Saturday, January 10, 2009

Dakwah adalah Kita dan Kita adalah Dakwah


Nahnu Du’aatun Qabla Kulli Syai’in. “Kami adalah dai sebelum jadi apapun”.

Suatu gambaran peribadi yang unik dengan penataan risiko terancang untuk meraih masa depan bersama Allah dan Rasul-Nya. Inilah kafilah panjang, pembawa risalah kebenaran yang tak putus sampai ke suatu terminal akhir kebahagiaan syurga penuh ridha Allah swt.

Setiap muslim adalah dai. Kalau bukan dai kepada Allah, bererti ia adalah dai kepada selain Allah, tidak ada pilihan ketiganya, sebab dalam hidup ini, kalau bukan Islam berarti hawa nafsu. Dan hidup di dunia adalah masa untuk memilih secara merdeka, kemudian untuk dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul insan kelak. Bagi muslim, dakwah merupakan darah bagi tubuhnya, ia tidak mampu hidup tanpanya. Aduhai, betapa agungnya agama Islam jika didokongi oleh rijal (orang mulia).

Dakwah merupakan aktiviti yang begitu dekat dengan aktiviti kaum muslimin. Begitu dekatnya sehingga hampir seluruh lapisan terlibat di dalamnya. Sayang keterlibatan tersebut tidak dibekali ”Fiqh Dakwah” sehingga kerusakan yang ditimbulkan jauh lebih besar daripada kebaikan yang diperbuat.

Di sini menjadi jelas akan pentingnya keperluan terhadap fiqh dakwah, sebagaimana digambarkan oleh para ulama bahwa ”keperluan manusia kepada ilmu lebih mendesak daripada keperluannya terhadap makan dan minum”. Sehingga penting bagi kaum muslimin yang telah dan hendak terjun dalam kancah dakwah untuk membekalkan diri dengan pemahaman yang padu terhadap Islam dan dakwah Islam. Kerana orang yang bersungguh dalam menyampaikan namun tidak memiliki pemahaman yang benar terhadap Islam ”sama bahayanya” dengan orang yang memiliki pemahaman yang benar akan tetapi bodoh di dalam menyampaikan, mengapa?

Pertama; ia akan menyesatkan kaum muslimin dengan logik kosongnya. Kedua; Hal itu akan menjadi ”dalil” bagi orang-orang kafir dalam kekafirannya.

Fiqh dakwah merupakan bahan kemahiran untuk lahirnya pemahaman yang shahih terhadap Islam didukung kemampuan yang baik di dalam menyampaikan. Sehingga dengan aktiviti dakwah ini ummat dapat menyaksikan ”Islam” dalam diri, keluarga dan aktiviti para dai yang melakukan perbaikan ummat secara integral, mengeluarkan manusia dari pekat jahiliyah menuju cahaya Islam.

Bagi mereka yang yang berjalan di atas trek kafilah dakwah menuju cahaya dan kebahagiaan dunia dan akhirat dapat melihat prinsip-prinsip dakwah dan kaedah-kaedahnya, agar menjadi hujjah atau pegangan bagi manusia dan menjadi alasan di hadapan Allah. Ustadz Jum’ah Amin Abdul Aziz memaparkan tentang hal ini iaitu; ”Fiqh Da’wah: Prinsip dan kaedah dasar Dakwah”, yang diambil dari usul fiqh sebagai bekal para dai tersebut adalah sebagai berikut:

1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas
4. Bertahap dalam pemberian tugas
5. Mempermudah, bukan mempersulit
6. Menyampaikan yang ushul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang)
7. Memberi khabar gembira sebelum ancaman
8. Memahamkan
9. Mendidik bukan menelanjangi
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku.

Harapan: sekiranya Allah swt senantiasa mencurahkan taufiq dan petunjuk-Nya kepada para dai yang ikhlas menyeru manusia ke jalan Allah, memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat serta tempat kerja, sehingga Allah terlibat dalam urusan dan kebijakan-kebijakan yang akan ditetapkan untuk orang banyak, demi tegaknya Islam yang indah dalam kehidupan dengan bimbingan Allah dan sesuai panduan manhaj (aturan) dakwah Rasulullah saw. Wallahu ‘alam

Tuesday, January 6, 2009

Terkini : 10 tentera rejim Zionis mati , 30 cedera di tangan Brigade Qassam.

Selasa ,06/01/2009 -10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.

Sumber dari Qassam menyebut, para pejuangnya berjaya menarik perhatian tentera rejim Zionis mengepung sebuah rumah yang telah di pasang bom peledak. Setelah pasukan rejim mengepung kawasan rumah , pihak pejuang Qassam meledakkan bom.

Pasukan tentera rejim yang lengkap bersenjata yang berada di dalam rumah terperangkap dalam ledakan tersebut. 10 orang dipercayai terbunuh

Pihak Qassam berjanji, tentera rejim Zionis yang telah memasuki Gaza tidak akan pulang dengan selamat.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Sunday, January 4, 2009

Keajaipan Iman di Bumi Gaza

ikhwan

Gaza mengalir darah dijasadnya. Siapakah yang akan menyelamatkannya ?


Serangan Yahudi keatas Gaza menggunakan jet-jet perang F-16 masuk hari ke tujuh mengorbankan setakat ini 420 syuhadak, mencederakan 2180 orang Islam yang dijajah, 380 dari mereka dalam keadaan tenat. Penjajah mengebom berbagai institusi awam, masjid, tempat tinggal dan tanah pertanian menggunakan pesawat perang F-16. Ini berlaku setelah kepungan dan sekatan keperluan asas dikenakan ke atas Gaza hampir genap 4 tahun (sejak 25.1.2005).Serangan mengejut pertama mensasarkan 40 tempat yang berbagai turut mengorbankan seorang Mesir di sempadan. Diantara yang syahid ialah salah seorang pemimpin tertinggi HAMAS di Gaza, Dr. Nizar Rayyan, professor ilmu hadis di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Gaza bersama berbelas isteri, ahli keluarga dan jirannya.

nazzar-rayyan

Professor Nizar Rayyan bersama 14 ahli keluarganya berkecai syahid bila rumah mereka dibom jet F-16 Yahudi. “Dari kalangan orang-orang beriman, ada mereka yang benar dengan apa yang mereka telah berjanji dengan Allah. Sebahagian mereka telah syahid. Sebahagian lagi masih menunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janji mereka” (maksud Al-Quran).

Dari pengamatan dan kefahaman saya terhadap putar belit politik antarabangsa, serangan ini bersempena perubahan kepimpinan di Amerika yang akan diambilalih oleh Barack Obama dan Parti Demokrat serta Pilihanraya Umum Israel terutamanya dan lain-lain perkembangan. Di dalam Israel, keputusan mengorbankan beberapa ratus atau ribu orang Palestin bakal menonjolkan kepahlawanan calon-calon pilihanraya di depan para pengundi Yahudi. Di Amerika pula, Israel yang menguasai politik Amerika melalui agensi-agensi lobinya seperti AIPAC, media massa, institusi kewangan dll ingin menekankan bahawa siapa dan parti apa sahaja yang memimpin Amerika, majlis keraian berupa hidangan jenazah rakyat Palestin adalah suatu yang mesti, tidak perlu disangkal bahkan mesti disokong dan didokong. Saya masih ingat, apabila George Bush II menang pilihanraya Presiden 8 tahun lalu, sebaik keputusan terakhir Pilihanraya diumumkan, arahan pertamanya ialah jet pejuang Amerika mengebom beberapa sasaran di Iraq. Pilunya, serangan jet-jet pejuang di atas mengambil tempat tembakan meriam perayaan hari kebesaran pertukaran kepimpinan, tapi yang disasarkan ialah nyawa umat Islam yang tidak berdosa lagi dijajah kehormatan dan kedaulatannya.

bom-f16

Setiap kali musim pilihanraya dan perubahan kepimpinan di Israel dan Amerika, umat Islam di Timur Tengah akan dibedil dan dikorbankan.

Disebalik sebak dan kegusaran bahawa kempen serangan ini telah mengorbankan ratusan nyawa dan mungkin akan memuncak, namun dari iman dan semangat HAMAS dan umat Palestin serta petunjuk ayat-ayat Allah swt, dilubuk hati saya tergambar kemenangan Islam yang semakin tiba, tidak dapat disangkal lagi. Walaupun Gaza hari ini kehilangan ratusan nyawa, namun ia adalah “aza” (kesakitan) dijasad ummah, seperti luka di lengan, sedang seluruh tubuh badan seorang yang dulunya sakit dan tidur, kini telah celik, sedar dan mula bangkit dari lamunannya. Ya, umat ini sedang bangkit, akan berperanan, bertarung, menang dan memimpin muka bumi ini sekali lagi, walau orang-orang kafir tidak menyukainya.

Firman Allah swt, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Allah enggan, sebaliknya akan menyempurnakan cahayaNya walau orang-orang kafir membencinya. Dialah (Tuhan) yang telah mengutus Rasul dengan petunju dan Agama yang benar, agar Dia memenangkan Agama itu mengatasi sekelian agama dan sistem semuanya, walau orang-orang musyrik membencinya.” (Al-Quran).

Kepada sekelian Ikhwah dan Akhawat di Gaza, jangan menyerah dan perputus asa lantaran serangan, pembunuhan dari musuh dilaknat Allah itu, dan lantaran ketidakpedulian kerajaan-kerajaan Arab dan Islam hari ini melainkan ucapan kering yang tidak bermatlamatkan Jihad membebaskan Palestin, hanya melunakkan hati bakal para pengundi mereka di pilihanraya-pilihanraya akan datang. Ketahuilah bahawa musuh-musuh ALlah sekali-kali tidak akan dapat memusnahkan umat Islam. Bila berdepan dengan tentera Allah, mereka tetap akan dikalahkan akan dikalahkan dipusingan terakhir.

“Mereka tidak akan memudharatkan kamu melainkan “aza” (kesakitan). Sekiranya mereka memerangi kamu, mereka akan cabut lari ke belakang, kemudian mereka tidak dimenangkan” (maksud Al-Quran). “Ketahuilah sesungguhnya parti Allah, mereka lah yang akan menang” (maksud Al-Quran)…… “Ketahuilah, sesungguhnya parti Syaitan, merekalah yang akan kerugian” (maksud Al-Quran).

Gaza adalah hujah Allah swt kepada umat Abad 21, bahawa Iman di hati 1.5 juta umat boleh berdepan dengan 5 juta Yahudi lengkap bersenjata menyerang dan mengepung, 300 juta rakyat Amerika, 400 juta rakyat Eropah, 250 juta rakyat Rusia yang mendokong dan berbilion umat dunia yang kufur dan musyrik, walau 1 bilion saudara seIslam mereka leka dan lena. Masa telah lama tiba untuk umat Islam menilai Iman, penghayatan Islam, kesatuan Ukhuwwah, kepimpinan Khilafah dan semangat Jihad mereka.

Allahu Akbar ! Walillahil Hamd !

(dipetik daripada Ini Jalanku oleh Ust Abdul Halim Aus)

Thursday, January 1, 2009

Palestin - apa peranan kita?

Apa yang berlaku di Gaza dari perspektif rakyat biasa adalah hanya
keluhan, rasa geram, marah, benci yang meluap-luap terhadap kekejaman
Israel
yang sememangnya bangsa yang dimurkai Tuhan. Tidak ada yang
lebih dari mengadakan perhimpunan, demonstrasi, menyatakan kemarahan
mereka. Itulah kemuncak yang kita boleh buat sebagai rakyat.

Namun dari segi pemerintah, ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan
di DUNIA ini melakukan sesuatu untuk menghentikan kejahatan Israel
ini kerana dari segi tuntutan mahkamah duniapun, apa yang dibuat oleh
Israel sekarang adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan memang
ada peruntukan untuk mengheret Israel ke mahkamah di Hague, Holland.

