Tuesday, April 14, 2009

Ziarah menziarahi dituntut daripada kita......






Assalamu'alaikum, bertemu kembali setelah lama tidak dapat duduk di meja komputer. Tidak dapatlah saya update-kan blog ini.

Bermula 6hb. April saya bermusafir ke UK buat kali kedua. Sekarang hari Selasa 14hb. April, saya singgah bermalam di Manchester bersama-sama student's di sini. Seronok juga bertemu dengan orang Malaysia di sini. Terasa keakrabannya. Di sini bagai satu keluarga besar Malaysia; keakraban bertambah dari hari ke hari, diikat oleh ukhuwwah Islamiyah. Ukhuwwah ini lebih kuat daripada ikatan atau pertalian darah, itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. antara Ansar dan Muhajirin suatu ketika dahulu. Ia mengingatkan kita kepada keagongan Islam. Ukhuwwah Islamiyah adalah kekuatan kedua selepas kekuatan Aqidah. Semoga kegemilangan itu dapat dikembalikan oleh kita sekalian. Saya paparkan di sini gambar-gambar menarik untuk tatapan anda semua. 

Wassalam...

No comments: