Tuesday, July 24, 2012

الليل أحلى Malam Itu Manis Rasanya…..




بقلم: د. خالد أبو شادي
Tulisan: Dr Khalid Abu Shadi
Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "مَن نام عن حزبه أو عن شيء منه، فقرأه ما بين صلاة الفجر وصلاة الظهر كتب له كأنه قرأه من الليل"(1).
Berkata Omar RA: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang tidur tanpa membaca satu hizib (Quran) atau sesuatu daripadanya (ayat Quran), lalu dia menggantikannya pada waktu di antara solat fajar dan solat zohor, nescaya dituliskan baginya seolah dia membacanya pada waktu malam”.
وفي هذا دلالة على أن الأفضل في قراءة ورد القرآن قراءته بالليل، وكأن القرآن تعهَّد أن لا يبوح لأحد بما بين دفتيه من أسرار إلا على ضوء النجوم حين تنفتح الحقائق في غيبة الأهواء الدنيوية والأشغال المعيشية والسموم الشيطانية في أحضان سجدة أو سحابة عبرة أو سريان رجفة من خشية الله تعالى!!
Daripada dalil di atas menunjukkan bahawa bacaan Quran paling afdhal ialah pada waktu malam. Seolah-olah Quran telah berikrar bahawa ia tidak akan mendedahkan rahsia antara kedua-dua muka suratnya melainkan di bawah kerdipan bintang-bintang bilamana ia membuka hakikat-hakikat di waktu tiadanya keinginan duniawi, kosong daripada kesibukan bekerja mencari nafkah, hilangnya racun-racun syaitan dalam dakapan sujud atau lintasan pengajaran sejenak lantaran ketakutan kepada Allah Ta’ala.
قال النووي: "وإنما رجحت صلاة الليل وقراءته لكونها أجمع للقلب وأبعد عن الشاغلات والملهيات والتصرف في الحاجات وأصون عن الرياء وغيره من المحبطات مع ما جاء الشرع به من إيجاد الخيرات في الليل، فإن الإسراء برسول الله صلى الله عليه وسلم كان ليلاًً".
Berkata Imam Nawawi: “Bahawasanya diberatkan daun neraca solat malam dan bacaannya lantaran ia lebih memantapkan hati dan jauh dari gangguan,terhindar dari sebab yang melalaikan, jauh dari urusan memburu keperluan-keperluan hidup, terpelihara dari perasaan riya’ dsb yang membinasakan. Sedangkan syariat datang dengan membawa kebaikan yang melimpah bagi malam, sesungguhnya Rasulullah SAW telah di-Isra’kan pada waktu malam”.

ويزيدك ابن الجوزي وهو يدبج عبارة من عبارات المحبين فيقول: "ظلمة الليل للتواصل أهنأ من ضياء النهار عند المحب، وصلهم سرهم، وما أحوج السر إلى سره بسحب الحجب"(2).
Ibnul Jauzi menambah lagi dengan menggunakan ungkapan Muhibbin (orang yg sayangkan Allah) dengan katanya: “Kegelapan malam bagi tujuan berhubungan dengan Allah lebih hebat terasa kemanisannya berbanding sinaran cahaya pada sianghari bagi pencintanya, Allah SWT menyampaikan ke maqam rahsia mereka dan alangkah berhajatnya kita kepada rahsiaNya yang tiada lagi terhijab”.  


----------
* الهوامش:
(1) صحيح: انظر حديث رقم 1343 في صحيح ابن ماجه وأخرجه مسلم
(2) شرح النووي لمسلم 1/28

Tambahan daripada penterjemah:
هذا الكلام للإمام بن الجوزي ، ورد فى شرح صحيح مسلم لللإ مام النووي والمقصود به :
Perkataan ini dinasabkan kepada Imam Ibnu Jauzi telah disyarahkan oleh Imam Nawawi di dalam Kitab Syarah Sahih Muslim seperti di bawah:

1.       ظلمة الليل للتواصل أهنأ من ضياء النهار عند المحب توضح فضل صلاة الليل وأن الليل وقت مناسب لمناجاة المحبين فلا شواغل ولا صوارف . بل هي أوقات صافية وهي أحب وأهنأ بين المحبين من أوقات النهار .
Menerangkan tentang kelebihan solat malam. Malam adalah waktu paling sesuai untuk bermunajat bagi kekasih Allah SWT kerana tiada gangguan maupun kesibukan, bahkan ia merupakan waktu-waktu suci bersih dan lebih tenang dari waktu-waktu siang.

2.       وصلهم سرهم : يعنى أن كل منهم يبوح بسره للآخر وهنا يكون السر بينهما هو سبيل الصلة والوصال  فى هذه الأوقات .
Yakni rahsia antara satu sama lain tiada terhalang lagi bermaksud rahsia antara kedua-duanya menjadi jalan perhubungan dan sentiasa berhubungan di saat-saat seperti ini.

