Tuesday, August 28, 2012

Khutbah Jumaat minggu pertama bulan Syawal 1433 di Masjid Taqwa Bt6


Assalamualaikum,

Di bawah adalah link youtube... Khutbah Jumaat yang telah saya sampaikan di Masjid Taqwa, Kuala Terengganu atau dikenali sebagai Masjid Bt6. Terletak berdekatan dgn Kedai lama saya TAJUL ARIF ENTERPRISE. Semasa kontrak saya ditamatkan oleh KUSZA pada 16 Sept 2004, di sinilah antara tempat saya mencari sesuap rezeki untuk cover gaji yang tiba-tiba hilang... Alhamdulillah...Allah Maha Kaya, DIA mengurniakan rezeki kepada siapa yang DIA kehendaki dan tiada siapa yang mampu menyekatnya.

Kepada siapa yang melalui jalan lama Bt6 dari Manir akan dapat melihat signboard kedai saya itu. Kedai telah ditutup, tapi label masih kerana orang ramai nak jadikan ia kenang-kenangan....hehe

Sahabat-sahabat dan saudara2 kita di sini amat memahami........dipersilakan mendengarnya utk manafaat bersama terutama kepada yang menyampaikannya....

http://www.youtube.com/watch?v=MFTsAWH8BUs

Saturday, August 18, 2012

Maaf Zahir dan Batin....



 

Zikir Itu Cahaya dan Membawa Berkat ..




عن أبي هريرة- رضي الله عنه، إنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ما اجتمع قوم فتفرقوا عن غير ذكر الله إلا كأنما تفرقوا عن جيفة حمار، وكان ذلك المجلس عليهم ترة" (أخرجه النسائي، في عمل اليوم والليلة ص 243 



 Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya dia telah berkata: Bersabda Rasulullah SAW 
“Tidak berkumpul suatu kaum lalu merreka berpisah selepas itu tanpa berzikir kepada Allah (mengingati Allah) melainkan perpisahan diibaratkan seperti berpisah daripada bangkai
.keldai. Dan adalah majlis tersebut menjadi terkurang ia atau berdosa


 Hadis ini mengembalikan kita kepada fikrah Islamiyah sebenar yang membezakannya dengan lain-lain konsep dan fikrah. Ia telah membuka ufuk terhadap objektif pertemuan insan secara tabi’enya harus di atas kebaikan yang diredhoi Allah SWT dari mula hingga ke saat berakhirnya majlis. Ia adalah makna yang tersirat di sebalik susunan hadis dalam ‘bermaksud ‘  الأمر ’ (suruhan), menjadi penasihat kepada semua para mukmin, seolah-olah katanya: ‘Jangan kalian bertemu kemudian kalian berpisah setelah itu, melainkan dalam keadaan berzikir kepada Allah Ta’ala’… Sayugia dimaklumi bahawa perubahan uslub daripada   الأمر  kepada الإخبار adalah untuk menunjukkan ia benar-benar merupakan suruhan lebih baligh (bertenaga) daripada penggunaan uslub dengan  صيغة الأمر secara langsung. Maka الإخبار  di sini lebih luas pengaruhnya dalam menyampaikan suruhan kepada objek, sama ada yang sedang berada di hadapan maupun yang tidak ada. Di sudut lain ia juga memberi kesan kepada jiwa kerana teguran atau nasihat itu dilakukan tanpa
kehadiran objek di hadapan. Ini adalah satu uslub tarbawi

Hadis ini tidak menentukan siapa. Ini bermakna setiap kumpulan yang bertemu seharusnya diikat dengan zikir kepada Allah SWT dalam pelbagai cara; seperti pujian bagi Allah atau bersyukur kepada Allah sebagaimana difahami daripada hadis-hadis berkaitan, ataupun lain-lain zikir. Ia juga bermaksud bertemu berlandaskan syarat yang dibenarkan oleh syara’ dan 
tidak sebaliknya.

Wednesday, August 15, 2012

Presiden Mesir Bertegas agar keluarganya tunaikan Umrah dengan perbelanjaan sendiri dan menaiki pesawat awam...!!!


/08/2012
أكدت مصادر بمؤسسة الرئاسة أن الرئيس محمد مرسي اصر على سفر زوجته وولديه للمملكة العربية السعودية لأداء العمرة على نفقته الشخصية وعلى متن طائرة مصر للطيران بالرغم من وجود العديد من الأماكن الشاغرة بالطائرة الرئاسية التي تقل الرئيس اليوم للمملكة لحضور القمة الإسلامية.

واضافت أن الرئيس طلب ترتيب لقاء بينه وبين باقي أفراد أسرته في الأراضي المقدسة بمعرفة الديوان اثناء قيام الرئيس بأداء مناسك العمرة.
المصدر / موقع نافذة مصر

Dr Mohamad Morsi di masjid berdekatan apartmentnya

Ini antara qudwah yang telah ditunjukkan oleh Presiden Mesir Dr Mohamad Morsi. Gambar ini diambil di dalam masjid berdekatan rumah (apartment) beliau selepas selesai solat subuh. Untuk makluman beliau mengambil sikap berpada dengan apa yang ada dan tidak berpindah ke Istana Presiden seperti amalan biasa oleh presiden-presiden terdahulu.

Bersikap wara' dan mesra dengan semua jiran amat disenangi oleh semua. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Mesir seorang presiden atau ketua negara berakhlak mulia seperti ini. Gambar ini menghairankan musuh-musuh Islam kerana mereka amat faham bahawa Islam akan nampak kecantikannya dengan akhlak pemimpin dan penganutnya. Semoga المستقبل لهذا الدين (Masa Depan Adalah Bagi Agama Ini) menjadi kenyataan sebagaimana yang telah ditulis oleh Syahid Syed Qutb.....

Allahu Akbar Walillahil Hamd....

Tuesday, July 24, 2012

الليل أحلى Malam Itu Manis Rasanya…..




بقلم: د. خالد أبو شادي
Tulisan: Dr Khalid Abu Shadi
Terjemahan: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "مَن نام عن حزبه أو عن شيء منه، فقرأه ما بين صلاة الفجر وصلاة الظهر كتب له كأنه قرأه من الليل"(1).
Berkata Omar RA: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang tidur tanpa membaca satu hizib (Quran) atau sesuatu daripadanya (ayat Quran), lalu dia menggantikannya pada waktu di antara solat fajar dan solat zohor, nescaya dituliskan baginya seolah dia membacanya pada waktu malam”.
وفي هذا دلالة على أن الأفضل في قراءة ورد القرآن قراءته بالليل، وكأن القرآن تعهَّد أن لا يبوح لأحد بما بين دفتيه من أسرار إلا على ضوء النجوم حين تنفتح الحقائق في غيبة الأهواء الدنيوية والأشغال المعيشية والسموم الشيطانية في أحضان سجدة أو سحابة عبرة أو سريان رجفة من خشية الله تعالى!!
Daripada dalil di atas menunjukkan bahawa bacaan Quran paling afdhal ialah pada waktu malam. Seolah-olah Quran telah berikrar bahawa ia tidak akan mendedahkan rahsia antara kedua-dua muka suratnya melainkan di bawah kerdipan bintang-bintang bilamana ia membuka hakikat-hakikat di waktu tiadanya keinginan duniawi, kosong daripada kesibukan bekerja mencari nafkah, hilangnya racun-racun syaitan dalam dakapan sujud atau lintasan pengajaran sejenak lantaran ketakutan kepada Allah Ta’ala.
قال النووي: "وإنما رجحت صلاة الليل وقراءته لكونها أجمع للقلب وأبعد عن الشاغلات والملهيات والتصرف في الحاجات وأصون عن الرياء وغيره من المحبطات مع ما جاء الشرع به من إيجاد الخيرات في الليل، فإن الإسراء برسول الله صلى الله عليه وسلم كان ليلاًً".
Berkata Imam Nawawi: “Bahawasanya diberatkan daun neraca solat malam dan bacaannya lantaran ia lebih memantapkan hati dan jauh dari gangguan,terhindar dari sebab yang melalaikan, jauh dari urusan memburu keperluan-keperluan hidup, terpelihara dari perasaan riya’ dsb yang membinasakan. Sedangkan syariat datang dengan membawa kebaikan yang melimpah bagi malam, sesungguhnya Rasulullah SAW telah di-Isra’kan pada waktu malam”.

ويزيدك ابن الجوزي وهو يدبج عبارة من عبارات المحبين فيقول: "ظلمة الليل للتواصل أهنأ من ضياء النهار عند المحب، وصلهم سرهم، وما أحوج السر إلى سره بسحب الحجب"(2).
Ibnul Jauzi menambah lagi dengan menggunakan ungkapan Muhibbin (orang yg sayangkan Allah) dengan katanya: “Kegelapan malam bagi tujuan berhubungan dengan Allah lebih hebat terasa kemanisannya berbanding sinaran cahaya pada sianghari bagi pencintanya, Allah SWT menyampaikan ke maqam rahsia mereka dan alangkah berhajatnya kita kepada rahsiaNya yang tiada lagi terhijab”.  


