Thursday, July 11, 2013

Fatwa Dr Yusof Qardhawi (7 Julai 2013)




Sumber : Ikhwan Online
Terjemahan: Ustaz Munawwar Mohamed

Fatwa Dr Yusof Al-Qardhawi , Pengerusi Kesatuan Ulama Antarabangsa mengenai kewajiban memberi sokongan kepada Presiden Mesir yang dipilih Dr Mohamed Morsy, mengekalkan dan melaksanakan perlembagaan, menyeru General As-Sisi dan pengikutnya untuk berundur demi memelihara perundangan dan demokrasi di Mesir..

Nas Fatwa :

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas pemimpin dan imam kita Nabi Muhamad s.a.w., dan seluruh saudara-saudaranya di kalangan para nabi dan Rasul, kepada keluarga dan sahabat baginda dan seluruh yang mengikuti perjuangan dan jejak langkah baginda sehingga hari qiamat.

Ini adalah fatwa yang aku keluarkan untuk semua rakyat Mesir , siapa yang beriman dan bertuhankan Allah, beragamakan Islam , menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan rujukan apabila berlaku kekeliruan, yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai rasul dan nabi  dan menjadikan syariat Islam dengan segala kesyumulan , kesempurnaan dan keseimbangannya sebagai ikutan. Ketika berlaku masalah-masalah, dan manusia penyelesaian dari kiri dan kanan, mereka pasti mendapat penyelesaian terbaik dan paling suci dari kitab Allah dan sunnah rasulNya. 

“Siapa yang Allah tidak jadikan kepadanya cahaya, maka dia tidak akan beroleh cahaja petunjuk".

Rumusan fatwa saya ini, yang juga dibantu oleh ramai ulama’ al-Azhar, ulama seluruh dunia arab dan sunni Islam, dan juga ulama’ dari kesatuan Ulama Antarabangsa yang mana saya selaku pengerusinya:

Rakyat mesir semenjak 30 tahun (juga boleh dikatakan 60 tahun ) lalu tidak pernah berpeluang untuk memilih Presiden Negara mereka sendiri sehinggalah Allah memberi peluang tersebut lalu mereka dengan kehendak dan pilihan sendiri telah memilih Presiden Muhammad Morsy sebagai Presiden mereka. Mereka telah memberikan akujanji dan ikrar untuk mendengar dan mentaati dalam keadaan susah atau senang, dalam perkara yang mereka sukai ataupun tidak. Semua kelompok penduduk sama ada masyarakat awam atau tentera, pemerintah mahupun rakyat termasuklah General Abd Fataah as-Siisi yang merupakan Menteri Pertahanan dan Produksi Perang dalam kementerian yang diketuai oleh PM , Dr Hisham Qandil, telah bersumpah dan berbaiah di hadapan mata kita semua untuk mendengar dan mentaati Presiden Morsy. Dia telah melaksanakan ketaatannya itu sehinggalah kita melihat dia berubah dari seorang menteri tiba-tiba menjadi seorang yang mempunyai kuasa tertinggi yang dengannya menjadi alasan untuk memecat Presidennya sendiri. Dia telah melanggar baiahnya dan memihak kepada satu pihak menentang satu pihak yang lain dengan mendakwa kononnya dia memihak kepada majoriti rakyat Mesir.

General As-Siisi dan mereka yang sepertinya ini telah melakukan kesilapan sama ada dari aspek perlembagaan dan juga aspek syariat.

Dari aspek perlembagaan, Presiden sah yang terpilih melalui pilihanraya yang demokratik , tanpa syak dan ragu perlu meneruskan kerja-kerja dan portfolionya sepanjang masa mandat Presiden iaitu selama 4 tahun, selagimana dia berupaya meneruskan kerjanya, dan tidak mengalami sesuatu yang mencacatkan kerjanya. Sekiranya dia ada salah, dia sendiri telah mengakuinya. Dengan itu, rakyat, dan kuasa politik yang pelbagai boleh membaiki kesilapannya itu, menasihatinya dengan sabar. Namun dia masih tetap Presiden kepada semua rakyat Mesir.

Namun , jika satu kelompok rakyat keluar dari mentaati Presidennya, dan memberikan kuasa kepada diri mereka untuk menguasai rakyat, memecat presiden dan membatalkan perlembagaan negara mereka sendiri, seterusnya melantik Presiden yang lain, dan perlembagaan yang lain; semuanya ini adalah kerja-kerja batil. Ini kerana mereka telah mencipta kekuasaan yang tidak bersumberkan kepada rakyat, bahkan mereka telah melanggar janji mereka dengan Allah dan melanggar janji mereka dengan rakyat. Mereka juga telah membatalkan pencapaian revolusi rakyat Mesir yang hebat itu, yang mana dengan revolusi tersebut, rakyat berjaya membangunkan Negara demokrasi yang telah lama diimpikan, mereka sanggup berkorban selama puluhan tahun sehingga mereka berjaya mendapatkannya. Oleh itu perlembagaan Mesir dan system demokrasi menolak segala proses dan decree yang tidak menurut prinsip undang-undang dan perlembagaan.

