Tulisan: Ustaz Mohamed Hamid Elawa
Penterjemah: Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria
Sesungguhnya keikhlasan semata-mata kerana Allah Azzawajalla dalam
percakapan dan amalan di waktu sunyi dan terang adalah di antara kewajipan para
Dae’i sepanjang jalan dakwah ini. Sebabnya ialah kerana Allah s.w.t. tidak
menerima sesuatu percakapan dan amalan itu kecuali ianya dilakukan semata-mata
keranaNya. Allah s.w.t. berfirman:
(إنا أنزلنا إليك الكتاب
بالحق فاعبد الله مخلصا له الدين ، ألا لله الدين الخالص ..) الزمر 2-3
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran
ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah
engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu
kepadaNya”.
Betapa pentingnya
ikhlas ini, Imam Al-Banna menjadikannya (Ikhlas) salah satu daripada Rukun
terpenting dakwah ini. Katanya: “Yang saya maksudkan dengan Ikhlas di sini
ialah: Seorang akh muslim itu menqasadkan dengan percakapan, amalan dan
jihadnya semata-mata kerana Allah s.w.t., demi mencari keredhaan dan ganjaran
pahala daripadaNya tanpa menoleh kepada
ghanimah, kemasyhuran, gelaran, pangkat ataupun di depan (jadi pemimpin)
atau di belakang (jadi pengikut). Dengan demikian jadilah dia jundi fikrah dan
aqidah, bukan jundi kepada benda dan manafaat”. (Risalah Ta’lim)
Keterangan di atas penting kerana
riya’ (syirik tersembunyi) merupakan penyakit berbahaya dan amat tercela yang
diajak oleh hawa nafsu dan was-was syaitan. Ia adalah penyakit amat berbahaya
kerana ia merangsang perasaan seseorang lalu mengubah halatuju dan
kecenderungan gerakgerinya tanpa keikhlasan, maka malang dan rugilah dia.
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabatnya bernama Muaz ibn Jabal:
(أخلص العمل يجزيك العمل
القليل)
“Ikhlaskan hati ketika melakukan amal kerana kamu tetap akan diberi pahala sekalipun amalan itu kecil".
Sesungguhnya reality dan pengalaman
telah menetapkan bahawa orang yang tidak ikhlas akan melakukan banyak
kesilapan. Amat benarlah kata-kata ini:
(إنما يتعثر من لايخلص)
“Hanyasanya
akan tergelincirlah orang tidak ikhlas”.
Justeru wajiblah ke
atas Du’ah (para pendakwah) memeriksa
hati mereka dan bertanya diri mereka sebelum melakukan setiap amalan. Mereka
hendaklah bermujahadah melawan kehendak nafsu mereka sepanjang beramal sehinggalah
amalan tersebut selesai dilakukan dengan keyakinan dia bebas dari nawaitu untuk
mendapat keuntungan peribadi atau terikut hawa nafsu atau mencari kemayshuran
atau populariti di kalangan manusia. Semua itu benda yang pasti akan luput dan
ia adalah kesenangan yang sedikit. Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kepada kami
dan kamu sekalian keikhlasan dan qasad yang baik.
وآخر
دعوانا أن الحمد لله رب العالمين ................ بقلم / محمد حامد عليوة
No comments:
Post a Comment