3.       وما أحوج السر الى سره بسحب الحجب  أن أسرار المحبين حين تتناقل بينهما فهى أحوج الى إزالة الحجب والحواجز من بينهما ، وهذا منتهى التواصل بين المحبين حين لاتقف حجب وحواجز بين أسرارهم وهذا من عظيم الصلة ومتين الرابطة.
Bahawa rahsia-rahsia kekasih ketikamana saling berpindah antara kedua-duanya pastinya tiada penghalang lagi. Inilah kemuncak kepada perhubungan kedua-dua kekasih iaitu bilamana tiada lagi penghalang antara rahsia-rahsia mereka dan ini jugalah yang dikatakan sebagai kehebatan perhubungan dan kemantapan ikatan.
    
جعلنا الله وإياكم من أهل الليل .
Semoga Allah SWT menjadikan kamu (dan kita semua) dari kalangan pencinta malam.

Saturday, July 21, 2012

PUASA DAN TARBIYAH RUHIYYAH


 Penulis: Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria (Putrajaya)

Antara kehebatan Islam ialah ia dapat menyeimbangkan di antara material dan ruh dalam nisbah yang seimbang di mana seseorang itu mampu menikmati kepuasan dengan kedua-duanya serentak. Material adalah asas terbinanya jasad untuk menguatkannya bangun melakukan ibadat kepada Allah SWT. Begitu juga ruh merupakan asas dari sudut maknawi dalam diri manusia itu agar dia berupaya mengecapi kemanisan Iman dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Din (agama) dan Sayyidina Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.
Al-Quran telah menegaskan hakikat ini melalui firman Allah Azzawajalla:

﴿وَابْتَغِ فِيمَا آَتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآَخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ﴾ (77)
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “. (Al-Qasas: 77)

Seorang muslim yang benar dan kuat Imannya akan menjadikan Allah SWT sebagai matlamat bagi segala amalannya, asasnya berdasarkan firman Allah Azzawajalla:

﴿قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ﴾(162)
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”. (Al-Ana’am: 163)


Sesungguhnya puasa Ramadhan adalah merupakan asas terpenting tarbiyah ruhiyah dan penyucian hati. Ia merupakan rawatan yang amat efektif bagi membuang segala jenis penyakit hati seperti keras hati, malas melakukan ketaatan dan menunaikan ibadat, sempit dada, penyakit lalai daripada mengingati Allah Ta’ala hingga terjerumus ke lembah pelbagai maksiat.

Puasa adalah perisai bagi jiwa manusia:

Puasa adalah madrasah tarbiyah ruhiyah, di mana ia membangunkan adab bagi jiwa manusia serta membetulkannya, membersihkan hati-hati manusia daripada mengabdikan diri kepada harta, menguat dan memperdalamkan keimanan kepada Allah Ta’ala, menyucikan ruh dan jasad daripada kezaliman material, seterusnya memelihara manusia daripada kekotoran syahwat kebinatangan jasad bilamana syariat Allah dicerobohi pada bulan mulia ini.

Puasa melindungi jiwa manusia daripada api neraka. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad hasan daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW:
Allah berfirman: ‘Puasa itu adalah perisai yang berfungsi melindungi hamba daripada api neraka dan puasa itu bagiKu dan Akulah yang membalasnya.


Kesan-kesan puasa dari sudut ruhiyyah:

Kesan puasa dari sudut ruhiyyah banyak, antaranya sebagai contoh:

Pertama: Puasa menambahkan ketaqwaan dan kebaikan, memeliharanya daripada penyelewengan dan maksiat. Asasnya adalah tarbiyah ruhiyyah. Allah SWT berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾ (183)
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".

Ayat ini menerangkan bahawa matlamat daripada puasa itu ialah taqwa.

Kedua: Puasa membawa kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan serta memelihara jiwa manusia daripada ketakutan dan kerisauan. Seorang muslim akan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan justeru membuat persediaan sebaik-baiknya kerana mengingati sabda Rasululllah SAW:
“Saat menjelangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu-pintu neraka dan dirantai segala syaitan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Puasa melatih jiwa seseorang membiasakan diri dengan doa dan ibadat, lalu akan memeliharanya daripada sifat takabbur. Doa orang yang sedang berpuasa mustajab. Di tengah-tengah ayat-ayat puasa terdapat ayat tentang doa:
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴾(186)
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam Qadar yang kelebihannya lebih baik dari 1,000 bulan di mana orang yang berpuasa sentiasa digalakkan memperbnyakkan doa yang baik seperti hadis riwayat Aisyah RA berbunyi:
"اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

Keempat: Puasa menyuburkan jiwa seseorang muraqobah dalaman, di mana dia merasai bahawa Allah Azzawajalla sentiasa meniliknya dalam setiap urusan hidupnya. Badannya berpuasa, anggotanya berpuasa dan hatinya berpuasa. Dengan demikian puasa memeliharanya daripada setiap sesuatu yang akan merosakkan pahalanya. Allah SWT berfirman:
﴿وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير﴾ٌ(4)
"Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan".
Rasulullah SAW bersabda:
اعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك""  
“Dan beribadatlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, kalau demikian maka percayalah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu”.

Kelima: Puasa akan menambahkan seseorang keikhlasan dalam beramal seraya menjauhkannya dari sifat nifaq, riya’ dan sombong. Puasa hanya bagi Allah Azzawajalla semata-mata dan hanya Allah yang membalas pahala orang yang berpuas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Rabbil Izzah, firmanNya:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فهو لي وأنا أجزي به  
“Setiap amalan anak adam adalah baginya kecuali puasa, puasa itu kepuyaanKu dan Akulah yang akan membalasnya”.

Keenam: Puasa melatih jiwa seseorang untuk berjihad dan memeliharanya daripada bersifat pengecut dan takut. Bermujahadah dengan jiwa yang sentiasa inginkan makan, minum, syahwat, sabar, kesusahan dan sebagainya akan memberi kekuatan kepadanya berjihad melawan musuh-musuh Islam.

Rawatan penyakit hati/jiwa

Puasa merupakan banteng bagi jiwa manusia dari terjerumus ke lembah maksiat yang terang maupun yang tersembunyi, dek kerana orang yang berpuasa sentiasa hidup dalam suasana keimanan di antara bacaan Quran, qiam, doa dan ibadat bersama-sama hamba-hamba Allah yang soleh.
Puasa juga merupakan ubat yang berupaya merawat hati yang keras kerana ia boleh melunakkan hati kepada Allah SWT yang telah menciptanya dan mengurniakan rezki kepadanya. Dia (Allah) lah juga yang akan memati, memasukkanya ke kubur, membangkitkannya kembali dan seterusnya menghisabnya pada hari yang tiada manafaat lagi harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Maka puasa adalah rawatan yang amat efektif menyelesaikan masalah futur (rasa lemah) yang menghinggapi jiwa manusia lalu bermalas-malaslah dia daripada melakukan ketaatan, ibadat di mana seorang yang berpuasa akan selalu bersama para hamba Allah di majlis-majlis zikir dan doa.

Pesanan buat pemilik hati yang berpuasa

Rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini untuk mentarbiyah hati agar ikhlas kepada Allah dan membersihkannya daripada sifat nifaq dan riya’

Rebutlah peluang untuk mentarbiyah hatimu sentiasa tunduk dan taat kepada Allah Tuhan Semesta Alam, justeru akan hilanglah nanti perasaan takabbur dan suka bermegah-megah

Rebutlah peluang untuk menumpukan perhatianmu kepada Allah SWT dengan doa dan ibadat, penuh mengharap keampunanNya dan menyucikannya dari kealpaan dengan sentiasa mengingati Allah SWT

Rebutlah peluang di bulan mulia ini untuk tundukkan hatimu kepada muraqobatullah Azzawajalla, nescaya nanti akan bertambahlah ketakutanmu terhadapNya

Rebutlah peluang di bulan mulia ini untuk melatih dirimu berjihad melawan hawa nafsu supaya kamu termasuk menjadi orang yang mempunyai keazaman dan kemahuan yang kuat


Tuesday, June 5, 2012

Fatwa Penting - ada yg tersirat !!

عنوان الفتوى:
  هل علي إثم إذا خالفت رأي الجماعة؟
Adakah dikira  berdosa bila saya menyalahi pandangan Jamaah?
  صاحب الفتوى:
  أحمد محمود  من :  مصر
Penanya: Ahmad Mahmod drp Mesir
  الفتوى:
مع شدة الهجوم على الإخوان في مصر في الفترة الحالية أريد توضيحاً حتى يطمئن قلبي: هل أرتكب أثماً إذا صوت مثلا لمرشح الإخوان رغم علمي أن هناك من هو أكفأ منه, وهذا ليس رأي شخصي فقط بل آراء قوى مخلصة أخرى غير جماعتي ****سؤالي لا أقصد به انتخابات الرئاسة وإن كانت من أهداف السؤال بل كل انتخابات أيا كانت حجمها *
إذا تعارض اختيار الأكفأ والأصلح في الانتخابات مثلا مع البيعة لجماعة الإخوان ماذا أفعل؟؟؟؟








  الــــــــــــــــــرد:
Dalam situasi IM diserang dgn begitu dahsyat di Mesir sekarang, saya minta penjelasan utk  menenangkan hati saya: Adakah saya dikira berdosa bila saya memilih calon IM sekalipun saya tahu bahawa di sana ada calon yang lebih layak daripadanya. Ini bukan pendapat peribadi saya sahaja, bahkan ia merupakan pendapat sekelompok mereka yang ikhlas (bukan drp IM). Soalan saya bukan khusus kepada isu pemilihan presiden sahaja, bahkan termasuk juga pemilihan2 yang lain juga.
Bila bertembung antara dua isu pilihan yg paling layak dgn baiah kpd jamaah IM, apa yg patut saya buat?

د:أحمد زايد الأستاذ بجامعة الأزهر الشريف
Fatwa oleh: Dr Ahmad Zayid (Prof Univ Al-Azhar)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وبعد:       
قضت حكم الله تعالى وسنته أن يد الله تعالى وبركته وتأييده وتوفيقه في الجماعة , قال تعالى: " وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا..." وقال :" وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا..."  فالله تعالى مع الجماعة يسدد أراءها ويقوي عزمها وقد تعلمنا من ديننا أن رأي الفرد مهما كانت عبقريته لا يكون أكثر سدادا من رأي الجماعة, فأدواته في المعرفة واتخاذ القرار أقل بكثير من أدوات الجماعة, وقد افترض الأخ السائل غير هذا المنطق ,وهذا لا شك مخالف لمقتضى العقل والواقع والشرع.
Hukum Allah Ta’ala dan undang-undangNya menyatakan bahawa ‘tangan’ Allah Ta’ala, keberkatan, bantuan dan taufiqNya bersama-sama dengan jamaah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah berpecahbelah”. “Dan jangan kalian berbantah-bantah, nanti kalian akan menemui kekalahan..”. Maka nyatalah bahawa Allah swt bersama-sama jamaah, Allah akan memperbetulkan pandangan jamaah dan akan menperkuatkan keazamannya. Kita telah belajar daripada agama ini bahawa pandangan seorang sekalipun dia seorang yang pintar tidak akan sama seperti pandangan jamaah dari segi kewibawaannya; kerana kemampuan jamaah dalam membuat keputusan jauh lebih hebat daripada yang dimiliki oleh seorang peribadi. Penanya telah mengandaikan suatu yang tidak logic dan ia bertentangan dengan kewarasan akal, reality dan syara’.
 فأدعو الأخ الكريم ألا يفترض في نفسه الصواب والكمال وفي الجماعة الخطأ والنقص, فالزم الجماعة فإنها لن تختار إلا الأكفأ والأصلح , وافتراض العكس خطأ ينفيه الواقع والشرع وبحكم بيعتك ينبغي ألا تخالف الجماعة ما لم تأمر بمعصية, ولأن نجتمع على المرجوح خير وأفضل من أن نتفرق على الراجح, والخلاف شر كله.
Maka saya mengajak al-akh yang bertanya supaya jangan mengandaikan dirinya betul dan sempurna dan jamaah salah dan lemah. Beriltizamlah dengan jamaah kerana jamaah tidak akan memilih selain calon yang terbaik dan berkemampuan. Mengandaikan sesuatu selain itu adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan reality, syara’ dan hukum baiah kamu yang meminta kamu tidak menyanggahi pilihan jamaah selagimana ia tidak menyuruh dalam perkara maksiat. Lagipun “bersepakat dalam suatu isu yang hukumnya lemah itu lebih baik daripada berpecah dalam isu yang hukumnya kuat”… kerana berpecah  itu semuanya buruk.
والله أعلم.

Pandangan Jelas dalam menyokong Morsi


Muhammad Ahmad Ar-Rashid
Terjemahan: Ust Tajul (TACZ)
Selasa 2 Rejab 1433 bersamaan 22 Mei 2012

Tulisan saya ini agak terlambat disebabkan kesibukan saya membantu Gerakan Dakwah Islah di UAE, semoga Allah mengampuni saya dan semoga ikhwah semua memahami keuzuran saya ini. Sepatutnya saya bersegera menyahut permintaan al-akh Dr Wasfi untuk  memberi pendapat tentang suatu pandangan yang mengatakan bahawa anggota Jamaah Ikhwan bebas untuk tidak beriltizam dengan pandangan Qiadah dalam persoalan pemilihan calon  daripada  IM  Sheikh Mohd Morsi. Namun saya berlengah (tidak bersungguh) kerana menyangka bahawa isu tersebut sudah jelas. Akan tetapi bila isu tersebut berlarutan menjadi kabur, saya mengambil keputusan untuk membetulkan keadaan.  

Hakim itu adalah seorang mujtahid yang  terkongkong oleh kecenderungannya kepada Abul Futoh sebenarnya berada dalam daerah kesilapan. Pendapat saya mengenai fatwa Tuan Guru saya Sheikh Yusof Qardawi bahawa warga Mesir bebas saja memilih salah seorang daripada tiga  calon Islamic  ialah; jika yang dimaksudkan itu rakyat awam Mesir maka ijtihad itu betul, tapi jika yang dimaksudkan itu termasuk Ikhwan yang merupakan anggota yang berintima' dengan Dakwah IM , maka ijtihad tersebut adalah salah...ungkapan ini agak berat untuk ditulis terhadap kedudukan Sheikh yang termulia, namun khilaf pemberi fatwa menjadi sebab kepada datangnya rahmat kepada umat

Saya berani berkata demikian kerana saya kenal beliau seorang yang sentiasa bersikap lapang dada dan terbuka  serta jujur dalam apa-apa perkongsian. Saya berpendapat bila seorang al-akh itu memberi baiah secara sukarela kepada kepimpinan dakwah, maka ia bermakna: bahawa dia telah redho  menyerahkan kepada kepimpinan dalam perkara ijtihadi dalam situasi berbilangnya pendapat, perkara ini amat penting dalam intima' dakwah. Ini bermakna beriltizam dengan perancangan dakwah adalah wajib dalam semua perkara. Tanpanya  tidak akan terlaksana amal secara jama'ie. Pendakwah yang berintima' dengan Jamaah  sebenarnya seorang muslim yang thiqah kepada Jamaah dan kebenarannya. Justeru pandangan saya ini bersandarkan neraca Fiqh Dakwah dan formula-formula Mazhab Ihya' Fiqh Dakwah  yang saya cuba jelaskan di sini: Bahawa mereka yang berintima' kepada dakwah IM  tidak mempunyai pilihan lain dalam hal ini, iaitu mereka wajib memilih  calon dakwah iaitulah  Sheikh Mohd Morsi