Masuk hari ini, hari kedua, Israel telah membunuh lebih 200 orang
Palestinians dan mencederakan lebih 800 orang sebahagiannya kritikal
dan cedera parah, 21% adalah kanak-kanan dan 14% adalah wanita.

Apakah tindakan dan reaksi pemerintah dunia Arab dan dunia?

Mesir mengecam tindakan Israel, dan membuka laluan Rafah untuk
membawa mereka yang cedera ke mesir sedangkan sebelum ini menutup
laluan tersebut kepada rakyat Palstine yang kebuluran, tiada makanan
dan ubat, dan sehari sebelum serangan Israel, Menteri Luar Israel,
Lifni berganding tangan dengan Menteri Luar Mesir, Abul Ghaiz!!

Raja Jordan mengecam serangan Israel dan mengatakan keadaan di
Palestine tidak akan aman dengan serangan tersebut dan Jordan adalah
negara yang berdamai dengan Israel, membuka kedutaan Jordan di Israel
dan sebaliknya dan bersekongkol dengan Israel untuk menghancurkan
HAMAS

Qatar, Yamen, Liga Arab, Lubnan, Jordan dan kira-kira belasan lagi
negara Arab menyeru untuk diadakan Sidang Kemuncak Tergempar. Untuk
apa? Untuk mengutuk serangan Israel, TIDAK lebih dari mengutuk,
kemudian balik tidur di bilik-bilik penginapan hotel mewah, menaiki
kapalterbang mewah dan menyedari darah rakyat Palestine terus tumpah
di hadapan mata mereka!! Hanya Syria yang mengatakan kalau sekadar
nak buat sidang tergempar hanya untuk mengutuk TAK payah buatlah
sidang tersebut. Libya juga mengatakan dalam nada yang sama, tetapi
kedua-dua negara ini juga TIDAK buat apa-apa juga sebenarnya.

Saudi Arabia yang menjadi Big Brothers kepada semua negara Arab TIDAK
mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga tulisan ini, mungkin kerana
sibuk dengan sidang negara Teluk di Oman dari 29-30 Desember.
Sebenarnya bukan kerana faktor tersebut, tapi Saudi memang sudah
diikat kakinya oleh Amerika.

Turki juga mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Israel akan
menghalang usaha damai yang ditaja oleh Turki. Tidak ada usaha
ketenteraan dari pihak Turki, sedangkan apabila Kurdish menyerang
sempadan wilayahnya, mereka memburu pejuang kurdish hingga ke wilayah
Iraq (menceroboh kawasan negara jiran!!). Di mana solidariti Turki
sebagai negara yang kononnya mahu menaikkan imejnya sebagai negara
Islam.

Presiden Palestine Abbas atau nama gelarannya Abu Mazin, mengeluarkan
kenyataan yang tidak menampakkan kesedihan beliau atas apa yang
berlaku. Beliau sekadar mengatakan tindakan Israel itu akan
menghalang plan damai tajaan Amerika. Inilah boneka yang Tidak
menyembunyikan kebonekaannya kepada Israel dan Amerika. Pembelot
negara Palestine yang dijulang oleh Amerika dan Barat dan sebahagian
negara Islam yang bebal.

Kesatuan Eropah menyelar tindakan Israel dan meminta Israel
mengehentikan tindakannya tanpa sebarang ugutan tegas untuk
menggunakan kekuatan tentera seperti yang mereka lakukan ke atas
Bosnia, Iraq, Afghanistan dan lain-lain lagi. Kenyataan tersebut
hanya untuk melunakkan telinga mereka yang leka, lalu menyangka EEU
menentang tindakan Israel tersebut.

Rusia menyelar tindakan Israel dan menyeru Israel memberhentikan
segera serangan tersebut. Arahan hanya dengan air liur. Dan lebih
memeranjatkan juga Rusia meminta HAMAS juga menghentikan serangannya
ke atas Israel yang sehingga kini telah membunuh seorang penghuni
HARAM Israel dan mencederkaan 4 orang lagi penguni HARAM (yang
merampas tanah rakyat Palestine). Arahan Rusia kepada HAMAS
seolah-olah HAMAS menyerang Israel, sedangkan HAMAS hanya
mempatahankan diri mereka.

