Thursday, January 1, 2009

Palestin - apa peranan kita?

Apa yang berlaku di Gaza dari perspektif rakyat biasa adalah hanya
keluhan, rasa geram, marah, benci yang meluap-luap terhadap kekejaman
Israel
yang sememangnya bangsa yang dimurkai Tuhan. Tidak ada yang
lebih dari mengadakan perhimpunan, demonstrasi, menyatakan kemarahan
mereka. Itulah kemuncak yang kita boleh buat sebagai rakyat.

Namun dari segi pemerintah, ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan
di DUNIA ini melakukan sesuatu untuk menghentikan kejahatan Israel
ini kerana dari segi tuntutan mahkamah duniapun, apa yang dibuat oleh
Israel sekarang adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan memang
ada peruntukan untuk mengheret Israel ke mahkamah di Hague, Holland.

Masuk hari ini, hari kedua, Israel telah membunuh lebih 200 orang
Palestinians dan mencederakan lebih 800 orang sebahagiannya kritikal
dan cedera parah, 21% adalah kanak-kanan dan 14% adalah wanita.

Apakah tindakan dan reaksi pemerintah dunia Arab dan dunia?

Mesir mengecam tindakan Israel, dan membuka laluan Rafah untuk
membawa mereka yang cedera ke mesir sedangkan sebelum ini menutup
laluan tersebut kepada rakyat Palstine yang kebuluran, tiada makanan
dan ubat, dan sehari sebelum serangan Israel, Menteri Luar Israel,
Lifni berganding tangan dengan Menteri Luar Mesir, Abul Ghaiz!!

Raja Jordan mengecam serangan Israel dan mengatakan keadaan di
Palestine tidak akan aman dengan serangan tersebut dan Jordan adalah
negara yang berdamai dengan Israel, membuka kedutaan Jordan di Israel
dan sebaliknya dan bersekongkol dengan Israel untuk menghancurkan
HAMAS

Qatar, Yamen, Liga Arab, Lubnan, Jordan dan kira-kira belasan lagi
negara Arab menyeru untuk diadakan Sidang Kemuncak Tergempar. Untuk
apa? Untuk mengutuk serangan Israel, TIDAK lebih dari mengutuk,
kemudian balik tidur di bilik-bilik penginapan hotel mewah, menaiki
kapalterbang mewah dan menyedari darah rakyat Palestine terus tumpah
di hadapan mata mereka!! Hanya Syria yang mengatakan kalau sekadar
nak buat sidang tergempar hanya untuk mengutuk TAK payah buatlah
sidang tersebut. Libya juga mengatakan dalam nada yang sama, tetapi
kedua-dua negara ini juga TIDAK buat apa-apa juga sebenarnya.

Saudi Arabia yang menjadi Big Brothers kepada semua negara Arab TIDAK
mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga tulisan ini, mungkin kerana
sibuk dengan sidang negara Teluk di Oman dari 29-30 Desember.
Sebenarnya bukan kerana faktor tersebut, tapi Saudi memang sudah
diikat kakinya oleh Amerika.

Turki juga mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Israel akan
menghalang usaha damai yang ditaja oleh Turki. Tidak ada usaha
ketenteraan dari pihak Turki, sedangkan apabila Kurdish menyerang
sempadan wilayahnya, mereka memburu pejuang kurdish hingga ke wilayah
Iraq (menceroboh kawasan negara jiran!!). Di mana solidariti Turki
sebagai negara yang kononnya mahu menaikkan imejnya sebagai negara
Islam.

Presiden Palestine Abbas atau nama gelarannya Abu Mazin, mengeluarkan
kenyataan yang tidak menampakkan kesedihan beliau atas apa yang
berlaku. Beliau sekadar mengatakan tindakan Israel itu akan
menghalang plan damai tajaan Amerika. Inilah boneka yang Tidak
menyembunyikan kebonekaannya kepada Israel dan Amerika. Pembelot
negara Palestine yang dijulang oleh Amerika dan Barat dan sebahagian
negara Islam yang bebal.