----------
* الهوامش:
(1) صحيح: انظر حديث رقم 1343 في صحيح ابن ماجه وأخرجه مسلم
(2) شرح النووي لمسلم 1/28

Tambahan daripada penterjemah:
هذا الكلام للإمام بن الجوزي ، ورد فى شرح صحيح مسلم لللإ مام النووي والمقصود به :
Perkataan ini dinasabkan kepada Imam Ibnu Jauzi telah disyarahkan oleh Imam Nawawi di dalam Kitab Syarah Sahih Muslim seperti di bawah:

1.       ظلمة الليل للتواصل أهنأ من ضياء النهار عند المحب توضح فضل صلاة الليل وأن الليل وقت مناسب لمناجاة المحبين فلا شواغل ولا صوارف . بل هي أوقات صافية وهي أحب وأهنأ بين المحبين من أوقات النهار .
Menerangkan tentang kelebihan solat malam. Malam adalah waktu paling sesuai untuk bermunajat bagi kekasih Allah SWT kerana tiada gangguan maupun kesibukan, bahkan ia merupakan waktu-waktu suci bersih dan lebih tenang dari waktu-waktu siang.

2.       وصلهم سرهم : يعنى أن كل منهم يبوح بسره للآخر وهنا يكون السر بينهما هو سبيل الصلة والوصال  فى هذه الأوقات .
Yakni rahsia antara satu sama lain tiada terhalang lagi bermaksud rahsia antara kedua-duanya menjadi jalan perhubungan dan sentiasa berhubungan di saat-saat seperti ini.

3.       وما أحوج السر الى سره بسحب الحجب  أن أسرار المحبين حين تتناقل بينهما فهى أحوج الى إزالة الحجب والحواجز من بينهما ، وهذا منتهى التواصل بين المحبين حين لاتقف حجب وحواجز بين أسرارهم وهذا من عظيم الصلة ومتين الرابطة.
Bahawa rahsia-rahsia kekasih ketikamana saling berpindah antara kedua-duanya pastinya tiada penghalang lagi. Inilah kemuncak kepada perhubungan kedua-dua kekasih iaitu bilamana tiada lagi penghalang antara rahsia-rahsia mereka dan ini jugalah yang dikatakan sebagai kehebatan perhubungan dan kemantapan ikatan.
    
جعلنا الله وإياكم من أهل الليل .
Semoga Allah SWT menjadikan kamu (dan kita semua) dari kalangan pencinta malam.

Saturday, July 21, 2012

PUASA DAN TARBIYAH RUHIYYAH


 Penulis: Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria (Putrajaya)

Antara kehebatan Islam ialah ia dapat menyeimbangkan di antara material dan ruh dalam nisbah yang seimbang di mana seseorang itu mampu menikmati kepuasan dengan kedua-duanya serentak. Material adalah asas terbinanya jasad untuk menguatkannya bangun melakukan ibadat kepada Allah SWT. Begitu juga ruh merupakan asas dari sudut maknawi dalam diri manusia itu agar dia berupaya mengecapi kemanisan Iman dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Din (agama) dan Sayyidina Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.
Al-Quran telah menegaskan hakikat ini melalui firman Allah Azzawajalla:

﴿وَابْتَغِ فِيمَا آَتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآَخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ﴾ (77)
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “. (Al-Qasas: 77)

Seorang muslim yang benar dan kuat Imannya akan menjadikan Allah SWT sebagai matlamat bagi segala amalannya, asasnya berdasarkan firman Allah Azzawajalla:

﴿قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ﴾(162)
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”. (Al-Ana’am: 163)


Sesungguhnya puasa Ramadhan adalah merupakan asas terpenting tarbiyah ruhiyah dan penyucian hati. Ia merupakan rawatan yang amat efektif bagi membuang segala jenis penyakit hati seperti keras hati, malas melakukan ketaatan dan menunaikan ibadat, sempit dada, penyakit lalai daripada mengingati Allah Ta’ala hingga terjerumus ke lembah pelbagai maksiat.

Puasa adalah perisai bagi jiwa manusia:

Puasa adalah madrasah tarbiyah ruhiyah, di mana ia membangunkan adab bagi jiwa manusia serta membetulkannya, membersihkan hati-hati manusia daripada mengabdikan diri kepada harta, menguat dan memperdalamkan keimanan kepada Allah Ta’ala, menyucikan ruh dan jasad daripada kezaliman material, seterusnya memelihara manusia daripada kekotoran syahwat kebinatangan jasad bilamana syariat Allah dicerobohi pada bulan mulia ini.

Puasa melindungi jiwa manusia daripada api neraka. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad hasan daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW:
Allah berfirman: ‘Puasa itu adalah perisai yang berfungsi melindungi hamba daripada api neraka dan puasa itu bagiKu dan Akulah yang membalasnya.


Kesan-kesan puasa dari sudut ruhiyyah:

Kesan puasa dari sudut ruhiyyah banyak, antaranya sebagai contoh:

Pertama: Puasa menambahkan ketaqwaan dan kebaikan, memeliharanya daripada penyelewengan dan maksiat. Asasnya adalah tarbiyah ruhiyyah. Allah SWT berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾ (183)
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".

Ayat ini menerangkan bahawa matlamat daripada puasa itu ialah taqwa.

Kedua: Puasa membawa kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan serta memelihara jiwa manusia daripada ketakutan dan kerisauan. Seorang muslim akan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan justeru membuat persediaan sebaik-baiknya kerana mengingati sabda Rasululllah SAW:
“Saat menjelangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu-pintu neraka dan dirantai segala syaitan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Puasa melatih jiwa seseorang membiasakan diri dengan doa dan ibadat, lalu akan memeliharanya daripada sifat takabbur. Doa orang yang sedang berpuasa mustajab. Di tengah-tengah ayat-ayat puasa terdapat ayat tentang doa:
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴾(186)
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam Qadar yang kelebihannya lebih baik dari 1,000 bulan di mana orang yang berpuasa sentiasa digalakkan memperbnyakkan doa yang baik seperti hadis riwayat Aisyah RA berbunyi:
"اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

Keempat: Puasa menyuburkan jiwa seseorang muraqobah dalaman, di mana dia merasai bahawa Allah Azzawajalla sentiasa meniliknya dalam setiap urusan hidupnya. Badannya berpuasa, anggotanya berpuasa dan hatinya berpuasa. Dengan demikian puasa memeliharanya daripada setiap sesuatu yang akan merosakkan pahalanya. Allah SWT berfirman:
﴿وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير﴾ٌ(4)
"Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan".
Rasulullah SAW bersabda:
اعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك""  
“Dan beribadatlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, kalau demikian maka percayalah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu”.

Kelima: Puasa akan menambahkan seseorang keikhlasan dalam beramal seraya menjauhkannya dari sifat nifaq, riya’ dan sombong. Puasa hanya bagi Allah Azzawajalla semata-mata dan hanya Allah yang membalas pahala orang yang berpuas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Rabbil Izzah, firmanNya:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فهو لي وأنا أجزي به  
“Setiap amalan anak adam adalah baginya kecuali puasa, puasa itu kepuyaanKu dan Akulah yang akan membalasnya”.

Keenam: Puasa melatih jiwa seseorang untuk berjihad dan memeliharanya daripada bersifat pengecut dan takut. Bermujahadah dengan jiwa yang sentiasa inginkan makan, minum, syahwat, sabar, kesusahan dan sebagainya akan memberi kekuatan kepadanya berjihad melawan musuh-musuh Islam.

Rawatan penyakit hati/jiwa

Puasa merupakan banteng bagi jiwa manusia dari terjerumus ke lembah maksiat yang terang maupun yang tersembunyi, dek kerana orang yang berpuasa sentiasa hidup dalam suasana keimanan di antara bacaan Quran, qiam, doa dan ibadat bersama-sama hamba-hamba Allah yang soleh.
Puasa juga merupakan ubat yang berupaya merawat hati yang keras kerana ia boleh melunakkan hati kepada Allah SWT yang telah menciptanya dan mengurniakan rezki kepadanya. Dia (Allah) lah juga yang akan memati, memasukkanya ke kubur, membangkitkannya kembali dan seterusnya menghisabnya pada hari yang tiada manafaat lagi harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Maka puasa adalah rawatan yang amat efektif menyelesaikan masalah futur (rasa lemah) yang menghinggapi jiwa manusia lalu bermalas-malaslah dia daripada melakukan ketaatan, ibadat di mana seorang yang berpuasa akan selalu bersama para hamba Allah di majlis-majlis zikir dan doa.

Pesanan buat pemilik hati yang berpuasa

Rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini untuk mentarbiyah hati agar ikhlas kepada Allah dan membersihkannya daripada sifat nifaq dan riya’

Rebutlah peluang untuk mentarbiyah hatimu sentiasa tunduk dan taat kepada Allah Tuhan Semesta Alam, justeru akan hilanglah nanti perasaan takabbur dan suka bermegah-megah

Rebutlah peluang untuk menumpukan perhatianmu kepada Allah SWT dengan doa dan ibadat, penuh mengharap keampunanNya dan menyucikannya dari kealpaan dengan sentiasa mengingati Allah SWT

Rebutlah peluang di bulan mulia ini untuk tundukkan hatimu kepada muraqobatullah Azzawajalla, nescaya nanti akan bertambahlah ketakutanmu terhadapNya

Rebutlah peluang di bulan mulia ini untuk melatih dirimu berjihad melawan hawa nafsu supaya kamu termasuk menjadi orang yang mempunyai keazaman dan kemahuan yang kuat