Adapun pendokong bagi dakwah ini, iaitu mereka yang ada hubungan dengan dakwah tetapi tidak sampai ke darjat memberi baiah, begitu juga mereka yang kasih kepada dakwah ini terdiri daripada kalangan rakyat awam Mesir: Maka kaedah syariyyah yang lain juga mewajibkan mereka memilih calon dakwah Sheikh Mohd Morsi. Kaedah ini secara ringkas menyatakan: Bahawa jawatan presiden hanya layak disandang oleh presiden yang disokong oleh kelompok manusia yang melantiknya dan jamaah itu mempunyai satu kesefahaman bersamanya untuk berkhidmat dan melaksana segala perancangannya agar mampu berhadapan dengan segala cabaran mendatang. Syarat tersebut hanya dimiliki oleh satu-satunya calon iaitu Sheikh Mohd Morsi.

Beliau sahajalah  (Mohd Morsi) yang memiliki kemampuan mengagihkan pengalaman, ilmu dan tenaga IM dalam memberi khidmat sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang presiden.  Lebih-lebih lagi bagi memerangi kerosakan yang berakar umbi dalam sistem pemerintah Mubarak. Sheikh Abul Futoh tidak memiliki selain suara jalanan yang tidak diikat oleh sebarang iltizam maupun sikap berkecuali menjadikannya pada kedudukan yang amat lemah. Dalam Qaedah Syariyyah menyebut bahawa  memilih yang lebih baik itu wajib, iaitu di kala terdapatnya banyak pilihan sebagai memenuhi tuntutan ayat Allah:
(فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا) 
"Maka ambillah ia dengan bersungguh dan perintahkanlah kaummu mengambil yang terbaik daripadanya". Jadi  yang terbaik dalam suasana Mesir sekarang ialah melantik orang yang paling layak iaitu Sheikh Mohd Morsi, ditambah dan dikuatkan dengan  kemampuan Jamaah yang amat berpengalaman .    

Kata-kata Ibnu Khaldun dalam Muqaddimahnya jelas bahawa yang paling layak untuk memegang kerusi presiden dan kepimpinan ialah seorang yang disokong oleh kelompok iaitu jamaah yang membantu dan taat kepadanya atau qabilah yang mampu merealisasikan kehendaknya.  Puak atau kelompok yang dimaksudkan di sini bukan puak tercela yang dinafikan oleh uruf imani, bahkan ia adalah method ta'bir klasik (gaya bahasa lama). Ijtihad Ibnu Khaldun memang benar kerana beliau seorang yang faqih dan dikenali, bukan hanya seorang sejarawan. IM akan berusaha dengan segala kemampuannya untuk  memperkuatkan kedudukan Mohd Morsi bagi menunaikan janjinya sebagai presiden terutama  dalam masa paling genting sepanjang sejarah Mesir ini. IM adalah jamaah yang ikhlas  dan bersih,  sejarah jihad dan idea membangun masyarakat yang dibawanya amat cemerlang, kaya dengan buah fikiran  yang bernas.  Hari-hari yang berlalu membuktikan mereka amat mementingkan kemaslahatan umat.

Abul Futoh sebenarnya telah terputus dengan jamaah. Dengan sebab itu dia bersendirian dan amat lemah. Salem Awa sebenarnya pendokong bid'ah Iran dan saya berpendapat  dia  samasekali tidak wajar disokong kerana ia boleh membuka ruang masuknya pengaruh Iran  dan menjadi ancaman kepada keselamatan negara Arab. Bahaya itu mesti disekat, semoga Allah swt membantu kita semua. Ayuh kita jadikan suara dalam pilihanraya kali ini berjalan dengan penuh kesedaran melalui kecerdikan memilih bersandarkan kaedah-kaedah syara' dan neraca-neraca iman. Demikianlah fatwa saya sekalipun kelewatannya menjadikan  ia kurang menarik, hendaklah yang menyaksikan menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir.. 

Sumber - http://www.manaratweb.com/news.ph

Monday, June 4, 2012

TARBIYAH MELALUI PERISTIWA

Prof Dr Toriq Syed 
Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria (TACZ)

Begitu banyak peristiwa dan pendirian yang berlaku dalam hidup manusia. Kehidupan manusia itu sendiri sebenarnya terdiri dari pelbagai rangkuman peristiwa. Namun demikian sedikit sahaja di kalangan manusia yang mampu mengambil manfaat daripada peristiwa-peristiwa tersebut dalam mentarbiyah diri dari sudut pengajaran dan nasihat serta menggunakannya dalam bidang tarbiyah dan mentaujih orang lain.

Sesungguhnya tarbiyah melalui peristiwa merupakan sebaik-baik wasilah dan punyai kesan yang amat mendalam. Justeru di zaman permulaan Islam didapati banyak contoh tarbiyah yang dipraktikkan oleh Nabi saw kepada para sahabat ra. Ia boleh diperolehi dalam perbendaharaan Sunnah Nabawiyyah dengan banyaknya; tarbiyah Nabi saw kepada keluarga, para sahabat dan umatnya melalui pelbagai peristiwa dan sikap yang diambil.

Peristiwa-peristiwa yang digunakan oleh Al-Quran dalam mentarbiyah kelompok mukmin terlalu banyak, antaranya: Mentarbiyah mereka melalui peristiwa peperangan Badar, Uhud, Hunain, isu fitnah terhadap Aisyah ra dan sebagainya.

Berkata Syed Qutb rahimahullah: “Al-Quran ini datang bertujuan mentarbiyah umat, membentuk masyarakat dan menegakkan sistem. Tarbiyah perlu kepada masa tertentu, berhajat kepada keberkesanan dan tindakbalas melalui kalimah-kalimah yang diucapkan. Ia juga perlu kepada gerakan bagi menterjemahkan kesan dan respond terhadap realiti yang berlaku. Hakikatnya hati manusia tidak mungkin berubah sekaligus dalam masa sehari semalam dengan hanya membaca keseluruhan buku manhaj yang baru. Hati manusia akan terkesan hari demi hari melalui sebahagian manhaj tersebut, kemudian beransur-ansur meningkat sedikit demi sedikit. Ia akan terbiasa menanggung bebanan secara beransur dan tentunya tidak akan merasa kekok dalam mempraktiknya nanti.

Kemahuan hati itu akan bertambah subur pada setiap kali menerima santapan, maka jadilah ia pada hari berikutnya lebih bersedia untuk menerima santapan dan tentunya kelazatannya lebih terasa.
Al-Quran datang membawa manhaj yang sempurna bagi kehidupan manusia. Dalam masa yang sama Al-Quran juga membawa manhaj tarbiyah yang sesuai dengan fitrah manusia menurut ilmu Penciptanya. Kedatangannya secara beransur-ansur bersesuaian dengan keperluan hidup kelompok muslimin di masa itu sebagai jalan menuju pembentukan dan pertumbuhannya serasi dengan kesediaannya hari demi hari berdasarkan manhaj tarbawi Ilahi yang amat halus.

Al-Quran datang sebagai manhaj tarbiyah dan manhaj bagi kehidupan. Ia tidak bermaksud untuk manusia jadikannya sebagai buku pengetahuan; semata-mata dibaca untuk menikmati dan menambah ilmu. Ia datang untuk dilaksanakan segala huruf-huruf dan kalimah-kalimahnya. Ia datang agar ayat-ayatnya dijadikan ‘arahan harian’ yang diterima oleh para muslimin ketika itu juga dan dilaksanakan terus persis seorang tentera dalam kemnya atau di medan peperangan menerima ‘arahan harian’ –respond, faham dan bersemangat untuk merealisasikan – sesuai dengan tuntutannya”. "(في ظلال القرآن، الفرقان الآية 32).

Contoh-contoh yang diajar oleh Nabi saw dalam tarbiyah melalui peristiwa:

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya daripada Hakim bin Hizam katanya: “Saya mendatangi Nabi saw lalu saya meminta sesuatu daripadanya, maka Nabi memenuhi permintaan saya. Kemudian saya meminta lagi, lalu Nabi memberinya kepada saya. Kemudian saya meminta lagi, lalu Nabi memberinya kepada saya. Kemudian Nabi saw lalu bersabda kepada saya: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini sedap dipandang dan manis rasanya, barangsiapa mengambilnya dengan hati yang suci dia akan mendapat keberkatan, sebaliknya barangsiapa yang mengambilnya dengan hati yang tamak, dia tidak akan mendapat keberkatan. Ia samalah seperti seorang yang makan tetapi tidak pernah merasai kenyang, dan tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah”. Nabi saw secara langsung menegur Hakim bila mendapati sahabat ini ada sifat tamak kepada harta pemberian. Teguran ini amat berkesan kepada Hakim, sehingga dikatakan beliau tidak pernah lagi meminta dan menerima sebarang bantuan di zaman khalifah Abu Bakar dan Umar ra.

Imam Bukhari juga meriwayatkan bahawa satu ketika seorang badawi telah kencing di dalam masjid, lalu sahabat ra ingin mencegahnya. Nabi saw bersabda kepada para sahabat ra: “Biarkan dia, ambillah setimba air dan tuangkan air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan bukan memayahkan”. Peristiwa tersebut menyemarakkan kemarahan para sahabat ra – lalu bersedia untuk mengubah kemungkaran yang besar itu kerana ia berlaku dalam masjid. Nabi saw mengambil peluang ini untuk mentarbiyah para sahabat ra dan mengajar mereka bagaimana cara yang terbaik mengubah kemungkaran; iaitu tidak boleh mengubah mungkar dengan mungkar yang lebih besar daripadanya. Si badawi tadi hanya kencing pada tempatnya yang terhad. Kalau dia dipukul maka najis kencing tadi akan berjangkit ke tempat yang lebih luas. Cegahan Nabi saw adalah supaya najis itu tidak meluas/berhamburan, dan supaya si badawi tadi tidak terkejut lalu menjauhkan dirinya sedangkan dia sebenarnya jahil terhadap hukum berkenaan. "السيرة النبوية والتربية بالأحداث، عقيل بن محمد المقطري".

Inilah di antara uslub yang digunakan oleh Nabi saw bersama para sahabatnya. Uslub yang amat berbekas kepada jiwa dan hati mereka.

Faedah-faedah tarbiyah melalui peristiwa:

  - Bertukarnya kefahaman kepada harakah (pergerakan) yang amat digeruni oleh kem jahiliyah. Golongan kafir quraish tidak bermusuh dengan penganut agama tauhid sebelum pengutusan Nabi saw kerana mereka tahu bahawa fikrah mereka (penganut agama hanif) hanya perasaan peribadi yang beku. "التربية النبوية بالأحداث، د.محمد أمحزون".

- Di sana terdapat hubungan keanggotaan di antara fikrah dan praktikal. Fikrah menjadi subur dan mendorong kepada praktikal. Praktikal berperanan menyuburkan fikrah, mengubah dan menterjemahkan maknanya. Maka perkembangan pergerakan sebenarnya bermula dengan fikrah dan bertambah mantap apabila ianya dipraktikkan. Justeru praktikal dan tingkahlaku sepatutnya terpancar secara spontan daripada fikrah. Dalam hal ini pengarang kitab Raudhotaini menyifatkan Solahuddin Ayyubi: “Solahuddin sendiri berperanan mengimarahkan dinding-dinding Baitul Maqdis. Jika kamu lihat dia sendiri mengangkat batu, nescaya kamu akan yakin bahawa dia memiliki sekeping hati yang mampu menanggung bukit dengan fikrahnya”. Inilah tertib yang patut ada agar fikrah berkembang dengan betul. Berkata Imam Ibnu Qayyim: “ Asas semua teori ilmu dan praktikal ialah lintasan-lintasan dan fikrah-fikrah yang melahirkan konsep, konsep akan membawa kepada kehendak dan kehendak memastikan praktikal berlaku”.

- Menimba faedah sebanyak-banyaknya daripada Al-Quran. Dengan manhajnya dalam mentarbiyah melalui peristiwa, Al-Quran mampu membentuk jiwa-jiwa luar biasa melalui ayat-ayatnya secara konsisten lalu mempengaruhi jiwa-jiwa tersebut sedikit demi sedikit (beransur-ansur). Apabila para muslimin lupa terhadap manhaj ini, lalu menjadikan Al-Quran sekadar kitab bagi mencari kenikmatan ilmu atau kitab ibadah melalui ritual bacaan semata-mata, bukan sebagai manhaj tarbiyah untuk dituruti dan menyesuaikan jiwa dengannya, mereka tidak mendapat apa-apa faedah pun daripada Al-Quran kerana mereka telah terkeluar dari manhaj yang telah ditetapkan oleh Allah swt yang maha mengetahui. (في ظلال القرآن، الفرقان الآية33)
.
- Mempermudah dan meminimakan usaha tarbiyah secara praktikal tetapi mendatangkan hasil tarbawi yang terbaik.

- Menghubungkan jiwa dengan amalan, bukan dengan hasil. Nilai-nilai ini diambil daripada sifat ikhlas dan pembaikan niat. Sifat ini juga menghasilkan faedah yang amat besar dalam realiti kehidupan. "التربية النبوية بالأحداث، د.محمد أمحزون".

- Mengikat jiwa/perasaan dengan peristiwa memberi kesan yang amat mendalam ke dalam jiwa dan ruh. Tetap pendirian (thabat) dalam kehidupan akan memudahkan jiwa membiasakan diri melaksanakan arahan tanpa terpengaruh dengan perubahan-perubahan yang berlaku.

Wednesday, April 11, 2012

Jaga lah buah pinggang anda!!!

Tahukah anda bahawa 5 dari setiap 100 orang akan menghidap batu buah pinggang di dalam kehidupan mereka. Keadaan ini akan menyebabkan kemungkinan mereka untuk mempunyai penyakit buah pinggang kronik.Kesihatan buah pinggang adalah amat penting kepada kesihatan kita secara menyeluruh dan juga kepada panjang umur kehidupan kita. Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk. Fungsi buah pinggang di dalam badan adalah untuk mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan juga mengawal jumlah cecair di dalam badan. Apabila buah pinggang anda mempunyai terlalu banyak toksin, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana anda tidak mampu untuk mengeluarkan bahan buangan dan juga urin dari badan anda. Mereka yang paling berisiko mempunyai penyakit buah pinggang kronik ialah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau sejarah keluarga yang pernah mempunyai penyakit buah pinggang. Berbanding perempuan, lelaki biasanya lebih berisiko mempunyai penyakit buah pinggang. Namun ini tidak bermakna yang kaum perempuan boleh mengabaikan penjagaan buah pinggang yang betul. Di bawah ini adalah tanda-tanda dan gejala menunjukkan buah pinggang anda mungkin bermasalah: Perlu lebih kerap membuang air kencing atau bermasalah untuk mengawal pembuangan air kencing. Rasa sakit di bahagian bawah belakang. Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing. Edema (bengkak air) di dalam paru-paru, kaki, abdomen dan lain-lain. Bengkak di seluruh muka, mata, kaki, dan buku lali. Darah di dalam air kencing Protin di dalam air kencing Sekiranya buah pinggang anda berfungsi secara normal, ia tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Diet yang seimbang dan sihat serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk menjaga buah pinggang anda terus kekal sihat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menyedari yang anda mempunyai tanda-tanda di atas, maka anda perlu menggunakan tip di bawah untuk menjaga buah pinggang anda dengan baik: Perhatikan tekanan darah dan gula darah anda. Ini kerana dua punca utama penyakit buah pinggang ialah disebabkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Dari semasa ke semasa, jumlah glukosa yang berlebihan di dalam darah akan merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil di dalam setiap buah pinggang. Kira-kira 20 hingga 30 peratus pesakit kencing manis akan mempunyai penyakit buah pinggang(nefropati diabetis) dan jumlah ini akan terus meningkat dengan meningkatnya pesakit kencing manis. Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran darah kecil yang terdapat di dalam buah pinggang. Saluran-saluran darah yang telah rosak tidak dapat menapis bahan buangan daripada darah seperti yang sepatutnya. Yang paling utama untuk menjaga kesihatan buah pinggang ialah dengan memastikan tekanan darah dan juga gula darah berada pada tahap sehampir normal yang mungkin. Amalkan pemakanan yang seimbang. Kunci kepada diet buah pinggang yang sihat ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak(goreng). Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan akan membolehkan sistem badan dineutralkan melalui buah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik. Sederhanakan pengambilan kacang tanah, germa gandum, bayam, kacang soya, coklat dan keledek kerana makanan begini kaya dengan kandungan oxalate yang boleh menyebabkan batu karang. Kurangkan juga pengambilan daging. Diet yang mengandungi tinggi protin haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Urik asid merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit gout. Minum air. Satu lagi aspek utama untuk kesihatan buah pinggang ialah pengambilan air yang mencukupi. Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan. Jangan meminum air dalam jumlah yang banyak sekaligus, yang sebaiknya ialah minum air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari. Elakkan dari tabiat merokok. Jika anda seorang perokok, anda mesti cuba sedaya upaya dari sekarang untuk berhenti dari tabiat tersebut. Merokok bukan sahaja akan meningkatkan risiko penyakit buah pinggang, tetapi ia juga menyumbang kepada kematian akibat strok dan serangan jantung pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Kurangkan kafein. Kafein akan bertindak sebagai deuritik yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan. Hidup dengan lebih aktif. Senaman fizikal merupakan elemen yang penting untuk penjagaan kesihatan buah pinggang yang optimum.Sentiasa aktif adalah baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, elakkan dari melakukan aktiviti senaman yang lasak dan berat. Melakukan aktiviti seperti berjalan laju, berjogging atau berkebun sangat baik untuk merangsang metabolisme anda. Oleh itu, berikanlah yang terbaik untuk kesihatan buah pinggang anda dengan mengikuti saranan tip penjagaan kesihatan buah pinggang di atas. Walaupun tip ini terutamanya adalah untuk yang ingin menjaga buah pinggang mereka, ia juga boleh memberikan manfaat kepada sesiapa yang mementingkan kehidupan yang sihat. sumber : http://buahpinggangsihat.com/tip-petua/7-tip-menjaga-buah-pinggang-anda/ Back to top  

Thursday, May 19, 2011

Keluhuran Budi Sang Murabbi Agung

Kisah ini telah diceritakan oleh seorang Sheikh kpd ana pd suatu hari ketika makan tengahari bersamanya. Semasa berziarah ke medan Imam Hasan Al-Banna telah berkunjung ke sebuah perkampungan di pedalaman Mesir. Selesai majlis rasmi, beliau didatangi seorang sheikh tua yg miskin menjemput imam berziarah ke rumahnya. Melihat kpd kesungguhan sheikh tersebut imam bersetuju hadir dgn beberapa syarat; antaranya dia seorang sahaja yg masuk ke rumah w/pun ramai yg menghantarnya dan kedua jangan sediakan apa2 hidangan, cukup dgn hanya meminum segelas teh. Sheikh bersetuju lalu imam pun menunaikan janjinya. Apa yg menariknya di sini; apabila imam masuk ke rumah, lalu dihidangkan segelas teh itu... Setiap kali dihirup atau diteguk teh tersebut imam lalu berpaling ke arah sheikh sambil tersenyum, begitulah seterusnya sehingga berbaki sedikit sahaja....sheikh dan isterinya rasa sungguh gembira dan berpuashati. Akhirnya imam meminta izin utk pulang dan tinggallah sheikh dan isterinya dlm keriangan yg tidak terungkapkan. Nabi bersabda bhw sisa mukmin adalah ubat, lalu diambilnya sisa teh yg ditinggalkan imam utk diminum. Alangkah terkejutnya sheikh kerana beliau dapati teh tadi terasa amat masin.....rupa2nya isterinya tersilap, bukan gula yg dicampur ke gelas teh tadi tapi garam rupanya..subhanallaah. Tergambar wajah imam yg mengukir senyum setiap kali diteguk teh baru sekejap tadi. Perasaannya bercampur2 antara rasa simpati dan bersalah serta rasa kagum terhadap sikap imam yg sangat mulia tersebut..