Thursday, July 4, 2013

Bayan IM Berkenaan Rampasan Kuasa Daripada Presiden Mesir oleh Tentera

Terjemahan: UsTACZ

[4-July-2013][15:20:2
مكة المكرمة]
IM menegaskan bahawa mereka adalah sebahagian daripada warganegara. Mereka sesungguhnya telah banyak berkorban dan berusaha sehabis kemampuan selama puluhan tahun selaras dengan undang-undang Negara Mesir yang tercinta. Keterangan mengenai realiti tersebut adalah seperti berikut:

1.      IM menolak secara jelas dan menyeluruh terhadap rampasan kuasa tentera daripada Presiden yang merupakan presiden yang sah berdasarkan undang-undang Negara. IM tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan perampas kehendak rakyat dan umat. IM akan bersama rakyat menentang rampasan kuasa tentera ini melalui jalan aman.

2.      IM menolak secara total semua pendekatan keras menentang peserta demonstrasi aman yang menyaksikan puluhan telah gugur syahid. IM tegas dan konsisten bersama golongan yang cintakan keamanan untuk merealisasikan perubahan selaras dengan undang-undang serta akan terus beriltizam dengannya. IM juga meminta semua pihak memelihara agar pertumpahan darah tidak berlaku, berdisiplin dan tidak sekali-kali berubah menjadi ganas dalam mencari solusi terbaik.

3.      IM menolak secara total pendekatan ganas pihak polis yang telah mula menggunakan kekerasan menangkap pimpinan IM dan Partinya. IM mengecam keras menutupan saluran-saluran tv berkenaan. IM mengecam sekeras-kerasnya pencabulan terhadap prinsip kebebasan dan iklan yang sebenarnya telah membawa Mesir ke zaman kegelapan diktator dan kerosakan.

4.      IM berharap agar semua institusi-institusi Negara mengambil tanggungjawab untuk memastikan bahawa demonstrasi rakyat ini terjamin aman dan sejahtera.

Semoga Allah SWT memelihara Mesir, rakyat dan Presidennya yang sah daripada segala yang tidak baik.


No comments: