Saturday, March 23, 2013
Friday, March 15, 2013
Cita-cita Imam As-Syahid Hasan Al-Banna
Diceritakan guru Al-Banna, Syeikh Ahmad Yusof Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk karangan yang menarik. Dia sangat menghiburkan dengan kelakarnya yang menarik itu. Apabila dia merasa penat memeriksa karangan para pelajarnya, dia pun berkata,"Ambillah karangan- karangan kamu ini wahai para ulama' dan sebarkan. Wahai kaumku, sampaikanlah sesuatu dengan mempunyai maksud atau tujuan. Bunga-bunga bahasa yang elok ialah yang ringkas (sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi)''.
Katanya lagi, "Demi Allah, saya tidak menilai karangan kamu berdasarkan panjang atau pendeknya''. Para pelajarnya mampu ketawa mendengar kata-katanya dan kemudian mereka pun membahagi-bahagikan karangan-karangan dalam kalangan mereka. Pada tahun 1927 merupakan tahun akhir Hasan Al-Banna di Darul 'Ulum.
Salah satu tajuk karangan yang Syeikh Najati beri ialah:
"Apakah Cita-Cita Anda Selepas Pengajian Nanti" dan "Cara-Cara Mencapai Cita-Cita Itu".
Berikut adalah jawapan yang diberikan al-Banna:
"Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dan panduan dengan berkhidmat kepada manusia. Dia merasa gembira apabila dia berupaya menghilangkan kesusahan orang dan membuat orang lain gembora. Dia sanggup berkorban untuk pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya. Dia berjihad bagi menghadapi kesusahan dan kesukaran dengan tabah dalam menegakkan kebenaran dan hidayah.
Dia cuba menyelamatkan hati manusia dengan merasai penyakitnya. Dia mengkaji ciri-ciri yang mengakibatkan kemerosotan akhlak dan masyarakat. Dia berusaha untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam yang lebih baik. Dia memberikan kasih sayang kepada manusia. Dia berusaha sebanyak mungkin untuk meringankan penderitaan manusia dan mencipta suasana yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan manusia. Dia juga berusaha memimpin mereka yang telah sesat ke jalan yang benar".
Huraian:
Al-Banna yakin tindakan yang tidak bermanfaat kepada orang lain dan juga dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah tindakan yang bermanfaat kepada diri sendiri, saudara-mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manfaat kepada umum ialah tindakan yang hebat dan mulia. Pendapat-pendapat beliau ini telah mendorong beliau memilih kerjaya dalam bidang pendidikan kerana para pendidik ialah sumber cahaya bagi rakyat. Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruh dunia.
Para pendidik ini seumpama lilin yang menyala sambil memberi cahaya kepada orang lain. Beliau yakin cita-cita tinggi yang dapat dicapai manusia ialah mencari keredhaan Alllah dengan cara yang diterima dan dirahmatiNya. Seorang manusia yang ingin mencapai ita-cita ini berada dalam persimpangan jalan. Setiap jalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dia boleh memilih salah satu antara keduanya.
Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar. Prinsip jalan ini ialah keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidka baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain. Jalan yang kedua ialah tarbiyah dan da'wah. Jalan ini sama seperti jalan pertama tadi dari keikhalasan dan amalan. Perbezaan jalan ini dari jalan pertama tadi ialah:
(i) Dari segi hubungannya dengan manusia
(ii) Dari segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi kemanusiaan
(iii) Dari segi penglibatannya dalam kegiatan-kegiatan masyarakat
(iv) Dari segi menyediakan penawar untuk merawat penyakit-penyakit masyarakat
Inilah jalan yang lebih mulia di sisi Allah SWT. Al-Quran menggelarnya jalan yang terpuji. Rasulullah SAW sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini. Selepas merantau di alam sufi, beliau memilih jalan yang kedua kerana ia lebih mulia dan lebih penting.
Beliau juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua. Kata al-Banna:
"Kaumku sudah tidak mempedulikan agamanya lantaran pergolakan politik yang sedang dialaluinya dan keadaan masyarakatnya yang terpengaruh dengan Barat. Mereka telah lupa kepada pencapaian-pencapaian gemilang nenek moyangnya. Berbagai-bagai aliran fahaman bukan Islam telah bercampur baur dengan agama Islam yang tulen itu sehingga menghasilkan fahaman-fahaman yang penuh kekeliruan dalam Islam. Dalam bentuknya yang jelas, tulen dan mudah itu telah hilang dari pandangan. Di samping itu, terdapat pula tabir khurafat yang menyekat pertumbuhan fikiran kita. Ringkasnya, umat Islam sedang meraba-raba dalam kegelapan jahiliyah.
Golongan terpelajar dan para belia pula tenggelam dalam jurang keraguan. Sikap ini merosakkan mereka. Iman mereka menjadi lemah dan mereka pun cenderung ke arah fahaman ateisme (mulhid). Saya yakin manusia dari segi fitrahnya adalah berkasih sayang. Dia akan mencari sesuatu yang menjadi sasaran kasih sayangnya. Tumpuan kasih sayang saya ialah seorang sahabat. Dia bersemadi dalam diri saya seumpama roh saya sendiri. Saya menumpukan kasih sayang saya kepadanya. (Ahmad Afandi al-Sakri). Dia begitu meninggalkan kesan dalam persahabatan kami. Keyakinan saya dalam perkara ini adalah mendalam dan jelas.
Hanya yang perlu ialah untuk melihatnya menjadi kenyataan. Cita-cita saya terbahagi kepada dua bahagian:
1. Cita- Cita Khas
Sumber rujukan: Buku Biografi Tokoh Dakwah : Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwanul Muslimin

Kebahagian keluarga dan saudara mara serta kesetiaan kepada para sahabat tercinta sentiasa mendapat keutamaan dalam hati saya.
2. Cita-Cita Umum
Saya ingin menjadi guru dan pemimpin. Saya ingin mendidik kanak-kanak pada siang hari dan mendakwah ibu bapa mereka pada waktu malam melalui perbincangan dan syarahan dalam agama. Ini boleh juga dilakukan dengan mengarang buku-buku dan melawat tempat-tempat.
Menurut al-Banna lagi:
Untuk mencapai cita-cita yang pertama( cita-cita khas), saya telah meneliti sesuatu itu dengan baik. Untuk melaksanakan cita-cita yang kedua, saya telah menyediakan dua senjata akhlak iaitu ketegasan dan pengorbanan. Kedua-dua senjata ini perlu bagi seorang tokoh pembaharuan. Bahkan rahsia kejayaan berada pada kedua-dua senjata ini. Tokoh pembaharuan yang ada dua senjata ini tidak akan menghadapi kegagalan yang mungkin menjejaskan maruah atau mendatangkan malu kepadanya. Di samping itu, ia juga memerlukan kepada cara praktikal iaitu meneruskan pengajian".
Huraian:
Al-Banna juga telah menghubungi orang yang sependapat dengannya dan menyokong orang-orang yang berpendapat demikian. Al-Banna sentiasa berdoa kepada Allah agar Dia menerima ushanya dan memberikan kekuatan untuknya melakukan tugas. Katanya:
"Semoga jasmani dan rohani saya mendapat bantuan Allah agar saya dapat menjalankan tugas saya ini. Semoga Allah memberi saya keberkatan dan rahmat seperti yang terdapat dalam firman Allah swt dalam surah Muhammad ayat 7:
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
Ini adalah perjanjian antara saya dengan Allah dan guru saya menjadi saksi kepada perjanjian ini. Saya membuat keputusan ini seorang diri. Tiada sesiapa yang mempengaruhi saya kecuali perasaan saya sendiri. Keputusan ini ialah hasil daripada kesungguhan saya kepada Allah yang mengetahui rahsia hati manusia. Guru saya, Hasan Yusuf Najati memeriksa karangan saya itu dan memberi markah yang sangat baik iaitu tujuh setengah daripada 10".
Dalam karangan tersebut al-Banna menyebut tentang sahabatnya, Ahmad Afandi al-Sakri yang sama-sama berkongsi perasaan dengannya. Dia telah berhenti berniaga dan menutup kedainya kerana hendak bersama-sama bergiat aktif dalam dakwah bersama beliau. Dia masuk berkhidmat dengan Lembaga Pelajaran Buhairah agar dapat bersama al-Banna apabila tamat pengajian nanti. Tidak lama kemudian, cita-cita ini berjaya dilaksanakan. Al-Banna mendapat kerja di Kementerian Pelajaran dan Ahmad Afandi al-Sakri pula ditukar ke sana.Mereka pun dapat bersama-sama semula di Kaherah untuk beberapa lama.
Sumber rujukan: Buku Biografi Tokoh Dakwah : Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwanul Muslimin
Thursday, March 7, 2013
Mari kita berfikir....
Rasulullah SAW adalah insan paling sempurna diutuskan Allah SWT ke alam ini. Antara sifat wajib bagi Nabi SAW ialah fatonah (bijaksana). Allah Maha mengetahui bahawa manusia yg akan dihadapi Nabi ialah golongan pembesar, cendikiawan dan lain-lain yg memang bijaksana.
Untuk itu Nabi diasuh oleh Allah SWT untuk menjadi bijak dan matang dalam konteks PR-nya dgn masyarakat. Bagaimana Nabi diasuh atau ditarbiah. oleh Allah SWT sejak kecilnya sehingga membesar dgn bijaksana?!
Nabi SAW bersabda:
أدبني ربي فأحسن تأديبي
"Tuhanku yg mendidikku, maka Dia lah sebaik-baik yg mendidik".
Ia diakui oleh semua orang pada masa itu; namun berubah bila Muhammad bin Abdullah dilantik jadi Nabi. Gelaran Muhammad al-Amin tidak releven lagi bila umur Nabi menjangkau 40an. Saya tak nak berbincang isu pujian yg hilang bila wahyu turun.
Yang saya nak tekankan di sini ialah Nabi maintain kebijaksanaannya sehingga terus maju dan cemerlang mentarbiah para sahabat yg luar biasa kemampuannya berdepan massa yg bersifat majmuk.
Jawapan ringkasnya ialah baginda Nabi SAW sentiasa positif dalam hidup. Berfikiran positif dalam semua perkara tanpa jemu. Rajin merenung dan memerhati alam ciptaan Allah SWT dan optimis kpd janji Allah kpd mereka yg berusaha dan berjihad.
Betul juga pantun orang tua-tua kita kata;
Bumi berkerikir,
Langit bertemberang,
Orang fakir fikir,
Menjadi hamba orang.
Wallahua'lam....
UsTACZ
Thursday, February 21, 2013
Tarbiyah Siyasiyah - Kata-kata penting Imam Al-Banna:
وللإمام الشهيد في ذلك كلمات تكاد تكون محفوظة لدى جمهور الإخوان من ذلك قوله في إحدى رسائله: "إذا قيل إلام تدعون؟
فقولوا: نحن ندعو إلى الإسلام الذي جاء به محمد صلى الله عليه وسلم، والحكومة جزءٌ منه، والحرية فريضة من فرائضه، فإن قيل لكم هذه سياسة فقولوا هذا هو الإسلام، نحن لا نعرف هذه الأقسام" (2).
فقولوا: نحن ندعو إلى الإسلام الذي جاء به محمد صلى الله عليه وسلم، والحكومة جزءٌ منه، والحرية فريضة من فرائضه، فإن قيل لكم هذه سياسة فقولوا هذا هو الإسلام، نحن لا نعرف هذه الأقسام" (2).
وقال رحمه الله يرد على مَن يقول إن الإخوان المسلمين قوم سياسيون ودعوتهم دعوة سياسية:
"يا قومنا.. إننا نناديكم والقرآن في يميننا والسنة في شمالنا، وعمل السلف الصالحين من أبناء هذه الأمة قدوتنا، وندعوكم إلى الإسلام وتعاليم الإسلام وأحكام الإسلام، فإن كان هذا من السياسة عندكم فهذه سياستنا، وإن كان مَن يدعوكم إلى هذه المبادئ سياسيًّا فنحن أعرق الناس- والحمد لله- في السياسة، وإن شئتم أن تسموا ذلك سياسة فقولوا ما شئتم فلن تضرنا الأسماء متى
وضحت المسميات وانكشفت الغايات" (3).
Bagi Imam Syahid berkenaan tajuk ini beberapa kalimat hampir telah dihafaz oleh majoriti Ikhwan, antaranya di dalam salah satu risalahnya berbunyi:
"Bila dikatakan, ke arah mana kamu menyeru? Maka katakan: Kami menyeru kepada Islam yang telah dibawa oleh Muhammad SAW, pemerintahan adalah satu bahagian darinya, kebebasan adalah satu kefardhuan dari kefardhuan yang banyak. Bila dikatakan kepada kalian, ini adalah politik. Katakan kepada mereka, inilah dia Islam, kami tidak mengenal pembahagian seumpama ini".
Imam Al-Banna Rahimahullah memberi response sebagai jawapan kepada mereka yang mengatakan Ikhwan Muslimin berpolitik dan dakwah mereka dakwah berbau politik dengan katanya:
"Wahai kaumku sekalian, Sesungguhnya kami menyeru kalian, sedang Quran di tangan kanan kami, sunnah berada di tangan kiri kami, amalan para salafussoleh menjadi qudwah kami. Kami menyeru kalian kepada Islam dan ta'alim serta hukum hakamnya. Jika seruan ini termasuk dari urusan politik pada pandangan kalian, maka inilah dia politik di sisi kami. Jika sekiranya orang yang menyeru kalian agar kembali kepada prinsip-prinsip ini dikatakan berpolitik, maka kami 'orang lama' -alhamdulillah- dalam politik. Jika kalian mahu untuk menamakan itu sebagai politik, maka katakan semahu kalian kerana nama-nama itu tidak akan memudharatkan kami bilamana jelas apa yang dinamakan (المسميات) dan matlamatnya tersingkap".
Saturday, February 16, 2013
Taujihat Tarbawi (4)
Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (4)
"Kita mahu al-akh yang memiliki qudwah, berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan, bermaruah dan kuat berusaha, bersikap pemalu, halus perasaannya, amat sensitif dengan perkara baik dan buruk; bergembira dengan yang pertama dan merasa sedih dengan yang kedua, sentiasa dalam keadaan tawadhu' tanpa menghina diri atau menyerah kalah dan tidak pula sampai mengampu".
(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)
Taujihat Tarbawi (3)
Taujihat Da'awiyyah dan Tarbawiyyah (3)
"Adalah dituntut daripada semua anggota dalam soff untuk bersikap positif, sentiasa dalam keadaan sibuk dengan aktiviti dakwahnya, sentiasa berfikir padanya, sentiasa mencari peluang-peluang yang boleh mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan, sentiasa membantu qiadah melalui buah fikiran dan nasihat dengan cara paling beradab yang diajar oleh Islam yang maha suci".
(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)
(sedutan taujihat Fadhilatul Ustaz Mustafa Masyhur Rahimahullah)
Subscribe to:
Posts (Atom)