Manakala dari aspek syariat pula; Syariat islam yang diingini oleh penduduk Mesir adalah menjadi sumber rujukan mereka untuk mendirikan Negara Madani , bukannya Negara agama teokratik. Oleh itu wajib kepada siapa sahaja yang beriman dan merujuk kepada syariat Islam ini untuk mentaati Presiden mereka yang sah , melaksanakan arahannya dan menerima segala nasihat dan taklimatnya dalam dalam semua aspek kehidupan dengan 2 syarat:

Syarat Pertama: Dia secara terang-terangan tidak menyuruh rakyatnya melakukan maksiat kepada Allah. Inilah yang ditunjukkan oleh banyak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain perawi. Antaranya:

"اسمعوا وأطيعوا وإن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه زبيبة" عن أنس بن مالك.
Maksudnya: “Dengar dan taatlah walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba habasyi yang kepalanya hitam seperti buah zabib.  

 "من رأى من أميره شيئا يكرهه، فليصبر، فإنه ليس أحد يفارق الجماعة شبرا، فيموت، إلا مات ميتة جاهلية" عن ابن عباس.
Maksudnya: Siapa yang melihat ketuanya perkara-perkara yang tidak disenanginya, maka hendaklah dia bersabar kerana setiap orang yang meninggal jamaah muslimin walaupun satu hasta lalu dia mati, matinya itu adalah dalam keadaan mati seorang jahiliyah.

السمع والطاعة حق على المرء المسلم، فيما أحب وكره، مالم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية، فلا سمع ولا طاعة" عن ابن عمر.
Maksudnya: Dengar dan taat adalah hak wajib ke atas seorang muslim samada dalam perkara yang dia suka ataupun benci, selagi mana tidak diperintahkan mengerjakan maksud. Jika dia diperintah mengerjakan maksiat, tiada lagi kewajiban dengar dan taat.

Rasulullah berkata kepada Ali (ra): “Sesungguhnya taat itu dalam perkara makruf”.

Inilah juga perkara yang ditunjukkan oleh al-Quran mengenai Baiah an-Nisaa’ di Aqabah dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan kamu jangan menderhakainya dalam perkara makruf”.

Kita tidak pernah lihat dari Dr Muhamad Morsy apa yang boleh disabitkan sebagai arahan maksiat secara terang-terangan darinya. Bahkan apa yang dikatakan dan emosi beliau dalam demonstrasi di Dataran Tahrir sebelum ini adalah kebaikan dan kelebihannya , bukan kekurangannya.

Syarat kedua: Dia tidak mengeluarkan arahan-arahan yang boleh mengeluarkan rakyatnya dari agama mereka dan menjadi kafir yang nyata tanpa ragu. Inilah yang dinyatakan dalam hadir Ubadah (ra) : Kami berbaiah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan sudah dan senang, kecuali jika dilihat kekufuran yang nyata buktinya dari Allah. Hadis muttafaq alaih. Satu athar lagi berkata: “Kita tidak merebut sesuatu dari empunyanya”.

Dari sini dapatlah kita yakini bahawa PresidenMursy adalah presiden Mesir yang sah, tidak pernah menyuruh maksiat dan tidak pernah melakukan kekufuran nyata. Bahkan sebalinya, dia merupakan seorang lelaki yang berpuasa, dan mendirikan malamnya beribadah kepada Allah, prihatin untuk mentaati Allah.  Oleh itu menjadi kewajiban untuk dia dikekalkan sebagai Presiden dan tidak boleh sesiapapun untuk mendakwa dia mempunyai kuasa untuk memecat beliau dari jawatannya itu.

Dakwaah General as-Siisi bahawa kononnya dia melakukan perkara tersebut untuk kepentingan rakyat dan mencegah dari perpecahan rakyak kepada dua puak, sebenarnya tidak boleh menjadi alasan untuk dia menyebelahi satu pihak menentang pihak yang lain.

Individu-individu yang menolong usaha jahat as-Siisi ini sebenarnya tidak mewakili majority rakyat Mesir. Imam Besar Dr Ahmad at-Toyyib, pengerusi Kesatuan Ulama’-ulamak Senior Al-Azhar (saya salah seorang ahlinya) tidak pernah meminta pandangan kami sebelum dia bercakap mewakili kami. Dia telah silap dalam tindakannya menyokong pemecatan Presiden yang sah. Dengan itu dia telah melawan Ijmak umat ini. Pendiriannya tidak disandarkan kepada al-Quran dan Sunnah, bahkan seluruh isi kandungan al-Quran dan Sunah bersama dengan Presiden Mursy. At-Toyyib juga telah membelakai ulama’ umat Islam yang tidak akan menyebelahi mana-mana peribadi dengan menggadaikan ilmu mereka. Alasan yang dinyatakan oleh at-Toyyib adalah kerana mengambil mudarat yang ringan (dengan menyokong pemecatan Mursy).  Siapa yang kata bahawa memecat presiden yang sah, menolak perlembagaan yang disokong dua pertiga rakyat, menimbulkan kerosakan teruk dalam masyarakat mesir bagi tempoh yang hanya diketahui oleh Allah, sebagai mudarat yang lebih ringan? Siapa yang kata sedemikan? Bahkan ia adalah mudarat terbesar yang telah diberikan ancaman mengenainya oleh al-Quran dan as-Sunnah dan semua pendapat para ulama’.

