Adalah dikira silap bila ada orang menganggap husnul khatimah seseorang diukur dari cara bagaimana dia mati. Misalnya seorang yang tidak pernah bersolat dan berbuat maksiat mati dalam masjid, maka dikatakan beruntung kerana dia mati dalam masjid di hari Jumaat pulak tu. Sebaliknya seorang Tuan Haji yang sudah lama hidup dan sisa2 hidupnya dihabiskan di rumah2 Allah dengan beribadat. Malah dia dikenali baik sejak muda lagi memang kaki masjid; tiba-tiba dia dijumpai mati di dalam tandas masjid. Lalu ada orang kata kasihan kepada Tuan Haji tersebut kerana dia ditemui mati di dalam tandas. Ada yang mengatakan tidak sangka pulak orang yang nampak pada lahiriahnya berulang-alik ke masjid tiba-tiba demikian kesudahannya mati dalam tandas.
Saya katakan anggapan dan persepsi itu silap dan jauh dari kebenaran kerana seseorang itu tidak diukur daripada bagaimana dia mati tetapi dinilai bagaimana gaya hidupnya selama dia masih segar bugar dalam dunia kehidupannya. Kalau baik gaya hidupnya maka baiklah dia, sebaliknya kalau gaya hidupnya buruk, maka buruk pulalah matinya sekalipun matinya itu di tempat baik dan di hari baik. Itulah yang diajar oleh Imam2 terdahulu seperti Imam Ghazali di dalam kitab Ihya'nya yang terkenal itu. Semoga kita semua dapat beristiqamah dalam hidup ini, walillahil hamd......
No comments:
Post a Comment