Terjemahan: UsTACZ
Definisi maksiat dan kemungkaran adalah
semua yang dikategorikan oleh hukum syara’ sebagai haram dan rosak, ataupun
sesuatu yang akal sihat menghukumkannya tidak baik. Memerangi maksiat dan
kemungkaran tersebut merupakan prinsip asas lagi bijaksana dalam
proses membina masyarakat sejahtera yang bersih dari unsur-unsur yang boleh
membawa kepada kemunduran dan mengundang kemurkaan Allah SWT.
Maka, berdiam diri dari perlakuan maksiat dan mungkar adalah
dosa dan maksiat juga. Allah SWT berfirman:
" لعن الذين كفروا من بني إسرائيل على
لسان داود وعيسى بن مريم ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون * كانوا لا يتناهون عن
منكر فعلوه لبئس ما كانوا يفعلون "
“Orang-orang kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui
lisan (ucapan) Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka
durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling mencegah perbuatan
mungkar yang selalu mereka perbuat. Sungguh, sangat buruk apa yang mereka
perbuat”.
(Surah al-Maidah: 78-79)
وعن حذيفة عن
النبي صلى الله عليه وسلم قال( والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن
المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب
لكم ) رواه الترمذي وحسنه . ومعنى أوشك أسرع.
Daripada Huzaifah RA daripada Nabi SAW, sabda baginda:
“Demi
jiwaku di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang ma’ruf dan
mencegah dari yang mungkar atau Allah SWT mengirim untuk kalian azab
daripadaNya, kemudian kamu berdoa pada ketika itu, tidak akan dimustajabkan
bagi kamu”.
Maka, Islam menuntut daripada setiap orang agar tidak
hanya berpada dengan meninggalkan maksiat dan kemungkaran (untuk diri sendiri),
bahkan dia wajib memeranginya dalam skop yang dia mampu, bermula dengan kaum
keluarga dan seterusnya kaum kerabat terdekat, jiran tetangga, kawan-kawan di
tempat kerja, di lorong-lorong dan di semua tempat berlakunya maksiat dan
kemungkaran itu. Usaha ini hendaklah dilakukan sesuai dengan kaedah syara’
yang terkenal:
"أن النهي عن المنكر لا ينبغى أن يؤدى
إلى منكرفضلا عن أن يؤدى إلى منكر أشد منه".
“Bahawa mencegah dari kemungkaran tidak seharusnya membawa
kepada berlakunya kemungkaran yang sama, apatah lagi ia akan membawa kepada
kemungkaran yang lebih dahsyat dari itu”.
Disiplin dalam menjalankan usaha Amar Ma’ruf dan Nahi
Mungkar:
1. Mesti memiliki ilmu tentang ma’ruf yang diseru kepadanya
dan mungkar yang dilarang darinya. Ia dikenali juga dengan Basirah. Allah SWT
berfirman:
{قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ
عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي }يوسف 108
“Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku. Aku menyeru kepada
Allah di atas bukti dan hujah, saya dan orang-orang yang bersama saya”.
Pengajaran yang diambil daripada disiplin pertama ini bukan
banyak dan sedikitnya ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Imam Bukhari dan
Tirmizi telah meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
" بلغوا عني ولو آية ".
“Sampaikan daripadaku sekalipun satu ayat”.
2. Berlemah lembut dan berkata-kata dengan perkataan yang
lunak. Imam Muslim dan Abu Daud meriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW
bersabda;
"إن الرفق لا يكون في شيء إلا زانه ولا ينزع من شيء إلا شانه".
“Sesungguhnya lemah lembut tidak berlaku atas sesuatu
kecuali mesti ada nilainya, ia tidak dicabut dari sesuatu kecuali ada
kebaikannya”.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم
يقول " من يحرم الرفق يحرم الخير "
وفي رواية " يحرم الخير كله " أخرجه أبو داود
Daripada Abu Hurairah RA katanya, saya telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang dihalang dari melakukan lemah lembut, dia
telah dihalang dari melakukan kebaikan”.
وفي الآية { اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى، فَقُولا لَهُ
قَوْلاً لَّيِّناً لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى }
طه 43 – 44
Di dalam Surah Taha, Allah SWT memerintahkan Nabi Musa dan
Nabi Harun alaihiwassalam dengan firmanNya:
“Pergilah kamu berdua (wahai Musa dan Harun) kepada Firaun
itu, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Dan ucapkanlah kepada Firaun itu
dengan ucapan yang lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut”.
Yang bercakap di sini sekarang tidaklah lebih baik daripada
Musa dan Harun alaihimassalam, dan si yang ditargetkan dalam percakapan itu
tidaklah lebih jahat daripada Firaun.
3. Mengkaji dari sudut maslahat dan mafsadah. Jika maslahat
lebih besar dari mafsadah dalam isu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah yang
mungkar, maka wajib dilaksanakan usaha amar ma’ruf dan nahi mungkar tersebut.
Sebaliknya jika mafsadah lebih besar, maka tidak wajib diusahakan bahkan
bolehjadi ia menjadi haram pula (Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyah; Jilid 28, m/s
128).
Jika berlaku kekeliruan seumpama jika kamu berpendapat
bahawa kemungkaran tersebut kemungkinan boleh berkurang dan ia (kemungkaran)
akan terus kekal dalam jumlah tertentu atau kemungkaran tersebut akan
melahirkan kemungkaran standing dengan yang telah ada; ketika itu ia termasuk
ke dalam perkara ijtihadi, yang boleh diminta pandangan mereka yang memiliki
kepakaran dan kebijaksanaan dalam isu berkaitan.
4. Menyampaikan menurut kemampuan dan kekuatan yang ada.
Dimulai dengan memberi kefahaman kepada mereka yang jahil, kemudian memberi
nasihat dan tazkirah dengan kalimah yang lembut. Diikuti dengan memberi nasihat
hingga menjadikan seseorang itu rasa takut dan gerun terhadap Allah SWT ketika
hendak melakukan sesuatu kemungkaran, kemudian memberi amaran dan ancaman,
kemudian mencegahnya pula dengan tangan (kuasa) bagi yang memiliki kuasa
seperti seorang ayah dalam rumahtangga, pemimpin di tempat kepimpinan
masing-masing, begitulah seterusnya berdasarkan bidangkuasa yang dikurniakan
oleh Allah kepadaNya.
(Rujukan;sumber dalaman IM) .... dengan sedikit olahan
daripada penterjemah)
No comments:
Post a Comment