Penterjemah: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria (TACZ)
(اتباع الهوى)
إن اتباع الهوى داء عضال وسم فتاك ، ينخر فى القلب ويضيع ثواب العمل .
وإن أصاب هذا المرض قلب أحد الدعاة على طريق الدعوة (نعوذ بالله من ذلك) تكون
المشكلة كبيرة والعواقب وخيمة .
تعريف اتباع الهوى / (لغة) : هو ميل النفس إلى ماتحبه وترضاه .
(شرعا) : هو ميل النفس الى نيل شهوة تلائم طبعها ، أواتباع شبهة
توافق عقلها .
وأخطر
مايصيب قلب الداعية من الهوى (مرض
الشهوة)، فتراه يسخر طاقاته وجهده من أجل نيل مايرضى نفسه وهواها ، كمنصب
أومال أومكانة أو شهرة أو تصدر المجالس وحمل أفخم الألقاب ، ومن الشهوة أيضا أن
يشجعه شيطانه وهواه ليستغل إمكانات الدعوة للحصول على مبتغاه من أعراض الدنيا
الذائلة وحطامها الفاني .
:Terjemahan
Terikut Hawa Nafsu
Sesungguhnya mengikut hawa nafsu adalah penyakit amat berat dan racun yang membinasakan, merobek/memusnahkan hati dan menghilangkan pahala amal
Jika penyakit berat ini menghinggapi hati seorang pendakwah di jalan dakwah ini (minta Allah jauhi), maka akan terjadilah masalah besar dan akibatnya terlalu dahsyat.
Takrif ikut hawa nafsu:
Pada bahasa: Ialah kecenderungan jiwa kepada apa yang dia suka dan redha.
Pada syara': Ialah kecenderungan jiwa untuk mendapatkan syahwat yang sesuai dengan tabiatnya atau ikut suatu yang samar-samar (syubhat) yang dipersetujui oleh akalnya.
Penyakit paling bahaya yang mengenai hati pendakwah dalam konteks hawa nafsu ini ialah 'penyakit syahwat'.
Maka anda akan melihat dia akan menggunakan seluruh kemampuan dan usaha-usahanya semata-mata untuk memperolehi apa yang dikehendakinya seperti jawatan, harta, kedudukan, kemasyhuran atau menonjol diri dalam majlis-majlis yang diadakan dan berbangga-bangga dengan gelaran-gelaran hebat.
Termasuk dalam penyakit syahwat ini ialah bahawa syaitannya memberi semangat untuknya mengambil kesempatan (eksploitasi) peluang dakwah yang ada bagi memperolehi matabenda dunia yang akan hilang dan musnah.
No comments:
Post a Comment