Alangkah baiknya jika Dr At-Toyyib berinteraksi terhadap Dr Mursy sama dengan interaksinya dengan Husni Mubarak dahulu. Kenapa dia menimbang sesuatu dengan dua penimbang yang berbeza? Ini mendatangkan kemusnahan kepada penanan al-Azhar yang sentiasa bersama rakyat dan bukan pemerintah yang zalim dan diktator.

Baba Teotrous juga tidak mewakili kesemua masyarakat Qibti untuk bercakap bagi pihak mereka. Bahkan ramai di antara mereka yang bersama Parti FJP dan parti-parti Islam yang lain. Begitu juga al-Baradaei yang tidak mewakili keseluruhan parti Jabhah Inqaz. Hanya segelintir ahli partinya yang bersekongkol dengannya dan ia tidak mewakili goloongan penentang kepada Mursy.

Mereka yang dikatakan mewakili Parti An-Nur , hanyalah segelintir dari kalangan mereka yang telah dikenali sedangkan semua para pendokong salaf dan jamaah Islamiyah, parti-parti kebangsaan, indivisu yang bermaruah semuanya menentang arus pemberontakan tersebut. Pemberontakan inilah yang hamper membawa Negara ini paa kesudahan yang tidak diingini.

Saya menyeru General as-Siisi dan siapa sahaja yang bersamanya dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, kepada semua parti-parti, kuasa-kuasa politik di Mesir, menyeru saudara-saudaraku dari kalangan ulama’ di seluruh dunia, semua pencinta kebebasan, maruah dan keadilan, agar bersama untuk mempertahankan kebenaran, dan mengembalikan Presiden Mursy ke tempatnya yang sah, berterusan menasihatinya, dan meletakkan perancangan dan strategi untuk memelihara kebebasan dan demokrasi yang kita perolehinya dengan darah-darak kita sendiri. Kita tidak akan membiarkannya tumpah dengan sia-sia.

Husni Mubarak selama 30 tahun telah merosakkan Negara, menghina rakyat, mencuri harta Negara dan melarikannya keluar Negara. Dia juga telah mengupah samseng-samseng untuk melindungi para pengikutnya dan dia juga melakukan pelbagai lagi kerja-kerja kerosakan dan melampau. Dia telah menyerahkan Negara ini dalam dalam keadaan totally punah ranah. Ini semua berlaku dan pihak tentera tidak pun mengambil inisiatif untuk memecatnya, tetapi dia (Mubarak) telah mewakilkan tentera memastikan penggantinya juga sealiran dengannya. Adakah kita boleh bersabar selama 30 tahun dengan Mubarak tetapi tidak boleh bersabar walau satu tahun dengan Dr Mursy? Keaiban di sini bukannya kepada system demokrasi, tetapi kepada orang yang melaksanakannya. Untuk membaikinya, kita perlu merealisasikannya, bukan meruntuhkannya. 

Haram untuk Mesir melakukan semua ini: Untuk merosakkan perlembagaannya, untuk membiarkan Presiden sahnya dipecat, dan untuk mencuaikan syariat tuhannya. Semuanya akan mendatangkan kemurkaan dan pembalasan dari Allah. Jangan kamu sangka Allah cuai berkenaan apa sahaja yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim.

Saya menyaru dari dalam hati saya kepada seluruh rakyat mesir yang saya cintai dan sanggup berkorban untuknya. Saya tidak inginkan ganjaran ataupun pujian. Saya hanya inginkan keredhaan Allah yang satu. ASaya menyeru seluruh rakyat Mesir samada di pendalaman (as-Sooied) atau di kawasan pantai (Wajhu Bahri), dikota dan desa, di padang pasir, kampong, saya menyeru kesemua lelaki dan perempuan, tua dan muda, kaya dan miskin, pegawai atau buruh, muslimin , kristian, libralis untuk sama-sama berdiri dalam satu saf demi memelihara hasil utama revolusi kita iaitu Kebebasan dan demokrasi, dan bebas dari cengkaman diktator. Kita tidak akan lepaskannya kepada pemerintah  yang juga diltator samada dari kalangan sivil mahupun tentera. Inilah yang terjadi kepada beberapa Negara yang lain, hilang kebebadannya dan hanya memperolehinya selepas jangkamasa yang lama. Tiada usaha dan upaya melainkan dengan izin Allah.



Ya Allah jagalah Mesir kami, peliharalah rakyat kami dan janganlah Kamu binasakan kami dengan perbuatan golongan-golongan yang bodoh di kalangan kami. Amiin. 

No comments: