Tulisan: Mohamed Hamid Elawa
Penterjemah: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria
(TACZ)
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله
وصحبه ومن والاه وبعد
يقول الله تعالى : ( قُلْ هَذِهِ
سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ) يوسف 108
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: ‘Katakanlah
(wahai Muhammad):” Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru
manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang
jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan
perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain”.
Ikhwan Muslimin adalah gerakan Islam yang komprehensif,
bekerja demi untuk menegakkan ugama Allah di muka bumi ini dan untuk
merealisasikan matlamat dan tujuan yang dengan sebabnya Islam yang maha suci
ini datang. Ikhwan beriman dengan Islam
yang menjadikan aqidah sebagai pengawal
yang memelihara halatuju orang-orang Islam sebagaimana mereka juga beriman
bahawa Islam juga merupakan syariat, kaedah yang syumul merangkumi setiap sudut
kehidupan.
Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah (الاخوان تحت راية القرآن):
“Wahai Ikhwan Muslimun, bahkan wahai semua
manusia! Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik di atas kaedah Islam
merupakan fikrah kita yang asli. Kita bukan pertubuhan kebajikan dan pembaharuan,
sekalipun kerja kebajikan dan pembaharuan merupakan objektif terbesar kita.
Kita bukan pasukan riadhah, sekalipun riadhah badan dan ruh merupakan
sebahagian dari wasilah terpenting kita. Kita tidak sama seperti pertubuhan
sedemikian kerana semua pertubuhan ini hanya untuk tujuan tertentu dan untuk
tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir hanya di atas dasar mahu
mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan nama rasmi bagi
pertubuhan tersebut.
Akan tetapi wahai manusia! Kami adalah fikrah dan
aqidah, sistem dan manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa
tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan berhenti pada batas
tertentu melainkan setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah s.w.t.
kerana sistem ini adalah sistem Tuhan Rabbul Alamin dan manhaj ini adalah manhaj
Rasul-Nya yang bersifat jujur lagi amanah”.
Pada tempat yang lain iaitu di akhir Risalah (بين الأمس واليوم) Imam
Al-Banna berkata:
“Wahai Ikhwan! Kamu bukan pertubuhan
kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan yang
terbatas. Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan
menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar
menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah
suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.”.
Kita simpulkan kalam Imam Al-Banna
dalam beberapa faedah dan natijah:
·
Bahawa dakwah
Ikhwan adalah Dakwah Rabbaniyyah: Kerana asasnya itu
berlegar di sekitar objektif kita yang membawa manusia mendekatkan diri kepada
tuhan mereka. Berusaha menghubung dan mengikat hati-hati mereka dengan pencipta
mereka iaitu Allah s.w.t. supaya mereka ikhlas semata-mata untuk ugama dan
dakwah mereka. Mereka hendaklah membetulkan niat supaya ikhlas beramal kerana
Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.
·
Bahawa dakwah
Ikhwan adalah Dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan
kepada Islam yang Maha Agung dengan kesyumulan, kesempurnaan dan
kelengkapannya. Allah s.w.t. berfirman:
(الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا ) المائدة
3
·
Bahawa dakwah
Ikhwan adalah Dakwah Alamiyyah: Dakwah ini ditujukan
kepada seluruh manusia kerana manusia pada hokum Islam adalah bersaudara. Asal
usul mereka dari satu (Adam).
( وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً
لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ) سبأ
28
‘Dan
tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’.
(إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ)
.الحجرات 13
‘Sesungguhnya
orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling
bertaqwa’.
·
Bahawa dakwah
Ikhwan adalah Dakwah Syumul: Dakwah ini tidak
hanya mementingkan sudut tertentu dan mengabaikan sudut kehidupan yang lain. Ia
tidak terbatas pada kerja-kerja politik dan pertembungan dengan parti serta
sibuk dengan pilihanraya, sekalipun politik adalah sebahagian dari kerja kita.
Sama halnya kita tidak boleh membataskan kerja-kerja kita pada sudut
kemasyarakatan, kecemasan dan terlibat sama dalam aktiviti masyarakat,
sekalipun kerja-kerja kebajikan tersebut merupakan sebahagian dari
tanggungjawab kita.
·
Bahawa dakwah
Ikhwan adalah Dakwah Tarbiyah dan Takwin: Kerana
tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan; kedua-duanya adalah tiang
(pasak) bagi dakwah ini. Ia juga perbezaan terpenting yang membedakannya dari
dakwah-dakwah lain. Melalui Manhaj Tarbawinya dakwah ini mampu digerakkan
melalui soff yang mantap. Ini hasil terpenting tarbiyah (hasilkan individu
muslim), sebabnya ialah kerana individu itu teras kepada kebangkitan ummah.
Imam Al-Banna sentiasa ingatkan kita:
(كونوا أنفسكم تتكون بكم أمتكم)
“Bentuklah
diri anda sekalian, nescaya akan terbentuklah dengan kamu umat kamu”.
Inilah tarbiyah… di mana semua
orang mesti tunduk (mengikutinya) tanpa kecuali; sama ada besar atau kecil,
lama atau baru, qiadah atau jundi. Dalam Ikhwan tiada orang yang berada di luar
lingkungan tarbiyah dan takwin.
·
Bahawa dakwah
Ikhwan adalah Dakwah Ikhlas dan Tajarrud:
Dakwah ini
mentarbiyah pengikutnya dan matlamat dari amal dan ucapan mereka tidak lain
melainkan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan pahala dari sisi-Nya. Tidak
ada nawaitu selain itu. Di sini bukan tempat untuk memperolehi kekayaan atau
kemasyhuran atau pangkat dan gelaran. Justeru Ikhlas adalah satu rukun dari
rukun-rukun Bai’ah. Imam Al-Banna sentiasa mengungkapkan kepada ikhwan
kata-kata ini: (إن الخفي على هذه الطريق خير
من الظاهر)
‘Sesungguhnya yang sunyi (tak
bising) di atas jalan dakwah ini lebih baik daripada yang zahir
(nampak/menonjol)’.
Dakwah ini juga suci dari
dikuasai oleh hawa nafsu dan ketamakan; di mana orang yang berada di atas jalan
ini mestilah tajarrud kepada fikrah dan prinsip dakwahnya kerana ia
adalah semulia-mulia fikrah dan kedudukannya paling atas. Allah s.w.t.
berfirman:
(صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ
اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ) . البقرة
138.
‘Celupan Allah, dan siapakah yang
lebih baik celupannya selain Allah s.w.t. dan kami menjadi hamba yang menyembah
kepadaNya’.
وآخر
دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
No comments:
Post a Comment