Amerika mengingatkan Israel supaya TIDAK menyerang kawasan orang
awam. Itulah peringatan Amerika kepada Israel. Amerika dengan jelas
mengatakan ia menyokong serangan tersebut kerana ia adalah usaha
untuk menghapuskan HAMAS, kumpulan terrorist. Percayalah cendikiawan
sekelian, kalau ada usaha untuk mengecam atau mahu mengheret Israel
ke muka pengadilan Amerika akan menggunakan sekali lagi kuasa VETO di
PBB.

VETO Amerika sebenarnya boleh di VETO pula oleh pemegang kuasa VETO
yang lain spt Rusia, Britain, dan China. Soalnya adakah mereka akan
overule VETO Amerika? Mereka TIDAK akan VETO Amerika bukan kerana
mereka takut pada Amerika, tetapi mereka juga bersekongkol dengan
Amerika kerana mereka mahu melihat HAMAS hancur, dan mereka tidak
merasa dukacita apabila rakyat Palestine bermandi darah.

Semasa saya menulis ini, saya terus mengikuti berita yang disiarkan
oleh al-Jazeerah, darah rakyat Palestine terus tumpah di tangan
durjana Israel. Hanya yang menguatkan semangat saya apabila menatapi
keberanian pejuang-pejuang HAMAS, Jihad Islami, jihad QASSAM, sayap
bersenjata HAMAS yang muncul di channel aljazeerah menyatakan mereka
tidak akan undur walau selangkah dan mereka sanggup shahid demi
mempertahankan tanah air mereka. Memang mereka akan berhadapan dengan
maut kerana mereka hanya ada roket buatan sendiri, mereka hanya ada
batu, sedangkan Israel mempunyai segala kelengkapan.

Tidak cukup dengan itu, seperti yang saya katakan di atas, mereka
dikhianati bangsa yang seugama dengan mereka sendiri seperti Kerajaan
Palestine boneka Amerika, Jordan, dan Mesir yang berpakat dengan
Amerika atau sekurang-kurangnya TUNDUK kepada kehendak Amerika dan
Israel
.

Who cares? Itulah nasib yang mereka terima? Kita adalah rakyat biasa
sahaja. apa yang boleh kita buat, kita tidak boleh buat apa-apa. Cuma
satu sahaja, kalau perasaan kita tidak tersentuh dengan kesangsaraan
yang dihadapi oleh rakyat Palestine, samada mereka itu Islam atau
Kristian, maka apakah agaknya yang akan kita jawab di hadapan Tuhan
apabila kita disoal nanti. Bagi orang Islam, apakah agaknya yang akan
kita jawab apabila kita ditanya: benarkah kamu kasih kepada saudaramu,
apabila ia sakit kamu juga merasa sakit seperti yang disabdakan oleh
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Benarlah kata-kata seorang ulama di Lubnan, Shekh Fathi Yakan,
apabila roh jihad hilang dari jiwa kita, kita akan takut mati, dan
kita akan menjadi orang yang sayangkan dunia, maka ketika itulah
Yahudi akan bangkit.

Semuga kita semua, walau apapun ugama kita, sama-sama
mendoakan agar umat Palestine diberikan kekuatan berhadapan dengan
Israel durjana ini. Jgn kita mudah mempercayai apa yang ditulis oleh
media Barat atau sebaran berita spt CNN kerana mereka adalah
talibarut Amerika.

Thursday, December 25, 2008

Gambar di tempat main ski - Aviemore,Scotland


Pemandangan indah di Aviemore tempat di mana pengunjung boleh bermain ski dengan bayaran. Salji agak kurang dibandingkan sehari sebelum ini, ia dah mula cair,apapun seronok sebab 'fist time' tengok salji dari dekat dan dapat sentuh pulak tu....




Jauh nampak termenung? Ingat siapa tu?




Kesejukan nampak!!!

Gambar di Straffilan, Wigwams, Scotland 25/12