dan hati mereka tidak akan dapat bertahan atas penyaksian bohong
itu. Allah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Bawalah saksi-saksimu yang dapat membuktikan bahawa Allah mengharamkan ini’. Jika mereka memberikan kesaksian, engkau jangan (ikut pula) memberikan kesaksian bersama mereka. Jangan engkau ikuti keinginan orang-orang yang menduskan ayat-ayat Kami dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, dan mereka mempersekutukan Tuhan”.
(Surah
Al-An’am: 150)
Ketahuilah
kalian bahawa dengan thabat dan demonstrasi aman kalian akan mengalahkan musuh
dan akan menyebabkan kekalahan mereka. Ia menjadi asas kemenangan kalian dan
mengangkat kembali hak kalian yang telah dirampas.
Allah
berfirman:
“......Dan Allah berkuasa
terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti”.
(Surah
Yusof: 21)
(maksud kata-kata Imam Syahid Hasan Al-Banna: "Wahai Ikhwan! Adakah anda telah bersedia untuk berlapar demi manusia agar mereka kenyang? Adakah anda bersedia untuk berjaga malam demi keselesaan manusia untuk tidur? Adakah anda telah bersedia untuk berpenat demi kerehatan manusia? Adakah anda telah bersedia untuk mati demi untuk melihat umat ini terus hidup? Demikianlah sepatutnya anda lakukan sebagai bukti benarnya janji anda dengan Allah SWT".)
No comments:
Post a Comment