Terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan Hari Arafah di antara ialah:
1. Hari Pembebasan
Hari Arafah adalah hari pembebasan. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman: ‘Apa yang mereka inginkan? ‘ ( Sahih Muslim 3275).
Hari Arafah adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para malaikat.
2. Hari Disempurnakan Agama-Nya
Hari Arafah adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya, dan melengkapkan nikmat-Nya:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah: 3).
3. Hari Perayaan
Hari Arafah merupakan sambutan perayaan yang mulia bagi Hujjaj. Berkata Ibnu Qayyim :
( Hari Arafah adalah hari raya bagi ahli Arafah, kerana itulah ditegah bagi mereka yang berada di Arafah melaksanakan puasa sunat ) ( lihat : Zadul Maad )
4. Sebesar – besar rukun haji terletak di Arafah iaitu Wuquf
Wukuf di Arafah ialah rukun haji yang terpenting, tanpanya tidak sah ibadah haji. Sabda rasulullah s.a.w. maksudnya :
( Haji adalah Wuquf di Arafah ) – Riwayat Imam Ahmad, Termizi Ibnu Majah
Berkata Imam Nawawi : Maksudnya : Tiang dan sebesar rukun haji adalah Wuquf di Arafah
Antara amalan yang sunat dilakukan pada Hari Arafah:
1. Puasa
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini.
Rasulullah S.A.W. telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Riwayat Imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
2. Berdoa
Rasulullah SAW menggesa supaya kita memperbanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah …” (Riwayat at-Timizi).
Marilah sama sama kita memohon agar Allah s.w.t. menjadikan kita pada hari Arafah tergolong orang-orang yang diterima amalnya, orang-orang yang diberikan kemenangan dan orang-orang yang Allah bebaskan dari api neraka. Aamein
Disediakan Oleh :
Ustaz Saufi haji Abdullah
AJK Tarbiyah IKRAM KELANTAN
No comments:
Post a Comment