Kesatuan Eropah menyelar tindakan Israel dan meminta Israel
mengehentikan tindakannya tanpa sebarang ugutan tegas untuk
menggunakan kekuatan tentera seperti yang mereka lakukan ke atas
Bosnia, Iraq, Afghanistan dan lain-lain lagi. Kenyataan tersebut
hanya untuk melunakkan telinga mereka yang leka, lalu menyangka EEU
menentang tindakan Israel tersebut.

Rusia menyelar tindakan Israel dan menyeru Israel memberhentikan
segera serangan tersebut. Arahan hanya dengan air liur. Dan lebih
memeranjatkan juga Rusia meminta HAMAS juga menghentikan serangannya
ke atas Israel yang sehingga kini telah membunuh seorang penghuni
HARAM Israel dan mencederkaan 4 orang lagi penguni HARAM (yang
merampas tanah rakyat Palestine). Arahan Rusia kepada HAMAS
seolah-olah HAMAS menyerang Israel, sedangkan HAMAS hanya
mempatahankan diri mereka.

Amerika mengingatkan Israel supaya TIDAK menyerang kawasan orang
awam. Itulah peringatan Amerika kepada Israel. Amerika dengan jelas
mengatakan ia menyokong serangan tersebut kerana ia adalah usaha
untuk menghapuskan HAMAS, kumpulan terrorist. Percayalah cendikiawan
sekelian, kalau ada usaha untuk mengecam atau mahu mengheret Israel
ke muka pengadilan Amerika akan menggunakan sekali lagi kuasa VETO di
PBB.

VETO Amerika sebenarnya boleh di VETO pula oleh pemegang kuasa VETO
yang lain spt Rusia, Britain, dan China. Soalnya adakah mereka akan
overule VETO Amerika? Mereka TIDAK akan VETO Amerika bukan kerana
mereka takut pada Amerika, tetapi mereka juga bersekongkol dengan
Amerika kerana mereka mahu melihat HAMAS hancur, dan mereka tidak
merasa dukacita apabila rakyat Palestine bermandi darah.

Semasa saya menulis ini, saya terus mengikuti berita yang disiarkan
oleh al-Jazeerah, darah rakyat Palestine terus tumpah di tangan
durjana Israel. Hanya yang menguatkan semangat saya apabila menatapi
keberanian pejuang-pejuang HAMAS, Jihad Islami, jihad QASSAM, sayap
bersenjata HAMAS yang muncul di channel aljazeerah menyatakan mereka
tidak akan undur walau selangkah dan mereka sanggup shahid demi
mempertahankan tanah air mereka. Memang mereka akan berhadapan dengan
maut kerana mereka hanya ada roket buatan sendiri, mereka hanya ada
batu, sedangkan Israel mempunyai segala kelengkapan.

Tidak cukup dengan itu, seperti yang saya katakan di atas, mereka
dikhianati bangsa yang seugama dengan mereka sendiri seperti Kerajaan
Palestine boneka Amerika, Jordan, dan Mesir yang berpakat dengan
Amerika atau sekurang-kurangnya TUNDUK kepada kehendak Amerika dan
Israel
.

Who cares? Itulah nasib yang mereka terima? Kita adalah rakyat biasa
sahaja. apa yang boleh kita buat, kita tidak boleh buat apa-apa. Cuma
satu sahaja, kalau perasaan kita tidak tersentuh dengan kesangsaraan
yang dihadapi oleh rakyat Palestine, samada mereka itu Islam atau
Kristian, maka apakah agaknya yang akan kita jawab di hadapan Tuhan
apabila kita disoal nanti. Bagi orang Islam, apakah agaknya yang akan
kita jawab apabila kita ditanya: benarkah kamu kasih kepada saudaramu,
apabila ia sakit kamu juga merasa sakit seperti yang disabdakan oleh
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Benarlah kata-kata seorang ulama di Lubnan, Shekh Fathi Yakan,
apabila roh jihad hilang dari jiwa kita, kita akan takut mati, dan
kita akan menjadi orang yang sayangkan dunia, maka ketika itulah
Yahudi akan bangkit.

Semuga kita semua, walau apapun ugama kita, sama-sama
mendoakan agar umat Palestine diberikan kekuatan berhadapan dengan
Israel durjana ini. Jgn kita mudah mempercayai apa yang ditulis oleh
media Barat atau sebaran berita spt CNN kerana mereka adalah
talibarut Amerika.

No comments: